10 January 2011

Kerja Gila - part III

   Kereta mulai bergerak ke entah kemana arah tujunya aku pun tidak ketahui. Aku berharap agar aku selamat sampai ke kolej ku. Dalam hati, hanya Tuhan yg mengetahui betapa aku takut sekali dengan situasi sekarang. Keadaan di luar amat gelap gelita. Suasana sepi menyelubungi kami seisi kereta. Tak lama selepas itu, aku melihat ke luar kereta. Hanya gelap dan gelap. Dalam kegelapan malam itu, hanya diterangi lampu jalan aku dpat melihat bangunan lama yang terbengkalai. Semakin takut aku dibuatnya. Kadang kala lelaki yg baru kukenali di Hentian Putra, Rizal berbual denganku. Mungkin dia merasakan ketakutan yg aku alami.

   Lama kelamaan, kami melalui kawasan perumahan. Lampu-lampu jalan dan kedai-kedai yang masih dibuka membuatkan aku berasa lega seketika. Tiba-tiba kereta diberhentikan di hadapan sebuah kedai. Kedua-dua lelaki keluar. Kemudian Rizal juga keluar. Tinggallah aku keseorangan di dalam kereta. Apa yg harus aku lakukan ketika ini. Hendak lari atau duduk sahaja di situ. Lari kemana dan kenapa aku harus lari. 

   Sedang aku leka memikirkan apa yg harus dilakukan, Rizal pun muncul dan masuk ke dalam kerata semula. Rizal memberitahuku, yg kawan-kawannya ingin merokok. Jadi mereka keluar kerana bimbang aku tidak selesa. Padahal aku memang sedang dilanda takut dan tidak selesa. Aku hanya tersenyum. Tidak lama selepas itu, kawan-kawan Rizal pun muncul semula. Kami meneruskan destinasi kami, iaitu menghantar aku pulang ke kolej. Aku berharap ianya benar.

   Seperti yg aku katakan tadi aku masih lagi asing dan baru di bumi Kuala Lumpur. Kawasan sekitar kolej pun aku masih lagi kurang arif. Kami melalui satu kawasan perumahan elit dan tiba-tiba aku seperti mengenali bangunan yg kami baru lalui. Oh, itu asrama tempat aku tinggal. Waktu itu, aku hanya tersenyum tanpa henti. Syukur pada Mu Ya Allah. Kawan Rizal memberhentikan keretanya di hadapan kolej. Rizal bertanya padaku samada pak guard akan bertanya ke kalau lambat. Aku mengiyakan. Rizal sama-sama keluar kereta bersamaku. Dia dengan baik hati mempelawa untuk mengangkat begku. Sebelum pergi aku sempat ucapkan terima kasih ku pada kawan-kawan Rizal. Jika tidak dengan pertolongan mereka, aku belum tentu sampai ke kolej.

   Sampai sahaja di pondok pengawal, Rizal memberanikan diri memperkenalkan dirinya sebagai abangku. Aku tersenyum lagi. Oh baiknya hatimu Rizal. Rizal memberitahu pak guard yg aku baru sampai dr Terengganu, bas lewat sebab banjir di Pahang. Pak guard hanya tersenyum dan membenarkan aku masuk ke kolej. Sekali lagi aku berterima kasih pada Rizal kerana menyelamatkan aku dari pak guard. Mungkin pak guard sudah maklum, banjir sedang melanda negeri pantai timur jadi dia tidak menahan aku. Kemudian aku masuk ke kolej dan Rizal pergi meninggalkan aku.

   Waktu itu, jam sudah menunjukkan jam 12.30mlm. Aku bergegas menuju ke bilikku. Aku tahu sudah ada roommate yg datang kerana lampu terpasang. Memang betul tekaanku, rooomate dari Sarawak dan Perak ada di dalam bilik. Mereka belum lagi tidur. Sesampainya aku dalam bilik, aku terus bercerita kerja gilaku mlm itu. Kawan-kawanku terkejut dengan tindakanku itu. Meraka cakap, "bahayalah ikut org macam itu aje, dah lah lelaki..eiiiii takut. Buatnya diaorang buat sesuatu yg tidak baik macam mana, tapi nasib baik ko selamat. Lain kali janganlah buat kerja gila macam tu lagi, tolong lah dengar yer". Aku hanya mengangguk dan tersenyum. 
   
   Sebelum itu, aku telah menelefon ibu memberitahu yg aku sudah selamat sampai ke kolej. Ibu bertanyakan samada abgku yg mengambil dan menghantarku ke kolej. Aku memberitahu ibu siapa yg menghantarku. Ibuku mengucap panjang. Dia cakap lain kali jangan buat macam itu lagi, ibu bimbang apa-apa terjadi pada anak ibu. Aku berjanji pada ibu tak akan ulangi lagi perkara ini. Aku bersyukur perkara ini dah terjadi dan aku selamat. 

   Bagaimana perkenalan ku dengan Rizal? Oh kami masih berkawan sehinggalah telefon bimbitku rosak dan kesemua nombor telefon hilang. Aku tidak tahu bagaimana dengan Rizal sekarang. Semoga dia baik-baik sahaja dan terima kasih sekali lagi atas pertolongan dia dan kawan-kawan dia mlm itu.

***TAMAT***

1 comments:

cikpuanhady said...

alhamdulillah..semuanya selamat..seriau juga, yelah, mana kita nak tau kalau org tu berniat baik ke kurang baik..huhu..

Jom skodeng : Apa itu Matterhorn?



Heartbeat Heartbeat Heartbeat

Usia Perkahwinan Kami

Daisypath Anniversary tickers

Usia Anak Pertama Kami

Lilypie Kids Birthday tickers

Usia Anak Kedua Kami

Lilypie Kids Birthday tickers
 
Copyright @ KasihSelamanya-Hadina 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi