Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

08 July 2014

27 May 2013

15 May 2013

Tips Suami Isteri





Tips Jika Anda Bertengkar dengan Suami/Isteri

Ada waktu di mana pasangan suami isteri diuji dengan ketidaksefahaman satu sama lainnya dalam suatu perkara. Sebagai wanita solehah, hendaklah selalu menjaga adab serta kesopanan dalam berbicara.

“Kehormatan suami sebagai pimpinan keluarga tetap dijunjung tinggi. Rasulullah saw bersabda, “Isteri yang mahu menerima sifat pemarah suaminya, akan diberi ganjaran oleh Allah dengan ganjaran yang sama seperti yang diberikan kepada Asiah binti Muzhahim (isteri Firaun).” ( Kitab Biharul Anwar, 247).

Rasulullah SAW bersabda, “Bila dua orang muslim tidak saling berbicara selama dua hari, maka keduanya telah keluar dari Islam, dan tidak akan ada persahabatan yang tersisa pada mereka. Dan salah seorang dari mereka yang mempunyai niat untuk berbaik kembali akan masuk syurga lebih cepat daripada yang lainnya pada hari Hisab.” ( Biharul Anwar, 103).

Juga sebagai seorang wanita solehah hendaknya memahami aturan Allah dalam hal berselisih di antara suami isteri. Jika perselisihan ini disebabkan nusyuz-nya isteri, maka Allah memerintahkan beberapa jalan yang harus ditempuh oleh suami dalam memperbaikinya. Iaitu dengan cara;

1. Memberi nasihat
2. Berpisah tempat tidur
3. Pukulan (yang tidak menyakitkan).

Peraturan ini telah diungkapkan oleh Allah dalam firman-Nya: “Wanita-wanita yang kamu khuatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka dari tempat tidur, dan pukulah mereka. ” (An-Nisa: 34) .

Tentu sebagai wanita solehah, bila terjadi perselisihan, dan kesalahan di pihak kita, maka cukup dengan nasihat. Lalu segera memperbaiki diri, bertaubat dan beristighfar kepada Allah. Hendaklah jangan sekali-kali terlontar ucapan kotor dan menyakitkan suami dari mulut kita.

Diriwayatkan bahwa Laqit bin Shabirah ra. bertanya kepada Nabi saw, “Ya Rasulullah, aku mempunyai isteri yang lisannya suka mengeluarkan kata-kata yang tidak baik.” Sabda baginda, “Ceraikanlah dia.” Aku berkata, “Aku mempunyai anak darinya dan aku telah hidup bersamanya lama sekali.” Sabda baginda, “Nasihatilah dia, jika dia mahu menerima nasihat, maka terimalah. Dan jangan kamu memukul isterimu sebagaimana kamu memukul hamba-hambamu.” (Abu Dawud).

"Semoga Allah SWT sentiasa memberikan rahmat, keharmonian, perlindungan di dalam rumahtangga kita .. Semoga Allhah melimpahkan sejuta kasih sayang yang tidak bersempadan di antara suami isteri dan anak-anak yang telah dianugerahkan.
Aminn ... "

06 April 2013

"Saya nak jadi anak solehah"

Assalamualaikum...


Anak yg solehah sentiasa mendoakan kedua ibu bapanya.
Jangan kita lupa tanggungjawap kita untuk selalu mendoakan kesejahteraan mereka di dunia dan juga akhirat.


Wassalam.

05 April 2013

"Terima Seadanya"




note: papa pernah ckp " abg terima ayg seadanya"..kita saling lengkap melengkapi antara satu sama lain..:-)

04 April 2013

"Love Your Family"


note: bila lah agaknya dapat gi main salji ..hehehehe

02 April 2013

"Doa buat Suami tercinta"


Assalamualaikum...

Beberapa hari/minggu yg lalu, mama ada terjumpa satu doa, "Doa buat suami tercinta". Semestinya kita iaitu isteri mengharapkan suami yg dapat membimbing kita sebaik-baiknya. Kita ingin hidup bahagia bersama suami tersayang beserta anak-anak dan berharap agar keluarga yg dibina sentiasa di bawah payung rahmat Nya.

 

Bismillahirrahmanirrahim..
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa-dosa ku yang telah ku buat..
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkan semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan Ya Allah,

Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan unt terus bersamanya
Jika suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku di titian Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya

Sekiranya suami ku ini adalah bidadara unt. ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya­ suami ku ini adalah yg terbaik untukku di dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya..
Suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya

Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena Ya Allah...
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku

Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmat Mu Ya Allah
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu..

Aku buta tanpa bimbingan Mu..
Aku kekurangan tanpa hidayah Mu..
Aku hina tanpa Rahmat Mu..
Ya Allah, Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan Mu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi dan disayangi suami

Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu
Ya Allah Ya Tuhanku...

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi..
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa di hati suamiku..

"I LOVE MY HUSBAND"..

Amin, Amin Ya Rabbal Allamin..



23 March 2013

Pesanan buat semua...

Assalamualaikum...

Marilah kita sama-sama lihat, baca dan muhasabah diri.
Adakah kita semua peka akan pesanan ini????

sumber di sini

Semoga 6 pesanan ini tidak hanya tinggal sebagai pesanan tetapi sebagai panduan kita menjalani kehidupan seharian.

Wassalam.

12 March 2013

DOA UNTUK IBU BAPA




DOA UNTUK IBU BAPA

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka.........

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau
kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, atau
hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah, hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu..........
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua
kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.
Istighfarlah,Istighfarlah...

Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini.
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...





Heartbeat Heartbeat Heartbeat

Usia Perkahwinan Kami

Daisypath Anniversary tickers

Usia Anak Pertama Kami

Lilypie Kids Birthday tickers

Usia Anak Kedua Kami

Lilypie Kids Birthday tickers
 
Copyright @ KasihSelamanya-Hadina 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi