- Dosa kerana mengingkari pemimpin.
Pemimpin yang dimaksudkan di sini ialah pemimpin yang adil kepada orang bawahan, soleh lagi berjiwa tauhid, bukan pemimpin yang fasik dan berbuat mungkar kepada Allah s.w.t. Jadi ukurlah diri masing-masing sejauh mana ketaatan kepada pemimpin.
- Dosa kerana tidak taat guru.
- Dosa kerana menderhaka dengan ibu bapa.
Jika kita menderhaka atau menyakiti hati mereka sedangkan perintahnya bertepatan dengan syariat Islam, Allah pasti murka pada kita.
Awas, doa anak derhaka tidak diangkat malaikat ke hadrat Ilahi. Oleh itu, tidak ada perubahan atau peningkatan pada diri kita kerana doa mereka ditolak. Jadilah kita orang yang rugi di dunia dan akhirat.
- Dosa kerana derhaka kepada suami.
Rasulullah bersabda, maksudnya: "Jika Allah membenarkan manusia sujud kepada manusia selain-Nya, aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya."
Besarnya kedudukan seorang suami di sisi Allah. Seorang isteri walaupun ibadatnya sehebat ibadat Siti Maryam (ibu Nabi Isa), tiada nilai sedikitpun di sisi Allah jika masih menderhakai suami.
- Dosa kerana menganiaya atau menzalimi orang.
Jika kita melakukan satu daripada lima perkara ditegah di atas, terhijablah doa dan amalan kita. Oleh itu, jika ingin doa kita dimakbulkan Allah, jauhkan diri daripada melakukan perkara yang mengundang kemurkaan Allah itu.
artikel diperolehi dari myMetro.
0 comments: