PAMB sedia pelan insurans ketika kehamilan serta peringkat awal bayi
INSURANS hayat, penyakit kritikal atau pendidikan dianggap satu keperluan sebagai langkah perlindungan untuk masa depan. Tahap kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pelan perlindungan insurans semakin meningkat.
Selain untuk diri sendiri, ibu bapa sepatutnya merancang membeli pelan perlindungan insurans untuk anak. Banyak syarikat insurans menawarkan pelan perlindungan untuk anak. Antaranya Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB), syarikat insurans peneraju yang inovatif, sentiasa memenuhi keperluan simpanan, perlindungan dan pelaburan rakyat Malaysia dengan menyediakan segala penyelesaian kewangan menerusi 41 cawangannya di seluruh negara.
Malah, PAMB adalah syarikat insurans yang pertama menyediakan pelan perlindungan ketika kehamilan serta peringkat awal bayi. Justeru, produk terbarunya yang dilancarkan April lalu, PRUmy child iaitu pelan insurans kanak-kanak inovatif menawarkan perlindungan lengkap bagi setiap peringkat kehidupan seorang kanak-kanak, termasuk sebelum kelahirannya.
PRUmy child adalah pelan pertama seumpamanya yang menawarkan perlindungan ketika kehamilan serta peringkat awal bayi, berbanding dengan kebanyakan pelan konvensional yang tidak menyediakan sebarang perlindungan untuk anak semasa peringkat awal bayi.
Kehamilan boleh mengakibatkan pelbagai risiko terhadap ibu dan bayinya, terutama sekarang lebih ramai wanita hamil pada usia 35 atau 40 tahun. Statistik menunjukkan masalah kehamilan kian serius dengan satu daripada dua wanita mengalami kompilasi.
Oleh itu, pelan perlindungan penting untuk ibu dan kandungannya. Pada masa sama, pelan PRUmy child membolehkan ibu bapa memilih perlindungan tambahan sebelum anak dilahirkan dan sekali gus memberikan perlindungan lengkap kepada anak termasuk jika mengalami kecacatan.
Ini berbeza dengan pelan kanak-kanak biasa yang lazimnya boleh dibeli dua minggu selepas kelahiran bayi, sekali gus mengecualikan mereka daripada dilindungi sebarang keadaan penyakit khusus dialami bayi.
Ketua pegawai Eksekutif PAMB, Charlie Oropeza, berkata ibu bapa boleh menjamin kesejahteraan anak dengan penambahan PRUessential Child baru yang menawarkan perlindungan anak terhadap pelbagai penyakit khusus seperti leukemia, atritis dan epilepsi, selain memilih pelbagai manfaat tambahan untuk perubatan, kemalangan dan penyakit kritikal.
PRUmy Child juga membolehkan ibu bapa menjamin tabungan pendidikan anak seawal mungkin bagi masa depan terjamin.
"Dengan melampirkan PRUedusaver atau PRUsaver kid pula, ibu bapa boleh membuat tabung pendidikan anak mereka dan berpotensi meraih pulangan lebih tinggi melalui siri dana PRUlink atau PRUlink Education Prudential.
"Ibu bapa boleh memilih menerima bayaran secara tahunan atau sekali gus bagi membiayai pendidikan anak memasuki alam pengajian tinggi antara usia 18 tahun dan 25 tahun pada tarikh hari jadi selanjutnya," katanya pelan itu dapat mengimbangi keperluan perlindungan dengan pendidikan.
Perlindungan ibu bapa turut diambil kira di bawah pelan PRUmy Child, iaitu boleh memilih melindungi mereka daripada Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD), kematian dan penyakit kritikal.
Manfaat diterima boleh digunakan untuk pembayaran premium, bil kad kredit tertunggak dan pinjaman bagi menampung kos kehidupan bagi memastikan anak terus menikmati perlindungan dan manfaat tanpa gangguan sekiranya sesuatu tidak diingini kepada ibu bapanya.
PRUmy child sesuai dibeli bagi anak yang belum lahir seawal 18 minggu ketika kehamilan atau bagi anak yang berusia antara satu hingga 18 tahun pada tarikh hari jadinya manakala ibu bapa mesti berusia antara 18 hingga 60 tahun, memegang polisi berkenaan dan boleh mengubahsuai mengikut keperluan anak.
Sementara itu, Datuk Sheila Majid yang dilantik sebagai duta PRUmy Child berbesar hati dengan pelantikan itu dan berharap pengalaman membesarkan anaknya akan menjadi inspirasi bagi ibu serta bakal ibu lain.
Walaupun berjaya dalam kerjaya nyanyian dan perniagaan lain, ibu kepada empat anak itu tetap mengutamakan tanggungjawab rumah tangga sebagai ibu selain keinginannya melindungi serta memastikan yang terbaik untuk mereka adalah sifat yang seiring dengan pelan PRUmy child.
"Saya memang percaya anak memerlukan perlindungan dan keselamatan terbaik. Satu cara untuk memberikan anak kami perlindungan itu adalah melalui insurans. Ini peluang unik untuk berganding bahu bersama Prudential bagi mendidik lebih ramai ibu bapa mengenai kepentingan insurans untuk kanak-kanak.
"Ia pelan yang unik dan inovatif mencakupi pelbagai aspek. Ia bukan sekadar pelan pendidikan untuk kanak-kanak yang biasa dan saya memang teruja dapat mewakili produk ini," tambah Sheila yang juga pelanggan lama Prudential.
berita dari Berita Harian Online
0 comments: