06 December 2010

Bersih rumah tiga peringkat

Artikel ni mama jumpe dlm myMetro.
rasenya sesuai sgt lah tuk mama ni yg kdg2 liat sikit..hehhehe
boleh jadi panduan buat semua gak..


LAMAN dan ruang dalam kediaman perlu sentiasa berada dalam keadaan bersih kerana ia melambangkan gaya hidup pemilik atau penghuninya.
Kediaman yang kekal bersih dan kemas juga menjamin keselamatan anda seisi keluarga.

Ia tidak sukar kerana aktiviti membersihkan kediaman boleh dilakukan bersama ahli keluarga, sekali gus memupuk semangat kerjasama dan kekeluargaan.

Biasanya pembersihan kediaman terbahagi kepada tiga peringkat iaitu:

1) Harian
-Dilakukan setiap hari.
-Membabitkan tugasan ringan dan boleh diselesaikan dalam masa singkat.
-Ia termasuk menyapu lantai, membuang sampah dan mencuci pakaian.
-Menyapu lantai perlu mengikut peraturan yang tertentu termasuk:

a) Mulakan dengan menyapu dari hujung bilik menghala ke pintu.
b) Berdiri di belakang penyapu dan sapu ke depan.
c) Elakkan mengangkat penyapu terlalu tinggi.
d) Kumpul sampah-sarap dan masukkan ke dalam tadahan disediakan.
e) Buangkan sampah ke dalam tong sampah yang bertutup.

2) Mingguan
-Dilakukan hujung minggu.
-Memerlukan masa dan tenaga.
-Ia termasuk mengelap tingkap, menukar cadar atau sarung bantal dan membersihkan bilik mandi.

3)Berkala
-Dilakukan mengikut keperluan.
-Memerlukan masa dan tenaga.
-Dilakukan secara gotong-royong.
-Ia termasuk membuang sawang, mengemas dan membersihkan stor.

Peraturan membersih ruang kediaman:
a) Matikan semua suis kipas.
b) Tutup atau simpan semua makanan.
c) Gunakan peralatan dan agen mencuci yang sesuai bagi mengelakkan permukaan lantai atau perabot rosak.
e) Bersih ruang bahagian atas terlebih dulu.
f) Kerja-kerja seperti membuang sawang, kipas dan hiasan dinding perlu dilakukan dulu.
f) Lap peralatan dan kelengkapan dengan air suam bersabun dan kain pengesat yang lembut.

Peraturan mengemas ruang kediaman.
1.Selepas aktiviti pembersihan, ruang perlu dikemas segera supaya kelihatan tersusun dan menarik.
2.Berikut peraturan mengemas:
a)Bukakan semua tingkap dan pintu untuk mendapat pengudaraan dan pencahayaan yang maksimum.
b)Susun dan kemaskan semua buku, majalah dan surat khabar di tempat sesuai.
C)Jemur permaidani, alas kaki dan hamparan yang bersih.

2 comments:

Unknown said...

bagus info ni :) thanks 4sharing:)

hadina said...

welcome welcome



Heartbeat Heartbeat Heartbeat

Usia Perkahwinan Kami

Daisypath Anniversary tickers

Usia Anak Pertama Kami

Lilypie Kids Birthday tickers

Usia Anak Kedua Kami

Lilypie Kids Birthday tickers
 
Copyright @ KasihSelamanya-Hadina 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi