Showing posts with label berita gembira. Show all posts
Showing posts with label berita gembira. Show all posts

30 May 2013

Aiskrim Kek

Assalamualaikum...


Mlm ni mama nak kongsi satu gambar yg menyelerakan...

kredit to Dila Paka

inilah kek 2 dalam 1..
ktorg pilih untuk buat 2 event dlm 1..
so inilah hasilnya..

sedap dan sgt berpuas hati..sebenarnya kek ni dah dimakan pada 21hb sebelum papa g training Johor keesokkannya.

Terima kasih pada yg membuatnya, Dila Paka. Pada asalnya dia dah close tempahan untuk bulan 5, tp pada hari tu mama just bertanya harga kek berkenaan dan dila bgtau ada kek aiskrim yg lebih..dia baru cdg nk offer kat FB dia..tup tap mama dah tnya n grab je lah..suka sgt2 hari tu..pastu sedih coz papa ckp kena gi training JB 22hb. Tu yg celebrated awal..

Yg penting, kek dah selamat dimakan oleh kami...

Selamat mencuci mata yer..

Wassalam.

28 May 2013

Selamat Datang

Assalamualaikum...

Semalam mama ada post yg mengatakan kakak ipar dah selamat melahirkan baby girl. Baby girl yg ditunggu-tunggu selama ini oleh mereka sekeluarga. Sungguh comel seperti mama dan papa dia juga.

Gambar takde lah ....sorry byk2 yer..next time mama post gmbr baby girl ni.

Nama dia sungguh cantik.. nak tau nama ape...

DARYN IMANINA BINTI ZAINAL ABIDIN

kredit to here

comel kan nama tu...

Ni buat rasa nak tambah lagi sorang ni,hehehehe. Takde lah. Gurau je tu. Kena tunggu Fahmi besar dulu sikit. Lagipun mama kan operate dulu...dua-dua anak mama kena operate "kuar ikut tingkap" org kata..hahaha. Yg penting semua sihat.

Oklah..cukup untuk mlm ni. Kita jumpa lagi.

Wassalam.




27 May 2013

SPECIAL DAY :-)

Assalamualaikum....

Hari ini merupakan hari yg istimewa buat keluarga abg mama.
Hari ini merupakan hari lahir anakanda sulung mereka, Iman Rifqy yg ke 12.
Dan hari ini juga bakal lahir anakanda ketiga mereka.
Insya-Allah , dalam pukul 3ptg nnt my sister in law akan masuk bilik bedah ditemani suaminya aka abg mama.
Kakak ipar mama kena bedah because kedua-dua anak lelaki mereka juga lahir melalui penbedahan.
Bukan sengaja nak, tp sebab emergency.
So, yg ketiga ni juga kena bedah.
Diaorg satu family excited sgt2 coz nak dapat baby girl.
Mcm mama dgn adik mama, ktorg dapat sepasang...jadi kalau boleh diaorg nak juga merasa ada anak perempuan. Anak lelaki dah 2 dan skrg anak perempuan.
Nnt kakak Farhah dgn kakak Alisya ada kawan baru lah.. :-)

Semoga akak selamat melahirkan anak perempuan akak denagn selamat dan lancar.



Buat Iman, selamat hari lahir.
Be a good brother and good son.
Semoga Iman berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat kelak.




Wassalam.

19 March 2013

Jom ber"CD"

Assalamualaikum...

Just ingin berkongsi cerita dengan semua..baru-baru ni mama ada lah post status / share post dari Hadina Online Store kat FB. Post tu pasal CD aka cloth diapers yg mama nk clear kan.

Tup tap dpat komen dari kakak ipar minta bg kat dia, kira dia nak beli lah..katanya murah. Murah sebab nak habiskan stok dlm tangan. Kalau ikut harga asal takde lah murah mcm tu..hehehe. Harap penjual CD yg lain tak marah yer. Ini case nak habiskan stok tau.

Teruja sgt2 bila family sendiri nak try guna CD untuk anak mereka. Sebelum ni adik ipar..dia pun dah guna dari yg sulung hingga kedua..nnt ada lagi tu :-) walaupun tak fully CD tapi dapat minimize kan penggunaan DD. Cmner pulak dgn ibu-ibu di luar sana? Ada inisiatif nak bertukar dari CD kpd DD??? Jom kita pupuk kesedaran itu sikit demi sedikit..

CD ni boleh diwarisi untuk anak-anak seterusnya jika masih lagi elok digunakan. Ia macam pakaian kita jugak, selagi elok dipakai, selagi itu lah boleh diguna.. Disamping itu , ia boleh menjimatkan kewangan kita di masa depan. Beli skrg, walaupun sedikit lama-lama banyak juga. nnt dah tak perlu beli dah. Beli CD boleh guna berulang kali, beli DD sekali je guna.

Bagi mama, semuanya atas keselesaan ibu bapa itu sendiri. Kalau rasa senang maka senang lah jadinya. Tapi kalau tak mampu, jgn dipaksa-paksa nnt merana jiwa..yg penting kita cuba.

Ada org boleh fully CD kan anak, ada org 50-50 je..jadi ukur baju di badan sendiri.

Pada yg berminat nak ber"CD", boleh lah mula dari skrg..tak kisahlah sikit-sikit dulu xpe..lama-lama ok lah nnt..tp jgn sampai keterlaluan pula. Ber"CD" ikut kemampuan dan keperluan tau.

antara pakej yg lama

 Ok lah sehingga bertemu lagi.

Wassalam.



20 February 2013

PELEPASAN PTPTN

Assalamualaikum...

Di sini dengan rasminya mama mengumumkan yang mama telah selesai menjelaskan hutang pinjaman PTPTN pada 18 Februari 2013 di Kuantan. :-) Syukur alhamdulillah, dengan izin-Nya maka mama dapat selesaikan hutang pinjaman PTPTN itu.

Fuhhh, lega rasanya hutang pinjaman PTPTN dah jelas. Sekarang dah tak perlu fikir pasal hutang pinjaman PTPTN dah, fikir pasal lain pulak. Untuk anak-anak, papa dah dartarkan SSPN utk mereka. Setiap bulan ada lah sikit simpan dlm tu. Nnt bila diaorg sambung belajar tinggi-tinggi, sekurang-kurangnya ada simpanan yg boleh digunakan untuk pembelajaran kelak. Maklumlah kos pada 20tahun akan dtg pasti dah tinggi dari skrg.

Papa, terima kasih sebab top up mana-mana yg perlu selama ini. Selepas ni kita fikirkan bersama bagaimana untuk uruskan kewangan yg baru.

Buat PTPTN, terima kasih sebab bagi pinjaman untuk mama belajar dulu.. :-)

Mama bukannya nak menunjuk-nunjuk yg mama dah habis byr, tapi sebagai galakan buat teman-teman yg sama-sama belajar dan sama-sama buat pinjaman untuk jelaskan hutang duit yg kita dah pun habis guna waktu belajar dulu. Arwah Ma pernah pesan, "bayarlah walaupun sikit, lama-lama habislah tu".

Ok, skrg hutang dgn bank dan PTPTN dan settle..yg tinggal hutang dgn papa je..hutang ape yer..hehehehe, adalah tu. Yang itu mama akan settle kan dgn papa slow n steady.

Selepas ni, mama nak kena fikirkan macam mana nak jana pendapatan keluarga untuk masa depan dan anak-anak..pasti ada sesuatu yg boleh dilakukan, cuma bagaimana nak laksanakannya yer.

Semoga Allah pemudahkan segala urusan kami sekeluarga di dunia dan di akhirat kelak..

Kita sambung lagi nnt yer.

Wassalam.

21 September 2012

New Member of Hadina's family

Assalamualaikum...

Hari Selasa baru-baru ni 18hb September 2012, keluarga kami Hadina telah menerima ahli baru secara rasminya setelah hampir 3bulan menunggu.Ketibaannya disambut dgn hujan yg lebat tak berapa lebat jugak..hehehe..

Kami sekeluarga sungguh gembira dgn kehadirannya dlm keluarga ini. Dgn ini maka bertambahlah lagi ahli Hadina Sdn Bhd.. (nama je gempak). Korang mesti tertanya-tanya , siapakah ahli baru itu...

Jeng jeng jeng....surprise!!!!!!!!!!!!!!

Tak leh bgtau skrg...kena teka lah dulu..bg surprise sikit.

Selalunya bila ada pertambahan ni, perbelanjaan pun bertambah...tapi takpe..jgn pula kita menyesal dgn apa yg dtg..kita ambil sbgai cabaran hidup. Kdg2 di sebalik gmbaran kesusahan itu ada kesenangan..

Insya-Allah, pasti ada jalannya... :-)

Wassalam.


15 April 2011

selamat hari lahir sayang

hari ni tanggal 15 April 2011 maka genaplah umur anak kesayangan mama n papa 2thun...


mama n papa doakan agar Farhah menjadi anak yg solehah, kakak yg baik buat adik2 nnt :)
semoga Farhah sentiasa sihat, pnjg umur, murah rezeki
dan sentiasa dilindungi oleh Nya..
mama n papa saaaaaaaayang Farhah....

27 March 2011

Berita baik buat pengunjung bertuah

Hari ni tiba-tiba rasa baik hati pulak...hehehe
baik hati nape yer...?
baik hati sebab nak bagi keahlian percuma buat pengunjung setia...tak kira lah pengunjung kasih selamanya @ hadina online store...
tapi keahlian percuma ni hanya untuk dua org sahaja...

ULANGAN!!!
HANYA UNTUK DUA ORANG SAHAJA...

sesiapa yg berkenaan boleh lah pilih salah satu jenama / produk di bawah:

  1. SUN CHLORELLA A
  2. K-LINK
  3. TUPPERWARE
  4. HPA
  5. STORMREADERS
hah...mesti anda semua tertanya-tanya cmner proses pemilihan ek...
senang aje...2 org pertama yg komen kat sini dpt lah...mudah je kan...
dan kena bgtau nak jadi ahli yg mana..
1 produk satu ahli je...
2 produk je dulu untuk kali ini...next time kalu ada rezeki lagi...akan ada lagi berita baik ni...

Heartbeat Heartbeat Heartbeat

Usia Perkahwinan Kami

Daisypath Anniversary tickers

Usia Anak Pertama Kami

Lilypie Kids Birthday tickers

Usia Anak Kedua Kami

Lilypie Kids Birthday tickers
 
Copyright @ KasihSelamanya-Hadina 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi