Showing posts with label warna. Show all posts
Showing posts with label warna. Show all posts

05 December 2010

Maksud di sebalik warna

Warna memainkan peranan penting dalam menaikkan seri kediaman.
Warna juga mempunyai rahsia tersendiri dan bagi yang kreatif tentunya bijak menyuai padan mengikut kesesuaian dan konsep dekorasi pilihan.

Gabungan
  • JIKA anda memadankan merah berhampiran biru, ia kelihatan kekuningan sementara merah yang diletakkan bersebelahan kuning pula boleh membuatkan ia berubah menjadi kebiru-biruan.

  • Penataan tradisional pula boleh diserlahkan dengan menggabungkan coklat dan firus atau rona kebiru-biruan.
  • Putih pula melambangkan kebersihan, kemas dan terang sesuai digandingkan dengan sebarang warna, sekali gus membantu menaikkan seri warna lain.
  • Kini anda boleh mendapatkan pelbagai jenis rona putih di pasaran seperti putih orkid, putih barli, putih epal dan putih lili.


Biru
  • MELAMBANGKAN langit dan lautan, justeru, ia sesuai untuk dicat di bilik tidur, begitu juga warna ungu.
  • Warna berkenaan turut dikategorikan sebagai warna sejuk mampu mengubah bilik tidur kepada suasana yang lebih selesa, tetapi jika biru gelap digunakan boleh mencetuskan suasana bilik menjadi lebih kelam.


Jingga
  • MELAMBANGKAN tenaga dan keriangan serta dipercayai boleh merangsang keinginan untuk makan.
  • Bukan bermakna anda harus mengecat seluruh dinding ruang makan dengan jingga, tetapi perlu kreatif menyesuaikan penggunaannya.


Hijau
  • LAMBANG alam semula jadi memang mendamaikan dan sesuai digandingkan dengan binaan berstruktur besi.
  • Hijau lembut pula mampu menenangkan fikiran dan jika disesuaikan dengan sedikit rona merah atau kuning, suasana berubah menjadi lebih segar.


Konsep dekorasi
  • Warna keemasan menginspirasi suasana mewah dan eksklusif.
  • Sesuai digabungkan dengan hijau, merah atau biru gelap.
  • Bagi menampilkan gaya moden atau unsur berteknologi tinggi, warna perak sesuai untuk konsep berkenaan.

artikel dari myMetro.

13 November 2010

warna.....

setiap org ada warna kesukaan masing masing...mama pun ada, tp kan bila tgk byk sgt warna...rase suka kat semua lah...huhuhuhu
jom layan warna bunga ni...













antara rahsia warna ungu...

  • Jika warna Ungu (Violet) menjadi warna kegemaran kamu maka kamu adalah seseorang yang benar-benar luar biasa. Dalam menghadapi masa depan kamu tidak pernah ragu-ragu, apa yang dikerjakan kamu adalah yang terbaik. Kamu pandai mengikuti perkembangan zaman. Dalam bercinta, hanya merekalah yang kuat mental yang dapat mendekati dan menjadi kekasih kamu. {yg ni mama dapat kat web ni}
  • Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.  {yg ni kat web ni}
sehingga berjumpa lagi..

Heartbeat Heartbeat Heartbeat

Usia Perkahwinan Kami

Daisypath Anniversary tickers

Usia Anak Pertama Kami

Lilypie Kids Birthday tickers

Usia Anak Kedua Kami

Lilypie Kids Birthday tickers
 
Copyright @ KasihSelamanya-Hadina 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi