Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

07 January 2011

Bowling di pg jumaat



pg td mama ikut papa gi main bowling..
huh dah lama bebenor tak main..last sekali main mase belajo dulu2...
mmg lama lah...dan akhirnye hari ni mama main lagi..

ingtkan group dgn papa...
rupe rupenya..lelaki dgn pompuan asing ...
farhah pulak duk dgn mama...
seksa gak lah nak main....coz si comel mama tak nak duduk n tak nak org lain amik...
papa jauh pulok dr mama....
nasib baik ade jugak yg nak amik walau terpaksa pegi..farhah mengalah...hehehe
kejam kah mama????????
oh tidak.................

mama rase team mama yg paling lmbat habis
coz anak anak dgn mak nye..ayahnye seronok lah main takde gangguan...
bila si ayah dah beres..nah tlg jaga anak pulak ye..
maknye nak main pulak..hehehe

ktorg just main n having fun...tak kisah kalah ke menang...
menang satu bonus...tp tak pun...

kdg2 nak gelak pun ade...masing masing yg main mostly setahun sekali main, tu pun bila company anjur...
nama baling bola tp bunyinye mcm hempas je bola tu...gedegang gedebuk ntah cm2 lagi bunyi...

bola masuk longkang lah...boleh kate masuk longkang tu perkara biasa...
bila jatuh semua pin @ strike tu wah mmg luar biasa lah..hehehe
org yg menang mmg dah selalu main, ok lah..asyik strike aje...
seronok gak tgk nye...

yg pasti mmg fun hari ni...harap2 nnt ade peluang main lagi...
dah ckp kat papa, next time kita g main sendiri2 lah...gilir2 jaga baby...
papa kate ok je...suke nye hati..

oklah...kite sambunh next time lak yer...

21 November 2010

Chong Wei azam lakar sejarah

CHONG WEI akan menentang Lin Dan pada aksi final badminton perseorangan lelaki hari ini.



  • JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mahu melakar sejarah menjadi pemain kedua Malaysia meraih pingat emas acara perseorangan lelaki pada temasya Sukan Asia.
  • Chong Wei kini hanya selangkah lagi untuk mengakhiri kemarau 40 tahun selepas kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas acara itu pada Sukan Asia 1970 menerusi Datuk Punch Gunalan.
  • Pada aksi separuh akhir Sukan Asia 2010 yang berlangsung di Gimnasium Tianhe, Guangzhou malam tadi, Chong Wei berjaya menewaskan pemain tuan rumah, Chen Jin 14-21, 21-15, 21-7 dalam masa 60 minit.
  • "Saya tewas set pertama kerana tekanan terlalu mahukan kemenangan. Jurulatih (Datuk Misbun Sidek) beritahu supaya saya lebih bersabar untuk mencari mata.
  • "Jadi pada set kedua, detik kebangkitan saya bermula ketika kedudukan terikat 14-14 apabila selepas itu saya berjaya mengutip empat mata berturut-turut.
  • "Memandangkan saya belum pernah memenangi pingat emas Sukan Asia, final esok (malam ini) akan saya lakukan yang terbaik," kata Chong Wei ketika ditemui selepas perlawanan.
  • Setelah tewas set pertama dalam masa 22 minit, Chong Wei menang set kedua dalam tempoh 22 minit sebelum mudah mematikan cabaran Chen Jin dengan hanya mengambil masa 16 minit pada set ketiga.
  • Untuk aksi final yang akan berlangsung pukul 8.30 malam ini, Chong Wei akan bertemu musuh tradisinya dari China, Lin Dan yang mudah membenam pemain Korea Selatan, Park Sunghwan 21-14, 21-10 dalam satu lagi saingan separuh akhir.
  • Pertemuan antara Chong Wei dan Lin Dan itu ibarat ulangan final Sukan Olimpik 2008 di Beijing yang menyaksikan jaguh China itu muncul juara.
  • Pada Sukan Asia 2006 di Doha, Qatar, Chong Wei sekadar meraih pingat gangsa setelah tewas kepada jaguh Indonesia, Taufik Hidayat di peringkat separuh akhir.
  • Taufik yang menewaskan Lin Dan pada aksi final edisi 2006 itu gagal mempertahankan pingat emasnya kali ini setelah tewas kepada Sunghwan di saingan suku akhir.
  • Sementara itu, beregu lelaki negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong gagal mempertahankan emas yang dimenangi pada Sukan Asia 2006.
  • Mereka tewas kepada gandingan Indonesia, Markis Kido-Hendra Setiawan 21-16, 24-26, 19-21 pada aksi final malam tadi.

berita ini dari Kosmo Online

Heartbeat Heartbeat Heartbeat

Usia Perkahwinan Kami

Daisypath Anniversary tickers

Usia Anak Pertama Kami

Lilypie Kids Birthday tickers

Usia Anak Kedua Kami

Lilypie Kids Birthday tickers
 
Copyright @ KasihSelamanya-Hadina 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi