Hari ni kita belajar buat puding yer..Kita buat "Puding Milo Lapis Oreo".
Resepi mama dapat kat FB Page Buku Resepi. Macam-macam resepi ada...just cari je.
Nk masak ape, ikan, ayam, seafood, western...semua ada. Nak dengan tak nak je..
PUDING MILO LAPIS OREO
Oleh:Suriani Osman
cc : www.facebook.com/
Bahan-bahan
10gram serbuk agar2
750ml air
150g gula
1 tin susu cair (400ml)
3/4cawan milo
satu bungkus oreo (135g) - patahkan dua2
Cara-cara
Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut.
Masukkan gula dan masak hingga larut.
Masukkan susu cair kacau sebati hingga mendidih.
Bahagikan 2 bhgn dan 1 bhgn dicampurkan milo dan kacau hingga sebati.
Bahagikan 1 bhgn milo kpd 2 bhgn.
Masukkan 1 bhgn milo ke dlm acuan.
Apabila mengeras sedikit, tuangkan adunan putih tadi. taburkan biskut oreo.
Sejukkan sebentar sehingga mengeras sedikit kemudian tuangkan pula baki milo tadi.
Sejukkan sekejap dgn suhu bilik kemudian masukkan peti sejuk.
Potong dan Hidangkan.
Itulah resepi untuk hari ni. Simple je kan. Terima kasih bukuresepi kerana sudi kongsikan resepi ini bersama.
Papa ckp ok lah..kiranya menjadi lah jugak walaupun lapisan nye tak menjadi sgt,rasa tetap ada. :-)
Selamat mencuba.
Wassalam.
0 comments: