30 November 2010

Pameran Haiwan Berbisa

***1st entry dari papa. Huhu***

Petang tadi kitaorg pegi ke Muzium Negeri (Terengganu) kat Losong. Dlm 3:30 ptg gak bertolak dari Bukit Payong. Sekarang ni ada exhibition kat sana. Pameran Haiwan Berbisa. Start 01 Nov sampai 31 Dec. 9PG sampai 5 PTG.

Kitaorg sampai hampir jam 4 ptg. Risau kot xleh masuk sebab tutup jam 5 ptg. Bila tgk sekeliling, ada gak org baru sampai. Lega la jugak.

Kitaorg pun beli tiket masuk, RM5 sorang. Then pak guard tanya something "Ada bawak kamera tak ?". Aisey, lupa la..kat muzium mana leh bwk masuk kamera. DSLR lak tu. Nak susup (sembunyi pun payah sbb besar gedabak). Terpaksa la mengaku. Dia (pak guard) pun bagi kunci locker utk simpan kamera.

Kitaorg pun masuk dlm. Ikut sign yg disediakan, akhirnya sampai ke tmpt exhibition. Kebetulan masa tu ada show permainan ular kat atas pentas. Sape name ntah brother tu. Tapi dia memang biasa masuk dlm paper. Duduk jap eh layan dia kiss ular tudang selar..

Masa ni perasan ada org ambik gambar, pakai digicam yg kecik/slim. Check keliling ramai gak yg ada. Pak guard xde masa tu. Ntah la...baru cadang nak snap ngan D90 (DSLR).

So, kitaorg pun layan show brother tu sblm masuk ke kawan exhibition (showcase). Anyway, mama ada bwk kamera dlm beg tapi takut nak keluarkan. Kan kena rampas atau halau keluar naya aje.

Kat showcase ni ada display binatang berbisa darat & air. Ada plak ular sawa batik. Aik..silap tempat ke ? Anyway, ular sawa xberbisa tapi dia leh belit & gigit.

Ada satu bilik kaca. Tmpt tinggal org dgn ular tapi xde lak hari tu. Kalau xsilap, hanya ada show hari Sabtu & Ahad.

Sblm balik kitaorg sempat bergambo dgn anak ular sawa. Kalau xsilap 3 bulan. Kecik aje la. Nk wat camne, tu aje yg ada..



Muka senyum tapi tahan geli tu. Hehe...

Honestly, ingatkan kulit ular sawa licin tapi sebenarnya kesat aje

P/S: Tu ular betul tau, nk upload video besar sgt (27 MB). Nk convert xde software yg sesuai.

29 November 2010

Kemalangan tak dijangka

hari ni, adik mama terlibat dlm kemalangan jalan raya...td dia tepon tny papa dah balik sini belum..kalau belum dia nak tumpang..pelik juga lah..apasal nak tumpang, kan kereta dia ada..tny punya tny..dia kate accident...terkejut mama...
nasib baik dia tak ape ape..kete je lah yg teruk..katenya teruk jugak lah kat depan tu...lampu pecah, bonet pun teruk..alahai adik mama yg sorang ni...alkisah yg jadi accident ni sebab dia tertido.....

 gambar sekadar hiasan sahaja

maklum lah smlm keje, hari dia nak baiki rumah coz ade org nak sewa...on de way balik cari barang yg baiki rumah..terlelap kejap..kejap je tu..tiba tiba dummmmmmmmmmmmmm! terlanggar kete org...mase tu dia bw dlm 60km/j gak coz baru lepas jmbatan...
dah tu skrg ni kat balai polis..wat report, tunggu polis dtg amik gmbr accident...katenya mlm ni emergency leave lah..nak settlekan kes dia dulu.
tu yg dia nak balik dgn papa n amik CRV pulok...

moral of the story....jgn lah drive kalu tak cukup tido...bahaya..mama ckp kat adik mama, lain kali kena beringat lah....

Pil Pelangsing & Akibatnya

Dua wanita dakwa sakit selepas ambil pil pelangsing

SUZIANA menunjukkan pil langsing yang diambilnya ketika ditemui di Kuala Nerang, semalam.
SUZIANA menunjukkan pil langsing yang diambilnya ketika ditemui di Kuala Nerang, semalam.
 
Produk diseludup dari negara jiran

KUALA NERANG: Dua wanita mendakwa mengalami masalah kesihatan selepas mengambil pil pelangsing yang dibeli melalui ejen yang dikatakan mampu menurunkan berat badan dengan cepat.
Difahamkan, produk itu turut digunakan ahli politik, orang kenamaan, penjawat awam termasuk guru dan polis untuk menurunkan berat badan dalam tempoh singkat.
Produk itu dipercayai diseludup dari negara jiran dan dibungkus semula di sebuah kediaman yang beroperasi di Alor Setar dan dikatakan mengedar di beberapa salun kecantikan di sekitar Jitra dan Alor Setar, selain menggunakan khidmat ejen di daerah lain.

Seorang pengguna yang mahu dikenali sebagai Suziana, 26, mendakwa mengalami cirit-birit, pening kepala dan keguguran rambut selepas mengambil pil berkenaan dalam tempoh seminggu selepas disyorkan seorang rakannya.

Beliau berkata, pil itu dijual dalam plastik lutsinar yang dibungkus semula dengan harga RM70 untuk satu set lengkap bagi kegunaan siang dan malam, manakala set malam pula dijual pada harga RM40.

Sementara itu, seorang lagi mangsa yang hanya dikenali sebagai Aisyah, 54, yang ditemui di rumahnya di Kerpan, Jitra kelmarin berkata, pil pelangsing yang diambil sejak setahun lalu menyebabkan dia mengalami sakit sendi kaki yang serius.
Aisyah yang mengalami masalah berat badan 76 kilogram (kg) berjaya menurunkan ke 70kg dalam tempoh hanya seminggu selepas mengambil produk itu.

“Akibatnya, saya mengalami cirit-birit, manakala najis menjadi hitam, selain kerap pening kepala dan muntah,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Bahagian Farmasi Kedah ketika ditemui berkata, pihaknya akan menganalisis sampel pil berkenaan dan akan menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

Beliau berkata, dari segi pembungkusan, pihaknya mendapati ia menyalahi peraturan kerana setiap pil yang diluluskan Kementerian Kesihatan mempunyai label, tarikh dan nama pesakit tetapi pil ini tidak mempunyai sebarang label.

“Kita percaya kemungkinan besar pil ini mengandungi sibutramine yang boleh menyekat selera makan pengguna tetapi boleh menyebabkan kesan seperti kerosakan jantung, buah pinggang dan hati, selain boleh menyebabkan kematian,” katanya.

Jurucakap itu berkata, jika didapati bersalah, pengeluar pil itu boleh disiasat mengikut Akta Racun 1952 dan sabit kesalahan boleh dikenakan denda RM5,000 atau dua tahun penjara atau keduanya sekali.

Beliau berkata, kes itu juga disiasat mengikut Akta Pendaftaran Ubat dan Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik kerana ia dipercayai mengandungi bahan ubat terkawal dan tidak berdaftar dengan kementerian itu dan boleh didenda sehingga RM50,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.







Lindungi anak sebelum lahir

PAMB sedia pelan insurans ketika kehamilan serta peringkat awal bayi 

INSURANS hayat, penyakit kritikal atau pendidikan dianggap satu keperluan sebagai langkah perlindungan untuk masa depan. Tahap kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pelan perlindungan insurans semakin meningkat.

Selain untuk diri sendiri, ibu bapa sepatutnya merancang membeli pelan perlindungan insurans untuk anak. Banyak syarikat insurans menawarkan pelan perlindungan untuk anak. Antaranya Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB), syarikat insurans peneraju yang inovatif, sentiasa memenuhi keperluan simpanan, perlindungan dan pelaburan rakyat Malaysia dengan menyediakan segala penyelesaian kewangan menerusi 41 cawangannya di seluruh negara.

Malah, PAMB adalah syarikat insurans yang pertama menyediakan pelan perlindungan ketika kehamilan serta peringkat awal bayi. Justeru, produk terbarunya yang dilancarkan April lalu, PRUmy child iaitu pelan insurans kanak-kanak inovatif menawarkan perlindungan lengkap bagi setiap peringkat kehidupan seorang kanak-kanak, termasuk sebelum kelahirannya.

PRUmy child adalah pelan pertama seumpamanya yang menawarkan perlindungan ketika kehamilan serta peringkat awal bayi, berbanding dengan kebanyakan pelan konvensional yang tidak menyediakan sebarang perlindungan untuk anak semasa peringkat awal bayi.

Kehamilan boleh mengakibatkan pelbagai risiko terhadap ibu dan bayinya, terutama sekarang lebih ramai wanita hamil pada usia 35 atau 40 tahun. Statistik menunjukkan masalah kehamilan kian serius dengan satu daripada dua wanita mengalami kompilasi.

Oleh itu, pelan perlindungan penting untuk ibu dan kandungannya. Pada masa sama, pelan PRUmy child membolehkan ibu bapa memilih perlindungan tambahan sebelum anak dilahirkan dan sekali gus memberikan perlindungan lengkap kepada anak termasuk jika mengalami kecacatan.

Ini berbeza dengan pelan kanak-kanak biasa yang lazimnya boleh dibeli dua minggu selepas kelahiran bayi, sekali gus mengecualikan mereka daripada dilindungi sebarang keadaan penyakit khusus dialami bayi.

Ketua pegawai Eksekutif PAMB, Charlie Oropeza, berkata ibu bapa boleh menjamin kesejahteraan anak dengan penambahan PRUessential Child baru yang menawarkan perlindungan anak terhadap pelbagai penyakit khusus seperti leukemia, atritis dan epilepsi, selain memilih pelbagai manfaat tambahan untuk perubatan, kemalangan dan penyakit kritikal.

PRUmy Child juga membolehkan ibu bapa menjamin tabungan pendidikan anak seawal mungkin bagi masa depan terjamin.

"Dengan melampirkan PRUedusaver atau PRUsaver kid pula, ibu bapa boleh membuat tabung pendidikan anak mereka dan berpotensi meraih pulangan lebih tinggi melalui siri dana PRUlink atau PRUlink Education Prudential.

"Ibu bapa boleh memilih menerima bayaran secara tahunan atau sekali gus bagi membiayai pendidikan anak memasuki alam pengajian tinggi antara usia 18 tahun dan 25 tahun pada tarikh hari jadi selanjutnya," katanya pelan itu dapat mengimbangi keperluan perlindungan dengan pendidikan.

Perlindungan ibu bapa turut diambil kira di bawah pelan PRUmy Child, iaitu boleh memilih melindungi mereka daripada Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD), kematian dan penyakit kritikal.

Manfaat diterima boleh digunakan untuk pembayaran premium, bil kad kredit tertunggak dan pinjaman bagi menampung kos kehidupan bagi memastikan anak terus menikmati perlindungan dan manfaat tanpa gangguan sekiranya sesuatu tidak diingini kepada ibu bapanya.

PRUmy child sesuai dibeli bagi anak yang belum lahir seawal 18 minggu ketika kehamilan atau bagi anak yang berusia antara satu hingga 18 tahun pada tarikh hari jadinya manakala ibu bapa mesti berusia antara 18 hingga 60 tahun, memegang polisi berkenaan dan boleh mengubahsuai mengikut keperluan anak.

Sementara itu, Datuk Sheila Majid yang dilantik sebagai duta PRUmy Child berbesar hati dengan pelantikan itu dan berharap pengalaman membesarkan anaknya akan menjadi inspirasi bagi ibu serta bakal ibu lain.

Walaupun berjaya dalam kerjaya nyanyian dan perniagaan lain, ibu kepada empat anak itu tetap mengutamakan tanggungjawab rumah tangga sebagai ibu selain keinginannya melindungi serta memastikan yang terbaik untuk mereka adalah sifat yang seiring dengan pelan PRUmy child.

"Saya memang percaya anak memerlukan perlindungan dan keselamatan terbaik. Satu cara untuk memberikan anak kami perlindungan itu adalah melalui insurans. Ini peluang unik untuk berganding bahu bersama Prudential bagi mendidik lebih ramai ibu bapa mengenai kepentingan insurans untuk kanak-kanak.

"Ia pelan yang unik dan inovatif mencakupi pelbagai aspek. Ia bukan sekadar pelan pendidikan untuk kanak-kanak yang biasa dan saya memang teruja dapat mewakili produk ini," tambah Sheila yang juga pelanggan lama Prudential.

berita dari Berita Harian Online

28 November 2010

Bersiaran dari kampung

Mlm ni mama bersiaran dari kampung di kay tee...mama n farhah balik pg td...papa hntrkan..then kol 4ptg papa bergerak semula ke PAKA...coz mlm ni dia keje. esok ptg papa dtg sini semula.

kitaorg balik awal coz nak hntar my mom gi berubat & follow up penyakit nya. awal pg my SIL gi amik no. dpt no 33...bayangkan kol 7pg gi amik no dpt no 33...betapa ramainya org menunggu nak amik no pg tadi...dlm kol 12 tghari ktorg pegi tp waktu tu baru no 16...org kat kaunter ckp dtg lepas asar je lah...coz kalu nak tgu lmbat lgi...

jadi ktorg balik n papa boleh lah rehat dulu sblm drive balik paka.

ptg my SIL dtg, ktorg gi sama sama....duk tgu kejap n nama my mom pun dipanggil...
menurut pengamal perubatan tu atau dikenali sebagai PAK ABU, kanser my mom dah tak merebak cuma dia tak nak surut.so bengkak kat pipi tu still ada lah...PAK ABU sarankan gi kat KSH , suruh doktor pakar wat pembedahan sedut bahagian yg bengkak tu...(air, nanah etc yg tak sepatutnya ada)

PAK ABU bgtau mmg costly lah sikit...tp takpelah,bukan org lain pun my mom jugak...parent kite lagi byk belanja tuk kite dari lahir sampai kite besar..tak kan yg ni kite tak boleh kan...dont worry ma, anak anak ma akan buat ape yg patut asalkan ma sembuh...kami nak lihat ma ceria sperti dulu..main dgn cucu cucu yg sedang membesar ni... :-)

oklah...tak nak pnjg pnjg...kite jupe lagi...

{HADINA ONLINE STORE ADA SALE SEMPENA YEAR END SALE,JEMPUTLAH DTG YER}

27 November 2010

GIVEAWAY PINK RIBBON KEYCHAIN

for those who wanna join this GA
please click HERE !!!

DUE DATE ; 30.11.2010

Giveaway Bicara Kasih

jom join GA ni
klik kat sini tau

TEMPOH MASA ; 13 November 2010 - 6 Disember 2010

"GENG CONTEST TERMASYUK GIVE AWAY"

 
CLICK HERE TO JOIN

DUE DATE ; 5 DECEMBER 2010

Lucky Followers


jom pakat ramai ramai join GA ni...
kita jadikan impian empunya blog ni realiti
300 followers tau... :)
klik sini 


kesulitan telah diatasi

hai hai hai....

mama buat suspen je tadi...alih alih dah berjaya diatasi...
mama try compare kedua dua blog mama..mane yg tak sama mama sama kan...nak tau kat mane yg beza tu...kat sini
.
.
.
.
.
.
.
.

yg asalnya kat "enable post pages"  NO
pastu mama tukar YES
dan semuanya balik kepada asal...
mayb sebelum ni mama ada tersalah tekan kot..hehehe
syukur segalanya dah selamat kembali...
boleh lah nak join GA lagi

ape dah jadi ni.... :(

semalam mama buat N3 GA..dah siap dah..pastu post lah kan...tp bila nak amik link dia,tak dpt :( tak tau nape...

biasa kalu kite click satu N3, pastu nnt link dia akan kuar pasal N3 tu lah kan...tapi ni tidak...dia kuar achieve...susah lah mama cmni...tak tau nak pi mane...papa balik keje , tnye dia...dia pun tak sure kat mane silapnye...mayb sangkut kat template kot...sebelum ni ok je...smlm lah tak jadi tu..

ade sape sape tau cmner nak wat tak...skrg ni mama boleh wat N3 je lah..nak join GA tak dapet.....

26 November 2010

Chocolate Giveaway

sape nak chocolate angkat tangan...
opsss sowi, mama tak nampak lah...
ni ade GA tau, hadiah dia chocolate...
sape yg nak join cepat cepat tau...


klik kat sini yer...

DUE DATE ; 25-12-2010

menu mlm

herm..mlm ni nak masak ape yer...org lain daging korban dah habis dimakan..mama baru je nak mula masak daging korban...amik dr my mom hari tu...semlm masak daging masak merah dgn sayur goreng...mlm ni nak buat ape lak ek..

hari tu kat umah mak buat sup daging...papa ckp semlm mcm2 boleh buat..masak kicap ke ape ke....:)
nnt kite cari resepi dr blogger blogger yg lain ek...

semlm mama asyik meratah je daging goreng..sedap ratah cmtu je..tambah tambah lagi yg panas panas..hehehe bukan panas sampai lecur lidah , yg suam suam lah...

lunch tak masak coz papa takde kat umah...so masak dinner je lah lewat ptg nnt...
daging dah dikeluarkan dr peti...keras keras susah nak potong...dah lah jarang sekali masak daging...makan tu kat kedai ade lah...bimbang ape, takut liat...smlm nasib baik ok...potong nipis nipis cepat lah empuk nya...

ok..jupe lagi yer..

25 November 2010

Cari waris

Di sini, mama nak buat pengumuman...sila baca petikan berita di bawah untuk keterangan yang lebih terperinci..
berita ini diperoleh dari myMetro


KUALA LUMPUR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Hulu Langat mencari waris seorang bayi lelaki berusia sebulan, Faiz Farhan Abdullah dan seorang kanak-kanak perempuan, Sabrina Izzati Putri Annis Rohaizad, 7. Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat, Noor Adelin Nordin, berkata Faiz yang dilahirkan di Hospital Ampang pada 24 Oktober lalu ditinggalkan ibunya yang hanya dikenali sebagai Fitriyati ketika berusia dua hari.

Katanya, wanita berkenaan pernah menelefon pihak hospital meminta anaknya diserahkan kepada individu lain untuk dijadikan anak angkat. “Bagaimanapun, apabila pihak hospital menelefon semula nombor digunakan Fitriyati, ia gagal dihubungi sehingga kini.

“JKM mendapat perintah daripada Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Ampang, jika tiada waris menuntut Faiz sehingga 8 Disember ini, dia akan diserahkan kepada keluarga angkat,” katanya di sini, semalam.


Sementara itu, Noor Adelin berkata, Sabrina dihantar ke Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah, Cheras oleh ibunya, Azlina Mohd Ismail, 38, tiga tahun lalu. “Sehingga kini, Azlina tidak pernah datang melawat Sabrina, malah usaha menjejakinya gagal. Sekiranya waris Sabrina tidak datang menuntut dalam waktu terdekat, JKM bercadang menyerahkannya kepada keluarga angkat,” katanya.

Waris bayi dan kanak-kanak berkenaan boleh menghubungi Noor Adelin di talian 03-87378007 atau 016-6666376.

berita gumbira....

tiba tiba jari jemari ni rase ringan je nak taip nuffnang...
rupa rupanya ada rezeki lah sikit...takpe sikit sikit lama lama jadi bukit :)


ni tuk permulaan..mama kan baru belajar..mekasih NUFFNANG...

kepada yg sudi mengajar mama, mekasih sgt2...ajarlah lagi yer... :)


kembali semula...

selama 2 hari mama tak bersiaran kan...mama balik umah my mom...kat kay tee...dah lama tak jumpe aboh..ma ok sikit selalu gak jumpe coz dia dtg sini...

my mom masih cm biasa jugak...tak nampak sgt perubahan penyakitnya...mama tak tau nak buat ape...sedih....anak mane tak sedih bila lihat ibu sakit...mama berdoa agar kesihatan my mom bertambah pulih...andai ini dugaan dari Nya, moga mama n family tabah menerimanya..

mama rase mama mewarisi sifat lembut hati dari my mom...cepat tersentuh...mudah mengeluarkan air mata bila sesuatu menyentuh hati dan perasaan.

mama n papa cadang nak balik semula kay tee , nak bersihkan rumah kedai yg dimasuki air...dulu, my mom selalu bersihkan...sekarang tak boleh lagi...rumah kedai selalu masuk air kalau hujan lebat...maklumlah lubang longkang kecik...jd lmbat mengalir....air pulak air lumpur...huhhhhh

oklah, nk kemas umah sikit...berterabur dikerjakan farhah ....budak budak lah katekan....sabar je lah..

pd yg join GA mama..mekasih...

23 November 2010

alumni SMKADG 97-99

citer nmpak cm dah basi..tp inti kat dlm tu tetap segar dlm ingatn...sejak habis tingkatan 5, mama dah lame tak jumpe kawan2 sekolah..mane yg satu U ok lah...yg tak tu, mmg tak jumpe lah..lebih2 lagi skrg ni, bila masing masing ade tanggungjawab...yg dah kawen, keje etc...

almost 10 years kitaorg tak tahu perkembangan kawan2...dgn FB, kami berjumpe kembali..tu lah salah satu kebaikan FB..dpt menemukan insan insan yg terpisah...cm jejak kasih gitu...kat FB lah ktorg plan semuanya..mama tak terlibat dlm urusan tu...sebab jauh dgn lokasi n fhm fhm je lah dah kawen ni dgn anak n suami...mane leh tinggal..nasib baik kawan2 yg bujang ada n tolong arrange semuanya..mekasih mama ucapkan...

maka pada hari raya ketiga 12 Sept 2010 bertempat di SUMAI SUITE HOTEL, maka majlis yg dinantikan terlaksana..sungguh gembira masing masing hari tu...sampaikan tak tahu nak bercerita ape...happy sgt2...

masing2 yg dah kawen dgn anak2 termasuk mama n papa lah...yg bujang nye...yg baru kawen pun ade..inai merah lagi di jari..hehehe...semuanya tak dpt nak diceritakan...ramai kawan mama yg jd guru, pensyarah...sampaikan ade yg keje dkt kertah n duk dungun pun mama tak tau...

oklah..korang layan lah bbrp pic ni yer...
 
 besar nye hadiah...tuah anak ni..

 happy family :)

 girls

 boys

22 November 2010

Elyana dah kawen...tahniah

Kejutan bapa Elyana



SENYUMAN tidak lekang pada bibir manis penyanyi yang popular dengan lagu Kalis Rindu, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 23, apabila sah menjadi isteri kepada Khairul Anuar Hussin, 35, pada malam Jumaat lalu.
Namun dalam hati, perasaannya bercampur baur beberapa minit sebelum majlis pernikahan berlangsung.
Akuinya, sebelum majlis pernikahan, dia langsung tidak merasai debaran tetapi tatkala duduk di hadapan ayah, ibu, jurunikah dan disaksikan puluhan sanak saudara dan jurufoto, hatinya tiba-tiba bergelora.
"Sebelum majlis pernikahan walaupun saya sibuk dengan persiapan perkahwinan, saya tidak rasa sangat debaran.
"Namun, apabila duduk pada majlis pernikahan sambil disaksikan keluarga dan puluhan kamera terus hati saya berdebar-debar dan fikir semasak-masaknya tentang tanggungjawab serta kehidupan selepas kahwin," ujar Elyana yang anggun dalam sepersalinan baju kurung moden berwarna biru firus pada majlis pernikahannya itu.
Bagaimanapun, itu bukan bermaksud dia tidak bersedia menjadi isteri. Menurut Elyana, saat dia membuat keputusan untuk bertunang, dia telah bersedia untuk menjadi seorang isteri kerana hatinya telah berjumpa dengan pasangan yang tepat.
Pasangan itu kemudian bersatu selepas setahun bertunang.
"Saya memang telah bersedia kalau tidak, saya tidak akan berkahwin. Sebagai isteri saya sedar tanggungjawab yang akan dipikul itu amat besar dan saya bersedia memikul semua tanggungjawab itu.
"Keputusan untuk berkahwin dengan Khairul adalah sesuatu yang tepat kerana saya rasa telah bertemu dengan orang yang tepat untuk saya hidup bersama. Dia orang yang paling faham akan diri saya dan sangat bertanggungjawab," kata Elyana.

GEMURUH di hati yang dialami pasangan Elyana dan Khairul pada acara akad nikah bertukar ceria pada majlis potong kek ini yang diadakan pada sebelah siang.


Suaminya yang berada di sebelah turut berkata: "Siapa yang tidak kenal Elyana mungkin menganggap dia seorang yang senang diuruskan, tapi sebenarnya tidak.
"Mula-mula risau juga kerana statusnya sebagai penyanyi tetapi itu satu cabaran untuk saya untuk mendekatinya.
"Elyana juga seorang yang romantik sebenarnya, dia akan membuat laporan kepada saya ke mana sahaja dia pergi.
"Kalau kami keluar berdua, setiap butir perkataan yang terluah daripada mulutnya pasti berbunga-bunga," tutur Khairul yang juga seorang pemilik restoran makanan Jepun di Bangsar itu.
Darah gemuruh pengantin lelaki
Pada majlis pernikahan berlangsung di Duchess Place, Ampang, Kuala Lumpur itu Elyana mahupun Khairul telah menerima kejutan daripada bapa Elyana, Emrizal Shamsuddin apabila dia mengambil keputusannya untuk menikahkan pasangan itu sendiri pada saat-saat akhir.
Sedangkan sebelum itu, mengikut perbincangan Elyana akan dinikahkan oleh jurunikah yang merupakan Imam Masjid Al-Akram, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur, Azizan Othman.
Justeru, keputusan itu benar-benar satu kejutan yang tidak dijangka oleh Elyana dan terutamanya, Khairul.
"Saya ingat jurunikah yang akan nikahkan kami, tetapi masa berjalan masuk ke tempat nikah saya lihat bapa Elyana pula yang duduk di tempat jurunikah. Pada masa itu, bertambah berdebarlah hati saya ditambah dengan orang dan kamera yang memenuhi ruang pernikahan itu.
"Syukur setelah seminggu berlatih dengan sekali lafaz, Elyana sah menjadi isteri saya," kata Khairul sambil ketawa.
Elyana yang juga tidak menyangka bapanya akan berubah fikiran pada saat akhir turut terkejut tetapi dalam masa yang sama hatinya bertambah berdebar-debar kerana mengenangkan suaminya yang mempunyai darah gemuruh.
"Khairul memang ada darah gemuruh. Sebelum ini dia ingatkan jurunikah yang menikahkan kami dan dia memang berdebar tetapi apabila bapa saya pula yang ambil alih tugas itu saya lihat wajahnya, ketika itu saya tahu dalam hatinya debaran yang datang adalah dua kali ganda.
"Sangkaan saya mungkin, Khairul melafazkan lafaz nikah dalam tiga kali baru sah, tetapi saya cukup bangga dengannya apabila dia berjaya hanya dengan sekali lafaz sahaja," luah Elyana yang menerima wang hantaran sebanyak RM22,000 dan mas kahwin RM80 itu.

INI pula gelagat pasangan pengantin pada majlis potong kek yang berlangsung pada sebelah malamnya.


Mahu terus menyanyi
Bercakap tentang kerjayanya, Elyana dibenarkan oleh Khairul untuk meneruskan kerjayanya dalam bidang seni. Tiada langsung halangan daripada Khairul kerana sejak berkenalan dengan isterinya itu, dia sudah mengetahui Elyana seorang penyanyi.
"Sejak kenal dengannya saya sudah tahu dia seorang penyanyi kenapa sekarang saya mahu menghalangnya melakukan pekerjaan yang disukainya.
"Saya tidak kisah, asalkan kerjayanya itu tidak mengganggu perjalanan rumah tangga kami meskipun setelah kami mempunyai anak kelak," jelas Khairul.
Kata Elyana pula, dia akan meneruskan kerjaya seperti biasa selagi tidak ada cahaya mata, bagaimanapun jika dikurniakan cahaya mata lebih awal dia akan berfikir semula sama ada berhenti atau teruskan kerjayanya.
"Khairul tidak pernah halang untuk saya terus menyanyi, cuma saya sendiri yang terasa tanggungjawab untuk memberi fokus lebih pada rumah tangga apabila kami mempunyai anak nanti.
"Terus menyanyi atau bersara, itu saya tidak boleh membuatkan keputusan sekarang, apa yang saya tahu setakat hari ini, saya masih ingin menyanyi," tutur Elyana yang kini turun berat badan sebanyak tujuh kilogram daripada berat badan asalnya.
Bercerita soal anak pula, pasangan ini tidak pernah membuat perancangan keluarga, bagi mereka andai diberi rezeki awal mereka akan menerimanya dengan lapang hati.
"Orang tua-tua cakap untuk anak yang pertama tidak elok merancang atau tangguhkan, nanti takut tidak dapat anak langsung.

BAPA Elyana (kiri) tiba-tiba berubah fikiran untuk menikahkan sendiri anaknya itu.


"Jadi, kami berdua tidak kisah nak ada anak bila atau berapa jumlahnya. Selagi ada rezeki kami terima," ucap Elyana yang akan berbulan madu pada bulan Januari tahun hadapan.
Walaupun begitu, lokasi berbulan madu masih belum diputuskan oleh mereka, cuma Elyana teringin untuk menjejakkan kaki di bumi Mesir sambil menikmati keajaiban dunia di sana.

berita ni dari KOSMO ONLINE

Dua lagi maut akibat denggi

KUALA LUMPUR - Dua korban terbaru akibat demam denggi dilaporkan di Sabah semalam menjadikan kematian akibat wabak itu berjumlah 125 orang sejak Januari tahun ini di seluruh negara, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Bagaimanapun, beliau tidak memberi butiran lanjut mengenai dua kes kematian di Tawau dan Sandakan itu.
Beliau meminta semua pengamal perubatan memberi perhatian terhadap pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik atau hospital sekiranya menunjukkan simptom-simptom awal demam tersebut kerana kes denggi semakin serius.

"Semua doktor dan pengamal perubatan di klinik dan hospital tidak seharusnya mengambil mudah dan bertindak lewat dalam mengambil tindakan dalam memberi rawatan kepada pesakit yang disyaki mengalami simptom awal denggi," katanya.

ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

berita ni dari KOSMO ONLINE

yeh menang kali ni... :)

tak kusangka tak kuduga....akhirnya menang jugak kali ni...nasib baik puan HUDA bgtau kat Shout Mix...kalu tak tentu tak tahu lagi ni...mekasih HUDA!!!!! :)

tak silap mama, mama hntar email jawapan dlm kol 12 tgh mlm...kebetulan tak tido lagi n tgh layan internet...so ternampak GA yg ni terus hntar je lah...mane tau ade rezeki mase tu kan..
alhamdulillah ade rezki mama...

eh menang ape yer...lupe nak bgtau..mama menang 


 
inilah hadiahnya...

or

Baby Gap rompers (assorted design/colour)

+ (AND)
 
 
 
thanks to the sponsor
 


ok..sehingga bertemu lagi di lain siaran..

mintak petua...

ni masalah pompuan je tau...mama kalu lmbat period, kan kuar jerawat muka...cm waktu pregnant last time...muka mama byk gak jerawat sampai segan nak jumpe org...jd keyakinan kite pun kurang...betul tak...

kite rase rendah diri...malu nak jumpe org...rase nak terperap dlm rumah je...tu yg mama jarang amik gmbar...bila lepas bersalin, jerawat tu makin kurang n kurang...sampai satu hari tu, my MIL tegur..dia ckp "kak long guna ape, umi tgk jerawat kat muka dah kurang n makin baik"...."mase pregnant hari tu, terkejut gak tgk muka kak long" senyum lebar lah mama mase tu...mama ckp tak guna pape pun..produk2 mknn kesihatan yg biasa je...

my MIL tny papa...papa boleh tak perasan katenya...maklum lah tiap tiap hari kat umah kan....

so skrg ni mama nak tnye lah ade pape petua tak , nak kurangkan jerawat @ tak nak langsung bila period lewat @ pregnant next time....sebagai langkah berjaga jaga...

pls help mama.....

21 November 2010

dinner

hari ni mama tak masak pun dinner....so ktorg gi mkn kat luar aje...skrg ni musim raye belum habis lagi, so byk kedai tak buka lagi...

jadi ktorg pun pegi yg mane ade je lah...mase ktorg sampai, tak ramai org pun..lama lama nak penuh lak mama tgk...mayb sebab kedai byk tutup kot...bak kate papa "dah dia nmpk kat situ byk kete, mesti kedai makan pun ok" :)

farhah cm biasa , awal awal sampai tak nak duduk kat kerusi dia..nak duduk dgn papa...lame tu baru g dgn mama..anak papa lah katekan...hehehe..eh, anak mama jugak...

mlm ni mama order nasi putih mcm lah kat umah tak leh masak + telur bistik + sup kosong...papa lak order nasi putih + daging masak merah + kailan goreng biasa (asal kailan ikan masin tp ikan masin dah habis) :) air pulak tembikai laici dgn tea o ais...

ni mama nak tnye ni, biasa telur bistik ade inti ape ek...kali ni mama tak habis mkn coz rasenye kureng dgn mama..ntah nape ntah...telur bistik kali ni rase masam...mcm terlebih cuka...n then ayam mama jumpe 2ketul yg kecik2 je...sayur cmpur takde..cuma kat ats ade nenas, bwg..cm kureng lah bg mama...tp untuk alas mama makan jugak lah sikit...papa cm biasa tetap habis dgn mknn nya... good papa :)

oklah...cukup untuk mlm ni...sehingga jumpe lagi...jgn lupe join GA mama yer...

tension tension...tolonggggggggg

kepada rakan rakan blogger sekalian...mama nak mintak tolong sgt2 ni...dah jenuh mencari tp tak jumpe2 jugak...jumpe yg lain...dulu ade gak jumpe dlm blog someone tapiiiiiiiii dah lupe sape..n cari tak jumpe...
rase nak nangis je...



mesti tertanya2 ape yg mama nak ni kan....

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

tlg mama bgtau cmner cara nak letak watermark kat photo...
everytime bila kita post photo, watermark tu automatically dah ade...

boleh tak....
rasenya ada cara dia kan...

plzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz





Chong Wei azam lakar sejarah

CHONG WEI akan menentang Lin Dan pada aksi final badminton perseorangan lelaki hari ini.



  • JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mahu melakar sejarah menjadi pemain kedua Malaysia meraih pingat emas acara perseorangan lelaki pada temasya Sukan Asia.
  • Chong Wei kini hanya selangkah lagi untuk mengakhiri kemarau 40 tahun selepas kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas acara itu pada Sukan Asia 1970 menerusi Datuk Punch Gunalan.
  • Pada aksi separuh akhir Sukan Asia 2010 yang berlangsung di Gimnasium Tianhe, Guangzhou malam tadi, Chong Wei berjaya menewaskan pemain tuan rumah, Chen Jin 14-21, 21-15, 21-7 dalam masa 60 minit.
  • "Saya tewas set pertama kerana tekanan terlalu mahukan kemenangan. Jurulatih (Datuk Misbun Sidek) beritahu supaya saya lebih bersabar untuk mencari mata.
  • "Jadi pada set kedua, detik kebangkitan saya bermula ketika kedudukan terikat 14-14 apabila selepas itu saya berjaya mengutip empat mata berturut-turut.
  • "Memandangkan saya belum pernah memenangi pingat emas Sukan Asia, final esok (malam ini) akan saya lakukan yang terbaik," kata Chong Wei ketika ditemui selepas perlawanan.
  • Setelah tewas set pertama dalam masa 22 minit, Chong Wei menang set kedua dalam tempoh 22 minit sebelum mudah mematikan cabaran Chen Jin dengan hanya mengambil masa 16 minit pada set ketiga.
  • Untuk aksi final yang akan berlangsung pukul 8.30 malam ini, Chong Wei akan bertemu musuh tradisinya dari China, Lin Dan yang mudah membenam pemain Korea Selatan, Park Sunghwan 21-14, 21-10 dalam satu lagi saingan separuh akhir.
  • Pertemuan antara Chong Wei dan Lin Dan itu ibarat ulangan final Sukan Olimpik 2008 di Beijing yang menyaksikan jaguh China itu muncul juara.
  • Pada Sukan Asia 2006 di Doha, Qatar, Chong Wei sekadar meraih pingat gangsa setelah tewas kepada jaguh Indonesia, Taufik Hidayat di peringkat separuh akhir.
  • Taufik yang menewaskan Lin Dan pada aksi final edisi 2006 itu gagal mempertahankan pingat emasnya kali ini setelah tewas kepada Sunghwan di saingan suku akhir.
  • Sementara itu, beregu lelaki negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong gagal mempertahankan emas yang dimenangi pada Sukan Asia 2006.
  • Mereka tewas kepada gandingan Indonesia, Markis Kido-Hendra Setiawan 21-16, 24-26, 19-21 pada aksi final malam tadi.

berita ini dari Kosmo Online

20 November 2010

"jgn duk kat pc"

may b itulah ungkapan anak mama yg tersayang ni...farhah nak ajak mama main dgn dia..dia tarik mama n tunjuk dlm bilik..ajak masuk sana n play with her...

masuk bilik, dia peluk mama, senyum senyum...senyum ade makno tu,hehehhe

ajak bersenda gurau dgn dia...dia amik topi, sarung tangann kaki dia waktu baby dulu...n mintak mama pakaikan kat dia...alahai budak comel ni....gmbar tak sempat nak snap...

oklah nak layan farhah lah pulak...nnt kan marah lak...hehehe
kalu dia mengamuk, habis barang dia capai n baling...bukan baling kuat pun...

sehingga ketemu lagi...

semua gmbar ada...

hah...ni satu bonus buat mama tau...tgh2 duk mencari gmbar yg nak letak kat blog..tiba tiba jumpe semua gmbar...ni yg buat mama suka coz..nnt ade lah idea yg nak mama coretkan kat sini...bila ada gmbar nak citer pun seronok tau...gmbar boleh bg kite seribu satu pengertian...

ada gmbar farhah duk main..nangis..tido n cm2 lagi..gmbar gi jln2 kay el pun ade..
last time mama tak jumpe kat mane papa letak..dah tak tny papa, mmg tak jumpe..biasa mama tulis mase papa keje...jd bila papa balik tak tulis dah, jd lupo nak tnya...hehehe (jgn mare)


oklah...nnt mama citer pasal gmbar tu one by one...hehehe

"mama nak buat GA tak lama lagi..kali ni kira jadi lah...
tp ade org nak join tak ek.."

pa n ma berdua...

apa yg korang fikir, bila baca tajuk N3 kali ni.....pa n ma berdua...
sebenarnya kan...blog ni mama buat untuk mama coretkan cerita cerita mengenai family dan hal hal lain...

papa dulu ade jugak blog..tp dah lame sgt dia tak update ...jadi terbengkalai cmtu je...skrg ni , bila papa tgk mama dgn blog mama, papa pun teringin nak join same...as author for this blog also...mama tak kisah pun...kami kan sehati sejiwa...baru baru ni papa ade gak update 1 citer kat blog mama tp guna nama mama...mase tu belum 'register' lagi nama papa...
next time , kalu nmpak author lain selain mama, papa lah tu...
berdua
bertiga

 itulah alkisah kami berdua...hehehe

Korban unta

hari ni masjid kat Paka ada buat majlis makan makan...semalam kot pihak sana buat sembelihan @ korban...papa bgtau hari tu, korban unta dlm 10ekor rasenya...ade pihak yg sponsor..tp last last tak jadi coz ada masalah sikit..so korban lembu aje dlm 15ekor rasenya...kalu silap mama mintak maap yer..

papa cdg nak gi makan lah..tp dah letih balik keje coz keje mlm..so tido je lah...tak sempat nak pegi...waktu lalu kat perkarangan masjid last time, khemah dah terpasang...luas gak kwsn masjid tu...kalu takde masalah mayb dpt gak merase daging unta....cmner rase daging unta yer..ade sape sape pernah makan tak...sama cm daging lembu ker @ ade rase special.... :)

tak dpt rase daging unta, tgk gmbar unta pun jadi lah..hehehhe



19 November 2010

it's our very first anniversary GA!!


for those who want to join this GA
just click here

TARIKH TUTUP GA ; 23.11.2010 (11.59PM)



BUAT LULU & FAIZ


GA - Salam Ukhuwah



as usual, for those who want to join this GA
please click here

Follower CCK ke = 42

DUE DATE ; 30 NOVEMBER 2010

HDD Birthday Giveaway

Bersempena birthday yg ke 32, HDD mengadakan GA buat semua yg nak join..
Syarat- syarat nye sungguh mudah n simple
sape sape yg nk join 
klik di sini

DURATION GA ; 11.11.2010 ---> 21.11.2010


Buat HDD...



Pengantin Baru Giveaway



KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT NAK SERTAI GA INI,
SILA KLIK DI SINI


DUE DATE ; 6 DISEMBER 2010

MummyKD-1st Giveaway

ni adalah 2nd contest untuk hari ini...



GA ni pun cukup simple n mudah...
jom kita pakat pakat join
mane lah tau ade rezeki nnt
klik sini


DUE DATE ; 11 November - 17 Disember 2010

Syilasyira 1st Giveaway

hari ni rase nak join contest aje...
N3 pasal citer, kite tgu dulu..kalu ade mood N3 ade lah nnt...ade sebenarnya...hehehe
ok..kita tgk contest nya...




Giveaway ni pun simple jugak..
tak perlu slogan @ N3 pnjang2..
kalu nak join, klik kat sini.. 

DUE DATE ; 1 Nov - 30Nov 2010

18 November 2010

kasih papa pd anaknya

citer kali ni dah berlaku kira kira 2hari yg lalu...mak ai skemanye..alkisahnya lepas pergi beli brngan kesihatan K-Link, kami sekeluarga pergi lah makan...terase nak makan kat Kenny Rogers...ajak lah papa pegi kat Mega Mall Kuantan..lagipun tak jauh dr tempat K-Link tu, seberang jalan je...


gmbar mknan tak sempat snap..gara gara dah lapo...hahahaha..
tp nikmatilah gmbar dr Mr Google ni yer..

mama n papa order menu yg baru Chicken & Pasta Meal
bukan yg atas tu tau,yg tu hiasan je


ni lah dessert yg mama order last sekali..
yummmmy

kisah yg sebenarnya terjadi bila farhah tak nak makan tak nak duduk...tiba2 je dia wat hal...skrg ni farhah dah pandai wat hal...mama nak amik duk dgn mama tak nak..so mama makan lah dulu..papa melayan kerenah si anak dara..so layan je lah pic ni yer..
inilah kasih papa pd anaknya... :)

papa tgh ajar hafal no tel kenny rogers :)


 papa lah tempat farhah mengadu bila tak mau dgn mama


jarang boleh tgk papa senyum meleret cmni..
ni gara gara nak test camera (auto smile)

oklah..next time mama citer lagi ek...sehingga ketemu lagi di lain siaran..

5 beradik ditinggal ibu rayu bantuan dapatkan MyKad

2010/11/18

GERIK: Lima beradik yang kematian bapa dan kini ditinggalkan ibu sejak tujuh bulan lalu merayu pihak yang bersimpati tampil membantu mereka untuk mendapatkan MyKad bagi membolehkan mereka kembali ke sekolah.

Mereka juga merayu agar ada pihak yang sudi membantu mereka untuk menyambung belajar.
Bapa adik beradik itu, Awang Bakar Jusoh, meninggal dunia pada 2 Oktober 2008 di Kuala Lumpur.
Nur Syafiqah Abdullah, 14, memiliki sijil lahir tetapi gagal mendapatkan MyKad kerana Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menganggap dia bukan warga negara, dan disebabkan tidak mempunyai kad pengenalan, dia tidak dibenarkan masuk ke tingkatan satu.

"Saya dan adik beradik berlainan bin dan binti kerana JPN kata surat nikah ibu dan ayah palsu, jadi kami diletakkan dengan bin atau binti Abdullah.

"Hanya dua adik Nur Syahidah (11 tahun) dan Muhammad Azhar (9 tahun) berbin dan berbintikan ayah iaitu Awang Bakar," katanya ketika ditemui di sini.

Berikutan gagal diterima memasuki ke tingkatan satu sejak 2009, Nur Syafiqah kini tercicir dua tahun pengajiannya dan sepanjang tempoh itu dia hanya tinggal di rumah.
Bagaimanapun, Nur Syafiqah berkata dia tetap membaca buku rakan-rakannya yang bersimpati dan sering mengikuti perkembangan melalui berita di televisyen.

Katanya, sebelum ini beliau belajar di Sekolah Kebangsaan Seri Rampai di Taman Setapak Jaya, Kuala Lumpur, dari darjah satu hingga enam.

Adiknya Muhammad Aidil Fitri, 5, masih belum mempunyai sijil kelahiran.

Nur Syafiqah dan empat adiknya kini menumpang di rumah abang mereka yang berlainan ibu, Mohd Irwandi Awang Bakar, di Kampung Bersia Lama, Bersia di sini.

Mohd Irwandi, seorang nelayan kecil Tasik Banding yang memperoleh pendapatan tidak seberapa, turut menanggung seorang isteri dan seorang anak.

Mereka kini tinggal di sebuah rumah yang dibina dengan bantuan penduduk kampung dan sumbangan peruntukan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temenggor, Datuk Hasbulan Osman.

Bagaimanapun, Nur Syafiqah berkata beban yang ditanggung abangnya ringan sedikit kerana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Gerik membantu mereka sebanyak RM150 sebulan sejak September lalu.

Mohd Irwandi pula berkata, dia terpaksa memikul tanggungjawab menjaga lima adiknya itu ibu kepada lima kanak-kanak itu bertindak menghilangkan diri.

"Saya merayu ibu tiri saya supaya kembali kepada adik bagi membantu menyelesaikan beberapa masalah yang berkaitan masa depan mareka," katanya.

Mohd Irwandi boleh dihubungi di talian 019-5437025. - BERNAMA


berita ni dari Berita Harian Online.

Cahayamylife Giveaway

hari ini, mama nak join satu lagi giveaway...
giveaway ni simple je...sape2 pun boleh join asalkan warganegara Malaysia n menetap di Malaysia
sape sape yg nak join...just click here



Blog referral :
Nak tau ape hadiahnya
Hadiahnya adalah Handmade chocolate yang mana confirm Halal.
yummy yummy...

kalu nak rase coklat tu, cepat cepat lah join same... :)

DUE DATE ; 12 Disember 2010 (11.59pm)

Raya Raya Raya

Cerita pasal raya lagi....herm...dah namanya musim raya...raya je lah topiknya..
alkisah kali ni, menceritakan mkhabarkan bahawasanya my MIL n family ada dtg paka...mereka dtg beraya bersama2 mama papa n farhah...maklum je lah kami tak balik kg mane2 pun kali ini...at least takde lah sunyi tanpa beraya dgn family kan..lewat ptg jugak lah baru sampai...sampai je terus azan maghrib...

mulanya ingat kan satu family je dtg..tp tiba2 ade satu lagi family dtg..yg merupakan pak saudara papa (adik my MIL)...so penuh satu rumah semalam...dtg nak kenal rumah kami lah...diaorg tak penah dtg sini kot...riuh jugak lah umah smlm..papa lak balik cm biasa lah kol 7.15 lebih...

yg si comel mama ni pulak...tiba2 buat hal..tak nak duduk nak dukung aje..mayb terkejut kot tgk ramai sgt org kat umah..biasanya mama n papa je kat umah...farhah biasalah cmtu...dia mase awal2 ni tak nak g kat sape2 pun...dah lama sikit baru lah mak- mak sedara n nenek boleh amik...tp dgn atok n pak sedara dia...tak nak langsung...may awal2 tu farhah tgh recall balik, mcm penah kulihat..tp dimana ya... :)

td dlm dekat dekat kol 10pg diorg dah balik kuantan semula...hah, lupe nak kabo...diaorg dtg dgn kereta baru...pak saudara farhah baru beli...katenya dah sebulan dah beli...ape nama kereta tu ek...hehehe..mama ni bab2 kereta kantoi sikit...besar lah jugak..kiranya boleh muat sampai 8org lah..."tahniah kat ayah ngah yer, dah beli kereta baru...nnt boleh lah papa pinjam ..farhah nak gi jln2 dgn kete ayah ngah.. :)" 

oklah..sehingga berjumpe lagi...

17 November 2010

Giveaway 13 Nov - 28 Nov 2010 (6pm)


kepada sesiapa yg nk join GA ni, sila klik link ni yer..
sungguh mudah n simple je...
mane tau kot kot bertuah nnt

Beraya di paka

aidil adha kali ini, mama sekeluarga beraya di paka shj...papa kena kerja hari raya...ikut shift dia, mmg papa keje n that is his first day keje...mmg sedey lah jugak, tak dpt balik beraya kat kg...(mcm lah kg jauh sgt) hehehe..jauh tak jauh, amik mase dkt 2 jam jugak tau..

sepatutnya abg mama kat kay el, dtg beraya dgn mama, papa n farhah...tp last minute kena cancel... so sad :(  abg mama hntar msg bgtau tak jadi...kalu nak diikutkan plan yg asal..kami akan masak sama sama kat umah mama n makan ramai ramai...my mom tahun ni ada amik sebahagian daging korban...so skrg semuanya cancel...

my parent ask my brother untuk masak kat umah kat kay tee aje..aboh mama takut letih esoknya nak keje..nnt bila dtg sini for sure lmbat balik...mama fhm keje aboh mama...

sebelum tu, mama mintak abg mama ajak aboh dtg coz dah lama aboh tak g jln2...
mama harap diaorg dtg lah ...tp tak tau lah kan...kite hanya berharap..

ok lah ..sehingga berjumpe lagi...

16 November 2010

Salam Aidil-Adha



salam aidil adha 
buat semua teman teman bloggers
walau di mana jua anda berada

dari kami sekeluarga,
HADI, INA & FARHAH







Heartbeat Heartbeat Heartbeat

Usia Perkahwinan Kami

Daisypath Anniversary tickers

Usia Anak Pertama Kami

Lilypie Kids Birthday tickers

Usia Anak Kedua Kami

Lilypie Kids Birthday tickers
 
Copyright @ KasihSelamanya-Hadina 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi