18 November 2010

5 beradik ditinggal ibu rayu bantuan dapatkan MyKad

2010/11/18

GERIK: Lima beradik yang kematian bapa dan kini ditinggalkan ibu sejak tujuh bulan lalu merayu pihak yang bersimpati tampil membantu mereka untuk mendapatkan MyKad bagi membolehkan mereka kembali ke sekolah.

Mereka juga merayu agar ada pihak yang sudi membantu mereka untuk menyambung belajar.
Bapa adik beradik itu, Awang Bakar Jusoh, meninggal dunia pada 2 Oktober 2008 di Kuala Lumpur.
Nur Syafiqah Abdullah, 14, memiliki sijil lahir tetapi gagal mendapatkan MyKad kerana Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menganggap dia bukan warga negara, dan disebabkan tidak mempunyai kad pengenalan, dia tidak dibenarkan masuk ke tingkatan satu.

"Saya dan adik beradik berlainan bin dan binti kerana JPN kata surat nikah ibu dan ayah palsu, jadi kami diletakkan dengan bin atau binti Abdullah.

"Hanya dua adik Nur Syahidah (11 tahun) dan Muhammad Azhar (9 tahun) berbin dan berbintikan ayah iaitu Awang Bakar," katanya ketika ditemui di sini.

Berikutan gagal diterima memasuki ke tingkatan satu sejak 2009, Nur Syafiqah kini tercicir dua tahun pengajiannya dan sepanjang tempoh itu dia hanya tinggal di rumah.
Bagaimanapun, Nur Syafiqah berkata dia tetap membaca buku rakan-rakannya yang bersimpati dan sering mengikuti perkembangan melalui berita di televisyen.

Katanya, sebelum ini beliau belajar di Sekolah Kebangsaan Seri Rampai di Taman Setapak Jaya, Kuala Lumpur, dari darjah satu hingga enam.

Adiknya Muhammad Aidil Fitri, 5, masih belum mempunyai sijil kelahiran.

Nur Syafiqah dan empat adiknya kini menumpang di rumah abang mereka yang berlainan ibu, Mohd Irwandi Awang Bakar, di Kampung Bersia Lama, Bersia di sini.

Mohd Irwandi, seorang nelayan kecil Tasik Banding yang memperoleh pendapatan tidak seberapa, turut menanggung seorang isteri dan seorang anak.

Mereka kini tinggal di sebuah rumah yang dibina dengan bantuan penduduk kampung dan sumbangan peruntukan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temenggor, Datuk Hasbulan Osman.

Bagaimanapun, Nur Syafiqah berkata beban yang ditanggung abangnya ringan sedikit kerana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Gerik membantu mereka sebanyak RM150 sebulan sejak September lalu.

Mohd Irwandi pula berkata, dia terpaksa memikul tanggungjawab menjaga lima adiknya itu ibu kepada lima kanak-kanak itu bertindak menghilangkan diri.

"Saya merayu ibu tiri saya supaya kembali kepada adik bagi membantu menyelesaikan beberapa masalah yang berkaitan masa depan mareka," katanya.

Mohd Irwandi boleh dihubungi di talian 019-5437025. - BERNAMA


berita ni dari Berita Harian Online.

4 comments:

Unknown said...

simpati dgn nasib mereka..

hadina said...

cian kat anak anak...nak sekolah takleh...moga2 beban n masalah diorg akan dpt diselesaikan secepat mungkin

Unknown said...

ish ish... hari tu tak silap mak nya tu ade muncul dlm newspaper.. khabarnya masih lagi di Grik/lenggong... tak faham la kenapa maknya buat lepas tangan mcm ni...
harap2 segeralah selesai masalah anak2 ni.. kesian sungguh depa ni.. lebih lagi bila utk yg takde mykad & sijil lahir tu...

hadina said...

betul tu kakyong.bila xde maykad n sijil lahir ni, semua jd susah..seolah2 cm pendatang lak.. moga dipermudahkan semuanya kelak



Heartbeat Heartbeat Heartbeat

Usia Perkahwinan Kami

Daisypath Anniversary tickers

Usia Anak Pertama Kami

Lilypie Kids Birthday tickers

Usia Anak Kedua Kami

Lilypie Kids Birthday tickers
 
Copyright @ KasihSelamanya-Hadina 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi