Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

23 October 2013

Selamat Hari Lahir Fahmi




Selamat hari lahir sayang mama papa, Nazmi Fahmi yg ke 2.
Hari ni genap 2tahun Fahmi bersama mama, papa dan kakak.
Dan 2tahun juga Fahmi menyusu badan direct dgn mama. No formula :-)
Mama hepi papa hepi adik pun hepi.

Kami semua doakan adik menjadi anak yg soleh, 
adik yg baik buat kakak, 
insan yg berguna di masa hadapan..
sentiasa dimurahkan rezeki, 
diberi kesihatan yg baik,
dipanjangkan usia dan 
berjaya kehidupan di dunia wal akhirat. 
Mama papa cuma nk yg terbaik buat anak-anak.

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG !!!

30 May 2013

"Selamat Ulangtahun..."

Assalamualaikum...

Tanggal 22 Mei 1982 jam 6.20pagi maka lahirlah seorang puteri dalam keluarga En Mohamad @ Zahari dan pasangan Che Maimon. Puteri itu diberi nama Zarina.
Kini puteri itu sudah 31tahun. Dia juga sudah berumahtangga dan memiliki sepasang cahayamata bersama suami tercinta, Muhammad Hadiaziam.
Anakandanya diberi nama Nurul Farhah dan Nazmi Fahmi. (masih mengekalkan NF)

Mei 2007 - bertunang
Mei 2008 - berkahwin
April 2009 - cahayamata sulung, Nurul Farhah
Okt 2011 - cahayamata kedua, Nazmi Fahmi

Begitu pantas masa berlalu meninggalkan kita tanpa kita sedari.

Selamat hari lahir buat diriku..
Semoga mama sentiasa tabah dan sabar mengharungi liku-liku hidup di dunia ini,
Semoga menjadi isteri yg taat dan patuh pada suami,
menjadi ibu yg dapat mendidik anak-anak dgn baik, sabar dgn kerenah anak-anak,
menjadi anak yg solehah buat ibubapa yg tersayang,
semoga menjadi hamba yg taat pada perintah Mu, Ya Allah.


SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN 
YANG KE-31.


Tanggal 30 Mei 2008 bersamaan 24 Jamadil Awal 1429H ,telah berlangsungnya akad nikah di mana mama telah sah menjadi isteri kepada papa, Muhammad Hadiaziam.
Kini pernikahan kami sudah mencapai usia 5tahun.
Pelbagai dugaan dan cabaran kami tempuhi bersama.
Terima kasih papa, kerana melengkapkan hidup mama.
Semoga perhubungan kita ini sentiasa di rahmati oleh Nya.

kredit to FB : Keharmonian Rumahtangga Dan Keluarga Muslim
 SELAMAT ULANGTAHUN PERNIKAHAN
YANG KE-5.


Wassalam.

27 May 2013

SPECIAL DAY :-)

Assalamualaikum....

Hari ini merupakan hari yg istimewa buat keluarga abg mama.
Hari ini merupakan hari lahir anakanda sulung mereka, Iman Rifqy yg ke 12.
Dan hari ini juga bakal lahir anakanda ketiga mereka.
Insya-Allah , dalam pukul 3ptg nnt my sister in law akan masuk bilik bedah ditemani suaminya aka abg mama.
Kakak ipar mama kena bedah because kedua-dua anak lelaki mereka juga lahir melalui penbedahan.
Bukan sengaja nak, tp sebab emergency.
So, yg ketiga ni juga kena bedah.
Diaorg satu family excited sgt2 coz nak dapat baby girl.
Mcm mama dgn adik mama, ktorg dapat sepasang...jadi kalau boleh diaorg nak juga merasa ada anak perempuan. Anak lelaki dah 2 dan skrg anak perempuan.
Nnt kakak Farhah dgn kakak Alisya ada kawan baru lah.. :-)

Semoga akak selamat melahirkan anak perempuan akak denagn selamat dan lancar.



Buat Iman, selamat hari lahir.
Be a good brother and good son.
Semoga Iman berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat kelak.




Wassalam.

15 April 2013

Selamat hari lahir Farhah

Assalamualaikum...




Hari ini merupakan hari ulangtahun kelahiran anakanda sulung 
NURUL FARHAH BINTI MUHAMMAD HADIAZIAM
yg ke 4.
Sudah 4 tahun usia kakak....tak sangka mama, anak mama dah besar yer..
masih lagi mama ingat saat nak melahirkan kakak..
mama dibawa masuk bilik bedah untuk C-zer.

Saat mama masih mamai lagi, sempat mama tnya papa..cmner kakak? ok tak? confirm dgn papa girl @ boy? nak bersuara tak mampu..just isyarat tulis atas tangan papa je...

Kakak adalah anak sulung mama n papa....kami sayang kakak....kakak lah permata hati kami yg pertama..

Mama n papa doakan kesejahteraan kakak dunia dan akhirat.

Semoga Farhah jadi anak yg solehah, 
kakak yg baik dan bertanggungjawab,
insan yg berguna dan berjaya di masa hadapan,
dikurniakan kesihatan yg baik,
akal fikiran yg cerdas, pintar, 
dan yg paling penting menjadi hamba yg taat pada perintah Nya.

Cupcakes ditempah khas untuk Nurul Farhah :-)

Wassalam.


25 March 2013

Selamat Ulangtahun Kelahiran Aboh..



Assalamualaikum....
Hari ini adalah hari ulangtahun kelahiran ayahanda tercinta :-)

SELAMAT HARI 
ULANGTAHUN KELAHIRAN
ABOH :-)

Semoga Aboh sentiasa sihat tubuh badan,
tabah mengharungi apa jua rintangan,
semoga Aboh dipermudahkan segala urusan,
sentiasa disayangi oleh org sekeliling,
 sentiasa di bawah payung rahmat Nya
dan
semoga redha Allah 
mengiringi Aboh selalu.

Aboh, akok sayangkan Aboh seperti mana akok sayangkan Ma juga.
Setiap kata-kata nasihat, teguran dari Aboh akan akok ingat
dan akok akan cuba buat seperti yg Aboh ajar.

Wassalam.


 

22 May 2011

Selamat Hari Lahir Puan Zarina

Hari ni maka genaplah umur mama 29tahun...wah cepatnya masa berlalu...next year dah 30tahun...alamak, lagi nmpak "tua" lah..hahahaha

Tapi yg penting kita harus bersyukur kerana masih diberi kesempatan hidup untuk menikmati hidup di dunia ini dan beramal dengan apa yg diperintahkan oleh Nya...



Sambutan birthday???????herm..mama jarang @ mayb tak pernah celebrate pun birthday...hanya ucapan yg selalu mama terima...skrg ni bila dah kawen, ucapan dari suami lah yg dinantikan....hehehe...
aktiviti hari ni cm hari2 biasa je, takde yg istimewa sgt...lagipun papa keje...so tak nak lah kaco dia sgt...maybe kalau ada kesempatan ktorg mayb celebrate sekali dgn anniversary nnt...

cuma bukan dlm masa terdekat ni lah..mayb pergi bercuti ke...hehehe...

oklah, mama tak pandai sgt nak karang2 esei ni.. :)
c u all again....

15 April 2011

selamat hari lahir sayang

hari ni tanggal 15 April 2011 maka genaplah umur anak kesayangan mama n papa 2thun...


mama n papa doakan agar Farhah menjadi anak yg solehah, kakak yg baik buat adik2 nnt :)
semoga Farhah sentiasa sihat, pnjg umur, murah rezeki
dan sentiasa dilindungi oleh Nya..
mama n papa saaaaaaaayang Farhah....

Heartbeat Heartbeat Heartbeat

Usia Perkahwinan Kami

Daisypath Anniversary tickers

Usia Anak Pertama Kami

Lilypie Kids Birthday tickers

Usia Anak Kedua Kami

Lilypie Kids Birthday tickers
 
Copyright @ KasihSelamanya-Hadina 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi