Warna memainkan peranan penting dalam menaikkan seri kediaman.
Warna juga mempunyai rahsia tersendiri dan bagi yang kreatif tentunya bijak menyuai padan mengikut kesesuaian dan konsep dekorasi pilihan.
Gabungan
- JIKA anda memadankan merah berhampiran biru, ia kelihatan kekuningan sementara merah yang diletakkan bersebelahan kuning pula boleh membuatkan ia berubah menjadi kebiru-biruan.
- Penataan tradisional pula boleh diserlahkan dengan menggabungkan coklat dan firus atau rona kebiru-biruan.
- Putih pula melambangkan kebersihan, kemas dan terang sesuai digandingkan dengan sebarang warna, sekali gus membantu menaikkan seri warna lain.
- Kini anda boleh mendapatkan pelbagai jenis rona putih di pasaran seperti putih orkid, putih barli, putih epal dan putih lili.
Biru
- MELAMBANGKAN langit dan lautan, justeru, ia sesuai untuk dicat di bilik tidur, begitu juga warna ungu.
- Warna berkenaan turut dikategorikan sebagai warna sejuk mampu mengubah bilik tidur kepada suasana yang lebih selesa, tetapi jika biru gelap digunakan boleh mencetuskan suasana bilik menjadi lebih kelam.
Jingga
- MELAMBANGKAN tenaga dan keriangan serta dipercayai boleh merangsang keinginan untuk makan.
- Bukan bermakna anda harus mengecat seluruh dinding ruang makan dengan jingga, tetapi perlu kreatif menyesuaikan penggunaannya.
Hijau
- LAMBANG alam semula jadi memang mendamaikan dan sesuai digandingkan dengan binaan berstruktur besi.
- Hijau lembut pula mampu menenangkan fikiran dan jika disesuaikan dengan sedikit rona merah atau kuning, suasana berubah menjadi lebih segar.
Konsep dekorasi
- Warna keemasan menginspirasi suasana mewah dan eksklusif.
- Sesuai digabungkan dengan hijau, merah atau biru gelap.
- Bagi menampilkan gaya moden atau unsur berteknologi tinggi, warna perak sesuai untuk konsep berkenaan.
artikel dari myMetro.
0 comments: