Showing posts with label haiwan. Show all posts
Showing posts with label haiwan. Show all posts

30 May 2013

Lipan

Assalamualaikum....

"Aduh, sakitnya..sakit lah semut ni gigit. Abg, semut kat dapur tu mari mane ek, sakit gok dia gigit". Mama berckp dgn papa sambil makan chesecake. Mama baru sudah masukkan CD anak-anak dlm mesin basuh kat dapur, lepas tu duduk kat kerusi sambil mkn kek yg baru beli.

Kemudian rasa cm tak puas hati je..selak lah seluar kat celah peha. "Abg!!!! Lipan lah...." Terkejut mama apabila tiba-tiba lipan jatuh. Ntah cmner dia boleh ada kat celah peha ni..langsung tak sedar dia naik n masuk dlm seluar.

Lipan tu ada lah panjang jari telunjuk mama. Papa terus amik spray dan spray kt lipan n buang kat luar rumah.

Papa tnya, sakit tak ke bengkak tak..mama jawap ntah lah..tak tau nk bgtau..lepas tu sapu gamat je. So far, sampai skrg xde lah pula kesan2 yg teruk ke..rasa biasa je. Hopefully ok je lepas ni..May be kena kulit luar je kot.

Mama rasa lipan tu dari bilik air..bilik air kan lembap dan basah.

So lepas ni kena lebih hati-hati dan rumah serta persekitaran kena bersih semula.

Papa, esok lusa kita mulakan operasi bersih rumah..hari ni, mama akan kemas apa yg patut dulu.

ok lah..nak g salin CD adik pula ni, asyik pegang seluar je..

Wassalam.

18 January 2011

buaya buaya buaya

lately skrg ni ade aje citer pasal buaya yer..kejap timbul kat sana, sini, situ...buaya-buaya ni mula nak tunjuk yg dia ada kat situ kot..

dan skrg kat Kuantan lak yer...biasa tgk kat zoo je...yg beza tgk zoo dgn tmpat sendiri adalah kurungan dia...yg zoo selamat sikit..yg depan depan cmni, eeeeeeiiiiiiiiii takutlah...

moh kita baca berita ni yer...

Kecoh buaya muncul di Kuantan


INILAH buaya yang timbul di tasik buatan di Taman Seri Inderapura, Kuantan semalam.


KUANTAN - Selepas kemunculan buaya tembaga yang menggemparkan penduduk di Kampung Sungai Soi baru-baru ini, kini hampir 6,000 penduduk di Taman Seri Inderapura di sini pula kecoh dengan penemuan reptilia itu di sebuah tasik buatan di kawasan itu semalam.

Difahamkan, terdapat tiga ekor buaya mendiami tasik itu dan yang paling panjang dikatakan melebihi tiga meter.
Haiwan liar yang dipercayai menghuni kawasan itu sejak beberapa tahun lalu didakwa dilihat penduduk ketika timbul di permukaan air dan berjemur.

Situasi itu membimbangkan mereka kerana tasik tersebut terletak berhampiran sebuah sekolah agama rakyat yang mempunyai kira-kira 400 murid.
Seorang penduduk, Kamaruddin Ibrahim, 44, percaya buaya tersebut tersesat dari Sungai Belat dan masuk ke tasik itu ketika banjir besar beberapa tahun lalu.

***sumber dari Kosmo Online***

14 December 2010

lumrah alam....

ade sape sape penah tgk live tak, buaya makan haiwan hidup hidup...
biasa kite tgk yg dah mati kan..
ni ade citer kat luar negara...buaya makan anak kerbau..
anak kerbau bukannye kecik sgt kan...
mesti buaya tu besaaaaaaaarrrrr...
takut lah

Anak kerbau dibaham buaya di Malamala

SEEKOR buaya membahan anak kerbau di hutan simpan Malamala di Johannesburg, Afrika Selatan baru-baru ini.


JOHANNESBURG - Aksi seekor buaya besar yang membaham seekor anak kerbau di hadapan ibunya sempat dirakamkan di laluan berbasikal di hutan simpan Malamala di Johannesburg, Afrika Selatan, lapor sebuah akhbar semalam.
Imej-imej dramatik itu dirakamkan oleh seorang pelancong Britain ketika sekumpulan kerbau melintasi kawasan berair tersebut baru-baru ini.
Semasa kumpulan kerbau itu berhenti untuk minum air, seekor buaya muncul secara tiba-tiba.
Malangnya, kerbau-kerbau yang pada kebiasaannya bersifat proaktif hanya membiarkan anak kerbau malang itu dibaham buaya. Selepas bergelut selama hampir dua jam, anak lembu yang kepenatan itu diseret masuk ke dalam air. - Agensi

Heartbeat Heartbeat Heartbeat

Usia Perkahwinan Kami

Daisypath Anniversary tickers

Usia Anak Pertama Kami

Lilypie Kids Birthday tickers

Usia Anak Kedua Kami

Lilypie Kids Birthday tickers
 
Copyright @ KasihSelamanya-Hadina 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi