Showing posts with label keluargaku. Show all posts
Showing posts with label keluargaku. Show all posts

11 September 2014

Spaghetti bebola ayam...




Assalamualaikum...

Menu tengahari tadi
"Spaghetti Bebola Ayam"

Menu anak-anak
"Spaghetti Carbonara"

Kenapa buat dua jenis?
Sebab anakanda ni tak makan kuah merah...dia dah biasa dgn kuah putih.
Dah pernah buat dulu sekali yg kuah merah, dia langsung xnk mkn.

Mlm nnt sambung lagi mkn spaghetti ni..almaklumlah kami kat rumah ni hanya 2org dewasa..

12 July 2014

Rindu bertandang...


Assalamualaikum...

Pabila rindu bertandang, hanya doa anakanda kirimkan...
Setiap hari, hati ini rindu....
Dah 3tahun Ma pergi dijemput Ilahi..Ma pergi 7 Ramadhan, abg pula pergi 3hari sebelum Ramadhan..
Sebak bila mengenangkan semua...terasa sesuatu tersangkut di kerongkong bila menahan sebak.
Semoga Ma, Abg tenang di sana.

Wassalam.



13 July 2013

Kembalinya insan yg kusayang

Assalamualaikum...
Hari ini, mama masih lagi dlm mood sedih..sedih kerana kehilangan abang tersayang. Bagaikan satu mimpi bila dapat tau abg dah xde lagi di dunia ini. Sebak di dada bila teringatkan dia.
Dua minggu sebelum tu, kami sempat berjumpa. Kalau nk diikutkan kedatangan kami ke kay el nk jumpa baby Daryn, anak abg..tapi kini mama rasakan kami ke sana untuk ucap selamat tinggal buat selamanya.
Satu-satunya perkara yg buat kami semua sedih, abg pergi meninggalkan anak perempuan yg baru shj mencecah 40 hari. Tapi yg pasti 40 hari itu, abg telah isikan dgn kenangan dan kasih sayang sepenuhnya buat Daryn.

Seorang Isteri kehilangan suami
Anak kehilangan papa
ayah kehilangan anak
adik kehilangan abang

Kami semua kehilangan orang yg sama. Abg seorang yg disenangi ramai.Seorang yg bertanggungjawap terhadap keluarga dan kerjaya. Tidak hairanlah ramai yg datang menziarah. Dari pekerja sehingga lah clients. Mereka semua sedih kehilangan abg kerana abg seorang yg berdedikasi , amanah dlm kerja.

Ramai yg bertanya, abg sakit apa...abg sebenarnya sihat dan xde langsung simpon-simpon penyakit. Tapi bedah siasat menunjukkan abg kena serangan jantung dgn 80% blockage. Bagi kami itu hanya lah sebab untuk abg kembali pada Nya. Umur abg baru je mencecah 36 tahun. Sebab itu, ramai terkejut..abg masih muda dan sihat. Tiada siapa menduga ianya terjadi.

Pada malam hari, abg masih lagi sempat bermain badminton dgn adik dan anak-anaknya. They had a wonderful moment on that day. Sebelum balik ke rumah, abg dgn kak farah spent together berchit chat..macam2 diluahkan. tak sangka itu adalah saat terakhir mereka berdua bersama. Sayu hati bila kak farah menceritakan saat-saat indah mereka.

Selepas pulang ke rumah, tak lama selepas baring atas katil, abg collapes. Nasib baik adik ada n buat cpr kat abg..memang sudah tertulis, abg pergi tak lama selepas itu.

Mama dan keluarga bersama aboh turun ke kay el pagi itu juga. Jenazah abg dikebumikan di Bangi, memudahkan kak farah dan anak-anak ziarah pusara abg.

Alhamdulillah, kami sempat menatap wajah terakhir abg. kami org terakhir yg ditunggu sebelum abg disembahyangkan dan dikebumikan.

Selepas ini, tiada lagi panggilan abg yg selalu disebut-sebut.Tiada lagi kedengaran suara abg berbicara.Tiada lagi tempat kami meminta pertolongan. Tiada lagi masakan enak yg dapat kami rasa. Macam aboh pernah ckp, abg pandai masak mcm arwah ma.

Sewaktu kami ke kay el dua minggu sebelum itu, mama sempat tany,abg balik raya trg ke tahun ni? Abg jawab, tak tau lagi..dan sekarang abg mmg tak balik raya. Aboh ckp, nnt raya enam nk g kay el nk ziarah abg.

Abg, kami semua akan jaga keluarga abg. Walaupun abg dah xde di dunia ini, mereka semua tetap keluarga kami. Takkan kami sisihkan mereka. Kami sayang mereka.

ZAINAL ABIDIN BIN ISMAIL/EMBONG
27 JUN 1977 - 7JULAI 2013

CHE MAIMON BINTI JUSOH
9 MAC 1952 - 6 OGOS 2011

Ma, Abg...kakok akan sentiasa berdoa untuk ma dan abg di sana.
KAKOK RINDUKAN MA DAN ABG.....

Ya Allah, Engkau tabahkan lah hatiku dan hati kami sekeluarga menerima ujian Mu. Engkau lindungi dan bantulah Kak Farah sekeluarga mengharungi hari-hari mendatang dengan sabar dan tabah.

Wassalam

03 June 2013

Sepupu sepapat

Assalamualaikum...

Baru-baru kami ada balik Kuala Terengganu, waktu tu papa kena gi training kat Johor. Jadi mama dengan anak-anak stay Bukit Payong je lah.

Sempat lah jugak layan anak-anak bergambar.



Umur diorang ni tak jauh beza pun..bermula dengan:

  • Farhah ---> 2009
  • Alisya ---> 2010
  • Fahmi ---> 2011
  • Ammar ---> 2012
  • Daryn ---> 2013 (yg ni xde dlm gambar lagi)


Insya-Allah raya tahun ni, meriah dgn suara kanak-kanak kat rumah Bukit Payong. Tapi papa tak dapat beraya bersama sebab kerja. Mama dgn anak-anak je lah balik beraya. huhuhuhuhu.

Bab raya, kita cerita kemudian...skrg nak masuk tidur.

Selamat malam.

Wassalam.



30 May 2013

"Selamat Ulangtahun..."

Assalamualaikum...

Tanggal 22 Mei 1982 jam 6.20pagi maka lahirlah seorang puteri dalam keluarga En Mohamad @ Zahari dan pasangan Che Maimon. Puteri itu diberi nama Zarina.
Kini puteri itu sudah 31tahun. Dia juga sudah berumahtangga dan memiliki sepasang cahayamata bersama suami tercinta, Muhammad Hadiaziam.
Anakandanya diberi nama Nurul Farhah dan Nazmi Fahmi. (masih mengekalkan NF)

Mei 2007 - bertunang
Mei 2008 - berkahwin
April 2009 - cahayamata sulung, Nurul Farhah
Okt 2011 - cahayamata kedua, Nazmi Fahmi

Begitu pantas masa berlalu meninggalkan kita tanpa kita sedari.

Selamat hari lahir buat diriku..
Semoga mama sentiasa tabah dan sabar mengharungi liku-liku hidup di dunia ini,
Semoga menjadi isteri yg taat dan patuh pada suami,
menjadi ibu yg dapat mendidik anak-anak dgn baik, sabar dgn kerenah anak-anak,
menjadi anak yg solehah buat ibubapa yg tersayang,
semoga menjadi hamba yg taat pada perintah Mu, Ya Allah.


SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN 
YANG KE-31.


Tanggal 30 Mei 2008 bersamaan 24 Jamadil Awal 1429H ,telah berlangsungnya akad nikah di mana mama telah sah menjadi isteri kepada papa, Muhammad Hadiaziam.
Kini pernikahan kami sudah mencapai usia 5tahun.
Pelbagai dugaan dan cabaran kami tempuhi bersama.
Terima kasih papa, kerana melengkapkan hidup mama.
Semoga perhubungan kita ini sentiasa di rahmati oleh Nya.

kredit to FB : Keharmonian Rumahtangga Dan Keluarga Muslim
 SELAMAT ULANGTAHUN PERNIKAHAN
YANG KE-5.


Wassalam.

05 April 2013

Demam oh demam...

Assalamualaikum...

Hari ni mood entry suam-suam badan aje..awal bulan papa demam dan sekarang mama lak selsema aka nk demam kot..anak-anak dah start rasa badan diorg suam-suam je....huhuhu. air hidung tak berhenti kuar...

Last February pun mcm ni gak, papa start demam n then mama ikut demam jugak..sungguh kuat ikatan suami isteri kitaorg ni ..demam pun nak sama-sama jugak..papa demam mama kena demam jugak..hahahaha

Ubat ke supplemen masih diteruskan..jgn pernah tinggal. Mungkin skrg ni cuaca pun panas terik, mudah terkena penyakit. Air jgn pernah tinggal jugak tau..minum sokmo.. bila cuaca panas cm ni, badan cepat kekurangan air.






Ok..kita jumpa next entry pula ye.

Wassalam.

note: demam demam pun tangan masih boleh menaip..nnt nk update pasal e-store pulak.

25 March 2013

Selamat Ulangtahun Kelahiran Aboh..



Assalamualaikum....
Hari ini adalah hari ulangtahun kelahiran ayahanda tercinta :-)

SELAMAT HARI 
ULANGTAHUN KELAHIRAN
ABOH :-)

Semoga Aboh sentiasa sihat tubuh badan,
tabah mengharungi apa jua rintangan,
semoga Aboh dipermudahkan segala urusan,
sentiasa disayangi oleh org sekeliling,
 sentiasa di bawah payung rahmat Nya
dan
semoga redha Allah 
mengiringi Aboh selalu.

Aboh, akok sayangkan Aboh seperti mana akok sayangkan Ma juga.
Setiap kata-kata nasihat, teguran dari Aboh akan akok ingat
dan akok akan cuba buat seperti yg Aboh ajar.

Wassalam.


 

14 March 2013

"Header berwajah baru"

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Semoga berada dalam keadaan sihat selalu. huhu mcm karang surat tak rasmi zaman sekolah dulu-dulu.. :-)

Ada org perasan ke tak ek, header kat atas sudah bertukar wajah..hehehe. rasanya lagi tambah ceria kan..comel je dgn kehadiran sepasang kekasih tu..mcm mama dgn papa je..hehehe.

Header ini sebenarnya telah dibuat oleh adik tersayang Miz Ruha, requested by me of course. Dia ada buat dua dan setelah berbincang dgn en hubby, dia suruh pilih yg skrg ni. Katanya lagi nmpak ceria.

Adik Chik, seperti yg telah dijanjikan..(ada janji ke??????????) nnt bila kami balik kuantan, abg long belanja, atas sebab sudi buat header untuk blog kak long. Terima kasih byk2 kami berdua ucapkan..Selepas ni boleh lah buka order untuk buat header. Abg long pun setuju dgn pendapat kak long.

Header pertama

Header kedua (pilihan pa&ma)

Cantik kan, header hasil kreativiti adinda kami ni..

Ok. setakat ni dulu mlm ni, jumpe lagi.

Wassalam.

21 September 2012

New Member of Hadina's family

Assalamualaikum...

Hari Selasa baru-baru ni 18hb September 2012, keluarga kami Hadina telah menerima ahli baru secara rasminya setelah hampir 3bulan menunggu.Ketibaannya disambut dgn hujan yg lebat tak berapa lebat jugak..hehehe..

Kami sekeluarga sungguh gembira dgn kehadirannya dlm keluarga ini. Dgn ini maka bertambahlah lagi ahli Hadina Sdn Bhd.. (nama je gempak). Korang mesti tertanya-tanya , siapakah ahli baru itu...

Jeng jeng jeng....surprise!!!!!!!!!!!!!!

Tak leh bgtau skrg...kena teka lah dulu..bg surprise sikit.

Selalunya bila ada pertambahan ni, perbelanjaan pun bertambah...tapi takpe..jgn pula kita menyesal dgn apa yg dtg..kita ambil sbgai cabaran hidup. Kdg2 di sebalik gmbaran kesusahan itu ada kesenangan..

Insya-Allah, pasti ada jalannya... :-)

Wassalam.


26 August 2012

manakan ku cari ganti

Assalamualaikum...

Baru ni lepas balik beraya di Kuantan, kami sekeluarga balik ke Kuala Terengganu pula. Tapi tak de org dah lah..cuma aboh dgn adik je ada. adik ipar masih di rumah bondanya, maklumlah baru habis pantang..tak sempat nak jumpe raya kami pula balik Paka.huhuhu. duit raya pun tak sempat nak kasi anak sedara lagi..tunggu cik ngah balik lagi sekali, nnt cik ngah bagi duit raya kat alisya dgn ammar ek.

kebetulan balik pun tak lama, jadi ingat nak masak lah sikit tuk aboh tersayang. nak jadi citer daging raya masih ada sikit lagi so terfikir nak buat singgang daging. hehehe. sebenarnya sebelum bertolak balik dari kuantan ummi ada buat singgang daging, jadi tekak ni masih terasa nak mkn so ape lagi buat je lah..cari bahan2 biar cukup then buat.

hari jumaat tu, bermulalah operasi buat singgang daging..rasa hepi je nak masak utk aboh..lepas solat jumaat, kami pun mkn sama2..selesai makan, tny lah aboh cmner rasa nye..

Aboh: tak jadi ni..

Mama: (senyap kejap) tak jadi katne?

Aboh: tak sama cm Ma masak..Ma letak ni, letak itu (dan ada lagi lah)

Mama: eh yer ke..kena letak ke semua tu??????

Aboh: Ma letak baru rasa sedap..takpe lah, kalau ada lagi simpan lah aboh nak buat sahur nnt. esok nak puasa.

Masa odw balik Paka petang tu, mama ada berckp dgn papa pasal masakan mama tghr tadi..perihal aboh yg selalu bandingkan masakan Ma dgn mama. papa ckp , "Ma tetap dihati Aboh". Mama terus senyap..mmg betul Aboh mmg tak brp gemar makan kat luar masa Arwah Ma masih ada. Aboh suka mkn kat rumah..air tangan isteri lagi best berbanding kat luar.

Mama sedih coz mama tak dpat nak masak macam arwah Ma masak.. mama tak dapat nak sediakan masakan yg sama macam arwah Ma masak.. Aboh selalu tny, "akok pandai dok masak (lauk) mcm ma masak?" mama hny mampu tersenyum sambil jwb "masak boleh tapi tak sama mcm ma masak".

Di kala ini, air mata mama berguguran.. antara rindu kat ma dan sedih sebab tak mampu nak sediakan masakan yg setanding arwah ma untuk aboh.

DIMANA KAN KU CARI GANTI SERUPA DENGANMU........


15 April 2012

Selamat Hari Lahir

SELAMAT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN
BUAT ANAKANDA TERCINTA
NURUL FARHAH
YANG KE-3

Hari ni maka genaplah umur anak kesayangan mama & papa, Nurul Farhah 3 tahun. Dah besar yer kakak skrg ni...rasa sebak pulak..maklumlah dialah penyeri pertama mama & papa 3tahun yg lalu..skrg dah meningkat remaja opsss dah bukan baby kecil lagi..tapi papehal pun kakak tetap baby kecil mama & papa..

Mama masih ingat lagi sewaktu kelahiran kakak...arwah tok bimbang sekali bila dpt tau yg mama kena masuk bilik bedah untuk keluarkan kakak...papa bgtau, serta merta arwah tok minta jiran hntar ke hospital. Bila mama sedar dlm tak sedar, mama nmpak arwah tok, dia menangis. Mayb terkejut mama kena bedah n gembira mama n kakak dah selamat..masa tu mama masih mamai n arwah tok suruh mama rehat aje, jgn byk ckp.

Bila balik rumah kedai, nenek pun turut sama bermalam nak jaga kakak. Almaklumlah cucu sulung :) ...masa tu rumah kedai tok bilik tak cukup..kami tidur ikut selera masing2....hanya yg tau, tahu bagaimana situasi n rasenya..papa sempatlah merasa tido atas kerusi pnjang mlm2...hehehe.

Satu perkara yg mama tak lupa adalah bila nak mandikan kakak, masing2 nenek dgn arwah tok dah lama tak mandikan baby..semua kekok. Tapi sebab kakak, masing2 cuba mandikan jugak..lucu pulak masa tu mama tengok..papa pun terpaksa belaja gak coz mama masih belum pulih sepenuhnya lagi..mama tukang tengok aje..

Itulah serba sedikit kisah kakak di awal kelahiran nya.

MAMA & PAPA MENDOAKAN AGAR
KAKAK MENJADI ANAK YG SOLEHAH
TAAT PADA PERINTAH ALLAH
SENTIASA MENJADI KAKAK YG BAIK UNTUK ADIK
PANJANG UMUR
MURAH REZEKI
DAN
BERJAYA DALAM HIDUP DI DUNIA WAL AKHIRAT

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG MAMA & PAPA
MMMMMMUAH



nnt kita sambut birthday sama2 yer sayang...bukan skrg coz papa too bz with his work.. :)
papa dah janji nak celebrate 3 in 1...
papa...kami tunggu tau...

26 March 2012

Fahmi di usia 5bulan

Assalamualaikum....

Anakanda Fahmi kini di usia 5 bulan...lagi sebulan boleh lah mama suapkan makanan yer...skrg tak sabar-sabar bila tgk org lain mkn..tgk mcm nak mkn jugak...tak berkelip minta disuapkan kot..huhuhu..
sabar yer sayang..nnt bila dah cukup bulan mama sediakan mknn untuk Fahmi yer...mama try buat yg sedap2 gitu..hehehe (mampukah mama??????????)boleh boleh

Smlm gi klinik untuk suntikan imunisasi 5bulan...lepas papa balik keje, mama siapkan diri n anak2 then pergilah rombongan kami ke klinik. ramai jugak lah org kat sana..sebelum turn kami adalah dlm 3-4org yg menunggu..

Tengah syok menunggu, tiba-tiba Fahmi buat hal..tak selesa duduk dah..kakak nye pun dah lain mcm dah..tak disangka2 Fahmi menangis, mak oiiiiii kuat suara dia..ni mesti nak minum ni...nasib baik pakai jubah menyusu...just selak je lah..dan kebetulan mama duduk kat kerusi paling blkg so tak kisah lah sgt kat org dlm klinik tu..tp si kecil Fahmi dah tak sabar, menangis kuat2...last2 dptlah jugak minum..si kakak pulak tertido dlm dakapan papa dia..bila tiba giliran masuk je lah dlm bilik doktor...

Bgtau doktor, "takpe ke anak tido nak cucuk ni?" doktor ckp takpe..sebelum cucuk, timbang dulu..8.4kg..tak naik byk pun..tp oklah coz still dlm lingkungan carta dia. sampai masa nak cucuk tu, Fahmi pun nangis..tp kejap je..terus mata cerah..tak tido dah..

Lepas g klinik, kami pergi mkn kat kopitiam Paka...kakak ditinggalkan dlm kereta coz tido...papa tak matikan enjin kereta pun..tingkap kereta bg buka sikit..masa papa mkn mama sempatlah pergi ke kedai pakaian sebelah, cari baju menyusu..kebetulan ada sale oklah kan..mama bukan selalu beli pakaian skrg ni..boleh bilang dgn jari setahun berapa helai mama beli..huhuhu

Lps selesai mkn ajak papa pergi semula kedai tu, dah bgtau ada baju yg berkenan n papa ckp ok nnt kita beli..so "big boss" byarkan...mekasih yer sayang...

oklah untuk hari ini..nnt sambung lagi...

Wassalam.

02 February 2012

Puzzle buat anakanda tercinta...

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Hari ni dah masuk hari kedua bulan Februari 2012...dah sebulan berlalu dlm tahun baru 2012. sekejap je kan...hehehe. dan begitu juga dgn usia kita yg semakin hari semakin meningkat...

Hari ini, mama nak bercerita alkisah anakanda mama & papa, Farhah tentang minat dia...kini Puzzle adalah pilihan hatinya..kalu buka je PC pasti dicari puzzle n puzzle...bila bermulanya minat ini yer...

Last year, adik mama ada bawakan jigsaw puzzle kegemaran kami adik beradik dr rumah lama kami...puzzle tu sesuailah untuk org yg dah besar..tp bila ternampak oleh Cik Farhah ni, dia terus minat nak susun sama...dah lah byk, bila takleh nak susun dia marah 2pulak..then suruh mama n papa susunkan. Oklah kami tlg susunkan..yg geramnya, bila dah siap susun farhah selerakkn kembali n minta susun semula..sekali dua ok lagi..bila berkali2 geram  jugak lah...

Lepas tu, mama n papa bercadang nak cari puzzle yg sesuai dgn umurnya...cari punya cari mostly puzzle untuk 3+ years... kami tak kisahlah, n beli aje..baru 2-3hari beli n main, farhah dah boleh selesaikan puzzle tu sendirian berhad..ktorg rase wow!!!! pandai lah jugak anak mama n papa ni ye...hehehe

Dan baru2 ni kami ada belikan puzzle yg besar sikit dlm 50pcs...lepas 2-3 hari main, sekali lagi dia selesaikan sendiri dgn jayanya...mama bangga dgn anak mama...sape lagi nak puji anak sendiri kalu bukan kita as her parent kan...

Dan yg terkini, Farhah main puzzle kat internet...kami just buka web puzzle tu n let her choose. n then dia main lah sorang2..bila dia bosan dia pun panggil mama @ papa untuk susun sama..bila berjaya, Farhah said " yes, well done! yes. good job" hehehe..speaking bebenor Cik Farhah ni...

Kalu sesape nak tgk puzzle cmner yg Farhah main, boleh lah pergi ke puzzlepuzzle.com
mmg sesuai untuk kanak-kanak...ada byk puzzle cartoon kat situ.

inilah contoh puzzle yg Farhah selalu main..kat internet

 dgn jayanya sedang menyusun puzzle

 tak sempat2..bangun tido ingat puzzle dia aje..

nmpak tu 50pcs n 3+...

Dari pemerhatian mama n papa, ingatan Farhah sgt kuat...baru 2-3hari beli n main dah boleh selesaikan puzzle tu sendiri...dan kalau kami buat sekiranya buat salah (sengaja buat salah) Farhah akan perbetulkan..She said " no no, here here, pusing pusing" nak tergelak pun ada dgn cara dia perbetulkan kesilapan kami...siap ajar kat org tu cara yg betul...hehehe..anak oh anak..

begitulah kisah untuk hari ni...sampai ketemu lagi di lain nukilan ye :)

kasih selamanya with love :*

02 January 2012

Hukum Isteri Meleteri Suami

Hukum Isteri Meleteri Suami ……..
"Bang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca suratkhabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu.

Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga.Sekurang-kurangnya buatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun.

Tukarkan lampin anak ke, ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti... pot.. pet.. pot.. pet..... " leter Ina kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing.

Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri,sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu.

Lebih-lebih lagi, sekiranya Intan menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupun penat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.

Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.

Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalanzaman.

Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif.

Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat.

Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya." Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumah tangga.

Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikraj kelangit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.

Ali Karramallahu Wajhah berkata: "Aku masuk ke rumah Nabi beserta Fatimah,aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan. Aku bertanya, "YaRasulullah, apa yang  membuat anda menangis?" Baginda menjawab, "YaAli, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat."

MENGHERDIK

Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya,sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah menyakiti dan menyumpah-nyumpah suaminya.

Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupa set sofa dan TV rata 29inci yang menjadi trend semasa.

Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan dirinya.

Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaan Allah.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya."

Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.

Islam juga mengajar isteri agar melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak,membasuh, mengasuh anak-anak, melayani kehendak suami dan sebagainya dengan penuh rela dan tabah hati.

Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja,namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringan dan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.

Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s. a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorang suri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w. dan meminta jasabaik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembanturumah.

Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milikbaginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.

Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.

Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.

Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: "Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satupemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yangkamu minta siang hari tadi?"

Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak33 kali setiap kali sebelum tidurnya.

Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya.

Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walauseberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi isteri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami,walau setinggi mana sekalipun darjatnya.

Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja.

Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya. Bukankah Rasulullah s. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada isteri mereka.Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: "Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku."

** Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga, marilah kita sama-sama belajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita.

Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua... insya'Allah..

SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOCIAL MUSLIM sekarang. Ia dilakukan kerana berfikir bahawa SUAMI mesti buat seperti ISTERI dalam RUMAHTANGGA.

Dengan berbuat begitu, ISTERI berkenaan mengabaikan SUAMI yang berfungsi sebagai PEMEGANG AMANAH(nikah-isteri) yang disandang sejak AQAD-NIKAH yang telah diijab WALI-NIKAH(Atok, Bapak dsb)

'Islam juga mengajar isteri agar melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak,membasuh, mengasuh anak-anak, melayani kehendak suami dan sebagainya dengan penuh rela dan tabah hati.'

Saya fikir TABIAT-ISTERI suka meleteri suami mistilah dihentikan demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT. 




(Ini adalah salah satu email yg pernah mama terima suatu ketika dulu, boleh teka tak siapa yg bg kat mama..hehehe..sudah tentu suami tercinta, papa...sebenarnya tadi mama tengah buat "house keeping" email mama lalu terbaca yg ini...mama rasa ada baiknya mama share sama2 dgn teman2 maya mama yg lain..
biasalah kadang2 kita sebagai isteri mesti terlepas pandang sesuatu yg remeh cmnikan..kdg2 kita ingat perkara tu biasa2 je, tp kita tak tau samada suami kita terasa @ tak..lelaki sesetengahnya tak tunjuk yg dia marah @ terasa..jadi si isteri pandai2 lah menjaga hati mereka yer..
peringatan ini mama tujukan buat semua isteri2, bakal isteri di luar sana dan juga buat mama sendiri..jika kita tersilap pohon lah maaf dari suami kita..insya-Allah suami akan lembut hati mendengarnya..pohon dari NYA agar rumah tangga yg terbina mendapat rahmat dan dilindungi selalu, Amin.)


ABG, AYG MOHON MAAF DARI ABG ANDAI ADA TERSALAH KATA, TERGURIS HATI OLEH KATA-KATA AYG YG AYG SENDIRI TAK SEDAR KESILAPAN YG DIBUAT..DIDIK LAH AYG, BIMBING LAH AYG MENJADI ISTERI YG PATUH PADA SUAMINYA...SEMOGA BAHTERA YG DIBINA AKAN BERKEKALAN DAN SENTIASA DI BAWAH PAYUNG RAHMAT-NYA..AMIN.

04 November 2011

Kedatangan insan baru...

Assalamualaikum...
Di sini mama ingin mengumumkan kedatangan ahli baru dlm keluarga kami...iaitu baby junior. 
Hari ni dah masuk 12hari usia baby junior... Junior telah selamat dilahirkan pada 23hb Oktober 2011 pada jam 9:45pm di Kuala Terengganu Specialist.. Hajat dihati ingin melalui proses bersalin normal tapi apakan daya kena juga C-sect..  

Walau macam mane sekalipun mama bersyukur kerana masih dapat memberi / melahirkan zuriat buat keluarga ini...normal @ c-sect tak penting buat mama skrg asalkan baby n mama selamat...

Mama skrg ni bersiaran di Paka...asyik ke hulu ke hilir je mama ni, tak mcm org berpantang langsung...hehehe...pantang, pantang juga...pemakanan, pemakaian bengkung etc...

Masa awal2 tu je lah sakit, skrg alhamdulillah dah ok sikit...baru je 12hari kan...buat keje pun yg ringan2 je...berat2 tolak ke tepi dulu...let papa handle....thanks yer sayang... :*

Papa hari ni dah start keje...jadi semua hal kat rumah mama kena buat sendiri...buat apa sgt pun..jaga anak-anak je lah...mandikan junior, kakak farhah....masak tuk makan...senang citer perkara2 yg ringan shj...

Nama junior telah pun didaftakan baru2 ni....sijil kelahiran dah pun dapat cuma Mykid je lagi sebulan baru dpt...Nama ape ek junior kitaorg ni yer...hehehe...nama nya ialah 

NAZMI FAHMI BIN MUHAMMAD HADIAZAM

Masih mengekalkan NF.... :) Nurul Farhah, Nazmi Fahmi...

Oklah, mama nak rehat2 dulu...nnt ada kelapangan mama bercerita lagi...

Wassalam.

02 April 2011

berita gembira

Bismillahirrahmanirrahim.....

mula2 sekali marilah kita sama2 berdoa untuk ibu bapa kita dulu yer....



masih ingatkah kawan-kawan semua pada N3 bulan lps...mama ada nak bgtau berita gembira kan tp tunggu bulan ni kan..ok,skrg mama akan bgtau berita gembira itu...

pada petang 31/3/2011..mama telah pergi ke klinik untuk check up kali kedua...last time dah pegi n dah sah pun..tp sebab tak nmpak sgt lagi kan..jadi mama tangguh nak bgtau semua...so skrg mmg dah sah n nmpk..jadi mama bgtau lah ...

MAMA DAH PREGNANT KALI KEDUA...!!!!!!!! :)

masa check up tu mama dpt tau lah yg kandungan mama dah 8minggu...gembira hati mendengar perkhabaran ini...farhah akan dpt adik lah hujung tahun ni...lagi bertambah gembira bila kakak ipar mama pun tgh pregnant...dia baru 6minggu...nnt kami pantang sama2 lah..cuma beza dia kat kay el mama kat sini...

bekas ofismate mama pun pregnant gak...sorang tu 10minggu dan sorang lagi taksure brp bulan dah...tp yg pasti yg sorang ni awal lagi dr mama...

skrg ni mama selalu ckp kat farhah yg adik dia kat sini smbil tunjuk kat perut...bila tanya mana adik, dia akan tunjuk kat perut mama sambil pegang...bila tnya sayang adik tak, dia kiss perut mama.

alahai anak comel ni....suka buat mama geram kat dia....

oklah next time mama smbung citer lagi yer...

15 March 2011

simpanan dan perlindungan

Sudahkah kawan-kawan membuat simpanan dan perlindungan untuk diri,pasangan dan anak2?
Bukannya apa..ianya untuk keperluan di masa hadapan jugak...
kita tak tau apa yg bakal berlaku...lebih baik "sediakan payung sebelum hujan"

Mama sebelum berkahwin dgn papa dah buat simpanan sikit-sikit...masa tu mama kerja n ada duit lebih pandai-pandailah simpan tuk masa depan...selain tu mama pun turut wat simpanan n perlindungan dlm Prudential. yg ni housemate mama yg cadangkan...lepas dia bgtau semua perkara, mama pun berminat n buatlah...

Dan skrg bila dah kahwin, slowly mama ajak papa turut sama buat simpanan n perlindungan dkt Prudential...tak lama selepas papa join, kami bercadang buat tuk farhah jugak..dan insya-Allah nnt bila farhah nak dapat adik, adik dia pun akan ada jugak akaun kat Prudential...

Semalam sebelum tidur, mama ada berbual-bual dgn papa pasal simpanan n perlindungan Prudential ni...mama bersyukur sgt2 coz kami join ni awal lah jugak...bukan nnt sakit baru nak cari insuran..mcm kawan2 tmpt keje papa, bila dah sakit baru nak cari insuran...masa tu, pihak insuran dah reject lah...papa beruntung coz masuk awal...tu pun mama yg pujuk papa..mama tny papa, kalu mama tak ajak join..papa join ke...papa ckp mayb tak kot...tp sebab mama bgtau yg Prudential ni ada simpanan n boleh amik kelak..jadi papa berminat lah join...

Syukur kepadaNya kerana dibukakan hati kami untuk menyimpan dan melabur untuk kemudian hari...maklum lah sekarang ni kan mcm2 penyakit melanda...bencana pun cmtu gak...kita hanya merancang bukan menetapkannya...sekurang-kurang ada tempat yg boleh kami dapatkan bantuan bila diperlukan...

Selain dari tu, macam farhah...kami pun ada buka akaun SSPN untuk dia..dan setiap bulan papa buat simpanan..ini pun untuk masa depan farhah..sekurang-kurangnya dia ada bekalan kewangan kelak untuk digunakan bila belajar nnt..

Kawan-kawan..pada yg belum buat preparation,buatlah sekarang jgn tunggu bila dah ditimpa masalah baru nak cari tempat mengadu...lihatlah skrg ni, ramai org yg perlukan bantuan kewangan untuk pembedahan...kos bukannya sikit..berpuluh2 ribu...mana nak cari dlm masa terdekat...at least , kita yg mampu ni...buatlah persediaan awal yer...beringat sebelum kena...

ok lah semua...renung-renung kan dan selamat berjuang... :)

23months

hari ni anak dara mama n papa dah mencecah umur 23bulan...lagi sebulan genap lah 2tahun...
pejam celik pejam celik dah nak masuk 2 tahun..kejap kan masa berlalu...
kalu kira tiap-tiap hari mmg lambat..tp kalu wat dek je, kejap je lah...

farhah sekarang ni semakin manja dgn mama n papa..asyik nak dukung je..
even dlm umah nak dukung..mama nak g dapur nak ikut tp kena dukung..
kalau tak, merajuk,baring atas lantai lah n nangis...
farhah bagaikan nak perhatian sgt2...mayb dia dapat rase kot...hehehehe

nnt bila papa dah keje cm biasa n dapt cuti kita gi jln2 yer...skrg ni kena wait dulu lah yer sayang...

sebut pasal wait ni...perkataan "wait" dah lancar je kat bibir farhah...
kalu dia nak amik brg @ something kat lain, dia akan ckp "wait" "wait" sambil tngan pun tunjuk tunggu...

siap suruh org wait lagi tu...perkataan tu muncul gara-gara, bila buka laptop kan lmbat sikit nak keluar..jadi mama @ papa akan ckp "wait" from there she learns it..

ok lah mama nk rehat dulu ah...nnt mama citer lagi yer..

13 March 2011

kesihatan anakanda tersayang

alkisah, mama nak bercerita pendek je...citer pasal anak kesayangan mama n papa, sape lagi kalau bukan NURUL FARHAH....nak dipendekkan citer, farhah jarang demam...rasenye boleh dikira berapa kali je dia demam..tu pun demam sebab nak tumbuh gigi.mama ingat lagi yg first dia demam..sampai mama pun demam n papa terpaksa amik cuti gara-gara nak jaga kami berdua..

waktu tu boleh katakan tinggu jugak suhu farhah...papa as usual, dia mmg terperinci bab2 cmni...everthing dia monitor..mama mmg tabik lah kat papa..papa seorang papa n husband yg betul2 particular bab safety..hehehe.berbalik pada citer farhah ni, lepas bbrp hari gak lah dia kembali ceria lepas asyik nangis je coz demam kan..dan dan lepas tu, mama nmpak ada perubahan dlm mulut dia..rupa-rupanye farhah nak tumbuh gigi...lepas tu, dah xde dah demam yg teruk...kalu nak tumbuh gigi lagi, dia cm ala-ala nak demam..mama kasi dia makan n minum supplement...
 
dan sampai skrg farhah still makan n minum supplement tu...pada mama dgn izin Allah, farhah until now kesihatan dia baik aje...dah nak masuk 2tahun, dia mempunyai kesihatan yg baik..tak sakit @ demam...dan salah satu sebab dia sihat, penyusuan susu ibu..farhah mmg reject minum susu tp kdg2 dia nak makan je susu tu..mcm zaman mama kecik2 dulu suka mkan milo n horlick cmtu je..hehehe

nak tau ape yg farhah makan n minum tu...
hah, ni dia....






hah, itulah citer serba sedikit pemakanan farhah...kalau nak tau lanjut boleh g kat website dia..mama dah link kan kat situ..ktorg satu family makan n minum...cuma mama n papa ni je liat sikit kdg2 nak makan / minum..tp farhah nak sokmo..pantang nmpak, mesti mintak..

oklah..dah lewat ni...lmbat sikit siap assignment ni coz gi tgk tv td citer kat TV3..

c u all soon.

02 March 2011

rezeki dari Nya datang lagi...

alhamdulillah, syukur pada Nya atas nikmat yg dikurniakan...
setiap apa yg Dia kurniakan pasti ada hikmah di sebaliknya...
kita sebagai hamba Nya harus menerima setiap pemberiannya dengan hati yg terbuka...
hanya Dia yg Maha Mengetahui akan segala-galanya...

Heartbeat Heartbeat Heartbeat

Usia Perkahwinan Kami

Daisypath Anniversary tickers

Usia Anak Pertama Kami

Lilypie Kids Birthday tickers

Usia Anak Kedua Kami

Lilypie Kids Birthday tickers
 
Copyright @ KasihSelamanya-Hadina 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi