06 December 2013

Apple Learning...

Assalamualaikum...

La ilaha illallah

La ilaha illallah

Muhammadur Rasulullah

Muhammadur Rasulullah

 

Inilah antara bait-bait lagu nasyid yg sering Farhah dan Fahmi ulang setiap kali dengar kat Apple Learning..dulu masa awal-awal mama pasang, tak minta sgt pun..sekarang dah selalu mama pasang, dia sendiri pergi amik dan on kan.

Adik setiap kali dia cari tak jumpa apple learning, pasti datang kat mama sambil tangan duk tekan tekan..mula-mula konfius gak, then baru faham dia nk apple learning.

Dah lah bentuk apple, pastu siap ada lampu warna warni lagi..

Memang sesuai sangat utk kanak-kanak sebab dapat menarik minat diaorang belajar secara spontan.

Bukan setakat nasyid, ada bacaan surah-surah pendek, cara solat, doa.

Mama pun galakkan untuk setiap rumah ada satu apple learning ni..

Apple Learning

Kalau sesiapa berminat nak boleh bgtau mama, dengan mama ada 5pcs je lagi.

=================================================================


Lampu corak warna warni


APPLE LEARNING QURAN MACHINE
=====================
(available 5pcs)

Dilengkapi dgn doa, surah lazim, nasyid..

Sesuai untuk seisi keluarga.

CARA PENGGUNAAN :
-----
➘ Lihat di sini : http://bit.ly/13mcDdy
------------------------------------------------


********************************************
Description:

Children's Learning Device in the shape of an Apple.
Holy Quran Machine

A great way for children to learn Duas, surahs from the Quran and prayers.

Includes:
- 26 Every day Duas (Doa)
- 16 Surah from the Holy Quran (Surah pendek)
- How to make Morning Prayer (Cara solat)
- 6 Children's Nasheeds (Nasyid kanak-kanak)
- 4 Kind of Projections (lampu bercorak warna -warni)

Includes strap to loop around neck or wrist.

Includes full product manual in English and Arabic.

On/Off button in the back.

Bright and colourful, this is sure to be a hit with children!

For ages 3 +
Requires 3x AAA batteries

Weight : 300gram
********************************************

Harga RM33 excluding postage
**Postage semenanjung Msia RM6, Sabah/Sarawak RM9


Bagi mereka yang ingin memilikinya, bolehlah

SMS / WhatsApp ke 0192654520
"APPLE QURAN''
****************************************

Arahan mudah tentang pembelian akan kami terangkan.



04 December 2013

Panahan adik

Assalamualaikum...

Selamat malam dan pagi 4 Disember 2013 :-)

Al kisah nak jadi kenangan kami sekeluarga especially adik Fahmi...panah yg baru diterima hari ni akhirnya patah juga.huhuhu

Sebenarnya kids bow yg diterima hari ni adalah yg kedua yg mana bow yg pertama telah patah sewaktu kami terima. Dan ini adalah gantian nya. Tapi tak sampai sehari pun, panah tu dah patah.

Tengah syok dia main, tiba-tiba dia libas kena peha papa dan tarik kuat maka patahlah ia..kesan patah sama macam waktu terima yg first tu..bukan rezeki adik lah nak main bow tu.Gamoknye nak main bow mahal sikit kot ni..hehehe.

Anak-anak kecil biasalah mana boleh main dgn mainan yg tak tahan lasak..terutama anak teruna, kena cari mainan yg kukuh dan lasak.

Takpe adik, nnt mama papa carikan yg kukuh dan tahan lasak sebab mama papa dah tau yg adik memang lasak n ganazzzzz bila main.hehehehe.

inilah rupa bow pertama yg patah dan yg second pun patah tempat yg sama

Mama dah jumpa kat mane nak beli next bow untuk adik.

harap yg ni tahan lasak untuk adik main

Kalau ada sesiapa yg nak order bersama, boleh lah bgtau mama yer..sms/whatsap mama 0192654520.
Mayb dlm 3minggu lagi dapat kot...

Ok lah, nak masuk tidur dulu.

Wassalam.


02 December 2013

Sumbangan anda amat bernilai

Assalamualaikum...

Sekali lagi mama tergerak hati untuk kongsi bersama teman-teman bloggers  untuk bersama meringankan dan seterusnya memudahkan perjalanan membantu mereka yg memerlukan.

Volunteers KL adalah sebuah kumpulan sukarelawan yang digerakkan oleh sekumpulan anak muda yang berusaha menyantuni keperluan golongan yang memerlukan.

Dan ini adalah projek terbaru mereka. 



Rasanya kalau kite semua dapat menyumbang, insya-Allah semua projek yg mereka rancangkan dapat berjalan dengan lancar. Tak rugi kalau kita dapat membantu mereka.. 

Insya-Allah dengan niat yg ikhlas utk membantu mereka akan dibalas oleh Allah swt dengan balasan yg baik..Seperti janji Allah dalam Al-Quran:

"Sesiapa meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan mengembalikannya berlipat ganda untuknya, dan baginya pahala yang mulia". 
(Al-Hadid 57:11)

Perhatikan dengan cermat. Allah berjanji akan membalasnya berlipat ganda dan ditambah juga balasan pahala. Buat satu dapat dua! Dapat balasan berlipat ganda ditambah lagi dengan pahala yang mulia. Masya-Allah, Pemurahnya Allah kepada hamba Nya.

Jadi jom sama-sama kita fikirkan sejenak dan bantulah mereka yg memerlukan bantuan kita.

Wassalam.

01 December 2013

Air yang bersih..

Assalamualaikum...

Seperti yg semua org tau, air yg bersih menjadi kemestian untuk kehidupan kita seharian. Ye lah, dgn air bersih tu lah kita nk buat minuman, nk masak, nk buat susu anak, nak buat pape yg patut lah..dan kebanyakkan rumah skrg ni dah ada penapis air. Penapis air penting untuk suling bendasing yang tak kelihatan dengan mata kasar.

Tapi, kalau kita pergi melancong ke mana- mana.. Pasti sukar nak dapatkan air berkualiti macam di rumah kita. Kadang tu, air terasa payau, nampak kuning.. tapi nak taknak telan juga.. 
Kini, ada satu produk yang sangat menarik... Yang bestnya.. boleh dibawa kemana sahaja kita pergi... 


MEMPERKENALKAN GET CLEAN® WATER PITCHER
===========================================


Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multi-paten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat.

Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula.


Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang.
Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.



Perbezaan sebelum dan selepas ditapis.
Air yang lebih bersih dan sihat ataupun bumi yang lebih bersih dah sihat???

Sudah tentu kita boleh menikmati semuanya!

Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama




Pilihan Bijak!

*Hanya beberapa sen bagi seliter air.
*Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak.
*Jag air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras dan tidak memerlukan kuasa elektrik.
*Ringan dan mudah dibawa.
*Menjimatkan kos-tanpa perlu dimasak.

Pada pendapat mama kan, ada penapis ni memang menyenangkan kerja kat dapur. Nk masak, tuang je air yg dah ditapis...nak minum, tuang je dlm gelas dan minum. nak buat air minuman, campur je air yg dah tapis. Sungguh senang lagi menyenangkan..

Pernah suatu ketika, mama pergi rumah saudara dan kebetulan bekalan air tapis xde. Mama pun kuarkan penapis Shaklee dan guna. Segalanya dipermudahkan oleh Nya.


Video di bawah ni boleh menjelaskan lagi cara penggunaan Get water filter ni

HARGA PASARAN UNTUK GET WATER FILTER NI 

RM460 (SEMENANJUNG MALAYSIA)
RM483 (SABAH/SARAWAK)

Jika ada yang benar- benar berminat... mama boleh bagi harga istimewa.. BUKAN HARGA KAT ATAS.. Harga special gitu... Kalau nak tahu HARGA YANG TAWARKAN.. tinggal je komen ataupun terus berhubung melalui
  SMS ke 
0192654520

KALAU ADA FACEBOOK ,
JEMPUTLAH BERKUNJUNG KE

28 November 2013

Wangian Kasturi Emas

Assalamualaikum...

Wangian Kasturi Emas....sebut je wangian mestilah minyak waangi kan... :-)

Kami sekeluarga dah menggunakannya, mmg wangi dan sesuai utk semua..skrg ni sudah menjadi kebiasaan bg kami sekeluarga kalau nk g mana2 mesti calit dulu..anak2 mesti calit juga, sambil tu selawat lah dan niat pakai ni ikut sunnah nabi..




Terdapat 3 jenis haruman yang ditawarkan oleh KASTURI EMAS iaitu:

1. Kasturi Al Jannah (Platinum edition)
2. Kasturi Kijang (Gold edition)
3. Kasturi Putih (Silver edition)

*********************************************
KEGUNAAN:-

1. Kasturi Al Jannah (PLATINUM) - ekstrak bungaan, bau yang kuat tetapi lembut untuk rasa tenang & nyaman

2. Kasturi Kijang (GOLD) - untuk rasa segar, bersemangat, kurangkan stress & pendinding

3. Kasturi Putih (SILVER) - bau bunga2an untuk ketenangan, terapi perubatan dan pendinding



JOM BERSAMA-SAMA HIDUPKAN AMALAN SUNNAH
TIDAK MAMPU BUAT SEMUA, JANGAN TINGGALKAN SEMUA
 

Berniat mahu mencuba dan mendapatkan wangian kasturi emas?
Sila hubungi:

Pengedar Kasturi Emas Paka, Dungun
Zarina Mohamad 0192654520
Hadi Mamat 0199493148



p/s: kalau nk bg penghargaan / surprise buat rakan2, upline nk bg downline ke..boleh je bgtau..

25 November 2013

Freezermate purple; Offer price


Assalamualaikum...

Di sini mama nk buat offer...
kepada mereka peminat Tupperware, ada offer untuk anda seperti di bawah.

Harga offer year end sale adalah RM140 shj!!!

Sekiranya berminat, cepat-cepatlah bgtau yer ;-)



Freezermate small II (2) 650ml = RM41.40
Freezermate medium II (1) 1.5L = RM29.60
Freezermate large II (2) 3.1L = RM93.80
Jumlah: RM164.80


==========
Cara Pembelian
==========

Bagi yang mahu dapatkan,
sila hubungi saya sekarang di

inbox https://www.facebook.com/messages/HadinaTupperware

COD area: Bandar Dungun, Paka, Kerteh
Zarina: 019-2654520

*********************************
Penghantaran menggunakan pos laju.
Dijamin selamat sampai dalam masa 1-3 hari.
*********************************

23 October 2013

Selamat Hari Lahir Fahmi




Selamat hari lahir sayang mama papa, Nazmi Fahmi yg ke 2.
Hari ni genap 2tahun Fahmi bersama mama, papa dan kakak.
Dan 2tahun juga Fahmi menyusu badan direct dgn mama. No formula :-)
Mama hepi papa hepi adik pun hepi.

Kami semua doakan adik menjadi anak yg soleh, 
adik yg baik buat kakak, 
insan yg berguna di masa hadapan..
sentiasa dimurahkan rezeki, 
diberi kesihatan yg baik,
dipanjangkan usia dan 
berjaya kehidupan di dunia wal akhirat. 
Mama papa cuma nk yg terbaik buat anak-anak.

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG !!!

21 October 2013

Simpanan masa depan





Mulakan simpanan emas dan silver anda hari ni.
Anda buat anda dapat.

Paling minimum, simpan sebulan 1gram.
Setahun anda dah dapat 12gram.
Ada duit lebih boleh tambah silver 10gram.
Setahun dapat 120gram.

Campur dua, anda dapat 12gram emas 120gram silver.
Itu baru setahun, kalau bertahun-tahun...kira lah ye

[Mula + Buat = Dapat]

=============================
Harga Emas dan Silver sehingga jam 4.30ptg ini

Dinar: RM682
Gold Bar 1gram: RM181
Silver Bar 10gram: RM48.60
=============================

Kalau nak tgk barang kemas rekaan terkini, klik link bawah
http://www.gcp.com.my/kami-jual-916-baru.php


Untuk tempahan :
PM - https://www.facebook.com/messages/zarinazahari

UNTUK LEBIH MUDAH DAN MENJIMATKAN MASA...

Anda juga boleh buat tempahan sendiri secara online di
www.gcp.com.my. dengan mendaftar sebagai FREE MEMBER terlebih dahulu di link www.gcp.com.my?id=AD4610

Fahami ilmu emas dan GCP dengan klik di sini
http://tinyurl.com/zarinazahariGCP

06 October 2013

Resdung ku....

Assalamualaikum...

Mlm ni nak citer pendek pasal resdung mama. As we know, mcm lah korang semua tau kan..hehehe, mama ni ada lah jugak resdung nye.

Senang citer tiap2 pagi asyik bersin. Dah tu bila bersin tak pandai nak berhenti...huhuhu tak larat tau..
Dan lagi satu bila makan mknn ada belacan mulalah hidung ni buat perangai..lepas tu mama kena berbekalkan tuala kecik lah..kdg2 sampai merah hidung dan tak larat.

Itu citer bbrp bulan yg lalu, tapi skrg mama rasa bertambah ok sejak guna supplement ni. Dulu pun pernah amik juga ubat utk resdung, cuma keberkesanan nya tu tak sampai cm tahap skrg. Bak kata papa, "Abg rasa supplement ni serasi dgn ayg compare yg dulu2". nape papa ckp cmtu ek. Sebabnya salah satu perkara yg org resdung ni hadapi adalah mulut berbau. Samada anda sedar atau tidak...itu mama tak pasti lah kan..yg pasti papa ckp mulut mama tak berbau mcm dulu2 dah, cuma kdg2 bau herba tu je.

Dan yg best, papa pun dah lama tak bersin pagi2 cm mama..alhamdulillah, mama puas hati dgn keadaan skrg iaitu resdung tidak melanda lagi :-)

Syukur padaMu ya Allah kerana dgn izin dan kuasa Mu telah engkau pulihkan kami dari sakit ini.

Pada yg nak mencuba, bolehlah bgtau ye :-)

Selamat malam semua.

Wassalam.

_______________________________________________________________________________


Antara testimoni pasal resdung


***RESDUNG***
***BERSIN SEPANJANG PAGI***

CUBALAH ALTAMIS HABBATUS SAUDA (AHS),
100% ASLI DARIPADA HABBATUS SAUDA BERKUALITI TINGGI

Dapatkan AHS sekarang pada harga yang berpatutan.


=============
Cara Pembelian AHS
=============

1 botol AHS hanya RM 42 (SM)
RM 45 (Sabah/Sarawak/Labuan)
termasuk poslaju

Lagi JIMAT, dapatkan PROMSI TRIPLE (3botol)
bg bulan Oktober shj

Bagi yang mahu dapatkan AHS,
sila hubungi saya sekarang di

inbox https://www.facebook.com/messages/HosHealthProduct

COD area: Bandar Dungun, Paka, Kerteh
Zarina: 019-2654520
Hadi: 019-9493148

*********************************
Penghantaran menggunakan pos laju.
Dijamin selamat sampai dalam masa 1-3 hari.
*********************************

04 October 2013

Oh anakku...jentungan!!!!!!

Assalamualaikum...

Huhhhhh dah bersawang blog kasih selamanya...maklumlah empunya blog terlebih rajin. :-)

Kalau nk diikutkan banyak je benda yg boleh dikongsi tapi tak terkongsi.

Jentungan atau chicken pox......sape yg tak pernah kena? angkat tangan..macamlah nmpak kan.hehehe

Minggu lepas anak bongsu dah disahkan kena chicken pox..mula-mula tak perasan, ingtkan dia luka lepas tu garu. Memang langsung tak terfikir pasal ni. Selepas sehari dua, nmpak semakin bertambah.

So pergi klinik, mmg sah dah kena. Doktor bagi lah 2 ubat minum dan satu ubat sapu. Tapi akhirnya ubat tu langsung tak guna pun. Yg kena minum tu, Fahmi langsung tak nak minum. Pujuk lah cmner pun tak jalan. Yg sapu pulak, sekali je guna.

So jalan terbaik, bagi je dia mkn supplement yg dia mmg dah mkn dari kecik lagi. Dan juga minum air hijau. Bahagian sapu pula, sapu guna Baby Oil Lavender (VCO).

Alhamdulillah, Fahmi tak demam..jentungan tak melarat banyak, kering dan cepat tanggal hitamnya. Skrg proses nk hilang parut pulak.

Begitulah kisah kali ini.

************************************************************************
PROMOSI PULA :-)
************************************************************************



>>Anak kena chicken pox / jentungan???>>>

Jangan risau,

Eczema Starter Kit - Baby Nature's Gift ini mampu membantu.

*******************************

Eczema Starter Kit - Baby Nature's Gift
natural formula for sensitive skin

This starter kit contains:
1) Head-to-toe Lavender Natural Bubble Wash
100ml

Gunakan bubble wash sewaktu mandikan anak-anak.

2) Head-to-toe Baby Hair & Body Oil Lavender
100ml

Selesai mandi. sapukan Baby Hair & Body Oil Lavender di tempat jentungan.

*********************************

Insya-Allah, parut dan kesan jentungan akan cepat tanggal/hilang.

==========
Cara Pembelian
==========

1set Eczema Starter Kit hanya RM 69.90 (SM)
RM 72 (Sabah/Sarawak/Labuan)

Bagi yang mahu dapatkan AHS,
sila hubungi saya sekarang di

inbox https://www.facebook.com/messages/HadinaStore

COD area: Bandar Dungun, Paka, Kerteh
Zarina: 019-2654520
Hadi: 019-9493148

*********************************
Penghantaran menggunakan pos laju.
Dijamin selamat sampai dalam masa 1-3 hari.
*********************************

21 September 2013

Kempen 1 Bulan 1 Gram




==================
Kempen 1 Bulan 1 Gram
==================

* Terhad untuk 10 orang yang pertama sahaja

*Beli 1 keping gold bar 1gram GCP setiap bulan selama 12 bulan dan anda layak menerima hadiah PERCUMA dari saya.

*Bermula September 2013 dan akan berakhir pada Ogos 2014.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Kenapa perlu join kempen saya ni ?
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

> Dapat best price
> Free postage
> Jaminan penghantaran
> Resit
> Sijil
> Rundingan percuma
> Dapat hadiah percuma bila cukup 12 keping GB bermula September ini
 
 

17 August 2013

Senyuman buat ibu

Assalamualaikum...

boleh klik gambar untuk info

Di sini mama sekali lagi menyeru kepada semua yg mampu untuk menyumbang sedikit sebanyak setakat yg termampu untuk menceriakan warga emas di Kg Alai, Telok Mas, Melaka.

Mama hanya sekadar berkongsi info buat semua, di kala kita masih gembira menyambut Syawal jangan dilupa pada insan-insan yg memerlukan bantuan kita. Marilah kita sama-sama menceriakan mereka.

Setakat yg mama tahu, pihak penganjur sudah banyak melakukan aktiviti sebegini untuk membantu mereka yg memerlukan...tanpa usaha mereka mencari dan mewarwarkan aktiviti begini, kita sudah pasti tidak mengetahui keperitan kesusahan orang lain. Sekali lagi mama menyeru, marilah kita berganding membantu pihak penganjur menyumbang seterusnya menceriakan insan-insan terpilih ini.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah layari Facebook Volunteers Kl - Together We Care .

Hanya Allah yg dapat membalas kebaikan yg kita kerjakan.

Wallahu a’lam

Wassalam.

13 July 2013

Kembalinya insan yg kusayang

Assalamualaikum...
Hari ini, mama masih lagi dlm mood sedih..sedih kerana kehilangan abang tersayang. Bagaikan satu mimpi bila dapat tau abg dah xde lagi di dunia ini. Sebak di dada bila teringatkan dia.
Dua minggu sebelum tu, kami sempat berjumpa. Kalau nk diikutkan kedatangan kami ke kay el nk jumpa baby Daryn, anak abg..tapi kini mama rasakan kami ke sana untuk ucap selamat tinggal buat selamanya.
Satu-satunya perkara yg buat kami semua sedih, abg pergi meninggalkan anak perempuan yg baru shj mencecah 40 hari. Tapi yg pasti 40 hari itu, abg telah isikan dgn kenangan dan kasih sayang sepenuhnya buat Daryn.

Seorang Isteri kehilangan suami
Anak kehilangan papa
ayah kehilangan anak
adik kehilangan abang

Kami semua kehilangan orang yg sama. Abg seorang yg disenangi ramai.Seorang yg bertanggungjawap terhadap keluarga dan kerjaya. Tidak hairanlah ramai yg datang menziarah. Dari pekerja sehingga lah clients. Mereka semua sedih kehilangan abg kerana abg seorang yg berdedikasi , amanah dlm kerja.

Ramai yg bertanya, abg sakit apa...abg sebenarnya sihat dan xde langsung simpon-simpon penyakit. Tapi bedah siasat menunjukkan abg kena serangan jantung dgn 80% blockage. Bagi kami itu hanya lah sebab untuk abg kembali pada Nya. Umur abg baru je mencecah 36 tahun. Sebab itu, ramai terkejut..abg masih muda dan sihat. Tiada siapa menduga ianya terjadi.

Pada malam hari, abg masih lagi sempat bermain badminton dgn adik dan anak-anaknya. They had a wonderful moment on that day. Sebelum balik ke rumah, abg dgn kak farah spent together berchit chat..macam2 diluahkan. tak sangka itu adalah saat terakhir mereka berdua bersama. Sayu hati bila kak farah menceritakan saat-saat indah mereka.

Selepas pulang ke rumah, tak lama selepas baring atas katil, abg collapes. Nasib baik adik ada n buat cpr kat abg..memang sudah tertulis, abg pergi tak lama selepas itu.

Mama dan keluarga bersama aboh turun ke kay el pagi itu juga. Jenazah abg dikebumikan di Bangi, memudahkan kak farah dan anak-anak ziarah pusara abg.

Alhamdulillah, kami sempat menatap wajah terakhir abg. kami org terakhir yg ditunggu sebelum abg disembahyangkan dan dikebumikan.

Selepas ini, tiada lagi panggilan abg yg selalu disebut-sebut.Tiada lagi kedengaran suara abg berbicara.Tiada lagi tempat kami meminta pertolongan. Tiada lagi masakan enak yg dapat kami rasa. Macam aboh pernah ckp, abg pandai masak mcm arwah ma.

Sewaktu kami ke kay el dua minggu sebelum itu, mama sempat tany,abg balik raya trg ke tahun ni? Abg jawab, tak tau lagi..dan sekarang abg mmg tak balik raya. Aboh ckp, nnt raya enam nk g kay el nk ziarah abg.

Abg, kami semua akan jaga keluarga abg. Walaupun abg dah xde di dunia ini, mereka semua tetap keluarga kami. Takkan kami sisihkan mereka. Kami sayang mereka.

ZAINAL ABIDIN BIN ISMAIL/EMBONG
27 JUN 1977 - 7JULAI 2013

CHE MAIMON BINTI JUSOH
9 MAC 1952 - 6 OGOS 2011

Ma, Abg...kakok akan sentiasa berdoa untuk ma dan abg di sana.
KAKOK RINDUKAN MA DAN ABG.....

Ya Allah, Engkau tabahkan lah hatiku dan hati kami sekeluarga menerima ujian Mu. Engkau lindungi dan bantulah Kak Farah sekeluarga mengharungi hari-hari mendatang dengan sabar dan tabah.

Wassalam

01 July 2013

Keluar Hutang

Assalamualaikum....

Hutang..hutang..hutang..
Hutang rumah...
Hutang kereta...
Hutang personal loan...

Bak kata seorang insan yg mama kenal, "Rakyat Malaysia ni dari lahir dah diajar berhutang, so cmner hutang tak bertimbun."

Berhutang kadang kala tak salah demi memnuhi keperluan hidup tapi berpada-pada ikut kemampuan diri..jangan pula berhutang ikut hawa nafsu..itu yg susah kemudian hari.

Pabila berhutang, ingat :

* kena jadi rajin, (jgn nak bermalas-malasan) ingat masih ada tanggungjawap yg perlu diselesaikan.
* selalu bayar secara sistematik/ konsisten-kalau ada wang lebih, tak salah byr lebih sikit..mana lah tau nnt dpt singkatkan tempoh byrn.
* selalu bersedekah walaupun sedikit.

Ada satu web yg mama baca...mmg sesuai sgt..Tajuk: Rahsia Urus Hutang Hati Tenang.

Kat situ ada byk artikel/ tips yg boleh dibaca dan dipraktikkan.

Yg ini adalah salah satu cara yg mama rasa semua org boleh praktikkan.


klik gambar untuk ke web asal

Kita cuba dermakan satu hari satu ringgit...tak kisahlah kita nk derma ke masjid ke atau org perseorangan. atau kalau rasa malu nak bg seringgit, kumpulkan sehari seringgit dlm sampul khas, nnt cukup bulan kita dermakan.

Insya-Allah murah rezeki org yg memberi.

Jom kita sama-sama praktik.

Selamat beramal.

Wassalam.





29 June 2013

Rak IKEA

Assalamualaikum...

Baru-baru ni kami sekeluarga pergi ke Bangi, ada lah dlm 4hari je..pergi hari rabu hari ahad balik..asal nak stay sehari lagi tp papa pula ada kerja yg perlu disiapkan.

Kami bukannya pergi bercuti sangat pun, pergi nak lihat anak buah yg baru...mama pernah cerita dlm entry sebelum ni...yg namay Daryn Imanina.

Masa stay kat rumah abg, mama tiba-tiba berkenan dgn rak kat dapur dia..nmpak comel. Dari jangkaan mama, mesti beli kat IKEA. Nk tnye, tak tnye...hehehe. Mama ni kalu pergi rumah abg, mesti ada something yg mama berkenan..tak kisahlah, susun atur rumah ke, hiasan rumah ke, alatan dlm rumah ke..mesti ada yg sangkut di hati. :-)

Akhirnya sebelum balik ke Trg, kami singgah ke IKEA. Intai punye intai jumpa lah..so beli lah satu buat balik rumah. Suka lah hati ni...

Inilah gmbar asalnya:

nak tau details klik je gambar ni.
Kalau nak diikutkan, org guna letak buku ke kat living room..tapi kami letak kat dapur...kita pelbagaikan kegunaannya. Tak salah pun.

Terasa mcm nak tmbah satu lagi je..hahahaha.

Next time pergi K.L lagi kita cari yg lain pula. Buat masa skrg kita layan dulu yg ini.

Wassalam.


Stok Tupperware (clearance)

Assalamualaikum...

Mama ingin mewar-warkan HOS ada buat clearance untuk stok Tupperware.
Sesiapa yg berminat boleh lawat page FB HOS.
Stok yg ada terhad.
Siapa yang order dulu, dia lah empunya barang itu :-)

Antara koleksi stok TupperWare yg nak di "clear" kan.
Lain-lain boleh refer album.
Harga ada di dlm album.(abaikan harga asal )
Harga tidak termasuk kos penghantaran.
Kos penghantaran ditanggung sepenuhnya oleh pembeli.

PLS PM HERE:
https://www.facebook.com/messages/zarinazahari






Selebihnya refer album HOS.



27 June 2013

Syok sendiri

Assalamualaikum....

Firstly I want to ask you...apa perasaan korang apabila lihat kereta yg di park tepi jlan sampai boleh ganggu laluan keluar masuk org lain..then ape pula reaksi korang bila bawa kereta tak tau nak jarakkan kereta dgn kereta kat depan...

Alkisah nye, semalam pegi pasar malam..on the way nak balik tu....ada kereta nak kuar dari parking, so kita bagi dia kuar dulu dan jarak nye ok lah mmg dia boleh kuar..lepas tu ada kereta dari arah bertentangan nak masuk parking tu...masa tu kami dah ke depan...so mmg takleh buat apa..yg kereta kat blkg kami pulak langsung tak jarak kan kereta diaorg...bukan saat tu je, sebelum tu pun dia mmg dah duk dekat..kereta yg nk parking tu takleh masuk lah.. satu hal lagi kami pun sangkut takleh ke depan coz ada pulak yg parking kereta tepi selekoh..nak ke tengah sikit pun tak dpt coz ada kereta sedang beratur sebelah tunggu kereta nak parking..last sekali kereta yg nak parking terpaksa cancel nak parking kat situ coz tak nak masuk parking tak dapat, dan hampir mengganggu laluan lain..



Moral of the story kat sini..buat semua pemandu kenderaan sila lah jarakkan kenderaan anda dengan kenderaan di hadapan anda...ini bagi memudahkan proses-proses seperti tadi lah..kalau terjadi apa-apa senang nk undur balik..bukan rugi pun kan.. Tapi most of the time mama selalu jumpa yg syok sendiri ni...bila terkena batang hidung sendiri mulalah nak salahkan org lain...

Kepada mereka yg mengamalkan cara yg sihat teruskan nilai-nilai murni itu. Pada yg syok sendiri, fikirlah untuk kepentingan bersama.

Wassalam.

26 June 2013

Harga EMAS turun...

Assalamualaikum...

Harga Emas GCP turun bermula 20hb Jun baru ni dan ...

Hari ini adalah hari terakhir PROMOSI HARGA RUNTUH EMAS GCP.

Pada yang layak dan mampu jom lock harga sekarang sebelum pukul 4ptg..selepas itu, harga akan berubah.

Harga sekarang mmg jauh beza dgn bbrp hari yg lepas..



Kalau nk dapatkan harga sekarang cepat2 lock tau, tp kalau tak tau cmner, telefon mama segera 019-2654520. Mama akan lock kan untuk anda. Lock shj tak best lah, kena lock dgn bayaran emas tu lah yer..

GCP menawarkan harga emas tanpa kos upah dan tanpa kos penghantaran. BEST kan...tak yah susah2 gi kedai emas..order shj n tunggu posmen hantar bungkusan emas yg diorder.


 
Tetapkan target kita, ke mana arah tuju kita untuk simpanan emas di masa depan???
Ingin buat rumah, beli rumah, pergi haji, pergi umrah, pelajaran anak-anak...
Semuanya insya-Allah dapat dilaksanakan...

Mulakan sekarang...

Boleh klik di link ni utk survey harga emas dan barang kemas yg lain
http://www.gcp.com.my/daftar.php?id=AD4610
dan daftar sbg free member .
 
Bila dah daftar, boleh buat order sendiri... :-) mudah kan..

18 June 2013

Kerepek Nangka

Assalamualaikum...

Hari ni parcel yg mama order telah sampai..2 parcel sekali gus sampai.
Satu parcel sampul raya GCP dan 2 parcel kerepek nangka.
Abg posmen siap tanye lagi ape ni, kerepek ke? mcm dah pecah je...
Mama ckp mmg kerepek pun tp tak pecah, buka jenis yg nipis mudah pecah.
Padahal ni lah first time nak makan...berdasarkan gmbr mmg tak mudah pecah cm kerepek2 yg lain yg nipis.

Kerepek Nangka ni special tau..sekali makan rasa nak makan lagi..




Istimewa kerepek nangka ni:
*tidak digoreng
*tidak berminyak
*BEBAS kolestrol
*Tiada bahan pengawet/pewarna
*nutrien terpelihara
*snek berkhasiat seperti makan nangka yang sebenar,dihasilkan menggunakan teknologi canggih pengeringan vakum-terbukti berjaya hilangkan ketagihan kpd fastfood.

Mesti cuba, bila dah cuba pasti nak lagi.

Sekarang ni pun ada depan mata, sambil taip sambil makan, hehehehe.

Kalau sesiapa yg duduk sekitar Paka, kalau nak order bgtau je lah mama. Mmg order lebih pun...hehehe..telefon je mama 0192654520 yer...

Wassalam.

Gwiyomi

Assalamualaikum...

Apa tu "Gwiyomi"? mama pun tak tau..sedar2 dpt tau dah heboh satu dunia...mama still tak tau ape2...buka you tube, intai-intai lah pasal ni..hanya ada satu je yg mama berkenan.

Nak tau, jom layan video kat bawah:



Selamat menonton :-) dan cuba manfaatkan apa yg didengar..

Wassalam.

17 June 2013

Muhasabah diri

Assalamualaikum....

Tiba-tiba terfikir, hari ini apa yg mama telah buat..adakah elok @ kurang elok..
 Marilah kita muhasabah diri kita sebelum melelapkan mata...
semoga hari ini lebih baik dari semalam
semoga hari esok lebih baik dari hari ini.

Fikir-fikirkan lah.

Wassalam.

"Seminar Penyusuan Susu Ibu dan Persediaan menghadapi Ramadan"

Assalamualaikum....

Tengahari ni, mama ingin mewar-warkan satu berita penting buat semua ibu bapa yang hebat :-)



Seminar Penyusuan Susu Ibu dan Persediaan menghadapi Ramadan
-------------------------------------------------------------------
Jom daftar sekarang, tempat adalah terhad.

Kepada ibu bapa baru yang menanti saat kelahiran bayi baru, serta ingin menambahkan ilmu tentang penyusuan susu ibu, jangan lepaskan peluang ini untuk datang bersama-sama mendengar penerangan daripada Puan Siti Nur Suraya, IBCLC yang merupakan seorang Natural Parenting Practitioner. Maklumat sesi adalah seperti berikut:

Tarikh : 22 Jun 2013
Masa: 10.30pagi - 3.30petang (5 Jam)
Tempat: Bilik Seminar, Tingkat 1, Lunatots Bandar Sri Permaisuri, Cheras.
Yuran Asal : RM150 (suami dan isteri)
Promosi : RM99 sahaja (Suami dan isteri)
Topik: - Breastfeeding Preparation while Pregnant
- Pumping and storing Expressed Breastmilk (EBM)
- EBM Delivery for Babysitter
- EBM Handling for Parents
- Food to be taken during lactating
- Breastfeeding Accessories
- Do & Don’t While Breastfeeding
- Extended Breastfeeding
- Medication during Breastfeeding

Daftar tempat anda melalui emel event@lunatots.com (tajuk emel Breastfeeding Class 22 Jun 2013) dengan membuat bayaran RM99 kepada Maybank Lunaworks Sdn Bhd 564753106172. Sertakan bersama Nama, No IC, Alamat, No telefon, Emel, Nama Bayi, Umur Bayi, Tarikh Bersalin(jika ada), Nama Suami, No IC Suami, No Telefon Suami dan bukti pembayaran setelah bayaran dibuat.

Jangan tunggu lagi, daftar sekarang. Tempat adalah terhad.

Kepada mereka yg berada di sekitar kawasan bolehlah mendaftar untuk seminar ini.
Insya-Allah anda pasti berpuas hati.

Wassalam.

"Sedikit tetapi Banyak"

Assalamualaikum...

boleh klik gambar untuk lebih maklumat.

Di sini mama ingin menyeru pada kawan-kawan semua...seandainya mampu, hulurkan lah sedikit pertolongan atau bantuan buat mereka yang memerlukan. Sesungguhnya, bantuan yang dihulurkan dapat mengembirakan, menceriakan kehidupan mereka sepanjang Ramadhan ini.

Sekurang-kurangnya bantuan ini dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka sekeluarga. Semoga mereka juga dapat merasa sedikit kebahagian seperti yang kita rasa.

Mama mungkin tak pandai sangat nak buat ayat...tapi apa yg mama pasti bantuan yg kita hulurkan akan menceriakan mereka.

Hanya Allah yg dapat membalas kebaikan yg kita kerjakan.

Wallahu a’lam

Wassalam.

15 June 2013

Cute Storage Rack




Pening Kepala Mainan anak BERSELERAK? Anak tidak ada motivasi untuk mengemas mainan?
Ya! Panda & Giraffe Storage Rack dapat membantu masalah anda

Storage rack membantu

✔ Anak Mengemas Mainan Sendiri
✔Anak seronok menyimpan mainan dalam box menarik pelbagai warna
✔ Menjadikan ruang kediaman lebih kemas & teratur

Storage Terdiri daripada

Panda Storage Rack (+ 9 storage box)
Ukuran Rak : 60 x40 x 60cm
Ukuran Storage Box : 13 x 15 x 24cm
Est Weight: 10 kg

Giraffe Storage Rack (+ 8 storage basket)
Shelves Measurement : 80 x 34 x 85cm
Storage box measurement: 13 x 15 x 24cm
Est Weight: 10 kg


Kepada sesiapa yang berminat untuk memilikinya, silalah berkunjung ke FB page Hadina Online Store..atau hubungi / sms di talian 0192654520.

Jom masuk terowong...

Assalamualaikum...

Jom layan gambar budak kecil masuk terowong....ni gambar setahun yg lalu. sori lah gmbr tak brp comel. guna handphone biasa je.







Ni lah terowong tu..terowong bawah meja. Siap dengan kakak sekali join adik.

Imaginasi anak-anak...ntah ape yg difikirkan waktu tu.

Mama sayang anak-anak mama :-)

Wassalam.

Ramadhan ...

Assalamualaikum....

Malam ni nak share satu check-list untuk kita semua sebelum ketibaan Ramadhan yang mulia.
Sama-sama lah kita baca dan buat check-list semampu yg kita mampu.

kredit to Islam For Kids

Pre-Ramadan Checklist

1) Prepare Eid Clothes (so you don't waste time in Ramadan shopping for them)

2) Prayer Clothes (Buy/ make new ones or wash, iron and perfume existing ones)

3) Prayer Place (Dedicate a space in your home for your daily worship - clean, tahhir and 'attar it, and stock it up with all you need for your ibadah) For sisters in particular!

4) Menu! (Plan meals, whose turn it is to cook, and who you will be doing iftar for on different days)

5) Ibadah schedule/ targets (plan your qada, your daily schedule - plan how to fit it in, so that you will fit it in)

6) Du’a List (make a list of who you need to make du’a for during the month so during those busy days you don’t forget any one)

7) Donation preparation - prepare the stuff you will donate

8) Ta’zil ie/ Super-Spring Cleaning (clean, tahhir and gut out your rooms/house before the month to make it welcoming and comfortable for the angels )

9. Plan your invitations (family, friends, inlaws) and send out the invites. Do it in the first two thirds - preferably when you don't have prayer and make it clear that you will not be accepting any invitations the last third.

10. If you are working on a khatm of the qur'an finish quickly so you can start afresh in Ramadan.

11. Tie up loose ends socially. Make up with those you are not speaking to. Get on the good side of parents, in laws and husband.

12. Start cutting down on coffee if you are a heavy drinker.

13. Prepare children, discuss Ramadan routine with family, discuss excitement and looking forward to Ramadan with those younger people you see.



Selamat beramal :-)

Wassalam.


05 June 2013

NF kesayangan

Assalamualaikum..

Jom kita layan gambar terkini NF kesayangan mama & papa.
Buat tatapan nenek & atok di Kuantan :-)
Adik Chik, jgn lupa share dengan ummi dan abah yer..





2 beradik yg takleh berjauhan....mesti nak bersama sokmo.

Wassalam.

Emas bekalan masa depan

Assalamualaikum...

Hari ni terasa nk tulis pasal emas. Pernah tak terfikir untuk beli emas, tak kisahlah emas perhiasan di badan ke, jongkong emas ke, dinar ke...maklum lah sekarang ni dan sebelum ni heboh pasal emas...

Mama ni kategori susah lah jugak nak pakai perhiasan emas di badan. Waktu kanak-kanak dulu pun, arwah Ma selalu suruh pakai bila time raya. Pagi raya sebelum gerak gi rumah saudara, Ma mesti panggil utk pakaikan rantai, gelang & cincin. Hari raya je lah pakai..takdelah nmpak kosong sgt.

Sehinggalah suatu hari, ketika tolong aboh angkat n susun tong gas atas lori:
"Kakok, bakpe kosong ngat tu?"
Mama terpinga-pinga. "Kosong apenye?"
"Pakai gok gelang ke, rantai ke"....
huhuhu, lepas pada tu, mama pun bgtau Ma. Ma pun bg lah rantai, gelang & cincin serba satu.
 Bermula hari tu lah, mama start pakai barang kemas.

Mama pun tak tau apa sebenarnya maksud di sebalik pertanyaan aboh tu coz sebelum tu ok je. May be aboh fikir dia mampu, tapi anak dara dia yg sorang ni kosong je tanpa satu pun perhiasan diri.

Itu kisah 10-12tahun yg lalu.

Kini, mama mcm ni lah.hehehehe

Bila difikirkan emas adalah sesuatu yg amat bernilai. Kalau dibandingkan duit yg kita ada dgn seketul emas. Nilai duit akan tetap sama di masa depan tapi emas sudah berbeza. Nilainya akan naik.Contoh, hari ini kita beli dgn harga RM188/gram mayb 5tahun lagi sudah berganda. Duit RM188 hari tetap sama RM188 pada 5tahun akan datang.

Oleh itu, pada yang berkemampuan..marilah kita sama-sama buat simpanan emas. Tak kisahlah jongkong emas ke,perhiasan ke , dinar ke..yg penting, kita ada simpanan. Mungkin suatu masa nnt, kita amat memerlukan duit. dan emas yg kita miliki mempunyai nilai yg tinggi yg mana mampu menampung keperluan kita waktu itu.

Jom kita sama-sama menabung emas.

Kalau terasa nak beli emas, boleh lah tny mama.hehehe
boleh check web GCP tgk mane berkenan, then lock harga bgtau mama.

Wassalam.



04 June 2013

Crepe oh Crepe

Assalamualaikum....

Hari ni mama try nak buat crepe , tp bukan crepe durian yer. Kita try buat crepe jagung.hehehe. Ntah jadi ke tidak tak tau lah..

Seperti biasa, resepi mama dapat dari FB bukuresepi.
Gambar kat bawah bukan mama punye tau...itu hasil dari empunya resepi.Nmpak sungguh menyelerakan..yummy.

kredit to FB bukuresepi

RESEPI DURIAN CREPE
Oleh: Eyna Haneyna

cc : www.facebook.com/bukuresepi

-20gm tpg gndum
-20gm tepung ubi
-10gm tpg kastard
-10gm tpg jagung
-1 biji telur
-1 sdk myk masak
-1 sdb gula halus
-40ml susu cair
-150ml air
-pwrna kuning
-perisa durian (tak letak coz buat yg lain)

-masuk sume bhn dlm mngkuk..sebatikan dgn whisk dan tapis..
kalau pekat just tmbh air sikit..(mama tak tmbh pun coz dah ok)
-boleh jugak blander..cuma sedikit berbuih..kene hilangkn buih2 tu..dulu
tuk elakkn crepe akan berlubang bila byk buih..
-ambil sesenduk kecil..tuang adunan dlm kuali yg dipegang..
-layangkan kuali agar adunan sekata..
-masak atas api kecil..
-masak hingga kering..angkt..tk perlu terbalikkn msa angkat tu
|
FILLING..
-150ML FRESH CREAM diputar hingga kental..(boleh mix sekali dgn 2sdb isi durian)
-isi durian..

-ltkkn fc ltk isi durian ..dan letak lagi fc di atasnya..
-lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah..
-siaapp.



Bagi mereka yg baru nak mencuba buat crepe, boleh try resepi ni coz adunan ni tak byk mana pun..mama buat boleh lah 5 keping. oklah tu, bagi budak baru belajar, kalau salah boleh buat sekali lagi.

Gmbr crepe tak leh amik lagi coz still dlm peti. Kita tunggu esok tgk hasilnya. 

Selamat mencuba.

Wassalam.

Toy Storage

Assalamualaikum...

Hari ini mama nak perkenalkan satu lagi produk di HOS.

"TOY STORAGE"

Namanya 'Toy storage' tapi kalau tak nak letak barang mainan, pakaian kotor pun boleh letak.
Kan nampak comel je..anak-anak mesti suka tengok bakul pakaian mereka comel, xdelah berselerak sangat kan..

"Abang/kakak/adik letak pakaian dalam bakul flower/ ball tu yer, nnt mama basuh"...dengan senang hati nye mereka buat...

Begitulah mama dengan anak-anak..bila diajak mandi, tanggalkan baju...serta merta diaorg dah tau mane nak letak baju masing2.. :-)

Neo Geo Kids - Football Round Hamper

Price: RM19.90

SIZE : 34D x 31H cm

Weight : 260g

Material : 600D Polyester

- Excellent for laundry, clothes, linens, diapers storage, toys

- Suitable for laundry room, bathroom, nursery, school, bedroom, Office, Traveling, In car

- Brightens up room, making it more fun & exciting

- Large top opening for easy access & strong carry handles

- Foldable when not in use. Packaging : Resealable Polybag

Neo Geo Kids - Butterfly Round Hamper

Price: RM19.90

SIZE : 34D x 31H cm

Weight : 260g

Material : 600D Polyester

- Excellent for laundry, clothes, linens, diapers storage, toys

- Suitable for laundry room, bathroom, nursery, school, bedroom, Office, Traveling, In car

- Brightens up room, making it more fun & exciting

- Large top opening for easy access & strong carry handles

- Foldable when not in use. Packaging : Resealable Polybag

Hanya 2 set shj yg tinggal. Kalau nak cepat order & bgtau mama..
Ok, kita jumpa di entry seterusnya.

Wassalam.

03 June 2013

Jom buat puding

Assalamualaikum...

Hari ni kita belajar buat puding yer..Kita buat "Puding Milo Lapis Oreo".

Resepi mama dapat kat FB Page Buku Resepi. Macam-macam resepi ada...just cari je.
Nk masak ape, ikan, ayam, seafood, western...semua ada. Nak dengan tak nak je..





PUDING MILO LAPIS OREO
Oleh:Suriani Osman
cc : www.facebook.com/bukuresepi

Bahan-bahan
10gram serbuk agar2
750ml air
150g gula
1 tin susu cair (400ml)
3/4cawan milo
satu bungkus oreo (135g) - patahkan dua2

Cara-cara
Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut. 

Masukkan gula dan masak hingga larut. 
Masukkan susu cair kacau sebati hingga mendidih.
Bahagikan 2 bhgn dan 1 bhgn dicampurkan milo dan kacau hingga sebati.
Bahagikan 1 bhgn milo kpd 2 bhgn. 

Masukkan 1 bhgn milo ke dlm acuan.
Apabila mengeras sedikit, tuangkan adunan putih tadi. taburkan biskut oreo.

Sejukkan sebentar sehingga mengeras sedikit kemudian tuangkan pula baki milo tadi. 
Sejukkan sekejap dgn suhu bilik kemudian masukkan peti sejuk. 
Potong dan Hidangkan.

Itulah resepi untuk hari ni. Simple je kan. Terima kasih bukuresepi kerana sudi kongsikan resepi ini bersama.
Papa ckp ok lah..kiranya menjadi lah jugak walaupun lapisan nye tak menjadi sgt,rasa tetap ada. :-)

Selamat mencuba.

Wassalam.

Sepupu sepapat

Assalamualaikum...

Baru-baru kami ada balik Kuala Terengganu, waktu tu papa kena gi training kat Johor. Jadi mama dengan anak-anak stay Bukit Payong je lah.

Sempat lah jugak layan anak-anak bergambar.



Umur diorang ni tak jauh beza pun..bermula dengan:

  • Farhah ---> 2009
  • Alisya ---> 2010
  • Fahmi ---> 2011
  • Ammar ---> 2012
  • Daryn ---> 2013 (yg ni xde dlm gambar lagi)


Insya-Allah raya tahun ni, meriah dgn suara kanak-kanak kat rumah Bukit Payong. Tapi papa tak dapat beraya bersama sebab kerja. Mama dgn anak-anak je lah balik beraya. huhuhuhuhu.

Bab raya, kita cerita kemudian...skrg nak masuk tidur.

Selamat malam.

Wassalam.



Heartbeat Heartbeat Heartbeat

Usia Perkahwinan Kami

Daisypath Anniversary tickers

Usia Anak Pertama Kami

Lilypie Kids Birthday tickers

Usia Anak Kedua Kami

Lilypie Kids Birthday tickers
 
Copyright @ KasihSelamanya-Hadina 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi