Showing posts with label PTPTN. Show all posts
Showing posts with label PTPTN. Show all posts

20 February 2013

PELEPASAN PTPTN

Assalamualaikum...

Di sini dengan rasminya mama mengumumkan yang mama telah selesai menjelaskan hutang pinjaman PTPTN pada 18 Februari 2013 di Kuantan. :-) Syukur alhamdulillah, dengan izin-Nya maka mama dapat selesaikan hutang pinjaman PTPTN itu.

Fuhhh, lega rasanya hutang pinjaman PTPTN dah jelas. Sekarang dah tak perlu fikir pasal hutang pinjaman PTPTN dah, fikir pasal lain pulak. Untuk anak-anak, papa dah dartarkan SSPN utk mereka. Setiap bulan ada lah sikit simpan dlm tu. Nnt bila diaorg sambung belajar tinggi-tinggi, sekurang-kurangnya ada simpanan yg boleh digunakan untuk pembelajaran kelak. Maklumlah kos pada 20tahun akan dtg pasti dah tinggi dari skrg.

Papa, terima kasih sebab top up mana-mana yg perlu selama ini. Selepas ni kita fikirkan bersama bagaimana untuk uruskan kewangan yg baru.

Buat PTPTN, terima kasih sebab bagi pinjaman untuk mama belajar dulu.. :-)

Mama bukannya nak menunjuk-nunjuk yg mama dah habis byr, tapi sebagai galakan buat teman-teman yg sama-sama belajar dan sama-sama buat pinjaman untuk jelaskan hutang duit yg kita dah pun habis guna waktu belajar dulu. Arwah Ma pernah pesan, "bayarlah walaupun sikit, lama-lama habislah tu".

Ok, skrg hutang dgn bank dan PTPTN dan settle..yg tinggal hutang dgn papa je..hutang ape yer..hehehehe, adalah tu. Yang itu mama akan settle kan dgn papa slow n steady.

Selepas ni, mama nak kena fikirkan macam mana nak jana pendapatan keluarga untuk masa depan dan anak-anak..pasti ada sesuatu yg boleh dilakukan, cuma bagaimana nak laksanakannya yer.

Semoga Allah pemudahkan segala urusan kami sekeluarga di dunia dan di akhirat kelak..

Kita sambung lagi nnt yer.

Wassalam.

11 February 2013

Pinjaman PTPTN

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Semoga semuanya sihat-sihat belaka. Kami sekeluarga kurang sihat sikit, mama dgn anak-anak dilanda demam selsema. Papa dah baik dari demam..papa lah yg 1st kena dan skrg kami pula...

Back to our topic regarding PTPTN, kawan2 yg masih berurusan @ berhutang dgn PTPTN cmne .. ada buat payment tiap2 bulan tak? @ terus senyap aje..jangan lupa byar tau..masa dulu nak belajar kita minta pinjam, skrg dah habis belajar n bekerja..kita kenalah bayar.

Mama pun try slowly finish kan baki pinjaman skrg ni. Masa awal-awal habis belajar, mama try bayar walaupun dlm jumlah yg kecil. Masa tu gaji kecil je. Gaji mingguan coz part time kan.. mama try kumpul tiap2 minggu dan cukup bulan byr. pandai-pandai lah kita agih wang kita...

Mama harap bulan ni dpt settle kan semua hutang pinjaman PTPTN tu. At least selesai satu hutang pinjaman nnt...takdelah asyik duk fikir bila lah nk habis hutang pinjaman ni..

Oklah nnt mama update lagi perkembangan nya ye..

Wassalam.



28 January 2011

PERMOHONAN PERTUKARAN KOS PENTABIRAN DARI 3% KEPADA 1% (UJRAH)

Akhir tahun lepas, mama telah isi permohonan PTPTN pertukaran kos pentadbiran dari 3% kpd 1% (ujrah). Dan baru-baru ni dah dapat keputusannya..
inilah keputusan yg pihak PTPTN email.


dan sesudah dapt resultnya mama pun try lah untuk login semula kat PTPTN. mama login cm biasa kat e-fes dan guna kata laluan yg dia kasi. malangnya dia ckp no pin tak sah..pelik jugak..setahu mama e-fes tempat semak penyata.. rase tension coz try try tak dpt jugak...

2-3 hari lepas baru mama berpeluang call PTPTN...pastu tny lah yg password tu nak login mane sebenarnya...dgn baik hati dia pun bgtau, login kat permohonan online. rupa-rupanya kat situ..


klik kat no 02 Permohonan Online


 lepas tu isi no kad pengenalan n kata laluan yg PTPTN kasi kat dlm email.isi kat anak panah merah tu.



dan inilah hasilnya...tapi korang tak dapt lihat pape lah coz selagi tak hntar surat tawaran , maklumat kat dlm ni kosong je lah..

skrg ni mama tgh fikir samada nak isi @ tak...sebab baru-baru ni confius, ada yg mengatakan sistem baru ni tak menguntungkan peminjam tapi sebaliknya...

setelah buat kira-kira sendiri dgn papa, mama fikir nak proceed coz beza yg skrg 3% dgn 1% dlm seribu lebih gak..kiranya mama boleh jimat RM1000++

mama akan isi asap..tp tak leh lah lewat sgt smpai 90hari @ 3bulan dr surat twran..hehehehe..

kawan-kawan kat luar sana cmner?dah isi permohonan @ belum dan dah fikir masak-masak?

PILIHAN DI TANGAN ANDA !!!

Heartbeat Heartbeat Heartbeat

Usia Perkahwinan Kami

Daisypath Anniversary tickers

Usia Anak Pertama Kami

Lilypie Kids Birthday tickers

Usia Anak Kedua Kami

Lilypie Kids Birthday tickers
 
Copyright @ KasihSelamanya-Hadina 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi