Showing posts with label keselamatan. Show all posts
Showing posts with label keselamatan. Show all posts

27 June 2013

Syok sendiri

Assalamualaikum....

Firstly I want to ask you...apa perasaan korang apabila lihat kereta yg di park tepi jlan sampai boleh ganggu laluan keluar masuk org lain..then ape pula reaksi korang bila bawa kereta tak tau nak jarakkan kereta dgn kereta kat depan...

Alkisah nye, semalam pegi pasar malam..on the way nak balik tu....ada kereta nak kuar dari parking, so kita bagi dia kuar dulu dan jarak nye ok lah mmg dia boleh kuar..lepas tu ada kereta dari arah bertentangan nak masuk parking tu...masa tu kami dah ke depan...so mmg takleh buat apa..yg kereta kat blkg kami pulak langsung tak jarak kan kereta diaorg...bukan saat tu je, sebelum tu pun dia mmg dah duk dekat..kereta yg nk parking tu takleh masuk lah.. satu hal lagi kami pun sangkut takleh ke depan coz ada pulak yg parking kereta tepi selekoh..nak ke tengah sikit pun tak dpt coz ada kereta sedang beratur sebelah tunggu kereta nak parking..last sekali kereta yg nak parking terpaksa cancel nak parking kat situ coz tak nak masuk parking tak dapat, dan hampir mengganggu laluan lain..



Moral of the story kat sini..buat semua pemandu kenderaan sila lah jarakkan kenderaan anda dengan kenderaan di hadapan anda...ini bagi memudahkan proses-proses seperti tadi lah..kalau terjadi apa-apa senang nk undur balik..bukan rugi pun kan.. Tapi most of the time mama selalu jumpa yg syok sendiri ni...bila terkena batang hidung sendiri mulalah nak salahkan org lain...

Kepada mereka yg mengamalkan cara yg sihat teruskan nilai-nilai murni itu. Pada yg syok sendiri, fikirlah untuk kepentingan bersama.

Wassalam.

22 September 2012

Kemalangan akibat kecuaian

Assalamualaikum...

Kemalangan tidak mengira tempat, masa, siapa dan di mana. Ianya boleh jadi serius dan boleh jadi sekecil-kecilnya. Kdg kala kemalangan berlaku akibat kecuaian dan kelalaian kita sendiri..kdg-kala kita merasakan ianya sesuatu yg remeh tapi yg remeh itulah punca kepada kemalangan yg serius.

Tak nak bebel pnjang2, just tgk je lah picture ni.

lihatlah pada kesan gelembung di kiri dan kanan jari.

Nak tau cmner terjadi?????????

Waktu tu, mama tgh masak bubur nasi sambil kacau-kacau bg nmpak halus sikit..memandangkan waktu tu jugak air semakin sikit jadi ia pun menggelegak lalu terkena jari tangan kanan. terkejut sakit terus gi basuh bawah air paip...awal-awal tak nmpk sgt kesannya..mlm tu baru naik gelembung air..skrg ni pun still bergelembung. Papa ckp jgn pulak picit @ cucuk dgn jarum, biar mcmtu biar dia pecah sendiri..huhuhuhu..mama ni bkn boleh tgk gelembung mcm tu, rase nak picit aje..papa ckp kalau picit n teruk, jgn salahkan papa tak nasihat...huhuhuhu...sabar je lah..

Pengajaran dari sini:

> jgn ambil mudah @ sambil lewa akan sesuatu pekerjaan.
> selalu siapkan diri in case perkara sebegini terjadi.
> pastikan first aid kit kat rumah mencukupi dan lengkap.

Wassalam.



17 March 2011

Gi tmn mainan

Ptg td lepas gi pos brg...singgah jap kat tmn mainan mini kat pusat niaga Paka.masa tu dlm kol 4ptg,tak panas pun...farhah asyik sebut "ainan..ainan'...dah alang-alang lalu ikut situ singgah lah kejap..

Masa sampai tu takde budak-budak lain lagi yg dtg..farhah main gelongsor...farhah kalu takde org dia nak main ah..tp bila ada org dia prefer tgk je..mayb dia tak nak berebut kot...

Tp ada satu situasi yg mama tak suka tgk..ada lah sorang budak lelaki ni...dia dtg dgn kakak dia kot...dari segi lagaknya lah :) mama tgk cm dia nak menunjuk-nunjuk je kehebatannya...nak tunjuk hebat tp tak kena cara...

nak tau apa yg dia tunjuk sgt...biasanya budak-budak kalau nak main gelongsor naik tangga yg disediakan sampai ke atas..tp budak ni, naik ikut gelongsor...gelongsor yg bulat...bukan ikut dlm tp ikut luar..dah lah tinggi...aduh..naik seriau mama tgk...kalau jatuh kan susah..ntah mana parent diaorg pun tak tau...

lagi satu, mama tgk muka dia cm bangga je...kononnya naik cepat ah kat atas tu...Ya Allah..mengucap panjang mama tgk gaya dia...mama bimbang jatuh je...kalu jatuh mau seliuh @ patah mana2 tulang tu..minta jauh lah..mama tak nak tgk lama, jadi ajak farhah balik, farhah susah gak nak balik tu, mama umpan ckp nk tgk micky mouse...dia pun ok je..

tmn mainan sepatutnya jadi tempat main yg selamat gak..tp kalau dah guna salah cara tak selamat jugak...

pada parent kat luar sana, kalau biar anak-anak main kat tmn tu...perhatikan lah jugak yer..jgn biar ikut suka hati dia je...nnt kan ada org ckp "parent mane lah yg biar anak main cmtu...jatuh nnt susah kan.."

oklah..nota hari ni...selalu awasi anak-anak walau di taman permainan sekalipun... :)

Heartbeat Heartbeat Heartbeat

Usia Perkahwinan Kami

Daisypath Anniversary tickers

Usia Anak Pertama Kami

Lilypie Kids Birthday tickers

Usia Anak Kedua Kami

Lilypie Kids Birthday tickers
 
Copyright @ KasihSelamanya-Hadina 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi