09 January 2011

Kerja Gila

   Cuti semester dah nak berakhir. Tiket bas sudah pun dibeli. Aku terasa malas nak balik ke kolej. Tapi apakan daya, tugas sebagai pelajar harus kupikul demi keluarga tercinta. Sekarang ni musin tengkujuh sebelah pantai timur. Setiap hari hujan. Sampai baju kena jemur dalam rumah. Nasib baik rumah family besar sikit, boleh lah sidai kat dalam.

   Malam ni aku akan berangkat ke Kuala Lumpur. Entah bas ada ke tak, tiket memang ada tapi bas..takut tersangkut mana-mana coz sekarang ni kan musim banjir. Kat tv ada bgtau, negeri Pahang dah banjir, ramai yg kena pindah. Aku tidak pernah keluar jauh-jauh dari rumah bila time hujan macam ni. So tak berapa pasti keadaan yg sebenar di luar sana. Tengok tv tu lain citer lah.

   Seperti biasa, family akan menghantar aku ke stesen bas. Hati tiba tiba pilu dan sebak pulak. Ini yg buat aku tak suka, bila cuti lama-lama susah lah nak tinggal family. Aku ni manja orangnye. Bila dah sayang kat seseorang tu, memang susah nak tinggal. Inikan pulak family, lagi aku susah nak tinggal. Bas pukul 10.30mlm. Aku dan family masih menunggu kedatangan bas. Pukul 9.30, 10, 10.15mlm tp batang hidung bas pun tak nampak lagi. Aku rasa yg masih tinggal kat steen bas, penumpang bas aku kot. Tiba-tiba aku terdengar org buat pengumuman. Rupa-rupanya bas yg aku akan naiki terkandas kat Kuantan. Banjir teruk jugak kat sana, jadi diaorg tak dpt nak gerak lagi. Jadi, pihak bas, menyuruh kami pulang dahulu n datng semula esok. Bas akan gerak pukul 10pg esok.

   Dengar aje pengumuman itu,aku dan family balik dulu lah. Balik rehat-rehatkan badan, yg pasti esok aku kan dtg bersama ibu sahaja coz abah kerja.


{ok, kita sambung semula ek}



2 comments:

Unknown said...

ni citer betul @ cerpen.. ;)

hadina said...

kata-kata dan ayat yg ina reka :)



Heartbeat Heartbeat Heartbeat

Usia Perkahwinan Kami

Daisypath Anniversary tickers

Usia Anak Pertama Kami

Lilypie Kids Birthday tickers

Usia Anak Kedua Kami

Lilypie Kids Birthday tickers
 
Copyright @ KasihSelamanya-Hadina 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi