Showing posts with label cerita semasa. Show all posts
Showing posts with label cerita semasa. Show all posts

17 January 2011

Irwansyah dah berkahwin

selamat tengahari semua...

hari ni mama nak jalan-jalan dgn papa n farhah...kami nak gi Mesra Mall, Kerteh.
semlm operasi mama nak cari balang kaca yg besar tercapai..

hari ni nak cari botol kaca lak...kat Pasaraya Ten Ten smlm tak jumpe @ mmg takde...
nak buat ape yer...adalah...
nnt dah buat mama bgtau yer..hehehe, kasi suspen sikit

hah, kat sini sape suka @ peminat Irwansyah, ala pelakon Indonesia tu yg dulu famous citer My Heart...
dia dah kawen..nak tau citer..baca yg kat bawah yer..

 

Irwansyah berkahwin dengan pelakon sinetron


GAMBAR yang disiarkan akhbar Jawa Pos semalam menunjukkan tangan Irwansyah dicium isterinya, Zaskia Sungkar.


JAKARTA - Penyanyi yang terkenal dengan lagu Pencinta Wanita, Irwansyah, 25, berkahwin dengan artis Zaskia Sungkar, 21, kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut akhbar Jawa Pos, Irwansyah melafazkan akad nikah di Masjid Al-Bina, Senayan Jakarta.
Penyanyi itu berkata, dia berasa gementar sebelum majlis akad nikah.
"Takut salah ucap," katanya.

Namun, selepas selesai majlis itu, akhbar KOMPAS.com melaporkan isterinya, Zaskia berkata, mereka akan berusaha untuk mendapatkan anak secepat mungkin.
Menurut Zaskia, dia tidak mahu menggunakan alasan sibuk berlakon sinetron untuk menangguhkan usaha bagi mendapatkan cahaya mata. - Agensi 

***sumber dari Kosmo Online***

16 January 2011

Ashraf cuma guna al-Quran


JIKA dahulu dia hanya melakonkan watak ustaz penghalau hantu dalam drama bersiri Puaka Niyang Rapik, Ashraf Muslim, 29, kini bertugas sepenuh masa sebagai pengamal perubatan Islam.
Ashraf mengubat pelbagai jenis penyakit sama ada berbentuk fizikal seperti sakit jantung mahupun penyakit spiritual yang melibatkan gangguan makhluk halus.

Kru Jurnal berpeluang melihat sendiri Ashraf mengubat pesakit di Pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah yang terletak di Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor baru-baru ini.
Menyaksikan sendiri jumlah pesakit yang datang, ternyata Ashraf tidak main-main. 

Pengunjung terdiri daripada semua peringkat usia. Mereka datang dari seluruh negara termasuk Perak, Negeri Sembilan dan Kelantan.
Ada juga yang sanggup bermalam di ibu negara sama ada di hotel mahupun rumah saudara-mara asalkan mendapat rawatan di situ. 
Difahamkan, proses rawatan itu bermula selepas Isyak sehingga pukul 3 pagi.

Mengimbas kembali transformasi dirinya daripada seorang pelakon kepada pengamal perubatan Islam, Ashraf mengakui proses itu bukanlah sesuatu yang mudah.

Hijrah
“Ia satu penghijrahan diri, semua orang kena lalui. Proses perubahan itulah yang menjadikan saya lebih kuat dan lebih memikirkan apa yang salah dan betul.
“Sebelum ini memang saya ada duit, kerja, kereta, rumah dan kawan-kawan. Bagaimanapun, hati saya terasa kosong.
“Sampailah saya berjumpa pengasas pusat perubatan ini, Haji Lokman. Dia kata, Ashraf, pergi dekatkan diri dengan Tuhan.
“Caranya, saya sembahyang sunat taubat, sunat hajat dan pergi menunaikan umrah. 


PUSAT Perubatan Syifa’ Al-Hidayah di Gombak, Selangor, tempat Ashraf mengamalkan ilmu perubatan Islamnya.


“Balik daripada umrah, saya rasa gembira dan lega. Perjalanan hidup pun semakin tenteram manakala rezeki bertambah hingga sekarang,” katanya.
Ashraf mula berkenalan dengan Haji Lokman Abdul Hamid ketika membawa seorang adiknya berubat di situ.
Haji Lokman juga ialah orang yang bertanggungjawab mengajar Ashraf ilmu perubatan Islam dan membuka Pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah.

Menurut Ashraf, rawatan yang diberikan adalah menggunakan ayat-ayat al-Quran tanpa sebarang perantaraan mahupun khidmat daripada makhluk halus.
Selepas berubat, pesakit akan diberikan ayat-ayat daripada surah tertentu untuk diamalkan, yang berfungsi sebagai penawar penyakit.
Orang ramai datang untuk mendapatkan rawatan bagi pelbagai jenis penyakit.
Daripada yang menderita penyakit kronik hinggalah sekadar meminta air penerang hati.
“Namun, yang ada hanyalah ayat penerang hati, air penerang hati tidak ada.
“Semasa merawat, al-Quran kita mesti baca, baru kita ingat kepada Allah. Paling penting adalah doa.
“Air tidak penting, ia sekadar syarat. Kebiasaannya orang Melayu nak ada air, jadi kita bagi air, tapi baca al-Quran lagi penting.
“Kalau air dah habis tidak menjadi masalah sebab yang menjadi ubat ialah ayat al-Quran, bukan air.
“Sebagai contoh, untuk sakit tulang seperti artritis, surah yang perlu dibaca ialah surah Qaf dari ayat 16 hingga ayat 45. Selepas baca kita berdoa pada Allah mohon apa yang dihajati,” katanya.

Berlakon
Pemegang Diploma Pentadbiran Perniagaan dari Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (KLIUC) dan anak kelahiran Teluk Mas, Melaka ini berpendapat perubatan Islam bukan untuk golongan ustaz semata-mata.

TIADA khidmat makhluk halus, Ashraf sekadar berdoa dan membaca ayat-ayat al-Quran untuk merawat pesakit.


“Sebenarnya Tuhan tengok hati. Haji Lokman pun latar belakangnya bukan seorang ustaz, sebaliknya dia seorang ahli korporat. Dia berhenti kerja semata-mata untuk kerja ini (mengubat).
“Kerja ini untuk semua orang, tapi hati kenalah ikhlas. Saya juga manusia biasa.
“Yang penting, solat lima waktu jangan tinggal, buat perkara wajib, tinggalkan perkara yang dilarang,” katanya.
Kini, Ashraf fokus dengan pilihannya biarpun terpaksa melupakan karier lakonannya buat seketika.
“Berlakon itu bila-bila masa pun boleh. Sebelum ini saya buat dua-dua (berlakon dan mengubat). Tapi kadang-kadang kita perlu fokus pada satu-satu perkara,” katanya.

***sumber dari Kosmo Online ***

09 January 2011

Angkasawan Negara & Dr Halina Bakal Menimang Cahaya Mata Julai ini

Berita baik buat semua peminat setia angkasawan negara Dr Sheikh Muszaphar & isteri, Dr Halina.

Dalam status terkini Dr Sheikh Muszaphar melalui Facebook rasmi beliau, pasangan ini bakal menimang cahaya mata sulung Julai ini.


"We are looking forward for this coming July
for the due of our tiny baby astronaut ....
Just sharing the good news ....."


Begitu lah ungkapan yg dinyatakan beliau.

Taniah diucapkan buat Dr Sheikh Muszaphar & isteri, Dr Halina atas berita gembira ini.


29 December 2010

bola terhangat mlm ni

mlm ni bloggers ramai yg duk bercerita benda yg sama je..
pasal ape...pasal bola lah...

pasal kemenangan pasukan Malaysia menentang Indonesia...
mama tgk kat blog list mama...
wow....memang meriah blog mlm ni...
hehehe

mama tak tgk pun tadi...
pape hal pun tahniah buat pasukan Malaysia...
mama bangga manjadi  rakyat Malaysia... :)
semoga pasukan bola sepak Malaysia akan terus maju dan maju....

03 December 2010

Soal Asyraf

ade sape sape pernah tonton SOAL ASYRAF di Astro Oasis (saluran 106) tak....best jugak tau rancangan ni...IMAM MUDA ASYRAF yg kendalikannya...dah rancangan tu SOAL ASYRAF, dia lah yg jadi pengacaranya.. :)

Kredit to Mr Google for the pictures

1st time mama tontan, mmg sempoi dan bersahaja je cara dia kendalikan rancangan dia tu...cara dia ckp, mmg honest n try untuk jadi diri dia sendiri..macam dia bercakap dgn kawan kawan ... pendekatan yg dia guna tu, mama rase ok je dgn keadaan skrg...dan mudah untuk dekat dgn org org muda..mama pun muda gak lagi..hehehe

pelbagai isu yg dibincangkan , antaranya aspek sains dan teknologi,  laman sosial termasuklah hiburan dan sukan.
kalu sape sape yg pernah tonton n nak tonton buka lah channel 106 setiap selasa jam 7.30mlm . ade ulangan tp mama lupe bila  :)

selamat menonton

10 November 2010

Chinta...



Skrg ni tgh famous citer Chinta slot Akasia kat TV3 kol 6.30-7.30ptg...
mama pun tgk gak...lately ni rajin lah pulak tgk citer tu...bukan duk tgk pelakon dia, yg ramai suka n ramai tak suka...mayb ade jugak lah ..hehehe..tp yg penting jln citer dia...mama tak tgk sgt yg awal2 sblm dia pindah kay el...yg mama tgk pun dah part edy putra @ amar jd body guard dia..tu pun ade termiss.. 

citer ni kalu kite hayati betul2 ade pengajaran di sebaliknya, tu pun bg yg tgk dgn mata halus :) kalu tgk setengok tgknya mmg tak nmpak...

setiap yg berlaku, pasti ada hikmah di sebaliknya..hanya bergantung pada kite untuk menilai baik dan buruk sesuatu kejadian itu... 

Cnth nya...kebaikan yg Faradiya @ Sadatul pada Chinta @ Fasha akhirnya membuka hati Chinta untuk kembali pada Nya..walaupun pada mulanya Chinta mempunyai niat yg lain..niat di hati untuk merubah seseorg drpd jahat kpd baik insya-Allah akan termakbul...

semoga cerita ini akan menjadi pengajaran dan membawa manfaat pd semua...
sebenarnye kan, setiap cerita yg dipaparkan kat TV ade kisah, pengajaran  n manfaat yg boleh diambil..
pape hal pun bergantung pd individu itu jugak lah kan...

oklah...sehingga bertemu lagi di lain siaran... 

Heartbeat Heartbeat Heartbeat

Usia Perkahwinan Kami

Daisypath Anniversary tickers

Usia Anak Pertama Kami

Lilypie Kids Birthday tickers

Usia Anak Kedua Kami

Lilypie Kids Birthday tickers
 
Copyright @ KasihSelamanya-Hadina 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi