Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

17 October 2014

Ubat selsema anak-anak...


Selsema bersin memang tak syok...lebih-lebih lagi bila kena kat anak-anak. Kain kat tangan tak lepas. Bersin aje, kuar habis lendir kat hidung. Cian pula tgk...

Baru-baru ni seluruh isi rumah kecuali en suami terkena selsema bersin...alahai cam tak ingat dunia dah..bila bersin mau tak berhenti..seksanya waktu tu..anak-anak lagi lah kesian.

Yang peliknya, kami tak pergi klinik pun...ntah nape pun tak tau. sikit pun tak terfikir nk pergi ke klinik..cuma sekali je ingt nk bawa adik g klinik tp esoknya alhamdulillah ok je..

Anak-anak ni name je selsema bersin nmpk tak terurus tp masih ligat duk main lagi...hehehe. Kalau org dewasa, alamaknye duk baring je lah.

Rahsia kenapa tak bawa ke klinik adalah, supplement yg ada kat rumah ni...

1) MADU EMAS AR-RUQYAH
  • 100% Pati Asli , Bukan Jus Atau Air
  • Di dalamnya terkandung - Gabungan 9 makanan terbaik dunia berasaskan Al-Quran & Hadis

Madu Lebah (Honey)

Badam (Almond)

Habbatus Sauda’ (Black Seed)

Kacang Adas (Lentil)

Kurma (Dates)

Tin (Figs)

Kismis (Raisins)

Zaa’faran (Saffron)

Halia (Ginger)

  • Di Emaskan dengan bacaan 30 Juzuk Al-Quran dan bacaan doa kesembuhan serta selawat.


ANTARA KHASIAT MADU EMAS AR-RUQYAH DENGAN IZIN ALLAH:
  • Menambah tenaga
  • Untuk meningkatkan IQ dan minda anak-anak;
  • Meningkatkan daya ingatan untuk orang berumur dan pelupa;
  • Untuk meningkatkan kecerdasan otak dan kecergasan badan;
  • Meningkatkan sistem antibodi
  • Melegakan batuk dan lelah. Amat baik untuk penghidap asma;
  • Mengatasi masalah keletihan dan mengantuk;
  • Meningkatkan tenaga dan menambah selera makan;
  • Menambahkan vitamin, mineral dan zat-zat makanan yang diperlukan badan
  • Amalan untuk ibu mengandung.
  • Membantu masalah dalaman terutama berkaitan hati , limpa dan paru-paru
  • Mengubati masalah usus dan sembelit
  • Rawatan untuk sakit gout , buasair
  • Meredakan stress
  • Menghindari gangguan makhluk halus di dalam badan
  • Merawat sakit kulit
Madu Emas Rukyah
RM 48 (180ml)



2) Selain dari itu, anak-anak kami berikan juga Chewable Vitamin C untuk daya tahan badan mereka. Bagi sebiji sehari je. Alhamdulillah dengan izin Nya, kesihatan semakin baik.


Chewable Vita C
RM37.50 (90biji)


Alhamdulillah, anak-anak kini senang nk bagi mkn supplemet ni..kalau ubat klinik rasenye mau keliling rumah ni...hahaha

Ayat yg selalu digunakan untuk anak-anak supaya makan amik supplement ni :
"adik kakak bersin kan tak sihat..kalu tak sihat kena makan ni..tgk hidung tu, ada air kuar. makan ni ek, nnt baru sihat".

Dulu kakak susah nk mkn semua ni, sejak ada adik dan makan sama2 ok je..adik ni jenis mudah suruh makan ubat bila kita bg sebab knp perlu mkn. 


Apa tunggu lagi, mari dapatkan set kesihatan yg baik ini untuk keluarga anda.


14 August 2014

Performance Drink

Assalamualaikum...

Hari ni mama Ina nk bercerita pasal minuman bertenaga iaitu "PERFORMANCE DRINK".


Performance Drink
>satu hidangan yang lazat untuk diminum pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
>enak diminum begitu sahaja atau dicampur bersama minuman lain.

Testimoni pengguna PERFORMANCE DRINK (PD) selepas raya:
Masalah cirit birit, jamuan raya makan sana sini.
Gejala asyik keluar masuk tandas sampai dehidrasi, tak larat, kehilangan air dalam badan.
Solusi minum PD dan lebih kurang setengah jam badan kembali bertenaga dan tak perlu ke tandas berulang alik lagi.


 
Setiap rumah kalau boleh ada satu canister PD ni...tak rugi pun.
Buat satu bekas, simpan dalam peti sejuk..pastu minum sejuk..nyaman nye tekak.

1canister PD berharga RM82.50

Yg mane berminat boleh lah sms/whatsapp ke 019.2654520
COD di sekitar Paka, Dungun, Kerteh

Jom dapatkan satu untuk seisi keluarga.

06 October 2013

Resdung ku....

Assalamualaikum...

Mlm ni nak citer pendek pasal resdung mama. As we know, mcm lah korang semua tau kan..hehehe, mama ni ada lah jugak resdung nye.

Senang citer tiap2 pagi asyik bersin. Dah tu bila bersin tak pandai nak berhenti...huhuhu tak larat tau..
Dan lagi satu bila makan mknn ada belacan mulalah hidung ni buat perangai..lepas tu mama kena berbekalkan tuala kecik lah..kdg2 sampai merah hidung dan tak larat.

Itu citer bbrp bulan yg lalu, tapi skrg mama rasa bertambah ok sejak guna supplement ni. Dulu pun pernah amik juga ubat utk resdung, cuma keberkesanan nya tu tak sampai cm tahap skrg. Bak kata papa, "Abg rasa supplement ni serasi dgn ayg compare yg dulu2". nape papa ckp cmtu ek. Sebabnya salah satu perkara yg org resdung ni hadapi adalah mulut berbau. Samada anda sedar atau tidak...itu mama tak pasti lah kan..yg pasti papa ckp mulut mama tak berbau mcm dulu2 dah, cuma kdg2 bau herba tu je.

Dan yg best, papa pun dah lama tak bersin pagi2 cm mama..alhamdulillah, mama puas hati dgn keadaan skrg iaitu resdung tidak melanda lagi :-)

Syukur padaMu ya Allah kerana dgn izin dan kuasa Mu telah engkau pulihkan kami dari sakit ini.

Pada yg nak mencuba, bolehlah bgtau ye :-)

Selamat malam semua.

Wassalam.

_______________________________________________________________________________


Antara testimoni pasal resdung


***RESDUNG***
***BERSIN SEPANJANG PAGI***

CUBALAH ALTAMIS HABBATUS SAUDA (AHS),
100% ASLI DARIPADA HABBATUS SAUDA BERKUALITI TINGGI

Dapatkan AHS sekarang pada harga yang berpatutan.


=============
Cara Pembelian AHS
=============

1 botol AHS hanya RM 42 (SM)
RM 45 (Sabah/Sarawak/Labuan)
termasuk poslaju

Lagi JIMAT, dapatkan PROMSI TRIPLE (3botol)
bg bulan Oktober shj

Bagi yang mahu dapatkan AHS,
sila hubungi saya sekarang di

inbox https://www.facebook.com/messages/HosHealthProduct

COD area: Bandar Dungun, Paka, Kerteh
Zarina: 019-2654520
Hadi: 019-9493148

*********************************
Penghantaran menggunakan pos laju.
Dijamin selamat sampai dalam masa 1-3 hari.
*********************************

21 May 2013

"JUS SIHAT"

Assalamualaikum...

Sejak kebelakangan ni, mama suka benar buat jus. Pagi-pagi mama buat jus epal + saderi.

Kebetulan pula baru ni terjumpa satu artikel kat FB (bukuresepi) pasal jus yang sihat. Selepas ini, mama mmg akan buat mana-mana yg berkaitan.

Jom pakat buat jus...

kredit to FB bukuresepi


♥♥ HOT TIPS & INFO ♥♥ JUS SIHAT

✪ Carrot + Ginger + Apple ➟ Tingkatkan dan membersihkan sistem kita.

✪ Apple + Timun + saderi ➟ Mencegah kanser, mengurangkan kolesterol, dan menghapuskan sakit perut dan sakit kepala.

✪ Tomato + + Carrot Apple ➟ Meningkatkan komplikasi kulit dan menghapuskan nafas berbau.

✪ peria + Apple + Milk ➟ Elakkan nafas berbau dan mengurangkan haba dalaman badan.

✪ Orange + Halia + Timun ➟ Meningkatkan tekstur kulit dan kelembapan dan mengurangkan haba badan.

✪ Nanas + Apple + Tembikai ➟ Untuk menghilangkan garam yang berlebihan, menyuburkan pundi kencing dan buah pinggang.

✪ Apple + Timun + Kiwi ➟ Untuk meningkatkan warna kulit.

✪ Pear & Banana ➟ mengawal kandungan gula.

✪ Carrot + Apple + Pear + Mangga ➟ menurunkan suhu badan, melawan keracunan, menurunkan tekanan darah dan melawan pengoksidaan.

✪ Honeydew + Anggur + Tembikai + Susu ➟ Kaya dengan vitamin C + Vitamin B2 yang meningkatkan aktiviti sel dan kekuatan imuniti badan.

✪ Betik + Nanas + Susu ➟ Kaya dengan vitamin C, E, Besi. Meningkatkan warna kulit dan metabolisme.

✪ Pisang + Nanas + Susu ➟ Kaya dengan vitamin dengan berkhasiat dan mengelakkan sembelit



Selamat mencuba!!!

Wassalam.

18 May 2013

Detoks Untuk Kesihatan dan Kesegaran

Assalamualaikum...

Tghari ni, mama nak kongsi sesuatu buat semua mengenai produk Mayfirst.

Boleh rujuk gambar bawah tu yer.


Mama paling suka guna sabun ni bila mandi..rasa gatal pun hilang :-)

Sesiapa yg nak cuba pakej ni, bgtau lah yer. Nnt mama bagitau cara-cara pembelian.

Dengan izin Nya, semua jadi mudah...

Wassalam.

17 May 2013

Epal hijau

Assalamualaikum...

Pagi ini mama nk kongsi tips pasal epal hijau.
Tips ni mama dapat kat FB page Power Boost.



"Amalkan makan sebiji epal hijau setiap hari.
 
Epal hijau boleh membantu mencegah:

1. Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
3. Membantu kesihatan membran paru-paru.
4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
6. Membantu mengekalkan berat badan.
7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.
8. Mengurangkan risiko barah.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

Selamat Mencuba!!!"
 
 
Sekarang, stok epal hijau selalu ada kat rumah.
Pagi sebelum sarapan buat jus epal sahaja atau campur saleri. Tadi mama dah cuba buat, ok je rasanya. Jus pun rasa sejuk mcm letak ais, may be sebab eapal dgn saleri baru kuar dari peti sejuk kot..
 
Ok, sekali lagi....SELAMAT MENCUBA!!!
 
 
 
 

05 April 2013

Demam oh demam...

Assalamualaikum...

Hari ni mood entry suam-suam badan aje..awal bulan papa demam dan sekarang mama lak selsema aka nk demam kot..anak-anak dah start rasa badan diorg suam-suam je....huhuhu. air hidung tak berhenti kuar...

Last February pun mcm ni gak, papa start demam n then mama ikut demam jugak..sungguh kuat ikatan suami isteri kitaorg ni ..demam pun nak sama-sama jugak..papa demam mama kena demam jugak..hahahaha

Ubat ke supplemen masih diteruskan..jgn pernah tinggal. Mungkin skrg ni cuaca pun panas terik, mudah terkena penyakit. Air jgn pernah tinggal jugak tau..minum sokmo.. bila cuaca panas cm ni, badan cepat kekurangan air.






Ok..kita jumpa next entry pula ye.

Wassalam.

note: demam demam pun tangan masih boleh menaip..nnt nk update pasal e-store pulak.

04 March 2013

Ubat Resdung

Assalamualaikum...

Ptg ni mama nak cerita pasal ubat resdung. Mama ni boleh dikategorikan ada resdung tahap sederhana kot. Apa yang biasa berlaku pada mama, tiap-tiap pagi mesti bersin tak ingat..lepas tu kalau bersih rumah yg berdebu pasti bersin lagi.

Awal bulan lepas mama ada beli supplement kat farmasi. Pada asalnya nak beli apa yg tertampal kat cermin farmasi, lepas tu pekerja farmasi bgtau yg tu kesan lambat coz sapu (jenis cecair). So dia rekemen jenis pil. Ada yg tahan sebulan dan ada yg tahan 2bulan. Akhirnya mama amik yg 2bulan.

Selepas seminggu pengambilan ubat tu, mama start demam. Badan rasa lemah n hidung asyik berair aje. Mula-mula tak perasan kenapa, then terfikir..kesan pengambilan ubat tu ke??? Mama fikir mcm tu coz pagi-pagi sebelum solat subuh, hidung tak selesa n bila hempus @ "seng" (bahasa trg) akan keluar hingus yg pekat dan bercampur warna merah.

Hari pertama keluar sekali kuar byk jugak lah..sori kalau mengelikan/menjijikkan teman-teman yg baca tp ni untuk rujukan atas pengalaman mama. Mula-mula terlintas gak nk amik gmbar tp geli pulak rasanya terus cancel niat. Terlintas di fikiran cmner lubang hidung yg kecil ni boleh kuarkan benda mcm tu..huhuhuhu. Selepas kuar hari tu rasa lega sikit hidung. Kejadian ini berlarutan selama beberapa hari jugak lah..yg bezanya saiz hingus tu..yg last mmg kecil je lah. Tapi hidung mmg rasa lega sgt2. Bila ditny pada pekerja farmasi, dia bgtau teruskan pengambilan ubat itu.

Dan sekarang ni, mama dah tak bersin lagi waktu pagi. Kalau ada pun sekali sekala je. Papa pun perasan perubahan pada mama. Kalau dulu bersin sampai gatal mata. Mungkin ubat itu serasi dgn mama. Alhamdulillah sekarang dah ok. Dengan izin Nya mama bertambah ok.

Sebenarnya ubat itu adalah usaha kita untuk mengubati sakit kita , yg menentukan sembuh @ tidak adalah Allah swt..jgn kita lupa semua itu..

Selain untuk resdung, ubat ini jugak untuk kulit, rambut. Rasa dia masam2 sikit. Dah lah besar, mama susah nak telan sampai kadang kala mama gigit bg kecil sikit..hahahaha. beginilah kalau tak reti nak telan ubat.


Ingin tau lanjut pasal produk ni boleh klik gmbr tu yer.

Syukur pada Nya ditemukan dengan ubat yg sesuai.

Pada yg ada resdung boleh cuba produk ni yer..pada mama, ianya berkesan. In Shaa Allah ianya mungkin berkesan buat anda juga.

Wassalam.

22 November 2011

Fahmi 1month / Jadual Imunisasi Bayi

Assalamualaikum.....

Apa khabar blogger semua? Semoga semuanya sihat-sihat belaka dan bahagia selalu. Mama di sini alhamdulillah sihat bersama baby junior dan juga papa dan Farhah. 

Seperti yg semua sedia maklum mama masih lagi dalam mood berpantang. Pejam celik pejam celik dah masuk sebulan mama berpantang dan begitu juga umur junior. Sekejap je masa berlalu. Rasa cam baru je mama kena sorong masuk bilik bedah untuk C-sect lahirkan junior. Fuh, pengalaman masuk bilik bedah kali ni beza dgn dulu...masa Farhah, kena bius penuh tapi kali ni bius separuh...cuak n takut masa tu..hanya Dia yg mengetahui perasaan mama waktu tu..nnt bila senang mama cerita serba sikit pengalaman deliver second ni yer...

Back to our topic/title, junior aka Fahmi dah berusia sebulan...so far, junior ni sihat lagi..cuma yg tak tahan tu asyik berjaga je lah kerja mama skrg ni..huhuhu..tp nak buat macam mana dah lumrah cmtu..mmg bayi di awal usia 0-3months ni tido dia tak menentu lagi..jadi kena byk bersabar lah..semua ibu2 kat luar pun mengalami situasi yg sama kan..itulah pengorbanan seorang ibu kan..

Mama sebenarnya ada sikit kemusykilan ni..bayi seusia 1bulan ni nak kena gi suntik imunisasi tak ek..coz mama tgk dlm buku rekod kesihatan Fahmi, next kena suntikan imunisasi umur 2bulan..no more 1month.. is it true? betul lah kot kan...tak kan diorg kasi buku yg salah kan..hehehe..bukannye ape, masa Farhah kena suntik masa 1bulan..

Mama pun search jugak lah kat internet nak confirm kan..pastu terjumpa lah Jadual Imunisasi yg terbaru.mmg takde untuk sebulan..


If you all want to check, please click here .

Oklah..mama nak masuk tido dulu lah,nnt nak berjaga pulak..hehehe. Selamat malam semua..

p/s: jgn lupa basuh kaki n ambil wuduk sebelum tido...n baca doa tido tau.. :-)

22 June 2011

berumah di KT Specialist (part 2)

selepas telefon Dr., mama terus bgtau papa apa yg doktor ckpkan...papa pun call PM Care tny klinik panel area Kay Tee n cmner kalu nak g KTS without GL...diaorg kate boleh n terus gi bahagian emergency...so kitaorg pun bersiap2..mama tak bawa pun pakaian coz tak expect kena stay...

on the way ke KTS, perut mama asyik buat hal..kali ni semakin kuat sakit nye...bila dtg sakit tu, mama rase nak nangis coz sakit sgt..then dia stop kejap.. pastu dtg balik..bila sampai KTS terus g bahagian register..farhah lak dah tido dlm kete...mase tu sakit stop jap...sakit ni main2 lak dgn mama..time kena check dgn doktor, dia baik je...b4 jumper MO (medical officer) nurse check tekanan darah n suhu...semua ok..pastu masuk jumpe MO. Mlm doktor pakar takde, jd jumpe MO je lah..

bgatu lah kondisi mama dr pg sampai ptg...dia ckp mayb cirit. then mama bgtau yg mama tgh pregnant..lps tu, doktor kasi ubat..dia kate kalu lps mkn ubat masih tak ok, dtg n jumpe pakar lah..mama n papa ok je..waktu tgu ubat tu, tiba2 sakit dtg lagi..mama tak tahan sampai nangis..then nurse bg mkn ubat yg doktor kasi..dia bg pilihan kat mama nak rest kt bilik rawatan jap...

cm mama bgtau, sakit ni dtg n pergi...nurse pun nmpk cm bimbang gak...lepas mkn ubat pun still sakit jugak..so, diorg tny MO n decided masuk ward..mlm tu jugak mama admit kat ward..lepas baring jap kat ward, doktor pun dtg...dia check n tny few Q..buat scan...baby ok takde masalah..kesan bedah last time pun ok..jadi mama kena rehat dulu kat ward n esok dia akan dtg check again.

mlm tu, mama tetap tak leh tido..sakit dtg n pergi....sebelum tu, nurse ada kasi ubat tahan sakit...moga sakit berkurangan...tp still same.doktor takleh nak kasi sbrngan ubat coz mama tgh pregnant...bimbang kandungan nnt...mlm tu, mama just bertahan je lah...papa n farhah menemani mama kat ward.

esoknya doktor pakar yg sambut kelahiran farhah dtg..eh, bukan ke dia bercuti..tiba2 ada pulak...mayb he needs to come kot...:) dia check perut mama n asked few Q..n dia jangka mayb keracunan makanan...papa ckp, dia mkn same cm mama tp ok je..doktor bgtau...perut org mengandung ni sensitif sikit..kdg2 mknan same dgn org lain tp kesan berbeza..kiranya perut mama ni kategori sensitif lah ni..nak buat cmner, dugaan nak dtg kan..mama redha je lah..doktor bgtau..kali ni, pemakanan kena jaga sikit..kalu mkn nasi lemak be careful dgn sambal..kot tak kena dgn perut..doktor bgtau, bila usus kita(bg yg pregnant) tak sihat..dia akan effect jgk kat rahim kita, tu yg mama rase sakit cm kontraksi je..dia kecut n ngembang..dan lagi satu doktor pesan mama takleh angkat @ buat keje berat...tersenyum je lah mama lepas ni..

kalu nak diikutkan ptg tu, mama dah leh balik if sakit dah berhenti..tp still ada..n doktor cdgkan keluar esoknya...ubat pun dah tmbah lagi jadi 4 jenis...1 cirit, 1 kuat rahim, 2 angin.

maka berumahlah mama , papa n farhah di KTS selama 2hari 2mlm..lepas discharge , kami balik paka semula..jadi tak sempat nak tido umah parent pun..mama ikut papa balik paka bukannya ape, kalu ada papa, mama ok sikit..maklumlah farhah dia susah sikit dgn org lain...he can handle farhah..mama pun bukannya sihat sepenuhnya lagi..bab dukung farhah, papa dah tak kasi mama dukung...untk keselamatan mama n kandungan jugak..

skrg ni, walaupun dah ada kat rumah....mama takleh buat keje berat lagi..sakit kdg2 dtg jugak..mujurlah ada papa yg memahami, caring...mama sayang papa!!!!!MMMMMUAAAAH

21 June 2011

berumah di KT Specialist (part 1)

baru-baru ni mama balik kg kat tee untuk 2-3hari...perancangan begitulah...tapi kdg2 apa yg kita rancang tidak semestinya berlaku seperti kehendak kita..kita hanya mampu merancang tapi Allah yg menentukannya.

pagi tu, seperti biasa mama n papa sarapan dulu then kemas brg2 yg nak dibawa pulang...mama rase ada somethung tak kena aje dgn perut mama..mama rase tak selesa tp masih boleh kawal...lepas farhah bangun n mandikan dia..kami siap2 nak balik..

tghari kami makan kat dungun...ada kedai makan bersebelahan TNB..(tak silap mama)...mama n papa masing2 makan nasi beriyani..kebetulan hanya hari sabtu je diorg jual...sekali lg mama rase tak selesa dgn perut mama..bila masuk keta nak bertolak,mama bgtau papa yg mama rase tak sedap perut ah dr pg tadi..tp still boleh control..

sebelum balik umah parent, akmi singgah dulu kat Marang umah nenek papa...kebetulan dia baru balik dr buat umrah..jd melawat dia terus lah...selepas bercerita n makn2 sikit, kami pun bertolak ke umah parent mama.

lewat ptg, mama dah mula rase sakit kat perut..sakit yg sekejap dtg sekejap pergi...mase tu jarak antara sakit tu jauh jauh...lama2 semakin dekat...mama dah jadi tak keruan..ngadu kat papa n then call Dr yg biasa rawat kami kat Paka..selepas bbrp minit berbincang..dia sarankan mama buat check up secepat mungkin bimbang kalau ada sesuatu yg tidak sepatutnya terjadi...

18 March 2011

sakit dan penyakit...

Sakit dan Penyakit..dua perkataan ni mmg takleh lari mesti bersama..bila sakit mesti ada penyakitnya...

bila baca kisah org yg sakit ni, mama rasa sedih pulak...tak sanggup mama nak dgr kesakitan yg dia tanggung... mungkin ini juga salah satu dugaan yg Allah turunkan buat dia dan keluarga..Dia ingin menguji tahap kesabaran kita menghadapi ujian Nya..samada kita cepat melatah @ sabar n redha @ berusaha mencari penawarnya.

mama kdg2 ingin mencuba menyarankan apa-apa yg boleh disarankan..tetapi mama khuatir kerana tak semua org ingin mendengarnya..setiap penyakit yg Allah ciptakan ada penawarnya..cuma kita yg harus mencari dimana.

Pabila dah ketemu dgn penawarnya , kita gunakan lah ia...insya-Allah dgn izin Nya maka sembuh lah ia.Tetapi andai tidak berjaya, jgn menyalah kan ubat itu, mungkin ianya tidak serasi dgn kita dan mungkin Dia ingin kita berusaha lagi. Tetapi kebanyakkan org, akan menyalahkan ubat itu..maka terkeluarlah kata-kata yg kurang enak didengar, "ubat ape ni, makan pun tak jadi ape..buat rugi je beli"...padahal makan baru je sekali dua @ sekejap dah nak baik..sekurang-kurangnya bersabar n makan dgn konsisten dulu..dan jgn lupa minta pada Nya supaya sakit itu pulih..

Mama pun mengalami situasi yg sama di mana ibu mama pun sakit skrg ni...dah byk tempat jugak kami pergi...tapi mungkin tak serasi dgn ibu mama..mungkin ini juga dugaan buat keluarga kami...hanya pada Nya kami bermohon agar sakit ibu kan bertemu dgn penawarnya kelak..mama berharap agar ibu mama tabah dan kuat semangat dlm menghadapi ujian ini.

Mesti ada yg tertanya-tanya..mama kan ada publishkan N3 pasal supplement. Ya mmg betul...ibu mama ada juga mengambilnya skrg ni....tp kuasa penyembuhan bukan di tangan kita @ ubat itu..tp kuasa Allah..kita hanya berusaha..

"MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT" selagi kita mampu mencegah, kita cegah sebelum melarat..

N3 ini hanyalah luahan hati mama...andai kata ada yg terguris, mama mohon ampun dan maaf..

17 March 2011

sambungan N3 ..

assalamualaikum kawan-kawan semua...
hari ni, mama nak sambung kisah supplement yg mama coretkan baru-baru ni...

sebenarnya kan, supplement ni tuk seisi keluarga...tak kisah lah org tua ke org muda ke..bayi ke...coz mcm family mama, mama tak start mkn mase sekolah lagi...cuma kdg2 tu ada lah liat sikit..tp skrg tak nak liat2 lagi dah...farhah pulak yg mengalahkan mama, pantang nmpak pek sun chlorella pasti mintak..

serba sedikit info pasal SUN CHLORELLA A:

*Faktor Pertumbuhan Chlorella (CGF) menhasilkan penyembuhan yg cepat, memberi lebih tenaga varu, nmpak muda dan lanjut usia.

*Chlorella merupakan penyah toksin semulajadi yg terbaik. Ia mengandungi peratusan klorofil yg tinggi berbanding tumbuhan lain di dunia dan klorofil merupakan agen pembersih semulajadi yg terbaik kpd manusia.

*Chlorella boleh memperkuatkan sistem imin anda untuk menentang penyakit.

*Chlorella juga membantu menguatkan mucus membran anda untuk membantu mengeluarkan penghasilan organisma yg menyebabkan penyakit,

*Chlorella juga membantu menolak tahap kolestrol dan tekanan darah tinggi, yg mana membantu drpd mendapat penyakit jantung.

*Chlorella boleh memberikan harapan kd anda bila ubat dan pembedahan gagal.

Cara Pengambilan Sun Chlorella:

a) Untuk mengekalkan kesihatan     15 biji sehari
b) Untuk rawatan                            24 biji sehari
c) Dalam keadaan sakit                   30 ke 50 biji sehari
d) Untuk kanak-kanak ; Sebiji untuk pagi dan malam, jumlah bergantung kpd usia. (contoh : 2 biji untuk kanak-kanak berusia 2 tahun)

Untuk kesan yg lebih baik, pengambilan perlu diamsbil ketika perut kosong dan ia lebih baik diambil dlm beberapa kali dlm sehari. Yang penting, pengambilannya perlu diteruskan dlm tempoh sekurang-kurangnya 3 bulan untuk mendapat kesan sepenuhnya.

Krisis Penyembuhan:

Apabila anda mula mengambil produk Sun Chlorella, sesetengah individu akan menunjukkan kesan (contohnya, demam, cirit-birit, angin, letih. sakit bahu, pening dan sebagainya), ini dikenali sebagai "krisis penyembuhan" dan biasanya dialami dlm tempoh 3 ke 7 hari, tp ini  juga bergantung kpd gaya hidup, umur, sukatan yg diambil dan keadaan kesihatan bg setiap individu. walau bagaimanapun, bg sesetengah individu tidak menempuhinya.

Salah satu cara nak mempertingkatkan kesihatan kanak-kanak adalah dgn Chlorella. Cara yg terbaik adalah untuk ibu mengandung mengambil chlorella sebagai mknn tambahan setiap hari dan terus menggunakan semasa penyusuan anak. Ini akan memastikan bayi mendapat kebaikan dari alga chlorella.

Kalau nak tau lanjut pasal air klorofil klik sini yer...ni N3 lalu yg mama citer pasal air hijau...

oklah..s u soon...

13 March 2011

kesihatan anakanda tersayang

alkisah, mama nak bercerita pendek je...citer pasal anak kesayangan mama n papa, sape lagi kalau bukan NURUL FARHAH....nak dipendekkan citer, farhah jarang demam...rasenye boleh dikira berapa kali je dia demam..tu pun demam sebab nak tumbuh gigi.mama ingat lagi yg first dia demam..sampai mama pun demam n papa terpaksa amik cuti gara-gara nak jaga kami berdua..

waktu tu boleh katakan tinggu jugak suhu farhah...papa as usual, dia mmg terperinci bab2 cmni...everthing dia monitor..mama mmg tabik lah kat papa..papa seorang papa n husband yg betul2 particular bab safety..hehehe.berbalik pada citer farhah ni, lepas bbrp hari gak lah dia kembali ceria lepas asyik nangis je coz demam kan..dan dan lepas tu, mama nmpak ada perubahan dlm mulut dia..rupa-rupanye farhah nak tumbuh gigi...lepas tu, dah xde dah demam yg teruk...kalu nak tumbuh gigi lagi, dia cm ala-ala nak demam..mama kasi dia makan n minum supplement...
 
dan sampai skrg farhah still makan n minum supplement tu...pada mama dgn izin Allah, farhah until now kesihatan dia baik aje...dah nak masuk 2tahun, dia mempunyai kesihatan yg baik..tak sakit @ demam...dan salah satu sebab dia sihat, penyusuan susu ibu..farhah mmg reject minum susu tp kdg2 dia nak makan je susu tu..mcm zaman mama kecik2 dulu suka mkan milo n horlick cmtu je..hehehe

nak tau ape yg farhah makan n minum tu...
hah, ni dia....






hah, itulah citer serba sedikit pemakanan farhah...kalau nak tau lanjut boleh g kat website dia..mama dah link kan kat situ..ktorg satu family makan n minum...cuma mama n papa ni je liat sikit kdg2 nak makan / minum..tp farhah nak sokmo..pantang nmpak, mesti mintak..

oklah..dah lewat ni...lmbat sikit siap assignment ni coz gi tgk tv td citer kat TV3..

c u all soon.

29 January 2011

batuk batuk

sakit tekak mama bila batuk tak berhenti...kadang kala sampai sakit kepala bila batuk..aduhhhhhh..



dan skrg ni pun tengah batuk...bila saat gatal tekak ni, ohhhhhh batuk pun tak berhenti...mlm mlm pun batuk...rase cian lak ke papa n baby nak tido..cm ganggu diaorg tido je..ntah ntah diorang tak dgr pun mama batuk...hehehehe

esok nak balik kay tee...hari selasa, my mom wat penbedahan ..moga2 segalanya berjalan lancar...mama akan stay sana lama lah sikit...papa akan blik paka tuk keje lak...

nak citer pnjang pun tak larat je...nafas kdg2 ikut mulut, dah hidung ni berair sgt...dan mama rase cm org sesak nafas pulak..bila tarik nafas rase cm sangkut je..tp ok lagi..

byknya dugaan yg Engkau berikan pada hambaMu ini...
moga daku tabah menghadapinya...

26 January 2011

Demam selsema

Mama tak sihat kebelakangan ni..hari ni dah masuk hari ketiga mama demam...panas dah kurang tp selsema masih belum hilang..papa ckp kalu selsema amik masa gak, dlm seminggu baru reda...

mmg tak suka coz tak selesa..hidung lak asyik berair je...minggu dpn nak balik kay tee lagi...kali ni my mom akan wat pembedahan...tp bukan kt hospital...kat kg je...secara tradisional @ batin..eh yer ke, ayat mama ni...

baru ni dah pegi,kat jerteh....pergi amik no giliran n check..kami pergi awal sehari n stay kat AGRO RESORT SETIU... best lah jugak tmpt tu...nk citer pnjg2 tak larat lagi..hehehe..next time lah yer...

bye...

16 January 2011

oh sakitnya mulutku..

Dah dua tiga hari mama sakit mulut...actually bukanlah sakit mulut sampai tak leh nak ckp...sakit ulser mulut...kali ni ulser kena kat bawah bibir....bila nak berkumur je mesti sakit..

cakap macam biasa lah kat umah...dah namanya mama, mesti byk mulut kan..hehehehe

Cmne nak tau ulser ni ek...pernah tgk tak dlm mulut bila rase sakit kat bahagian dalam pipi atau bawah bibir..kalu nmpak ada tompokan warna putih, itulah ulser.

Tompokan putih tu adalah sejenis kudis yg terdapat dlm bahagian lembut mulut kita.Selain pipi,  lidah pun boleh kena ulser. Mmg sakit sampai kdg2 hilang selera makan dan minum..dan tak nak bercakap...dulu, waktu mama keje, adalah opismate mama ni asyik diam je hari tu..pelik gak nape dia diam. selalu dia byk ckp.
Rupa-rupanya dia kena ulser..tu yg dia malas nak ckp..sakit.

ni contoh gmbr ulser mulut..bukan mama punye tau

Ulser mulut sebenarnya merupakan tindak balas terhadap jangkitan bakteria, virus atau fungus. Ulser boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal umur. selain jangkitan bakteria atau fungus, ulser juga boleh disebabkan kerana kecedaraan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah, terkena dawai alat ortodontik dan sebagainya.

Ulser juga boleh timbul kerana kekurangan zat makanan, tekanan, kurang rehat atau tidur dan keadaan mulut yang kotor. Rawatan tertentu seperti rawatan sinar X atau ubat kimia khas (kemotherapi) terutama kepada penyakit kanser boleh menyebabkan terjadinya ulser mulut. Ulser mulut yang tidak serius kurang merasa sakit dan akan sembuh dalam tempoh satu hingga dua minggu selepas mendapat rawatan.  

Rasa sakit kerana ulser boleh juga diredakan berkumur-kumur dengan air garam suam atau ubt kumur antibakteria. Tetapi cara yang paling baik ialah dengan mengamalkan petua berikut:
a.
Banyak minum air suam.
b.
Berehat dan tidur dengan cukup.
c.
Amalkan tabiat menjaga agar mulut dan gigi berada pada tahap kesihatan yang baik.
d.
Mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. Pastikan anda mengambil cukup vitamin B12 dan vitamin c.

Jika ulser mulut anda tidak sembuh malah semakin merebak, anda mesti segera berjumpa dengan doktor gigi. Ulser mulut yang lambat sembuh mungkin tanda awal barah mulut. {sumber diperolehi dari sini}.



28 December 2010

selsema...resdung..

alahai...baru baru ni eh dah lama gak lah, hidung mama dah start kembali gatal gatal n berair..
bila gatal, huh tak ingat dunia rasenya :)
gatal yg teramat sgt...

ingat nak gi wat facial..eh yer ke..
tp tak jadi...

alih alih, mama g beli ubat kat HPA...kebetulan check internet n terjumpe artikel pasal resdung..
so mama try lah..dah jadi ahli kan, elok kite manfaatkan nya...tak gitu kawan kawan...

so far, setakat ni gatal yg teramat tu takdelah...tp still berair n bersin bila pagi..
maybe proses dia masih berjln kot...

actually, tak cukup satu set ni...sepatutnye ade 2 botol tp kat stokis yg mama gi tu, dah habis yg tu...so mama amik satu e lah dulu..
ikut artikel yg mama jumpe tu, kalu makan ikut dos 2 botol tu, alamak boleh demam mama 2-3 hari...

esok nak ajak papa gi dungun pulak..harap harap kat situ byk lagi..stok yg skrg dah nak habis..
ok c u soon...

12 December 2010

selamat pagi ahad..

Selamat pagi semua.....
Hari ni hari Ahad...

ape yg istimewanya hari ni....
mane yg keje hari ni keje elok elok lah yer...
dan yg masih bercuti, bercutilah dgn sebaiknya...

mama masih lagi kat umah bersama farhah yg sedang lena dibuai mimpi...
semalam tido lewat...tiap tiap malam tido lewat...kol 1pg baru tido..
itu pun kena paksa tido...mata dah nak tido..tp nak main lagi...
huhuhuhu...
pengsan mama mlm mlm macam ni...

semlm seharian hidung mama gatal...
asyik bersin je...mama mmg ada resdung...tahap mane?????
yg pasti tak rendah... :0

nnt bila papa off nak gi wat rawatan lah...rawatan biasa biasa je dulu..
yg biasanye ada kalu kite gi wat facial kan...

last time pergi waktu pregnant, buat yg basic coz pregnant kan..
kali ni yg up sikit...

pagi ni hidung sakit sakit lagi...
dah alang alang bangun awal buat lah bihun goreng...tp papa mkn roti bakar je b4 g keje tadi..

oklah...jumpe next N3 pulak yer..

13 July 2009

Eucommia Leaf Tea


Faedah Kesihatan Mengamalkan Daun Teh Eucommia Organik
Daripada Kaihua Country,
Zhejiang China

  • Anti-oksida dan anti-penuaan
  • Menyah toksin & merangsang sintesis kolagen dlm tubuh, utk mcantikkan kulit
  • Merendahkan tekanan darah & menormalkan tekanan darah rendah
  • Merendahkan gula dlm darah
  • Merendahkan lemak darah
  • Menyuburkan buah pinggang & hati
  • Memudahkan pergerakan bowel & mengatasi masalah sembelit
  • Melangsingkan tubuh
  • Menguatkan urat & tulang
  • Menghilangkn sakit belakang yg kronik
  • Menghilangkan keletihan & meningkatkan tenaga
  • Meningkatkan fungsi imuniti
  • Menenangkan saraf & utk tidur yg lebih nyenyak
  • Merangsang kalenjar pituitari-adrenal

Menurut Dr Hu Xiu Ying, professor drpd Universiti Harvard Amerika Syarikat:

Eucommia merupakan herba semulajadi yang terbaik di dunia untuk merendahkan tekanan darah yang tidak ada bandingannya dengan lain-lain ubat.

untuk maklumat lanjut boleh layari website ; http://www.healthbuilders.com.my/



Heartbeat Heartbeat Heartbeat

Usia Perkahwinan Kami

Daisypath Anniversary tickers

Usia Anak Pertama Kami

Lilypie Kids Birthday tickers

Usia Anak Kedua Kami

Lilypie Kids Birthday tickers
 
Copyright @ KasihSelamanya-Hadina 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi