Showing posts with label perlindungan. Show all posts
Showing posts with label perlindungan. Show all posts

26 June 2013

Harga EMAS turun...

Assalamualaikum...

Harga Emas GCP turun bermula 20hb Jun baru ni dan ...

Hari ini adalah hari terakhir PROMOSI HARGA RUNTUH EMAS GCP.

Pada yang layak dan mampu jom lock harga sekarang sebelum pukul 4ptg..selepas itu, harga akan berubah.

Harga sekarang mmg jauh beza dgn bbrp hari yg lepas..



Kalau nk dapatkan harga sekarang cepat2 lock tau, tp kalau tak tau cmner, telefon mama segera 019-2654520. Mama akan lock kan untuk anda. Lock shj tak best lah, kena lock dgn bayaran emas tu lah yer..

GCP menawarkan harga emas tanpa kos upah dan tanpa kos penghantaran. BEST kan...tak yah susah2 gi kedai emas..order shj n tunggu posmen hantar bungkusan emas yg diorder.


 
Tetapkan target kita, ke mana arah tuju kita untuk simpanan emas di masa depan???
Ingin buat rumah, beli rumah, pergi haji, pergi umrah, pelajaran anak-anak...
Semuanya insya-Allah dapat dilaksanakan...

Mulakan sekarang...

Boleh klik di link ni utk survey harga emas dan barang kemas yg lain
http://www.gcp.com.my/daftar.php?id=AD4610
dan daftar sbg free member .
 
Bila dah daftar, boleh buat order sendiri... :-) mudah kan..

24 November 2012

Suntikan imunisasi Pneumococcal

Assalamualaikum...

Hari ni kami bawa Fahmi ke klinik untuk dapatkan suntikan imunisasi Pneumococcal yg terakhir. Yg first masa umur 8bulan pada bulan Jun 2012 baru ni.. yg kedua masa umur 9bulan tapi tak gi amik pun..huhuhu. Dan yg ketiga masa umur setahun tapi sebab last month amik suntikan yg wajib jadi yg untuk Pneumococcal amik skrg ni setahun sebulan. Asyik terlewat je kan.. Yg penting buat..

Sebenarnya suntikan imunisasi Pneumococcal ni suntikan tambahan. Tidak diwajibkan tapi diharuskan. Dan biasanya klinik-klinik swasta aje yg menawarkannya. Kos nye kena bayar sendirilah. Untuk Fahmi ni dalam RM215 sekali amik. Papa cakap takpelah bayar lebih untuk skrg..duit boleh dicari tapi nyawa anak...mana nak cari... Pada yg mampu, disarankan amik...pada yg kurang mampu boleh diusahakan..

Jangan pula kita bandingkan zaman dulu dgn skrg..zaman dulu xdepun amik suntikan mcm2 seperti skrg, anak2 sihat aje... Itu dulu, ini skrg..Persekitaran berbeza, pemakanan berbeza...mcm2 berbeza...Tepuk dahi, fikir-fikirkan sendiri. :-)

Di bawah ni, mama sertakan sedikit petikan dari artikel yg mama baca. Nak tau lebih boleh klik je link kat bawah yer. 

VAKSIN SELAMATKAN NYAWA

Dengan program imunisasi , banyak penyakit boleh dicegah atau dikurangkan dengan vaksin, yang dahulunya berleluasa dan meragut banyak nyawa, kata Pakar Perunding Pediatrik dan Neonatologi Dato’ Dr Musa Mohd Nordin. Kejayaan besar boleh dilihat daripada kesan program imunisasi cacar,
polio dan campak.


Imunisasi Jimatkan Kos
Imunisasi adalah cara yang sangat menjimatkan kos untuk melindungi daripada penyakit berjangkit yang boleh membawa maut. Kos merawat mangsa yang dijangkiti penyakit adalah jauh lebih besar daripada kos vaksin.


Malah, vaksin baru yang lebih mahal, seperti vaksin pneumokokus dan rotavirus, terbukti dapat mengurangkan kemasukan hospital. Ini boleh menjimatkan banyak kos untuk keluarga.


“Beban kewangan yang boleh dielakkan daripada rawatan dan kemasukan hospital sekiranya anak dijangkiti penyakit serius adalah amat besar jika dibandingkan dengan kos vaksin, termasuk vaksin gabungan yang lebih mahal. Masa yang terpaksa diluangkan oleh ibu bapa untuk menjaga anak yang
sakit boleh digunakan untuk tujuan yang lebih produktif.”
 

Manfaat yang diberikan oleh vaksin dalam memelihara kesihatan, menyelamatkan nyawa, dan mengurangkan bebanan ini adalah lebih daripada mencukupi untuk mewajarkan pemvaksinan anak-anak kita, jelas Dato’ Dr Musa.
 
Oklah...cukup buat hari ni...

Wassalam.

15 March 2011

simpanan dan perlindungan

Sudahkah kawan-kawan membuat simpanan dan perlindungan untuk diri,pasangan dan anak2?
Bukannya apa..ianya untuk keperluan di masa hadapan jugak...
kita tak tau apa yg bakal berlaku...lebih baik "sediakan payung sebelum hujan"

Mama sebelum berkahwin dgn papa dah buat simpanan sikit-sikit...masa tu mama kerja n ada duit lebih pandai-pandailah simpan tuk masa depan...selain tu mama pun turut wat simpanan n perlindungan dlm Prudential. yg ni housemate mama yg cadangkan...lepas dia bgtau semua perkara, mama pun berminat n buatlah...

Dan skrg bila dah kahwin, slowly mama ajak papa turut sama buat simpanan n perlindungan dkt Prudential...tak lama selepas papa join, kami bercadang buat tuk farhah jugak..dan insya-Allah nnt bila farhah nak dapat adik, adik dia pun akan ada jugak akaun kat Prudential...

Semalam sebelum tidur, mama ada berbual-bual dgn papa pasal simpanan n perlindungan Prudential ni...mama bersyukur sgt2 coz kami join ni awal lah jugak...bukan nnt sakit baru nak cari insuran..mcm kawan2 tmpt keje papa, bila dah sakit baru nak cari insuran...masa tu, pihak insuran dah reject lah...papa beruntung coz masuk awal...tu pun mama yg pujuk papa..mama tny papa, kalu mama tak ajak join..papa join ke...papa ckp mayb tak kot...tp sebab mama bgtau yg Prudential ni ada simpanan n boleh amik kelak..jadi papa berminat lah join...

Syukur kepadaNya kerana dibukakan hati kami untuk menyimpan dan melabur untuk kemudian hari...maklum lah sekarang ni kan mcm2 penyakit melanda...bencana pun cmtu gak...kita hanya merancang bukan menetapkannya...sekurang-kurang ada tempat yg boleh kami dapatkan bantuan bila diperlukan...

Selain dari tu, macam farhah...kami pun ada buka akaun SSPN untuk dia..dan setiap bulan papa buat simpanan..ini pun untuk masa depan farhah..sekurang-kurangnya dia ada bekalan kewangan kelak untuk digunakan bila belajar nnt..

Kawan-kawan..pada yg belum buat preparation,buatlah sekarang jgn tunggu bila dah ditimpa masalah baru nak cari tempat mengadu...lihatlah skrg ni, ramai org yg perlukan bantuan kewangan untuk pembedahan...kos bukannya sikit..berpuluh2 ribu...mana nak cari dlm masa terdekat...at least , kita yg mampu ni...buatlah persediaan awal yer...beringat sebelum kena...

ok lah semua...renung-renung kan dan selamat berjuang... :)

Heartbeat Heartbeat Heartbeat

Usia Perkahwinan Kami

Daisypath Anniversary tickers

Usia Anak Pertama Kami

Lilypie Kids Birthday tickers

Usia Anak Kedua Kami

Lilypie Kids Birthday tickers
 
Copyright @ KasihSelamanya-Hadina 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi