Showing posts with label kempen. Show all posts
Showing posts with label kempen. Show all posts

02 March 2013

"NO PLASTIC BAG"

Assalamualaikum...

Hari ni seperti biasa, kami sekeluarga akan pergi TMC untuk shopping brg-brg rumah / dapur. Biasanya sebulan sekali pergi TMC, kalau habis bekalan pergi TM @ Tumas Manja je lah.

Dan seperti selalu, paper bag @ recycle bag akan dibawa. Dah stand by siap-siap dlm kereta. Tak kisah lah yg mydin ke, giant ke, tunas manja ke, tupperware ke, semua ada. bila nk shopping mesti bw keluar bersama.


Apa yang mama nak katakan di sini adalah..masih ramai lagi di kalangan kita yg tidak peduli akan slogan "NO Plastic Bag" especially on Saturday.
Rata-rata mama lihat org yg memborong, membeli belah kat TMC semuanya guna plastic bag @ tak guna terus (just letak je dlm troli).
Kadang kala terlintas di fikiran, apa sebenarnya yg menyebabkan org tak nak guna paper bag @ recycle bag? Beli pun hanya sekali bukannya kena beli acap kali.

Sedang mama bersembang dgn papa psl hal ni on the way ke parking kereta, mama terdengar ada suara bersembang sesama mereka: (lebih kurang ayat mcm ni lah tp maksud sama)

A: oh hari ni Sabtu, no plastic bag..(mayb diorg tgk troli kami penuh recyle bag kot..hehehe)
B: alah, bayar 20 sen je untuk plastic bag.

Mama cuma tersenyum coz kami baru memperkatakan hal yg sama iaitu just bayar 20 sen utk 1 plastik bag. Actually pada mama bukan pasal 20sen, yg penting kesedaran kita untuk menjaga alam sekitar untuk masa akan datang. Masa datang masa anak-anak kita hidup..tak kan kita nak diorg hidup dlm suasana yg tercemar..tepuk dada tanya sendiri lah :-)

Sekurang-kurangnya anak kita pasti berbangga dgn ibu bapanya yg sanggup berbuat kebaikan untuk masa depan mereka.

Mmg byk cara untuk kita jaga alam sekitar, tp ini antara cara yg paling mudah. At least kita kurangkan penggunaan plastic bag...dari byk jadi sikit dan terus takde plastic bag langsung.

Setiap kali pergi beli belah, mama akan perhatikan troli org yg membeli belah especially hari Sabtu kerana hari Sabtu hari NO PLASTIC BAG :-) walaupun hari Sabtu hari NO PLASTIC BAG tp org tetap dgn plastic bag...semoga org-org berkenaan sedar akan kepentingan slogan ini.

Kalau hari selain hari Sabtu, mama selalu juga bw recycle bag. Apabila tiba giliran nak byr, mama dah letak siap-siap recycle bag..dan cashier siap tny lagi,"nak guna yg ni ke?" mama angguk je lah. dah letak namanya nak guna lah. takkan nak pamer je kot..mayb diaorg nak corfirmation tu..positif thinking.

Sebenarnya semua org boleh buat, cuma nak dgn tak nak sahaja.. samada M*L*S @ buat2 tak tau aje..bergantung pada diri sendiri.

Begitulah kisah serba sedikit pasal NO PLASTIC BAG.

Ayuh sahabat semua, kita pastikan slogan NO PLASTIC BAG berjalan seperti yg sepatutnya dan tiap-tiap hari NO PLASTIC BAG :-)


Wassalam.



17 June 2011

beli makanan guna TUPPERWARE

hari ni lagi sekali, mama tak masak kat rumah...bukan saje2 tau..hehehe
papa pun ckp biar dulu lah..lagipun esok nak balik kg....brg nak masak pun tak beli lagi...
kami sekeluarga ni selalu sgt tak lekat kat rumah..asyik balik kg..kalu tak sebelah papa, sebelah mama...

nak jadi cerita hari ni, mama suggest kat papa kalu nak gi beli nasi kat luar nnt bawalah tupperware bertingkat tu yer..boleh jimat penggunaan plastik etc..
papa pun agree dgn cadangan mama...dah lama terngin nak buat, tp tak terbuat.. :)

hari ni papa beli nasi ayam...so, bekas yg paling bawah n besar isi nasi, lagi 2 bekas isi ayam dan salad.
sup isi bekas yg lain dan begitu juga dgn kicap n lada..kicap lada bekas yg paling kecil..mmg sesuai sgt pun.

gmbr takde lah yg sesuai nak tunjuk..tupperware sudah basuh tp still basah lagi...

kalu sape ada katalog boleh lah tgk bekas2 dlm katalog...ni details set tu..

 *Lets Eat Out Set
Comprises:
1/ Double Deep & Goody Box Set (ni yg mama guna)
2/ Madium Handi Bowl
3/ Luncheon Plates

Free Classic Mini Bowl (mama guna isi sup)

*Small Round Container (isi lada n kicap)

oklah kawan2..kita sambung lagi nnt yer.

(pesanan buat semua: kalu mampu kita kurangkan penggunaan plastik, kita lakukan lah yer..tak rugi pun :) )

*ada sape2 nak jadi ahli tupperware tak...dgn belian RM180 dpt keahlian percuma..

08 January 2011

hari tanpa beg plastik..

   Rasanya semua orang dah tahu kan, yang hari Sabtu adalah hari tanpa beg plastik. Di negara kita, ini adalah perkara baru tapi tidak di luar sana...mereka dah menggunakan paper bag @ cloth bag. Mereka dah sedar keburukan menggunakan beg plastik awal awal lagi...cuma kita agak lewat sedikit. Tapi syukur akhirnya kita sedar jugak.


   Seperti biasalah kan, kita tidak boleh nak terus stop dari menggunakan beg plastik secara mendadak. Nanti akan wujud perkara lain pulak. :) Mujurlah ianya dibuat secara beransur ansur. Sekarang hari Sabtu adalah hari tanpa beg plagtik...nanti lama lama setiap hari tanpa beg plastik..tak gitu kawan kawan semua.

   Last time, mama pergi beli barang kat Dungun. Dalam kereta dah ada cloth bag. Mama cakap kat papa "nak bawa tak beg ni, nanti takyah guna beg plastik". Papa cakap "bawa je". Senyum mama. Lepas tu kami pun pergilah ke kedai berkenaan. Kedai tu pun dah berwajah baru..almaklumlah kedai baru pindah. Dulu brg diaorg yg ambilkan, skrg layan diri yer. hehehe.

   Dah pilih semua yang nak, pergilah bayar. Lepas je bayar, mama bgtau nak guna beg kami..org kat kaunter tu senyum aje..dia dah keluarkan beg plastik. Dia cakap "kempen tak nak beg plastik ek". Mama senyum..

   Dan skrg, mama dah bgtau papa..letak siap siap paper bag @ cloth bag dlm kereta..mane tau bila keluar jalan jalan terasa nak shopping. Paling kurang dah prepare dlm kereta. Betul tak????

   Kawan kawan pun prepare lah awal awal yer..bimbang terlupa..maklumlah perkara ni masih baru bagi kita.


   Tapi, bab barang basah mama tak jamin lagi lah tak nak guna beg plastik. Papa pun ckp, susah sikit ah..hehehe. Walau bagaimanapun, kami akan kurangkan penggunaan beg plastik dari sekarang..

   Hari pun sama, tiba tiba je terasa nak pergi beli barang kat Tunas Manja. Hampir terlupa yang hari ni hari tanpa beg plastik. Mujurlah cloth bag ada dalam kereta. Mama tengok ramai gak org yg keluar dari kedai bawa barang macam tu je, takde plastik bag  dan takde paper bag...letak atas tangan cmtu je..diaorg tak ingat kot pasal isu ni.

   Mama dengan senang hati bagi je cloth bag kat cashier bila dia tny nak plastik bag 20sen. Pakcik kat sebelah duk tengok je. Macam pelik pulak. Rupanya pakcik dgn makcik kat sebelah tu tak beli pun beg plastik dan tak bawa paper bag. Jadi diorg bawa dgn tangan @ kudrat diorg je.

Moral of the story, jgn lupa bawa paper bag @ cloth bag walau dimana anda pergi. Sama samalah kita menjayakan kempen ini .

Heartbeat Heartbeat Heartbeat

Usia Perkahwinan Kami

Daisypath Anniversary tickers

Usia Anak Pertama Kami

Lilypie Kids Birthday tickers

Usia Anak Kedua Kami

Lilypie Kids Birthday tickers
 
Copyright @ KasihSelamanya-Hadina 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi