Showing posts with label masyarakat. Show all posts
Showing posts with label masyarakat. Show all posts

20 November 2014

Sumbangan Di Hari Jumaat


Assalamualaikum..

Di hari Jumaat yang mulia ini, marilah kita sama-sama menyumbangkan sedikit bantuan agar dipermudahkan urusan mereka, pihak VKL dalam membantu mereka yang memerlukan.

Segala info berkaitan boleh lah lawati FB page Volunteers KL.


Walaupun sedikit yg dapat kita sumbangkan tetapi bagi mereka amatlah besar.

Hanya Allah yg dapat membalas jasa dan sumbangan kalian.

Wassalam.

02 December 2013

Sumbangan anda amat bernilai

Assalamualaikum...

Sekali lagi mama tergerak hati untuk kongsi bersama teman-teman bloggers  untuk bersama meringankan dan seterusnya memudahkan perjalanan membantu mereka yg memerlukan.

Volunteers KL adalah sebuah kumpulan sukarelawan yang digerakkan oleh sekumpulan anak muda yang berusaha menyantuni keperluan golongan yang memerlukan.

Dan ini adalah projek terbaru mereka. 



Rasanya kalau kite semua dapat menyumbang, insya-Allah semua projek yg mereka rancangkan dapat berjalan dengan lancar. Tak rugi kalau kita dapat membantu mereka.. 

Insya-Allah dengan niat yg ikhlas utk membantu mereka akan dibalas oleh Allah swt dengan balasan yg baik..Seperti janji Allah dalam Al-Quran:

"Sesiapa meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan mengembalikannya berlipat ganda untuknya, dan baginya pahala yang mulia". 
(Al-Hadid 57:11)

Perhatikan dengan cermat. Allah berjanji akan membalasnya berlipat ganda dan ditambah juga balasan pahala. Buat satu dapat dua! Dapat balasan berlipat ganda ditambah lagi dengan pahala yang mulia. Masya-Allah, Pemurahnya Allah kepada hamba Nya.

Jadi jom sama-sama kita fikirkan sejenak dan bantulah mereka yg memerlukan bantuan kita.

Wassalam.

27 June 2013

Syok sendiri

Assalamualaikum....

Firstly I want to ask you...apa perasaan korang apabila lihat kereta yg di park tepi jlan sampai boleh ganggu laluan keluar masuk org lain..then ape pula reaksi korang bila bawa kereta tak tau nak jarakkan kereta dgn kereta kat depan...

Alkisah nye, semalam pegi pasar malam..on the way nak balik tu....ada kereta nak kuar dari parking, so kita bagi dia kuar dulu dan jarak nye ok lah mmg dia boleh kuar..lepas tu ada kereta dari arah bertentangan nak masuk parking tu...masa tu kami dah ke depan...so mmg takleh buat apa..yg kereta kat blkg kami pulak langsung tak jarak kan kereta diaorg...bukan saat tu je, sebelum tu pun dia mmg dah duk dekat..kereta yg nk parking tu takleh masuk lah.. satu hal lagi kami pun sangkut takleh ke depan coz ada pulak yg parking kereta tepi selekoh..nak ke tengah sikit pun tak dpt coz ada kereta sedang beratur sebelah tunggu kereta nak parking..last sekali kereta yg nak parking terpaksa cancel nak parking kat situ coz tak nak masuk parking tak dapat, dan hampir mengganggu laluan lain..



Moral of the story kat sini..buat semua pemandu kenderaan sila lah jarakkan kenderaan anda dengan kenderaan di hadapan anda...ini bagi memudahkan proses-proses seperti tadi lah..kalau terjadi apa-apa senang nk undur balik..bukan rugi pun kan.. Tapi most of the time mama selalu jumpa yg syok sendiri ni...bila terkena batang hidung sendiri mulalah nak salahkan org lain...

Kepada mereka yg mengamalkan cara yg sihat teruskan nilai-nilai murni itu. Pada yg syok sendiri, fikirlah untuk kepentingan bersama.

Wassalam.

Heartbeat Heartbeat Heartbeat

Usia Perkahwinan Kami

Daisypath Anniversary tickers

Usia Anak Pertama Kami

Lilypie Kids Birthday tickers

Usia Anak Kedua Kami

Lilypie Kids Birthday tickers
 
Copyright @ KasihSelamanya-Hadina 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi