13 July 2013

Kembalinya insan yg kusayang

Assalamualaikum...
Hari ini, mama masih lagi dlm mood sedih..sedih kerana kehilangan abang tersayang. Bagaikan satu mimpi bila dapat tau abg dah xde lagi di dunia ini. Sebak di dada bila teringatkan dia.
Dua minggu sebelum tu, kami sempat berjumpa. Kalau nk diikutkan kedatangan kami ke kay el nk jumpa baby Daryn, anak abg..tapi kini mama rasakan kami ke sana untuk ucap selamat tinggal buat selamanya.
Satu-satunya perkara yg buat kami semua sedih, abg pergi meninggalkan anak perempuan yg baru shj mencecah 40 hari. Tapi yg pasti 40 hari itu, abg telah isikan dgn kenangan dan kasih sayang sepenuhnya buat Daryn.

Seorang Isteri kehilangan suami
Anak kehilangan papa
ayah kehilangan anak
adik kehilangan abang

Kami semua kehilangan orang yg sama. Abg seorang yg disenangi ramai.Seorang yg bertanggungjawap terhadap keluarga dan kerjaya. Tidak hairanlah ramai yg datang menziarah. Dari pekerja sehingga lah clients. Mereka semua sedih kehilangan abg kerana abg seorang yg berdedikasi , amanah dlm kerja.

Ramai yg bertanya, abg sakit apa...abg sebenarnya sihat dan xde langsung simpon-simpon penyakit. Tapi bedah siasat menunjukkan abg kena serangan jantung dgn 80% blockage. Bagi kami itu hanya lah sebab untuk abg kembali pada Nya. Umur abg baru je mencecah 36 tahun. Sebab itu, ramai terkejut..abg masih muda dan sihat. Tiada siapa menduga ianya terjadi.

Pada malam hari, abg masih lagi sempat bermain badminton dgn adik dan anak-anaknya. They had a wonderful moment on that day. Sebelum balik ke rumah, abg dgn kak farah spent together berchit chat..macam2 diluahkan. tak sangka itu adalah saat terakhir mereka berdua bersama. Sayu hati bila kak farah menceritakan saat-saat indah mereka.

Selepas pulang ke rumah, tak lama selepas baring atas katil, abg collapes. Nasib baik adik ada n buat cpr kat abg..memang sudah tertulis, abg pergi tak lama selepas itu.

Mama dan keluarga bersama aboh turun ke kay el pagi itu juga. Jenazah abg dikebumikan di Bangi, memudahkan kak farah dan anak-anak ziarah pusara abg.

Alhamdulillah, kami sempat menatap wajah terakhir abg. kami org terakhir yg ditunggu sebelum abg disembahyangkan dan dikebumikan.

Selepas ini, tiada lagi panggilan abg yg selalu disebut-sebut.Tiada lagi kedengaran suara abg berbicara.Tiada lagi tempat kami meminta pertolongan. Tiada lagi masakan enak yg dapat kami rasa. Macam aboh pernah ckp, abg pandai masak mcm arwah ma.

Sewaktu kami ke kay el dua minggu sebelum itu, mama sempat tany,abg balik raya trg ke tahun ni? Abg jawab, tak tau lagi..dan sekarang abg mmg tak balik raya. Aboh ckp, nnt raya enam nk g kay el nk ziarah abg.

Abg, kami semua akan jaga keluarga abg. Walaupun abg dah xde di dunia ini, mereka semua tetap keluarga kami. Takkan kami sisihkan mereka. Kami sayang mereka.

ZAINAL ABIDIN BIN ISMAIL/EMBONG
27 JUN 1977 - 7JULAI 2013

CHE MAIMON BINTI JUSOH
9 MAC 1952 - 6 OGOS 2011

Ma, Abg...kakok akan sentiasa berdoa untuk ma dan abg di sana.
KAKOK RINDUKAN MA DAN ABG.....

Ya Allah, Engkau tabahkan lah hatiku dan hati kami sekeluarga menerima ujian Mu. Engkau lindungi dan bantulah Kak Farah sekeluarga mengharungi hari-hari mendatang dengan sabar dan tabah.

Wassalam

01 July 2013

Keluar Hutang

Assalamualaikum....

Hutang..hutang..hutang..
Hutang rumah...
Hutang kereta...
Hutang personal loan...

Bak kata seorang insan yg mama kenal, "Rakyat Malaysia ni dari lahir dah diajar berhutang, so cmner hutang tak bertimbun."

Berhutang kadang kala tak salah demi memnuhi keperluan hidup tapi berpada-pada ikut kemampuan diri..jangan pula berhutang ikut hawa nafsu..itu yg susah kemudian hari.

Pabila berhutang, ingat :

* kena jadi rajin, (jgn nak bermalas-malasan) ingat masih ada tanggungjawap yg perlu diselesaikan.
* selalu bayar secara sistematik/ konsisten-kalau ada wang lebih, tak salah byr lebih sikit..mana lah tau nnt dpt singkatkan tempoh byrn.
* selalu bersedekah walaupun sedikit.

Ada satu web yg mama baca...mmg sesuai sgt..Tajuk: Rahsia Urus Hutang Hati Tenang.

Kat situ ada byk artikel/ tips yg boleh dibaca dan dipraktikkan.

Yg ini adalah salah satu cara yg mama rasa semua org boleh praktikkan.


klik gambar untuk ke web asal

Kita cuba dermakan satu hari satu ringgit...tak kisahlah kita nk derma ke masjid ke atau org perseorangan. atau kalau rasa malu nak bg seringgit, kumpulkan sehari seringgit dlm sampul khas, nnt cukup bulan kita dermakan.

Insya-Allah murah rezeki org yg memberi.

Jom kita sama-sama praktik.

Selamat beramal.

Wassalam.





Heartbeat Heartbeat Heartbeat

Usia Perkahwinan Kami

Daisypath Anniversary tickers

Usia Anak Pertama Kami

Lilypie Kids Birthday tickers

Usia Anak Kedua Kami

Lilypie Kids Birthday tickers
 
Copyright @ KasihSelamanya-Hadina 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi