02 March 2013

"NO PLASTIC BAG"

Assalamualaikum...

Hari ni seperti biasa, kami sekeluarga akan pergi TMC untuk shopping brg-brg rumah / dapur. Biasanya sebulan sekali pergi TMC, kalau habis bekalan pergi TM @ Tumas Manja je lah.

Dan seperti selalu, paper bag @ recycle bag akan dibawa. Dah stand by siap-siap dlm kereta. Tak kisah lah yg mydin ke, giant ke, tunas manja ke, tupperware ke, semua ada. bila nk shopping mesti bw keluar bersama.


Apa yang mama nak katakan di sini adalah..masih ramai lagi di kalangan kita yg tidak peduli akan slogan "NO Plastic Bag" especially on Saturday.
Rata-rata mama lihat org yg memborong, membeli belah kat TMC semuanya guna plastic bag @ tak guna terus (just letak je dlm troli).
Kadang kala terlintas di fikiran, apa sebenarnya yg menyebabkan org tak nak guna paper bag @ recycle bag? Beli pun hanya sekali bukannya kena beli acap kali.

Sedang mama bersembang dgn papa psl hal ni on the way ke parking kereta, mama terdengar ada suara bersembang sesama mereka: (lebih kurang ayat mcm ni lah tp maksud sama)

A: oh hari ni Sabtu, no plastic bag..(mayb diorg tgk troli kami penuh recyle bag kot..hehehe)
B: alah, bayar 20 sen je untuk plastic bag.

Mama cuma tersenyum coz kami baru memperkatakan hal yg sama iaitu just bayar 20 sen utk 1 plastik bag. Actually pada mama bukan pasal 20sen, yg penting kesedaran kita untuk menjaga alam sekitar untuk masa akan datang. Masa datang masa anak-anak kita hidup..tak kan kita nak diorg hidup dlm suasana yg tercemar..tepuk dada tanya sendiri lah :-)

Sekurang-kurangnya anak kita pasti berbangga dgn ibu bapanya yg sanggup berbuat kebaikan untuk masa depan mereka.

Mmg byk cara untuk kita jaga alam sekitar, tp ini antara cara yg paling mudah. At least kita kurangkan penggunaan plastic bag...dari byk jadi sikit dan terus takde plastic bag langsung.

Setiap kali pergi beli belah, mama akan perhatikan troli org yg membeli belah especially hari Sabtu kerana hari Sabtu hari NO PLASTIC BAG :-) walaupun hari Sabtu hari NO PLASTIC BAG tp org tetap dgn plastic bag...semoga org-org berkenaan sedar akan kepentingan slogan ini.

Kalau hari selain hari Sabtu, mama selalu juga bw recycle bag. Apabila tiba giliran nak byr, mama dah letak siap-siap recycle bag..dan cashier siap tny lagi,"nak guna yg ni ke?" mama angguk je lah. dah letak namanya nak guna lah. takkan nak pamer je kot..mayb diaorg nak corfirmation tu..positif thinking.

Sebenarnya semua org boleh buat, cuma nak dgn tak nak sahaja.. samada M*L*S @ buat2 tak tau aje..bergantung pada diri sendiri.

Begitulah kisah serba sedikit pasal NO PLASTIC BAG.

Ayuh sahabat semua, kita pastikan slogan NO PLASTIC BAG berjalan seperti yg sepatutnya dan tiap-tiap hari NO PLASTIC BAG :-)


Wassalam.



2 comments:

Unknown said...

kalau ari sabtu aje, "takyah gi beli baranglah ari ni. kita gi beli esok. ari ni kena bawa beg sendiri."

sanggup elak bershopping ari sabtu sebab malas nak bawa plastik bag...

betul tu kak long... sepatutnya tiap2 hari no plastic bag..

hadina said...

mungkin ada juga yg berfikiran cmtu, tp apa yg penting laksanakan tanggungjawap anda sebagai pengguna yg bijak dan berhemah.. :-)



Heartbeat Heartbeat Heartbeat

Usia Perkahwinan Kami

Daisypath Anniversary tickers

Usia Anak Pertama Kami

Lilypie Kids Birthday tickers

Usia Anak Kedua Kami

Lilypie Kids Birthday tickers
 
Copyright @ KasihSelamanya-Hadina 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi