Hutang..hutang..hutang..
Hutang rumah...
Hutang kereta...
Hutang personal loan...
Bak kata seorang insan yg mama kenal, "Rakyat Malaysia ni dari lahir dah diajar berhutang, so cmner hutang tak bertimbun."
Berhutang kadang kala tak salah demi memnuhi keperluan hidup tapi berpada-pada ikut kemampuan diri..jangan pula berhutang ikut hawa nafsu..itu yg susah kemudian hari.
Pabila berhutang, ingat :
* kena jadi rajin, (jgn nak bermalas-malasan) ingat masih ada tanggungjawap yg perlu diselesaikan.
* selalu bayar secara sistematik/ konsisten-kalau ada wang lebih, tak salah byr lebih sikit..mana lah tau nnt dpt singkatkan tempoh byrn.
* selalu bersedekah walaupun sedikit.
Ada satu web yg mama baca...mmg sesuai sgt..Tajuk: Rahsia Urus Hutang Hati Tenang.
Kat situ ada byk artikel/ tips yg boleh dibaca dan dipraktikkan.
Yg ini adalah salah satu cara yg mama rasa semua org boleh praktikkan.
klik gambar untuk ke web asal |
Kita cuba dermakan satu hari satu ringgit...tak kisahlah kita nk derma ke masjid ke atau org perseorangan. atau kalau rasa malu nak bg seringgit, kumpulkan sehari seringgit dlm sampul khas, nnt cukup bulan kita dermakan.
Insya-Allah murah rezeki org yg memberi.
Jom kita sama-sama praktik.
Selamat beramal.
Wassalam.
0 comments: