Showing posts with label kehamilan. Show all posts
Showing posts with label kehamilan. Show all posts

26 April 2011

alahan mama mengandung

Bismillahirrahmanirrahim....


semoga kita sentiasa mendoakan kesejahteraan buat kedua ibu bapa kita setiap hari dan setiap kali selesai solat..

oklah kawan-kawan...apa khabar semuanya?semoga sihat-sihat belaka yer...yg mane tak berapa sihat tu, byk-bykkan berehat n mkn ubat..yg sihat pulak, jgn pulak gi cari penyakit yer..cegah sebelum kena...
kalu terkena jugak, itu mungkin ujian buat kita...

back to our topic...pregnant kali ni, mcm2 dugaan yg dtg...kdg2 sampai mama tak tau nak buat apa n nak tuju ke mana...tapi mama tau, setiap apa yg terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya...

sekarang ni mama mmg tak masak...huhhhhhhhhhhh....bau org masak je pun dah tak tahan...makan takpe pulak..hehehe...tapi tak semua makanan boleh masuk dlm mulut...kdg2 sampai tak tau nak makan ape..sebab tekak cerewet sikit...bukan sikit, baaaaaaaaaaaanyak...

rase nak makan tp bila nak makan tak tau apa yg serasi...ni dah 2-3 hari tak muntah...loya mmg ada...skrg ni mama rase nak baring je..keje umah asyik terbengkalai aje skrg ni...bila larat je buat, kalu tak...cmtu lah umah...nasib baik suami mama memahami isterinya...

bbrp mlm yg lalu, papa keje mlm.....mama lak tiba2 rase loya yg teramat sgt...masuk je bilik air...terus muntah...sampai dah takde ape nak kuar...tapi nak jugak muntah...akhirnya tekak mama pedih sgt2...nak makan ke minum ke...pedih je rase tekak ni...huhuhu

satu lagi mama ni pantang mkn lewat2...hah, pastu siaplah....loya tak sudah....tapi bila nak mkn tu, tak tau nk mkn ape..tu tak kena ni tak kena...dah tu nak mkn ape....huhuhuhu

ok lah semua...mama stop kat sini dulu yer...nnt kite "jumpe" lagi...
wassalam.





11 April 2011

loya oh loya

loya mama kali ni dah semakin menjadi-jadi...last month ok lagi, tp kali ni dah naik sikit-sikit...
sikit-sikit rase nak muntah....makan ke tak sama je...bila dia nak keluar tak kira waktu dah...pg ke ptg ke mlm ke...dtg je...

farhah skrg ni lebih bersama papa dia..mama dia tak larat sgt nak layan kerenah dia...bila papa keje nak tak nak mama akan layan jugak...kalu tak larat sgt2. mama ajak farhah tido @ buka laptop nak bg dia tgk citer kegemaran dia...

maklum lah nak dpt adik, jadi nak perhatian lebih lah...hehehe...budak2 pasti cmtu kan...

oklah kita smbung lagi yer...
kalu ada masa, boleh lah g kat e-store mama yer,ada sale.. :)

02 April 2011

berita gembira

Bismillahirrahmanirrahim.....

mula2 sekali marilah kita sama2 berdoa untuk ibu bapa kita dulu yer....



masih ingatkah kawan-kawan semua pada N3 bulan lps...mama ada nak bgtau berita gembira kan tp tunggu bulan ni kan..ok,skrg mama akan bgtau berita gembira itu...

pada petang 31/3/2011..mama telah pergi ke klinik untuk check up kali kedua...last time dah pegi n dah sah pun..tp sebab tak nmpak sgt lagi kan..jadi mama tangguh nak bgtau semua...so skrg mmg dah sah n nmpk..jadi mama bgtau lah ...

MAMA DAH PREGNANT KALI KEDUA...!!!!!!!! :)

masa check up tu mama dpt tau lah yg kandungan mama dah 8minggu...gembira hati mendengar perkhabaran ini...farhah akan dpt adik lah hujung tahun ni...lagi bertambah gembira bila kakak ipar mama pun tgh pregnant...dia baru 6minggu...nnt kami pantang sama2 lah..cuma beza dia kat kay el mama kat sini...

bekas ofismate mama pun pregnant gak...sorang tu 10minggu dan sorang lagi taksure brp bulan dah...tp yg pasti yg sorang ni awal lagi dr mama...

skrg ni mama selalu ckp kat farhah yg adik dia kat sini smbil tunjuk kat perut...bila tanya mana adik, dia akan tunjuk kat perut mama sambil pegang...bila tnya sayang adik tak, dia kiss perut mama.

alahai anak comel ni....suka buat mama geram kat dia....

oklah next time mama smbung citer lagi yer...

27 February 2011

pregnant ke tak ek..

comel je tajuk entry hari ni yer...mesti ada yg fikir, eh ina pregnant ke...ooooooooooooooooooooooooops, jgn silap tau...entry kali ni buat tatapan semua yg masih ragu2 samada dia pregnant @ pun tidak..kadang kala kita terkena false alarm daaaaaaaa...ingatkan dah lekat dah tp tak...

macam mama jugak lah, byk kali jugak terkena false alarm ni...perkara yg selalu terjadi, loya n nak muntah..dgn missed period..yg dua ni mmg tak lari lah..bila tgu dulu, rupa2nya takde pape..@ esoknya tiba2period lah pulak..hehehe..tu yg kdg2 malas nak gi beli pregnancy test kit tu..sebab result tak seperti yg diinginkan..

kat bawah ni mama senaraikan antara simpton-simpton di awal kehamilan..tapi mayb hanya sesetengah akan ada dlm list masing2 dan ada yg kesemuanya...lain org lain rasanya...artikel kat bawah ni, mama dapat dari sumber ini tau.


1. Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari

Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

7. Rasa loya dan muntah

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

9. Missed period

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.
Dan akhirnya..

10. Ujian air kencing yang positif

Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian.


dan setelah berjumpa doktor ...keputusannya positif, maka ucapan TAHNIAH mama ucapkan... 

dan mama pulak hehehe....nnt bila dah sampai masanya, dan ada penambahan ahli keluarga, mama akan bgtau...doa-doakan lah yer...

Heartbeat Heartbeat Heartbeat

Usia Perkahwinan Kami

Daisypath Anniversary tickers

Usia Anak Pertama Kami

Lilypie Kids Birthday tickers

Usia Anak Kedua Kami

Lilypie Kids Birthday tickers
 
Copyright @ KasihSelamanya-Hadina 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi