Showing posts with label mama. Show all posts
Showing posts with label mama. Show all posts

08 August 2016

Sakit gigi selepas tampalan

Assalamualaikum...

Hari ini buat pertama kalinya mama Ina g klinik gigi untuk tampal gigi. Sebelum ni pernah g klinik tp utk cuci gigi je. Zaman kanak2 dulu, g klinik  gigi utk cabut gigi. G sorang2 jln kaki ke klinik kesihatan dan pergigian. Dulu xdenye nk risau pun. Skrg, nk lps anak2 sorang2 cmtu..hhuuuuuu xkot.

Sementara tunggu giliran nk masuk bilik doktor, terdengarlah yg sorang akak ni baru lps tampal gigi..kos mak oiii dlm RM200 gak..huhuhu. duit bawa ngam2 je.

Tiba giliran  masuk, tnye doktor siap2 brp 1 gigi tampal.. dlm RM90. Bgtau awal2, duit bw cukup2 je. Malu lakk bgtau..hihihi
Doktor senyum je...dia check bengkak dah xde so boleh tampal lah kt 1 gigi geraham tu.

Oh sungguh ngilu sekali..genggam tangan kuat2..muka dah berkerut..bile nk tampal kena lah bersih dulu tapak lama kan..baru boleh tampal.

Dah siap semua. Keluar duk kejap, mak aiiii sakitnye. Masuk balik bilik doktor tnye sakit ni normal ke.. dia kate mungkin sbb trauma yg td tu..doktor suruh amik ubat tahan sakit dulu.

Balik umah drive pun cm nk cepat sgt2 sampai umah.sakit semakin menjadi2.
Kuar air mata mahal ni...huhuhu
Sampai je terus mkn ubat tahan sakit. Tak cukup lg..amik pulak ivmist, sapu kt pipi leher..

Lps 2jam baru rase lega... sakit pun dah kurang..dlm duk sakit td tu, tangan duk google pasal sakit gigi selepas tampalan.
Jumpe satu page doktor gigi..n ada persoalan  yg sama diajukan. Kena tunggu dlm seminggu tgk cmne..kalau tak hilang jugak, g klinik semula. Biasanya akan hilang dlm masa seminggu. At least, ok sikit bile ada info ni.

Hari ni terpaksa minta papa balik amik anak sekolah coz waktu tu tgh sakit teramat. Thanks  papa.

Nnt mama Ina update semula cmne perkembangan gigi ni..hihihi

Jumpe lagi.

06 October 2013

Resdung ku....

Assalamualaikum...

Mlm ni nak citer pendek pasal resdung mama. As we know, mcm lah korang semua tau kan..hehehe, mama ni ada lah jugak resdung nye.

Senang citer tiap2 pagi asyik bersin. Dah tu bila bersin tak pandai nak berhenti...huhuhu tak larat tau..
Dan lagi satu bila makan mknn ada belacan mulalah hidung ni buat perangai..lepas tu mama kena berbekalkan tuala kecik lah..kdg2 sampai merah hidung dan tak larat.

Itu citer bbrp bulan yg lalu, tapi skrg mama rasa bertambah ok sejak guna supplement ni. Dulu pun pernah amik juga ubat utk resdung, cuma keberkesanan nya tu tak sampai cm tahap skrg. Bak kata papa, "Abg rasa supplement ni serasi dgn ayg compare yg dulu2". nape papa ckp cmtu ek. Sebabnya salah satu perkara yg org resdung ni hadapi adalah mulut berbau. Samada anda sedar atau tidak...itu mama tak pasti lah kan..yg pasti papa ckp mulut mama tak berbau mcm dulu2 dah, cuma kdg2 bau herba tu je.

Dan yg best, papa pun dah lama tak bersin pagi2 cm mama..alhamdulillah, mama puas hati dgn keadaan skrg iaitu resdung tidak melanda lagi :-)

Syukur padaMu ya Allah kerana dgn izin dan kuasa Mu telah engkau pulihkan kami dari sakit ini.

Pada yg nak mencuba, bolehlah bgtau ye :-)

Selamat malam semua.

Wassalam.

_______________________________________________________________________________


Antara testimoni pasal resdung


***RESDUNG***
***BERSIN SEPANJANG PAGI***

CUBALAH ALTAMIS HABBATUS SAUDA (AHS),
100% ASLI DARIPADA HABBATUS SAUDA BERKUALITI TINGGI

Dapatkan AHS sekarang pada harga yang berpatutan.


=============
Cara Pembelian AHS
=============

1 botol AHS hanya RM 42 (SM)
RM 45 (Sabah/Sarawak/Labuan)
termasuk poslaju

Lagi JIMAT, dapatkan PROMSI TRIPLE (3botol)
bg bulan Oktober shj

Bagi yang mahu dapatkan AHS,
sila hubungi saya sekarang di

inbox https://www.facebook.com/messages/HosHealthProduct

COD area: Bandar Dungun, Paka, Kerteh
Zarina: 019-2654520
Hadi: 019-9493148

*********************************
Penghantaran menggunakan pos laju.
Dijamin selamat sampai dalam masa 1-3 hari.
*********************************

17 June 2013

Muhasabah diri

Assalamualaikum....

Tiba-tiba terfikir, hari ini apa yg mama telah buat..adakah elok @ kurang elok..
 Marilah kita muhasabah diri kita sebelum melelapkan mata...
semoga hari ini lebih baik dari semalam
semoga hari esok lebih baik dari hari ini.

Fikir-fikirkan lah.

Wassalam.

30 May 2013

Lipan

Assalamualaikum....

"Aduh, sakitnya..sakit lah semut ni gigit. Abg, semut kat dapur tu mari mane ek, sakit gok dia gigit". Mama berckp dgn papa sambil makan chesecake. Mama baru sudah masukkan CD anak-anak dlm mesin basuh kat dapur, lepas tu duduk kat kerusi sambil mkn kek yg baru beli.

Kemudian rasa cm tak puas hati je..selak lah seluar kat celah peha. "Abg!!!! Lipan lah...." Terkejut mama apabila tiba-tiba lipan jatuh. Ntah cmner dia boleh ada kat celah peha ni..langsung tak sedar dia naik n masuk dlm seluar.

Lipan tu ada lah panjang jari telunjuk mama. Papa terus amik spray dan spray kt lipan n buang kat luar rumah.

Papa tnya, sakit tak ke bengkak tak..mama jawap ntah lah..tak tau nk bgtau..lepas tu sapu gamat je. So far, sampai skrg xde lah pula kesan2 yg teruk ke..rasa biasa je. Hopefully ok je lepas ni..May be kena kulit luar je kot.

Mama rasa lipan tu dari bilik air..bilik air kan lembap dan basah.

So lepas ni kena lebih hati-hati dan rumah serta persekitaran kena bersih semula.

Papa, esok lusa kita mulakan operasi bersih rumah..hari ni, mama akan kemas apa yg patut dulu.

ok lah..nak g salin CD adik pula ni, asyik pegang seluar je..

Wassalam.

05 April 2013

"Terima Seadanya"




note: papa pernah ckp " abg terima ayg seadanya"..kita saling lengkap melengkapi antara satu sama lain..:-)

02 April 2013

"Doa buat Suami tercinta"


Assalamualaikum...

Beberapa hari/minggu yg lalu, mama ada terjumpa satu doa, "Doa buat suami tercinta". Semestinya kita iaitu isteri mengharapkan suami yg dapat membimbing kita sebaik-baiknya. Kita ingin hidup bahagia bersama suami tersayang beserta anak-anak dan berharap agar keluarga yg dibina sentiasa di bawah payung rahmat Nya.

 

Bismillahirrahmanirrahim..
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa-dosa ku yang telah ku buat..
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkan semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan Ya Allah,

Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan unt terus bersamanya
Jika suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku di titian Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya

Sekiranya suami ku ini adalah bidadara unt. ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya­ suami ku ini adalah yg terbaik untukku di dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya..
Suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya

Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena Ya Allah...
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku

Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmat Mu Ya Allah
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu..

Aku buta tanpa bimbingan Mu..
Aku kekurangan tanpa hidayah Mu..
Aku hina tanpa Rahmat Mu..
Ya Allah, Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan Mu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi dan disayangi suami

Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu
Ya Allah Ya Tuhanku...

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi..
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa di hati suamiku..

"I LOVE MY HUSBAND"..

Amin, Amin Ya Rabbal Allamin..



04 March 2013

Ubat Resdung

Assalamualaikum...

Ptg ni mama nak cerita pasal ubat resdung. Mama ni boleh dikategorikan ada resdung tahap sederhana kot. Apa yang biasa berlaku pada mama, tiap-tiap pagi mesti bersin tak ingat..lepas tu kalau bersih rumah yg berdebu pasti bersin lagi.

Awal bulan lepas mama ada beli supplement kat farmasi. Pada asalnya nak beli apa yg tertampal kat cermin farmasi, lepas tu pekerja farmasi bgtau yg tu kesan lambat coz sapu (jenis cecair). So dia rekemen jenis pil. Ada yg tahan sebulan dan ada yg tahan 2bulan. Akhirnya mama amik yg 2bulan.

Selepas seminggu pengambilan ubat tu, mama start demam. Badan rasa lemah n hidung asyik berair aje. Mula-mula tak perasan kenapa, then terfikir..kesan pengambilan ubat tu ke??? Mama fikir mcm tu coz pagi-pagi sebelum solat subuh, hidung tak selesa n bila hempus @ "seng" (bahasa trg) akan keluar hingus yg pekat dan bercampur warna merah.

Hari pertama keluar sekali kuar byk jugak lah..sori kalau mengelikan/menjijikkan teman-teman yg baca tp ni untuk rujukan atas pengalaman mama. Mula-mula terlintas gak nk amik gmbar tp geli pulak rasanya terus cancel niat. Terlintas di fikiran cmner lubang hidung yg kecil ni boleh kuarkan benda mcm tu..huhuhuhu. Selepas kuar hari tu rasa lega sikit hidung. Kejadian ini berlarutan selama beberapa hari jugak lah..yg bezanya saiz hingus tu..yg last mmg kecil je lah. Tapi hidung mmg rasa lega sgt2. Bila ditny pada pekerja farmasi, dia bgtau teruskan pengambilan ubat itu.

Dan sekarang ni, mama dah tak bersin lagi waktu pagi. Kalau ada pun sekali sekala je. Papa pun perasan perubahan pada mama. Kalau dulu bersin sampai gatal mata. Mungkin ubat itu serasi dgn mama. Alhamdulillah sekarang dah ok. Dengan izin Nya mama bertambah ok.

Sebenarnya ubat itu adalah usaha kita untuk mengubati sakit kita , yg menentukan sembuh @ tidak adalah Allah swt..jgn kita lupa semua itu..

Selain untuk resdung, ubat ini jugak untuk kulit, rambut. Rasa dia masam2 sikit. Dah lah besar, mama susah nak telan sampai kadang kala mama gigit bg kecil sikit..hahahaha. beginilah kalau tak reti nak telan ubat.


Ingin tau lanjut pasal produk ni boleh klik gmbr tu yer.

Syukur pada Nya ditemukan dengan ubat yg sesuai.

Pada yg ada resdung boleh cuba produk ni yer..pada mama, ianya berkesan. In Shaa Allah ianya mungkin berkesan buat anda juga.

Wassalam.

Lebih baik dari semalam...


gambar dari sini

Buat sayang-sayang mama,
Mama akan cuba sedaya upaya untuk 
menjadi ibu yang terbaik untuk 
Farhah dan Fahmi,
Mama sayang anak-anak mama :-)

22 November 2012

Hanyut.................

Assalamualaikum...

Pagi ni kepala terasa hanyut je...pastu pening-pening...huhuhuhu..papa lak keje hari ni.

amik dr Mr Google


Mana taknye pening, kalau dah pukul 3-4pg terjaga...alkisahnye adik terkejut tidur pastu nangis, minum tak nak, dukung tak nak..last last nak salin rupanya...dah tak selesa CD dia basah. banyak sgt pee pee ni.. :)

Lepas tukar CD baru, adik tak nak tidur pulak...mata layu je, tp tak nak tidur...minum sikit bangun...pastu main..pastu minum...mama pun tidur tak tidur je..papa bangun subuh tadi, Fahmi mmg dah bangun..papa nk g keje pun nak ikut.nasib baik mama sedar, tgk pintu bilik terbuka n adik ada kat pintu tunggu papa..

Skrg ni rasa nak sambung tidur kejap, bg rasa pening & hanyut tu kurang..lagipun byk keje menanti kat rumah ni..huhuhu.

OK.

Wassalam.

22 September 2012

Kemalangan akibat kecuaian

Assalamualaikum...

Kemalangan tidak mengira tempat, masa, siapa dan di mana. Ianya boleh jadi serius dan boleh jadi sekecil-kecilnya. Kdg kala kemalangan berlaku akibat kecuaian dan kelalaian kita sendiri..kdg-kala kita merasakan ianya sesuatu yg remeh tapi yg remeh itulah punca kepada kemalangan yg serius.

Tak nak bebel pnjang2, just tgk je lah picture ni.

lihatlah pada kesan gelembung di kiri dan kanan jari.

Nak tau cmner terjadi?????????

Waktu tu, mama tgh masak bubur nasi sambil kacau-kacau bg nmpak halus sikit..memandangkan waktu tu jugak air semakin sikit jadi ia pun menggelegak lalu terkena jari tangan kanan. terkejut sakit terus gi basuh bawah air paip...awal-awal tak nmpk sgt kesannya..mlm tu baru naik gelembung air..skrg ni pun still bergelembung. Papa ckp jgn pulak picit @ cucuk dgn jarum, biar mcmtu biar dia pecah sendiri..huhuhuhu..mama ni bkn boleh tgk gelembung mcm tu, rase nak picit aje..papa ckp kalau picit n teruk, jgn salahkan papa tak nasihat...huhuhuhu...sabar je lah..

Pengajaran dari sini:

> jgn ambil mudah @ sambil lewa akan sesuatu pekerjaan.
> selalu siapkan diri in case perkara sebegini terjadi.
> pastikan first aid kit kat rumah mencukupi dan lengkap.

Wassalam.



20 October 2011

masih di sini...

assalamualaikum.....

apa khabar semua? mama masih lagi di sini, di paka menghitung / membilang hari menunggu saat tiba waktunya...tapi sampai sekarang tak kunjung-kunjung tiba lagi...huhuhu...semakin takut dan berdebar rasanya hati ini.

18hb baru ni dah pegi check up kat hospital tp tiada tanda-tanda lagi...doktor mula bimbang...doktor ckp due 22hb, so dia suruh dtg 23hb kalau masih cmni jugak takde tanda-tanda nak bersalin...waktu tu mayb mama kena induce kot...huhuhu...

di sini mama ada sertakan link kalau sesape nak tahu lanjut pasal induce. 
waktu farhah dulu pun kena induce gak, coz farhah dah kurang gerak jadi doktor nak percepatkan lah proses kelahiran...last2 kena bedah jugak coz heart beat dia dah jatuh..mayb dah keletihan kot...

di kesempatan ini, mama mohon ampun dan maaf andai ada keterlanjuran dan kesilapan sepanjang perkenalan ini...doakan agar mama n junior selamat dilahirkan... :)

wassalam.

04 October 2011

"Surat Untuk Mak"

Assalamualaikum.....

Hari ni, waktu mama tengah belek FB..mama terjumpa & ternampak satu post bertajuk "Surat Untuk Mak". Tergerak hati ini untuk membaca apakah isi kandungan surat itu.. Sebaik membaca isi kandungannya, hati mama jadi sedih, sayu, hiba dan teringat kat arwah bonda tercinta.

Mama tak pandai nak mengarang surat seumpama surat yg ditulis penulis JomSayang. Tapi yg pasti apa yg terbuku dihati sebagai seorang anak, lebih kurang sama je...kasih seorang anak pada ibu dan kasih ibu pada anak-anaknya.

Sayangilah ibu kita selagi hayatnya masih ada...

Inilah "Surat Untuk Mak". (mama dah mintak izin penulis untuk copy paste note ni)

"Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi, Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak..... itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa..... dan itu juga terakhir kali nya.

Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh..... nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni..... mak macam dah sedia.....

Seminggu sebelum tu.....mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai..... Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu.... tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih..... kakak pun rasa hairan..... mak tak penah buat gitu..... pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak..... tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ...... kengkadang siaran indonesia ...mak terus tekun menganyam... Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2.... pastu mak jemur karpet-karpet... pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..mak biarkan ruang tu kosong.. rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak.. ada kat dalam almari..... ada kat dalam dalam beg..... ada dalam ASB..... ada kat dalam Tabung Haji.. mak cakap tak berapa cukup lagi.... ada kat dalam gulung tikar..... masa tu mak perasan takk..?? kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa... mak cuma gelak jer... eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut..... bila malam tu kiter sampai dari KL.....mak dah dalam kesakitan. Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk..... mak tetap takmau pi hospital.... . dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk.. Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... . tapi kiter berkeras juga pujukk.. nanti di hospital ada doktor...ada ubat untuk mak.. kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..mak memang degil.. tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk.... mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakitkami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua... kami nak mak sehat... kami sayang mak... kami tak mau mak sakit... kami terpaksa juga hantar mak ke hospital.... ampon kan kami yer mak....

Mak..... Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter... Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak, kiter kata nak beli kereta.... Mak asyik tanya ajer..cukup ker duitt.. kiter jawab pula...kalau tak cukup, mak kan banyak duit... mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....mak buat kenduri kesyukuran.. ....

Dan kiter masih ingat lagi...bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor..... Punya la kiter takut...kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak..... Bila balik sahaja kampong....kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj..... Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...mak tanya kenapa...? Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau... Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar... mak, kiter menipu mak kan ...ampon kan kiter.... Mak..... Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006 Bila tiba aja kat hospital.... nurse tengah balut mak dengan kain putih..... mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital... Mesti mak nampak abang cium dahi mak..... Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak.... Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu... mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar... Adik kat sebelah diam melayan perasann... Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini... jalan di depan terasa makin kelam..... airmata dah tak mampu di tahan.... Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela... Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga... di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..kosong. ...sekosong hati ini..... Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. ..... terasa syahdu dan sayu...dinginnnn..

Mak.....
Kiter masih ingat lagi... Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak... Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ..... Anak2 mak yang pangku masa mak mandi.... Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak..... Kiter gosok kaki mak perlahan lahan..... Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.." Bila makcik tu kata gitu... lagi laaaa laju airmata ni..tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis..... kiter nangis ni..... Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi.... Takder orang yang bangun lagi..... kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...kiter rindu kat mak..! Takpa la....nanti bila kita selesai sembanyang subuh, kiter baca yassin untuk mak... mak tunggu ya..!Mak.. Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... . Semua anak2 mak mengelilingi mak...menatap wajah mak buat kali terakhir.... Semua orang kata mak seolah2 senyum aja... Mak rasa tak....masa tu kiter sentuh dahi mak.... kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk..... Kiter tak mampu nak cium mak...kiter tak daya.... kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar... Airmata kiter tak boleh tahan.... Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak... tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah.... Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik... badan akak terasa panas... makk...anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. . Mak..... Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi... Begitu terasa kehilangan mak...boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata... Dan sampai satu tahap....masa tu malam jumaat selepas maghrib... Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. .... entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...semakin kiter tenung terasa semakin sayu...tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...kiter cuba bertahan... memujuk diri sendiri tapi tak juga reda... Kiter rasa nak telefon mak... nak cakap dengan mak.... anak mak yang ni dah tak betul kan ...?Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong... Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...Puas la kakak memujuk kiter... Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.." Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati... rasa nyilu sangat... menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni.... Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak.... cukup la sampai sini dulu.... kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu.... kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid... selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan .... kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak... esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula.... Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...pastu kawan kiter bgtau...simpan je buat kenangan..Kiter cuma tau alamat ni aje... Takper yer mak...kiter kasi orang lain baca... Kiter stop dulu...sebab kawan kiter dah lama tunggu tu... akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO MUCH dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter... memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah.. sampai masuk unibesiti.. sampai kiter boleh rase naik kapal terbang... boleh rasa duduk kat negara orang... sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas.."

Kalau sesape nk baca yg original boleh lah klik sini yer.

Wassalam.

27 September 2011

Ku menunggu...

Assalamualaikum....

Apa khabar semua? Dah lama kan mama tak update blog ni, dah bersawang-sawang agaknya...hehehe...dulu pun dah bersawang, sekarang lagi bersawang...isk isk isk...

mama selalu je buka blog ni tapi time nak tulis tu, takde idea. padahal mcm2 boleh ditulis/ dikarang...mcm2 perkara yg berlaku. tangan ni jadi kaku nak tekan keyboard...
ni baru rase ada semangat sikit nak menaip...harap2 lepas ni semakin rancak menaip lah...

mama sekarang ni tengah menunggu detik waktu hari dan nath bila akan sampai waktu untuk melahirkan baby junior...mengikut kata doktor, junior dah berada dlm posisi yg baik/elok untuk deliver. mayb bukan masanya lagi untuk keluar melihat dunia ini...

last check up, doktor bgtahu yg keadaan junior naik...kepala dah berada dibawah dlm posisi yg sepatutnya...tali pusat pun ok..uri pun berada di tempat yg sepatutnya...senang citer, semua ok...alhamdulillah...semoga semuanya selamat nnt.

lusa akan ada lagi check up untuk 37weeks...mama buat check up kat KTS. esok kami sekeluarga akan berangkat pulang ke kuala terengganu..skrg ni setiap minggu kena balik k.trg untuk check up...
sebenarnya mama agak bimbang gak, doktor ckp bila2 dah boleh deliver ni...cuma tak leh nak bgtau tepat2 bila masanya...huhuhu...yg pasti pregnant kali ini totally berbeza dgn yg pertama dulu sewaktu Farhah...

waktu farhah, mama tak pernah rase perut ni mengeras...tp yg ni selalu sgt mengeras...
lagi satu mama selalu sakit kat bahagian bawah...bila baring lama @ bangun dari tido pasti sakit...dan skrg semakin susah nak bangun n sakit bila nak berjalan masa awal2 bangun...

baru ni ada tanya doktor, dia ckp sebab kepala baby dah berada kat bawah jadi dia mcm fighting each other dlm ruang yg kecil...sakit ni akan hilang bila deliver nnt lah...huhuhu...

mama pernah tny papa, waktu pregnant ke farhah ada tak mama mengadu sakit cm skrg? papa bgatau takde lah pulak...mama perasan mama hanya rase sakit bila nak bersalin, tu pun coz kena msuk ubat...lagipun doktor ckp, mama dah lewat sikit...
harap2 yg ni, mama dpt bersalin secara normal....nak jugak merasa bersalin biasa kan..hehehehe..

oklah, setakat ni dulu buat mlm ni..nnt ada kelapangan n idea mama tulis lagi...

wassalam.

24 August 2011

sepi menyepi

sudah terlalu lama mama menyepi dr menulis blog....
bukannya apa, cuma jari jemari ni dah tak tau nak tekan n tulis apa...
dah tak tau nak tulis cerita mengenai apa...sedih ke gembira ke...
dan di saat ni, air mata bergenang dan laju je mengalir...
'jgn macam ni mama...mama kat pregnant..tak elok sedih2 sgt...
kandungan kena jaga tau...'

"Ya Allah, Engkau tabahkan lah hati hambaMu ini menghadapi ujian ini..."

02 August 2011

Puasa hari kedua

Hari ni dah masuk hari kedua umat Islam berpuasa....syukur masih diizinkan untuk bertemu dgn bulan Ramadhan yg mulia ini...

hari ni mama buka pose sorang2 coz papa keje shif mlm...rase sunyi je makan sorang2...
seperti smlm, mama tak masak pun...
sahur hari pertama, mmg lauk yg mama masak sblh mlm...buka pose papa beli nasi kukus balik dr keje.
sahur hari kedua, papa beli lauk kat kedai..pastu panaskan aje waktu sahur..
buka pose td, kami pegi je bazar Ramadhan kat Paka ni...

ntah kenapa, lps buka pose dua hari ni....mama tak sedap bdn aje...smlm, sempat gak terawih dgn papa...tp bila dah lama sikit, mama rase cm nak pitam...selesai aje bg salam, mama rebahkan diri coz tak tahan sgt..bdn dah berpeluh2...then mama rehat aje..

hari ni, lepas buka pose...mama sakit perut..sakit yg teramat. mama rase cm sakit yg masuk wad last time..then mama amik Sun Chlorella A dlm 8biji n minum air. pastu mama tahan je sakit sampai tertido.
hampir sejam jugak lah mama tido...masa terjaga tu, sakit dah kurang..tapi masih tak selesa.. until now, still tak selesa lagi..cuma tahan je lah...

adakah mama tersalah makan????????
oh mama tak pasti yg itu...
yg pasti bdn mama berpeluh2 waktu tu...perut lak asyik cm mengeras je...kadang2 mama bimbang gak kat junior...so far junior still bergerak aktif...

dan satu lagi yg pasti mengandung kali ini mmg berbeza dgn waktu mengandungkan farhah dulu...
adakah perut mama jadi semakin sensitif selepas pembedahan melahirkan Farhah....

"Ya Allah, Engkau tabahkan lah hati ku menghadapi ujian Mu ini..."

23 June 2011

sakit kembali..

tiba-tiba tadi mama rasa sakit kembali...
sakit kat belakang, pinggang...nak jalan, nak baring pun tak selesa...
tak tau nak buat camner..
adakah pg td mama terlalu mendesak diri buat kerja rumah....?????????
oh ku tak tahu.................kalau tak buat kerja tu semua tak senang duduk...tgk pun rimas je...
skrg ni ok jap..tak tau jap lg cmner....

22 June 2011

berumah di KT Specialist (part 2)

selepas telefon Dr., mama terus bgtau papa apa yg doktor ckpkan...papa pun call PM Care tny klinik panel area Kay Tee n cmner kalu nak g KTS without GL...diaorg kate boleh n terus gi bahagian emergency...so kitaorg pun bersiap2..mama tak bawa pun pakaian coz tak expect kena stay...

on the way ke KTS, perut mama asyik buat hal..kali ni semakin kuat sakit nye...bila dtg sakit tu, mama rase nak nangis coz sakit sgt..then dia stop kejap.. pastu dtg balik..bila sampai KTS terus g bahagian register..farhah lak dah tido dlm kete...mase tu sakit stop jap...sakit ni main2 lak dgn mama..time kena check dgn doktor, dia baik je...b4 jumper MO (medical officer) nurse check tekanan darah n suhu...semua ok..pastu masuk jumpe MO. Mlm doktor pakar takde, jd jumpe MO je lah..

bgatu lah kondisi mama dr pg sampai ptg...dia ckp mayb cirit. then mama bgtau yg mama tgh pregnant..lps tu, doktor kasi ubat..dia kate kalu lps mkn ubat masih tak ok, dtg n jumpe pakar lah..mama n papa ok je..waktu tgu ubat tu, tiba2 sakit dtg lagi..mama tak tahan sampai nangis..then nurse bg mkn ubat yg doktor kasi..dia bg pilihan kat mama nak rest kt bilik rawatan jap...

cm mama bgtau, sakit ni dtg n pergi...nurse pun nmpk cm bimbang gak...lepas mkn ubat pun still sakit jugak..so, diorg tny MO n decided masuk ward..mlm tu jugak mama admit kat ward..lepas baring jap kat ward, doktor pun dtg...dia check n tny few Q..buat scan...baby ok takde masalah..kesan bedah last time pun ok..jadi mama kena rehat dulu kat ward n esok dia akan dtg check again.

mlm tu, mama tetap tak leh tido..sakit dtg n pergi....sebelum tu, nurse ada kasi ubat tahan sakit...moga sakit berkurangan...tp still same.doktor takleh nak kasi sbrngan ubat coz mama tgh pregnant...bimbang kandungan nnt...mlm tu, mama just bertahan je lah...papa n farhah menemani mama kat ward.

esoknya doktor pakar yg sambut kelahiran farhah dtg..eh, bukan ke dia bercuti..tiba2 ada pulak...mayb he needs to come kot...:) dia check perut mama n asked few Q..n dia jangka mayb keracunan makanan...papa ckp, dia mkn same cm mama tp ok je..doktor bgtau...perut org mengandung ni sensitif sikit..kdg2 mknan same dgn org lain tp kesan berbeza..kiranya perut mama ni kategori sensitif lah ni..nak buat cmner, dugaan nak dtg kan..mama redha je lah..doktor bgtau..kali ni, pemakanan kena jaga sikit..kalu mkn nasi lemak be careful dgn sambal..kot tak kena dgn perut..doktor bgtau, bila usus kita(bg yg pregnant) tak sihat..dia akan effect jgk kat rahim kita, tu yg mama rase sakit cm kontraksi je..dia kecut n ngembang..dan lagi satu doktor pesan mama takleh angkat @ buat keje berat...tersenyum je lah mama lepas ni..

kalu nak diikutkan ptg tu, mama dah leh balik if sakit dah berhenti..tp still ada..n doktor cdgkan keluar esoknya...ubat pun dah tmbah lagi jadi 4 jenis...1 cirit, 1 kuat rahim, 2 angin.

maka berumahlah mama , papa n farhah di KTS selama 2hari 2mlm..lepas discharge , kami balik paka semula..jadi tak sempat nak tido umah parent pun..mama ikut papa balik paka bukannya ape, kalu ada papa, mama ok sikit..maklumlah farhah dia susah sikit dgn org lain...he can handle farhah..mama pun bukannya sihat sepenuhnya lagi..bab dukung farhah, papa dah tak kasi mama dukung...untk keselamatan mama n kandungan jugak..

skrg ni, walaupun dah ada kat rumah....mama takleh buat keje berat lagi..sakit kdg2 dtg jugak..mujurlah ada papa yg memahami, caring...mama sayang papa!!!!!MMMMMUAAAAH

21 June 2011

berumah di KT Specialist (part 1)

baru-baru ni mama balik kg kat tee untuk 2-3hari...perancangan begitulah...tapi kdg2 apa yg kita rancang tidak semestinya berlaku seperti kehendak kita..kita hanya mampu merancang tapi Allah yg menentukannya.

pagi tu, seperti biasa mama n papa sarapan dulu then kemas brg2 yg nak dibawa pulang...mama rase ada somethung tak kena aje dgn perut mama..mama rase tak selesa tp masih boleh kawal...lepas farhah bangun n mandikan dia..kami siap2 nak balik..

tghari kami makan kat dungun...ada kedai makan bersebelahan TNB..(tak silap mama)...mama n papa masing2 makan nasi beriyani..kebetulan hanya hari sabtu je diorg jual...sekali lg mama rase tak selesa dgn perut mama..bila masuk keta nak bertolak,mama bgtau papa yg mama rase tak sedap perut ah dr pg tadi..tp still boleh control..

sebelum balik umah parent, akmi singgah dulu kat Marang umah nenek papa...kebetulan dia baru balik dr buat umrah..jd melawat dia terus lah...selepas bercerita n makn2 sikit, kami pun bertolak ke umah parent mama.

lewat ptg, mama dah mula rase sakit kat perut..sakit yg sekejap dtg sekejap pergi...mase tu jarak antara sakit tu jauh jauh...lama2 semakin dekat...mama dah jadi tak keruan..ngadu kat papa n then call Dr yg biasa rawat kami kat Paka..selepas bbrp minit berbincang..dia sarankan mama buat check up secepat mungkin bimbang kalau ada sesuatu yg tidak sepatutnya terjadi...

22 May 2011

Selamat Hari Lahir Puan Zarina

Hari ni maka genaplah umur mama 29tahun...wah cepatnya masa berlalu...next year dah 30tahun...alamak, lagi nmpak "tua" lah..hahahaha

Tapi yg penting kita harus bersyukur kerana masih diberi kesempatan hidup untuk menikmati hidup di dunia ini dan beramal dengan apa yg diperintahkan oleh Nya...



Sambutan birthday???????herm..mama jarang @ mayb tak pernah celebrate pun birthday...hanya ucapan yg selalu mama terima...skrg ni bila dah kawen, ucapan dari suami lah yg dinantikan....hehehe...
aktiviti hari ni cm hari2 biasa je, takde yg istimewa sgt...lagipun papa keje...so tak nak lah kaco dia sgt...maybe kalau ada kesempatan ktorg mayb celebrate sekali dgn anniversary nnt...

cuma bukan dlm masa terdekat ni lah..mayb pergi bercuti ke...hehehe...

oklah, mama tak pandai sgt nak karang2 esei ni.. :)
c u all again....

26 April 2011

alahan mama mengandung

Bismillahirrahmanirrahim....


semoga kita sentiasa mendoakan kesejahteraan buat kedua ibu bapa kita setiap hari dan setiap kali selesai solat..

oklah kawan-kawan...apa khabar semuanya?semoga sihat-sihat belaka yer...yg mane tak berapa sihat tu, byk-bykkan berehat n mkn ubat..yg sihat pulak, jgn pulak gi cari penyakit yer..cegah sebelum kena...
kalu terkena jugak, itu mungkin ujian buat kita...

back to our topic...pregnant kali ni, mcm2 dugaan yg dtg...kdg2 sampai mama tak tau nak buat apa n nak tuju ke mana...tapi mama tau, setiap apa yg terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya...

sekarang ni mama mmg tak masak...huhhhhhhhhhhh....bau org masak je pun dah tak tahan...makan takpe pulak..hehehe...tapi tak semua makanan boleh masuk dlm mulut...kdg2 sampai tak tau nak makan ape..sebab tekak cerewet sikit...bukan sikit, baaaaaaaaaaaanyak...

rase nak makan tp bila nak makan tak tau apa yg serasi...ni dah 2-3 hari tak muntah...loya mmg ada...skrg ni mama rase nak baring je..keje umah asyik terbengkalai aje skrg ni...bila larat je buat, kalu tak...cmtu lah umah...nasib baik suami mama memahami isterinya...

bbrp mlm yg lalu, papa keje mlm.....mama lak tiba2 rase loya yg teramat sgt...masuk je bilik air...terus muntah...sampai dah takde ape nak kuar...tapi nak jugak muntah...akhirnya tekak mama pedih sgt2...nak makan ke minum ke...pedih je rase tekak ni...huhuhu

satu lagi mama ni pantang mkn lewat2...hah, pastu siaplah....loya tak sudah....tapi bila nak mkn tu, tak tau nk mkn ape..tu tak kena ni tak kena...dah tu nak mkn ape....huhuhuhu

ok lah semua...mama stop kat sini dulu yer...nnt kite "jumpe" lagi...
wassalam.





Heartbeat Heartbeat Heartbeat

Usia Perkahwinan Kami

Daisypath Anniversary tickers

Usia Anak Pertama Kami

Lilypie Kids Birthday tickers

Usia Anak Kedua Kami

Lilypie Kids Birthday tickers
 
Copyright @ KasihSelamanya-Hadina 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi