Showing posts with label perkembangan anak. Show all posts
Showing posts with label perkembangan anak. Show all posts

05 January 2016

Update hari ni...

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wrt...

Lagi perkembangan mengenai anak-anak... 

Hari ni hari pertama mama uruskan anak2 sendirian sbb papa kerja. Jadi agak celaru sikit lah..mcm2 ada kat fikiran masa tu, bimbang lambat lah, nk parking kereta kat mane etc..

Alhamdulillah, semuanya ok. Mama kena hntr kakak sampai ke kelas jugak hari ni. Dia xnk masuk sorang2...huhuhu. Tapi xpe lah, org lain pun ada je yg hntr sampai ke kelas lagi. Murid tahun 1 kan, baru nk kenal sekolah besar sikit. Masa tinggalkan dia kt kelas, mama intai dari celah tingkap nmpk dia lap air mata. Mama tau, kakak sedih sikit. Its ok kakak, mama always sayang kakak.

Adik cm biasa kena pujuk sikit, bg ayat power rangers ok lah dia. Asalnya xnk g jugak, tp bile sebut pasal planning hujung minggu ni, terus nk pergi taska. Adik good boy kan...mama pun sayang adik jugak.

Tghri ajak papa g amik anak-anak kt sekolah. Kol 12 lebih sikit dah kuar amik adik, then terus g sekolah kakak. G awal2, senang parking dekat dgn pagar sekolah..hihihi...ingtkan dah awal tp ada lgi yg awal rupanya...baca kat FB, kol 1130pg dah ada yg dtg...hihihi

Masa tunggu kakak tu perasan lah jugak, ada sesetengah parent ni just tunggu anak dlm kereta shj...anak-anak kena pergi kat kereta. ada yg melintas sendiri ada yg ke hulu hilir kat pagar tu, sampai pak guard kena minta murid2 darjah 1 tu masuk tunggu kat dlm pagar sekolah. Faham2 je lah sekarang ni mcm2 kes ada..ada yg kami perasan tu, pakcik guard siap tny lagi mane mak ayah? nmpk lah murid tu tunjuk jauh kat belakang kami..just nk makesure murid2 tu pergi ke arah yg betul. Harap mak ayah tolong alert sikit perkara cmni..kalau parking jauh pun, dtg lah amik sekejap kat pagar sekolah terutama yg darjah 1 ni, yg penuh keterujaan lagi..

Ok, cukup pasal isu itu.

Kakak hari ni bgtau yg dia kena tukar kelas. Kena naik kelas tingkat atas pulok.. ada lah bbrp org lagi yg sama2 dgn dia. Mama doakan yg terbaik utk kakak.
Esok mama kena hntr sampai ke kelas baru pulak lah. Patutlah td cm lmbt je dia kuar sekolah.

Adik excited nk bercerita juga, td kat school adik buat butterfly.. show to mama papa n kakak. Adik suka sekolah....hihihi

Td baru je siap isi buku rekod kesihatan murid. Semua butiran berkaitan kesihatan kena isi. Alhamdulillah, mama berjaya isi jugak lah dgn bantuan papa.
Kakak jenis darah ikut mama, adik ikut papa.

So far, alhamdulillah anak-anak xde masalah kesihatan yg serius. semuanya baik-baik belaka.

Oklah, time to sleep.

Jumpe lagi...selamat malam.

04 January 2016

Kesayangan Mama & Papa

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wrt...

Update for today 04 Jan 2016

Pagi td, mama biarkan papa yg hntr kakak ke kelas ditemani adik. Mama just tunggu dlm kereta je. Dah lps hntr kakak, mama tny lah cmne Farhah, hntr ke kelas atau depan pagar shj. Papa bgtau sampai ke kelas. Farhah tak gerak bila papa suruh masuk kelas sendiri. Pelik, sbb sblm tu mama dah tny, kakak ingt tak kelas kat mana..dia ckp tau. Rasenye dia sj kot nk suruh papa dia hntrkan. hihihi

Adik hari ni baik je...tak nangis pun bile g taska. nmpk happy je. tapi masa nk bangun tidur n mandi tu, mama kena "pok" dua tiga kali gak lah. Sbbnye adik tak nk mandi.hihihi.."pok" tu penumbuk. Bila dah siap mandi ok je lah..anak kecil lah katakan.

Lps anak-anak dah settle, mama papa g sarapan. Balik tu, papa mulakan alktiviti dia nk mesin rumput. Mama pun tolong jugak lah pape yg patut. Letih jugak lah, lgpun dah lama tak berkebun...hihihi.

Tghri mama kena g amik anak-anak, papa nk rest sbb mlm kena kerja. 12.30tghri g amik adik dulu, lps tu terus g sekolah nk amik kakak...tuuuuuu dia, punye lah penuh temapt parking kat luar sekolah. Duk ckp dgn adik, mama nk parking kereta kat mana ni adik? Last2 dapat lah jugak, tp still jauh. Bila dah nmpk ada murid keluar baru mama kuar kereta g amik kakak. Seperti yg dijanjikan dia tunggu kat pondok dlm sekolah. Muka happy je nmpk mama.

Masa dlm kereta, mama dah pesan siap2, esok mama hntr kat depan pagar sekolah je, nnt akak masuk kelas sendiri ye..kakak agree. Bile tnye kakak ingt tak kelas, dia ckp ingat...so yg pg tadi tu, sj je nk manja dgn papa dia.

Cikgu kat taska adik ada jugak tny, Farhah cmne kat sekolah baru? Alhamdulillah dia ok je. Mama dia biasalh sayu anak dah besar sikit kan...hihihi

Kakak seperti biasa, kalau ada benda baru dia belajar pasti dia akan ajar adik pulak.

"Maafkan saya, saya tidak sengaja".

Kalau cikgu bg paper, ckp "terima kasih cikgu"

Kalau cikgu dtg, "semua bangun..assalamualaikum wrt cikgu"
Nk balik "terima kasih cikgu".

Itulah antara coretan dr kami untuk hari ini.

Selamat malam semua.

Dapatkan Wangian Organik yang mempesonakan dgn aroma yang menghidupkan



02 January 2016

Hari kedua 2016

Assalamualaikum wrt...

Update aktiviti hari kedua 2016...

Esok kedua-dua anak mama papa nk masuk sekolah dah.. yg kakak dah masuk darjah 1, yg adik masih di Little Caliphs lagi. Sunyi pulak lah mama...huhuhu

Baju sekolah petang td dah iron siap2...bermulalah rutin harian yg baru mulai esok.

Kadang kala terlintas di fikiran, cmne esok ni...nak hntr kakak pastu nk kena hntr adik pula...kakak nk kena tunggu ke tak..masa hari taklimat guru besar dah pesan, tak yah tunggu. Hntar dan terus balik je. Cikgu2 ada je untuk handle murid2.

Tapi hati seorang ibu kan..semua perkara difikirkan nya..lagi-lagi anak sulung. huhuhuu

Td baru je siap tulis segala borang dan file yg cikgu bagi masa sesi pendaftaran. Awal2 tulisan comel lagi, lama-lama tulisan comel gak lagi cuma tak secomel yg awal lah.

Insya-Allah fail tu nnt Farhah akan bg ke cikgu kelas dia. Harap semuanya ok..

Ok, nk kena masuk tidur dulu..esok nk kena bangun awal. :-)

Selamat malam. 


05 March 2015

Twiggies - Bekal ke taska





Pagi ni seperti biasa kejut kakak Farhah bangun, mandi n hantar ke taska. Farhah nampak dah ok sekarang ni, dah tak nangis. Mama try the best tak nak marah-marah kakak...mama nk kejut kakak elok2. Mama sayang kakak.

Tadi kejut dia, bgtau yg smlm kakak ckp nk bw twiggies g school, so kite kena bangun awal, mandi n siap2 then g 7-eleven. Kalau lmbt nnt ramai org...kakak nnt kan lmbt g school.. Alhamdulillah, it seems ok.. mama lega n happy.

Adik cm biasa lah, mmg kena bangun. Ckp je mama n kuar hntr kakak ni, adik nk ikut tak? For sure bangun. Adik takut kena tinggal.hihihi. Kat 7-eleven tadi boleh pula adik tapau mama aiskrim rainbow...isk isk, pagi-pagi dah mkn aiskrim.

Bekal kakak ke taska mmg senang...roti salut coklat @ waffle @ twiggies. Ini yg dia suka buat masa skrg. Kdg2 balik school, Farhah bgtau "td kat school hana bw twiggies jugak". same like kakak. :-) Dah boleh bercerita apa yg berlaku kat school. satu perkembangan yg baik.


Hajat di hati Farhah nk yg krim vanila tapi xde, so amik lah yg coklat. Yg tiramisu pun dia pernah mkn, rasberi belum..tak sure dia suka ke tak yg rasberi. Yg pasti Twiggies ni sesuai utk anak-anak mkn n buat bekal ke sekolah...sedap pun sedap. yummy






11 August 2014

Jom swimming pool

Assalamualaikum...

Hari ni, setelah berhari-hari minta nak main swimming pool..akhirnya anakanda berdua dapatlah jugak main kt swimming pool. Punya lah suka diaorg main, setelah lama asyik duk tgk je swimming pool dlm rumah.

Hari ni puas hati masing-masing dapat main. Ingtkan petang lps asar nk ajak main, tapi asyik duk minta aje..main lah awal sikit...seronok sungguh 2 beradik duk main dlm swimming pool tu.

Nk main swimming pool tak yah g jauh-jauh, main kat halaman rumah pun ok dah...jimat masa jimat tenaga...hehehe. nak main tiap-tiap minggu pun xpe.

ni lah contoh swimming pool yg anakanda main

swimming pool ni cukup lah utk diaorg berdua main, kalau cousin dioarg 3org masuk pun boleh lagi.

kalau terlalu ramai xsesuai lah pulak kan..tapi yg gambar bawah boleh.

yg ni mak ayah nak masuk pun boleh :-)

begitulah kisah swimming pool anak-anak.

kalau ada yg berminat nk swimming pool cmni, bolehlah lawati FB Hadina Online Store.

Wassalam.

06 December 2013

Apple Learning...

Assalamualaikum...

La ilaha illallah

La ilaha illallah

Muhammadur Rasulullah

Muhammadur Rasulullah

 

Inilah antara bait-bait lagu nasyid yg sering Farhah dan Fahmi ulang setiap kali dengar kat Apple Learning..dulu masa awal-awal mama pasang, tak minta sgt pun..sekarang dah selalu mama pasang, dia sendiri pergi amik dan on kan.

Adik setiap kali dia cari tak jumpa apple learning, pasti datang kat mama sambil tangan duk tekan tekan..mula-mula konfius gak, then baru faham dia nk apple learning.

Dah lah bentuk apple, pastu siap ada lampu warna warni lagi..

Memang sesuai sangat utk kanak-kanak sebab dapat menarik minat diaorang belajar secara spontan.

Bukan setakat nasyid, ada bacaan surah-surah pendek, cara solat, doa.

Mama pun galakkan untuk setiap rumah ada satu apple learning ni..

Apple Learning

Kalau sesiapa berminat nak boleh bgtau mama, dengan mama ada 5pcs je lagi.

=================================================================


Lampu corak warna warni


APPLE LEARNING QURAN MACHINE
=====================
(available 5pcs)

Dilengkapi dgn doa, surah lazim, nasyid..

Sesuai untuk seisi keluarga.

CARA PENGGUNAAN :
-----
➘ Lihat di sini : http://bit.ly/13mcDdy
------------------------------------------------


********************************************
Description:

Children's Learning Device in the shape of an Apple.
Holy Quran Machine

A great way for children to learn Duas, surahs from the Quran and prayers.

Includes:
- 26 Every day Duas (Doa)
- 16 Surah from the Holy Quran (Surah pendek)
- How to make Morning Prayer (Cara solat)
- 6 Children's Nasheeds (Nasyid kanak-kanak)
- 4 Kind of Projections (lampu bercorak warna -warni)

Includes strap to loop around neck or wrist.

Includes full product manual in English and Arabic.

On/Off button in the back.

Bright and colourful, this is sure to be a hit with children!

For ages 3 +
Requires 3x AAA batteries

Weight : 300gram
********************************************

Harga RM33 excluding postage
**Postage semenanjung Msia RM6, Sabah/Sarawak RM9


Bagi mereka yang ingin memilikinya, bolehlah

SMS / WhatsApp ke 0192654520
"APPLE QURAN''
****************************************

Arahan mudah tentang pembelian akan kami terangkan.



04 December 2013

Panahan adik

Assalamualaikum...

Selamat malam dan pagi 4 Disember 2013 :-)

Al kisah nak jadi kenangan kami sekeluarga especially adik Fahmi...panah yg baru diterima hari ni akhirnya patah juga.huhuhu

Sebenarnya kids bow yg diterima hari ni adalah yg kedua yg mana bow yg pertama telah patah sewaktu kami terima. Dan ini adalah gantian nya. Tapi tak sampai sehari pun, panah tu dah patah.

Tengah syok dia main, tiba-tiba dia libas kena peha papa dan tarik kuat maka patahlah ia..kesan patah sama macam waktu terima yg first tu..bukan rezeki adik lah nak main bow tu.Gamoknye nak main bow mahal sikit kot ni..hehehe.

Anak-anak kecil biasalah mana boleh main dgn mainan yg tak tahan lasak..terutama anak teruna, kena cari mainan yg kukuh dan lasak.

Takpe adik, nnt mama papa carikan yg kukuh dan tahan lasak sebab mama papa dah tau yg adik memang lasak n ganazzzzz bila main.hehehehe.

inilah rupa bow pertama yg patah dan yg second pun patah tempat yg sama

Mama dah jumpa kat mane nak beli next bow untuk adik.

harap yg ni tahan lasak untuk adik main

Kalau ada sesiapa yg nak order bersama, boleh lah bgtau mama yer..sms/whatsap mama 0192654520.
Mayb dlm 3minggu lagi dapat kot...

Ok lah, nak masuk tidur dulu.

Wassalam.


23 October 2013

Selamat Hari Lahir Fahmi




Selamat hari lahir sayang mama papa, Nazmi Fahmi yg ke 2.
Hari ni genap 2tahun Fahmi bersama mama, papa dan kakak.
Dan 2tahun juga Fahmi menyusu badan direct dgn mama. No formula :-)
Mama hepi papa hepi adik pun hepi.

Kami semua doakan adik menjadi anak yg soleh, 
adik yg baik buat kakak, 
insan yg berguna di masa hadapan..
sentiasa dimurahkan rezeki, 
diberi kesihatan yg baik,
dipanjangkan usia dan 
berjaya kehidupan di dunia wal akhirat. 
Mama papa cuma nk yg terbaik buat anak-anak.

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG !!!

15 June 2013

Jom masuk terowong...

Assalamualaikum...

Jom layan gambar budak kecil masuk terowong....ni gambar setahun yg lalu. sori lah gmbr tak brp comel. guna handphone biasa je.







Ni lah terowong tu..terowong bawah meja. Siap dengan kakak sekali join adik.

Imaginasi anak-anak...ntah ape yg difikirkan waktu tu.

Mama sayang anak-anak mama :-)

Wassalam.

31 May 2013

Pujian buat anak...

Assalamualaikum...

Entry kali ni, hanya lah luahan hati dan perasaan mama terhadap kakak Farhah. Biar lah kalau orang nak kata lambat ke apa ke...yg penting mama tahu di mana kakak berpijak.

Sebenarnya, kakak dah almost free CD{umur: 4thn}. Cuma kadang kala dia minta pakaikan CD apabila nak poo poo. Jikalau mama tanya kakak nak poo poo ke, pasti jawapannya tak..tapi yg sebenarnya ya. Most of the time kakak memang tak pakai CD dah. Kalau nak pee pee, dia akan beritahu nak salin.

Malam tadi semasa mandi tiba-tiba kakak tunjuk kat toilet bowl, bila mama tanya nak poo poo ke. Terus dia angguk. Kiranya itulah pertama kali dia poo poo dalam toilet bowl.

Mama rasa senang dengan kakak dan boleh tarik nafas lega sebab dia dah pandai dan tahu apa yang harus dibuat. Mama pernah cakap slowly dengan kakak apa yg sepatutnya dia buat.. cuma masa je tak tahu bila. Dan kini dia sudah mengerti apa yg diperkatakan.

Pujian mama dan papa berikan pada kakak "Good girl lah kakak" "Kakak smart girl"..  Kakak senyum tanda malu dan gembira.

Moral of the story, anak-anak bila diajar dengan cara baik mereka pasti akan ikut. Ibu bapa pula jangan terlalu mendesak, ajari mereka dengan baik dan berhikmah. Biar masa menentukannya. Insya-Allah semuanya akan berhasil.

Wassalam.



29 May 2013

Belajar bersama

Assalamualaikum...

Sekarang ini kedengaram kakak menyanyi lagu ABC....dan sayup sayup kedengaran suara Fahmi ikut menyanyi ABC....dua-dua sedang asyik dgn I-pad dan tab...sorang dapat satu..

Dah tak larat dengar asyik berebut je nak main tab, akhirnya papa pun beli lah satu i-pad. Tu pun masih berebut jugak.

Adik kdg kala tak leh tgk kakak dia main..dia nak ape yg kakak dia sedang main.

Sometimes biar je diorg berebut. Lepas tu elok je baik semula. Adik beradik kan..lama mane sgt bergaduhnya, lebih2 lagi budak kecil.

Ok lah, nak kuar jap ni..nak gi pasar malam jap.

Wassalam.



01 March 2013

Bercerai....

Assalamualaikum...

Kisah bercerai ni, mmg byk mama dengar..ada yg amik masa sekejap aje..cukup je 2tahun terus bercerai..ada yg makan masa jugak, kadang kadang sampai 4 tahun n lebih pun ada, baru bercerai.

Kalau sorang aje takpe lah lambat nak bercerai, tapi kalau dua org mesti sukar sikit..lebih-lebih lagi dah masuk 2 tahun lebih. Better bercerai aje. Untuk keselesaan dan kesenangan bersama.

Alkisah dgn mama ni, sejak 2 tahun lagi mama try utk bercerai..tapi tak jadi jadi jugak..asyik tertangguh aje..sebabnya tak sanggup lihat dia menyepi dan menangis. mama ni cepat lembut hati..hehehe

Dan sekarang dah masuk hari kelima kami bercerai...tak sangka pulak, dia dapat menerima nya. kadang kadang dia dtg  minta juga tapi mama ckp elok2 dan alih perhatian dia kat perkara lain. Bila ada perkara yg dia minat, maka lupa lah niat asal dia tu.

Teman-teman mesti tertanya-tanya, bercerai betul ke ni...

Haah, mmg dah bercerai pun setakat ni..

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Mama dengan kakak Farhah dah bercerai susu badan 
:-)

Maka di usia 3 tahun 10 bulan (lebih kurang begitulah) kakak Farhah berjaya bercerai susu badan dengan mama. Bila Farhah minta, mama akan alih perhatian kepada sesuatu yang dia minat seperti:

#BISKUT MILO (biskut craker bergula cicah air milo)
#KARIPAP
#DONUT
#APAM ANGRY BIRD (walaupun tak rupa angry bird pun)

Bila makanan yg mcm kat atas tu ada, maka ok lah Farhah. Terus serbu yg itu..susu pun dia lupa.
Mama harap Farhah akan ok lepas ni..bila nak tidur, sometimes dia dtg tgk adik minum n sentuh2 aje..mama pun ckp lah "kakak dah besar kan, good girl..tak yah susu dah..tadi kan dah mkn biskut milo @ karipap@ etc" She just smiled.

Itulah kisah bercerai kali ini.

Sehingga bertemu lagi di lain siaran.

Wassalam.

21 February 2013

I USED MY POTTY

Assalamualaikum..

Tiba-tiba rasa happy je nak tulis entry baru..hehehe

Awal bulan baru ni, kami ada belikan potty untuk kakak Farhah. Beli kat TMC je. Selepas beli tu, dia seronok lah tgk comel aje, tp nak guna tu....nak tak nak je. Bila time suruh pee pee @ poo poo kat situ, dia tak nak. So jadi mainan Farhah n Fahmi dlm bilik air.

Yg seronok nya nak bercerita adalah, td masa nk mandi Farhah minta bear pink (potty). Mama pun ambil lah. Tup tap mama buka penutup, ada air. mcm pee pee je. Tnye lah cik Farhah:

Mama: Kakak pee pee ke tadi?
Farhah: erm,spentot... :-)

Sebenarnya hari ni, Farhah tak pakai CD pun..dia nak pakai underwear yg beli baru ni. teruja sgt tgk dia.

Sedang leka mama basuh CD adik, tiba-tiba Farhah pegi ke potty dia n duduk, lepas tu bangun tunjuk kat mama...rupa-rupanya dia pee pee kat dlm tu...mama pun ucaplah "good girl lah kakak ni"..."hah, cm ni lah,lain kali nk pee pee @ poo poo kat situ ek". angguk je lah anak dara mama ni..



Harap nya dia akan terus belajar guna potty tu...mama n papa tau, kakak good girl, smart girl...u know what u should do...anak-anak dia selalu lihat apa yg parent dia buat n ajar..cuma nak praktik tu je amik masa sikit...

Begitu lah alkisah mlm ini...

Wassalam.

12 February 2013

Potty Training

Assalamualaikum...

Apabila sebut pasal PT anak-anak, macam-macam gaya / reaksi / respon dari anak dan juga parent.

Kami berdua tak ketinggalan juga nak lah cuba PT kan kakak ni...bukan senang yer nak PT anak2 ni..lain anak lain ragam nya. Skrg ni kalau kat rumah tak kuar mana-mana, mama prefer tak pakaikan CD kat kakak. Tp kadang kadang dia minta CD juga, tapi just bgtau malam nnt nak tidur baru pakai yer..hehehe.

Di awal pengenalan PT kakak ni, acap kali lah jugak terbabas...tp mujurlah dia tak bangun lari, ke just stayed kat situ je..at least memudahkan kerja mama untuk membersihkan tempat tu... :-) selalu lah jugak tanya "kakak nk pee pee tak? kalau nak bgtau mama, kita gi toilet ek.." "tak nak"jawap kakak..

Cuma kebelakangan ni, tiba-tiba kakak datang bgtau,
"mama, nak CD."
"kakak nk pee pee ke?"
"tak"
"tak yah pakai lah CD"
terus muka masam...n nangis..

Mama pun no choice lah..ambil CD n pakaikan je lah..lepas tu nnt, "mama nak salin"..so faham2 je lah..tapi kami tak kan putus asa...akan cuba usaha lagi sampai berjaya..ni baru sorang..ada lagi sorang yg bakal di PT kan kelak...hehehe.

Oklah, kita jumpa lagi.

Wassalam.

23 November 2012

Hobi baru kakak

Assalamualaikum...

Just short & simple entry for today..

Kakak Nurul Farhah skrg dah ada hobi baru...papa dia lah yg beria sgt nak belikan segala macam kelengkapan untuk anakanda tersayang... ni gara-gara belikan Chicky Meal kat KFC dan dpt set for colouring..tapi sikit je lah warna nye..sebab tu papa belikan set baru...

Just enjoy the show :-)

Mama, kakak kaler.. :-)

Kakak warna ape tu?

Kakak kaler star, flower, fish...hehehe

Baldi dijadikan kerusi dahhhhhhhhhhhhhh..



17 November 2012

Sakit lah sayang....

Assalamualaikum..

Tiba-tiba jari jemari ni jadi kaku untuk menaip.. Ntah dari mana nak mula pun tak tau..

Bila baca tajuk entry hari ni mesti tertanya-tanya, siapa yg sakit dan sakit kat mana...huhuhu

Al-kisahnya , anakanda Nazmi Fahmi dah menampakkan gigi nya yg baru..dulu 4 batang..dan sekarang dah jadi 6 batang..2 batang bawah dan 4 batang kat atas...

Yg sakitnya Mama ni...setiap kali Fahmi nak minum susu..oklah kan mama kasi lah..yg tak tahan bila dia gigit...sakitnye....setiap kali nak bg dia minum mesti naik seriau...pedih tuuuuu...nak tak nak kena tahan lah jugak...inilah antara kenangan bila BF anak-anak sendiri...

Anak-anak Mama tak minum susu formula..dua-dua BF..cuma waktu bersalin je dia minum susu formula kat hospital. tu pun sekejap je..balik umah continue BF sampai skrg...

amik dari Mr Google.
  
Ok lah...kita jumpa next entry pula yer..

Wassalam.

06 November 2012

Fahmi dah boleh jalan...

Assalamualaikum...

N3 yg pendek shj...

Anakanda Nazmi Fahmi dah boleh jalan di usia mencecah 1 tahun...same mcm kakak dia juga..
dan secara kebetulan dua beradik ni boleh jalan sewaktu Family Day company papa...hehehe

OK.

Wassalam.

Heartbeat Heartbeat Heartbeat

Usia Perkahwinan Kami

Daisypath Anniversary tickers

Usia Anak Pertama Kami

Lilypie Kids Birthday tickers

Usia Anak Kedua Kami

Lilypie Kids Birthday tickers
 
Copyright @ KasihSelamanya-Hadina 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi