lately skrg ni ade aje citer pasal buaya yer..kejap timbul kat sana, sini, situ...buaya-buaya ni mula nak tunjuk yg dia ada kat situ kot..
dan skrg kat Kuantan lak yer...biasa tgk kat zoo je...yg beza tgk zoo dgn tmpat sendiri adalah kurungan dia...yg zoo selamat sikit..yg depan depan cmni, eeeeeeiiiiiiiiii takutlah...
moh kita baca berita ni yer...
Kecoh buaya muncul di Kuantan
KUANTAN - Selepas kemunculan buaya tembaga yang menggemparkan penduduk di Kampung Sungai Soi baru-baru ini, kini hampir 6,000 penduduk di Taman Seri Inderapura di sini pula kecoh dengan penemuan reptilia itu di sebuah tasik buatan di kawasan itu semalam.
Difahamkan, terdapat tiga ekor buaya mendiami tasik itu dan yang paling panjang dikatakan melebihi tiga meter.
Haiwan liar yang dipercayai menghuni kawasan itu sejak beberapa tahun lalu didakwa dilihat penduduk ketika timbul di permukaan air dan berjemur.
Situasi itu membimbangkan mereka kerana tasik tersebut terletak berhampiran sebuah sekolah agama rakyat yang mempunyai kira-kira 400 murid.
Seorang penduduk, Kamaruddin Ibrahim, 44, percaya buaya tersebut tersesat dari Sungai Belat dan masuk ke tasik itu ketika banjir besar beberapa tahun lalu.
***sumber dari Kosmo Online***
2 comments:
if la buaya tu termasuk dlm rumah la kan..adeh..naya la..isk3..mintak simpang..
uhhhhhhhhhhhh mintak dijauhkan lah...