Dah dua tiga hari mama sakit mulut...actually bukanlah sakit mulut sampai tak leh nak ckp...sakit ulser mulut...kali ni ulser kena kat bawah bibir....bila nak berkumur je mesti sakit..
cakap macam biasa lah kat umah...dah namanya mama, mesti byk mulut kan..hehehehe
Cmne nak tau ulser ni ek...pernah tgk tak dlm mulut bila rase sakit kat bahagian dalam pipi atau bawah bibir..kalu nmpak ada tompokan warna putih, itulah ulser.
Tompokan putih tu adalah sejenis kudis yg terdapat dlm bahagian lembut mulut kita.Selain pipi, lidah pun boleh kena ulser. Mmg sakit sampai kdg2 hilang selera makan dan minum..dan tak nak bercakap...dulu, waktu mama keje, adalah opismate mama ni asyik diam je hari tu..pelik gak nape dia diam. selalu dia byk ckp.
Rupa-rupanya dia kena ulser..tu yg dia malas nak ckp..sakit.
ni contoh gmbr ulser mulut..bukan mama punye tau
Ulser mulut sebenarnya merupakan tindak balas terhadap jangkitan bakteria, virus atau fungus. Ulser boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal umur. selain jangkitan bakteria atau fungus, ulser juga boleh disebabkan kerana kecedaraan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah, terkena dawai alat ortodontik dan sebagainya.
Ulser juga boleh timbul kerana kekurangan zat makanan, tekanan, kurang rehat atau tidur dan keadaan mulut yang kotor. Rawatan tertentu seperti rawatan sinar X atau ubat kimia khas (kemotherapi) terutama kepada penyakit kanser boleh menyebabkan terjadinya ulser mulut. Ulser mulut yang tidak serius kurang merasa sakit dan akan sembuh dalam tempoh satu hingga dua minggu selepas mendapat rawatan.
Rasa sakit kerana ulser boleh juga diredakan berkumur-kumur dengan air garam suam atau ubt kumur antibakteria. Tetapi cara yang paling baik ialah dengan mengamalkan petua berikut: | |
a. | Banyak minum air suam. |
b. | Berehat dan tidur dengan cukup. |
c. | Amalkan tabiat menjaga agar mulut dan gigi berada pada tahap kesihatan yang baik. |
d. | Mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. Pastikan anda mengambil cukup vitamin B12 dan vitamin c. |
Jika ulser mulut anda tidak sembuh malah semakin merebak, anda mesti segera berjumpa dengan doktor gigi. Ulser mulut yang lambat sembuh mungkin tanda awal barah mulut. {sumber diperolehi dari sini}.
0 comments: