Tepat jam 10pg bas pun bergerak meninggalkan negeri kesayanganku, Terengganu. Hujan renyai-renyai mulai turun menyembah bumi, seperti perasaanku di waktu itu. Aku, dengan diriku...pabila menaiki bas, sudah pasti aku akan tidur. Malas nak melayan suasana sekitar. Tidur lagi baik...hahahaha
Kadang kala aku terjaga juga melihat kawasan sekitar. Tiba di Kuantan, oh dasyatnya keadaaan di sini. Rumah-rumah di sekitar ditenggelami air, hanya bumbung rumah sahaja yg kelihatan. Kasihan penduduk di situ. Sudah pasti mereka berpindah dan banyak kerosakan yg dialami. Jalan raya juga banyak yg ditenggelami air. Mujurlah bas ni kan besar dan tinggi. Tapi satu sahaja yg mengganggu perasaan ku, bagaimana dengan beg ku di bawah. Basah @ tak...janganlah basah....banyak bajuku kat dalam tu..
Tiba di sebuah stesen minyak, bas berhenti. Pemandu bas bersuara, "Kite berehat dlm setengah jam". Aku lihat semua penumpang turun. Aku pasti destinasi pertama adalah tandas. hahaha.. cmne aku tahu, sebab aku pun sama macam mereka. Mak oi, ramainya org nak guna tandas ni. Tandas lak cuma 3. Memang jenuh menunggu.
Setelah setengah jam berlalu, bas pun bergerak kembali. Tidurku tak selena tidur di rumah. Ye lah macam mana nak tidur lena kalu duk dalam bas, asyik bergerak aje. Tapi tidur, tetap tidur walupun tidur-tidur ayam.
Hampir pukul 11malam baru bas tiba di Hentian Putra. Mak oi, kebas seluruh badanku. Seharian hidupku hari ni hanya di dalam bas. Turun sahaja dari bas, aku terus mengambil begku. Syukur beg tak basah. Aku kemudian terus mencari kalau-kalau ada rakan-rakanku yg lain. Tapi ,tiada. Bas yg aku naiki adalah yg terakhir tiba. Ini bermakna, rakan-rakanku yg laion sudah sampai dan bergerak ke kolej.
Aku terkesima sebentar. Apa harus aku lakukan. Takkan nak tidur kat stesen bas. Mane ada org. Semua org balik. Aku cuba menelefon abangku. Aku berharap yg dia sudi menghantarku ke kolej. "Hello, abg..abg katner? adik dah sampai kat kay el ni...ade kat hentian putra. Abg boleh ambil n hntar ke kolej tak?". Abg ku menjawab "adik, abg ade kat luar kay el ni. takleh nak ambik adik. adik balik sendiri boleh?". Oh, luruh seluruh hati dan perasaanku waktu itu. Aku hanya mengiyakan aje permintaan abgku.
Aku termenung seketika. Tidak tahu apa yg harus dibuat. Aku masih lagi asing di bumi Kuala Lumpur ini. Tidak tahu ke mana harus kutuju. Tiba-tiba ada seorang lelaki datang menghampiriku. Dia tanya kenapa. Aku dengan selamba memberitahu masalahku. Lelaki itu mengajak aku mngikutnya. Dia akan menghantar aku ke kolej. Rupa-rupanya lelaki terbabit telah mendengar perbualan aku dengan abgku.
Bagaikan terpukau, aku hanya mengikut lelaki itu. Dia mengajak aku menaiki tren menghala ke Sungai Buloh. Aku tidak pernah pergi ke sana malah baru sekali menaiki tren bersama abgku suatu ketika dahulu. Lelaki terbabit memberitahu, kita harus ke Sungai Buloh dahulu kerana kawannya akan mengambil dia di sana. Aku hanya mengikut kata-katanya. Langsung tidak terlintas di fikiranku nasib apa yg bakal menimpa diriku.
Sampai di destinasi yg di tuju, kami turun dari tren dan menunggu kawannya. Tak lama selepas itu, sebuah kereta muncul. Alamak, ada 2 org lelaki lah. Kereta tu pulak cuma 2pintu. Aduh...macam mana ni. Dia meminta aku naik dahulu. Seperti terpulau sekali lagi aku pun naik. Ya Allah lindungilah hambaMu ini dari sebarang musibah.
0 comments: