- Dosa gugur apabila suami,isteri bersalam. Rasulullah s.a.w bersabda,yang bermaksud: "Seseorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya,maka ia dlm kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yg riang gembira kpd suaminya & memohon kerelaannya.
- Begitulah besarnya harga senyuman seorg isteri kpd suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yg sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dlm keletihan.
- Muka yg masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami,malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan drpd suami.
- Sesungguhnya keredhaan Allah terletak pd keredhaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dgn penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf ,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pd hari itu.
- Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.
- Andai mempunyai anak-anak,ajarlah mereka itu utk selalu bersalaman dgn ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kpd org tua.
- Kebahagiaan rumahtangga terletak pd akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula,tentu ia akan menjadi penghibur dlm rumahtangga.
- Oleh itu,wahai isteri hendaklah berlumba-lumba utk menjadi seorang isteri yg solehah,yg bertakwa,berakhlak mulia dan taat kepada suami.
- Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas ,maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.
Semoga ianya menjadi pedoman dan panduan buat kita semua.
Renungan ini dari Azrif Lyn.
1 comments:
yup..betul tu..mcm kami biasa amalkan bersalam after solat jemaah atau bila hubby pergi kerja or kami nak berpisah sekejap, mcm huda kuar g kedai ke, jalan2 ke hubby x ikut ke kan :)