15 March 2011

simpanan dan perlindungan

Sudahkah kawan-kawan membuat simpanan dan perlindungan untuk diri,pasangan dan anak2?
Bukannya apa..ianya untuk keperluan di masa hadapan jugak...
kita tak tau apa yg bakal berlaku...lebih baik "sediakan payung sebelum hujan"

Mama sebelum berkahwin dgn papa dah buat simpanan sikit-sikit...masa tu mama kerja n ada duit lebih pandai-pandailah simpan tuk masa depan...selain tu mama pun turut wat simpanan n perlindungan dlm Prudential. yg ni housemate mama yg cadangkan...lepas dia bgtau semua perkara, mama pun berminat n buatlah...

Dan skrg bila dah kahwin, slowly mama ajak papa turut sama buat simpanan n perlindungan dkt Prudential...tak lama selepas papa join, kami bercadang buat tuk farhah jugak..dan insya-Allah nnt bila farhah nak dapat adik, adik dia pun akan ada jugak akaun kat Prudential...

Semalam sebelum tidur, mama ada berbual-bual dgn papa pasal simpanan n perlindungan Prudential ni...mama bersyukur sgt2 coz kami join ni awal lah jugak...bukan nnt sakit baru nak cari insuran..mcm kawan2 tmpt keje papa, bila dah sakit baru nak cari insuran...masa tu, pihak insuran dah reject lah...papa beruntung coz masuk awal...tu pun mama yg pujuk papa..mama tny papa, kalu mama tak ajak join..papa join ke...papa ckp mayb tak kot...tp sebab mama bgtau yg Prudential ni ada simpanan n boleh amik kelak..jadi papa berminat lah join...

Syukur kepadaNya kerana dibukakan hati kami untuk menyimpan dan melabur untuk kemudian hari...maklum lah sekarang ni kan mcm2 penyakit melanda...bencana pun cmtu gak...kita hanya merancang bukan menetapkannya...sekurang-kurang ada tempat yg boleh kami dapatkan bantuan bila diperlukan...

Selain dari tu, macam farhah...kami pun ada buka akaun SSPN untuk dia..dan setiap bulan papa buat simpanan..ini pun untuk masa depan farhah..sekurang-kurangnya dia ada bekalan kewangan kelak untuk digunakan bila belajar nnt..

Kawan-kawan..pada yg belum buat preparation,buatlah sekarang jgn tunggu bila dah ditimpa masalah baru nak cari tempat mengadu...lihatlah skrg ni, ramai org yg perlukan bantuan kewangan untuk pembedahan...kos bukannya sikit..berpuluh2 ribu...mana nak cari dlm masa terdekat...at least , kita yg mampu ni...buatlah persediaan awal yer...beringat sebelum kena...

ok lah semua...renung-renung kan dan selamat berjuang... :)

3 comments:

Unknown said...

yup betul tu..kami pakai takaful ikhlas dan ada saving sikit dalam unit trust public mutual :)

azlina aziz said...

Alhamdulillah, saya bersyukur sebab dah ada insurans dan simpanan. Mula2, memang pikir untuk hari tua dan kecemasan. Al-maklumlah, dulu, bajet tak nak kawen (pikir, bila sakit, mesti tak da orang nak jaga, kalau ada duit, macam mana pon, dorang akan jaga juga), tetiba datang seru ;p

hadina said...

elok benar lah kalu dah wat simpanan n perlindungan ni...semuanya untuk masa depan bersama gak kan... :)



Heartbeat Heartbeat Heartbeat

Usia Perkahwinan Kami

Daisypath Anniversary tickers

Usia Anak Pertama Kami

Lilypie Kids Birthday tickers

Usia Anak Kedua Kami

Lilypie Kids Birthday tickers
 
Copyright @ KasihSelamanya-Hadina 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi