08 December 2012

Ma, akak rindu Ma...

Assalamualaikum...

Belum start pape dah nangis...huhuhu, so terpakss stop lah.

Mari kita sama-sama baca doa buat ibubapa kita ye..doakan kebahagian mereka di dunia dan juga di akhirat kelak.


Wassalam.

24 November 2012

Suntikan imunisasi Pneumococcal

Assalamualaikum...

Hari ni kami bawa Fahmi ke klinik untuk dapatkan suntikan imunisasi Pneumococcal yg terakhir. Yg first masa umur 8bulan pada bulan Jun 2012 baru ni.. yg kedua masa umur 9bulan tapi tak gi amik pun..huhuhu. Dan yg ketiga masa umur setahun tapi sebab last month amik suntikan yg wajib jadi yg untuk Pneumococcal amik skrg ni setahun sebulan. Asyik terlewat je kan.. Yg penting buat..

Sebenarnya suntikan imunisasi Pneumococcal ni suntikan tambahan. Tidak diwajibkan tapi diharuskan. Dan biasanya klinik-klinik swasta aje yg menawarkannya. Kos nye kena bayar sendirilah. Untuk Fahmi ni dalam RM215 sekali amik. Papa cakap takpelah bayar lebih untuk skrg..duit boleh dicari tapi nyawa anak...mana nak cari... Pada yg mampu, disarankan amik...pada yg kurang mampu boleh diusahakan..

Jangan pula kita bandingkan zaman dulu dgn skrg..zaman dulu xdepun amik suntikan mcm2 seperti skrg, anak2 sihat aje... Itu dulu, ini skrg..Persekitaran berbeza, pemakanan berbeza...mcm2 berbeza...Tepuk dahi, fikir-fikirkan sendiri. :-)

Di bawah ni, mama sertakan sedikit petikan dari artikel yg mama baca. Nak tau lebih boleh klik je link kat bawah yer. 

VAKSIN SELAMATKAN NYAWA

Dengan program imunisasi , banyak penyakit boleh dicegah atau dikurangkan dengan vaksin, yang dahulunya berleluasa dan meragut banyak nyawa, kata Pakar Perunding Pediatrik dan Neonatologi Dato’ Dr Musa Mohd Nordin. Kejayaan besar boleh dilihat daripada kesan program imunisasi cacar,
polio dan campak.


Imunisasi Jimatkan Kos
Imunisasi adalah cara yang sangat menjimatkan kos untuk melindungi daripada penyakit berjangkit yang boleh membawa maut. Kos merawat mangsa yang dijangkiti penyakit adalah jauh lebih besar daripada kos vaksin.


Malah, vaksin baru yang lebih mahal, seperti vaksin pneumokokus dan rotavirus, terbukti dapat mengurangkan kemasukan hospital. Ini boleh menjimatkan banyak kos untuk keluarga.


“Beban kewangan yang boleh dielakkan daripada rawatan dan kemasukan hospital sekiranya anak dijangkiti penyakit serius adalah amat besar jika dibandingkan dengan kos vaksin, termasuk vaksin gabungan yang lebih mahal. Masa yang terpaksa diluangkan oleh ibu bapa untuk menjaga anak yang
sakit boleh digunakan untuk tujuan yang lebih produktif.”
 

Manfaat yang diberikan oleh vaksin dalam memelihara kesihatan, menyelamatkan nyawa, dan mengurangkan bebanan ini adalah lebih daripada mencukupi untuk mewajarkan pemvaksinan anak-anak kita, jelas Dato’ Dr Musa.
 
Oklah...cukup buat hari ni...

Wassalam.

23 November 2012

Hobi baru kakak

Assalamualaikum...

Just short & simple entry for today..

Kakak Nurul Farhah skrg dah ada hobi baru...papa dia lah yg beria sgt nak belikan segala macam kelengkapan untuk anakanda tersayang... ni gara-gara belikan Chicky Meal kat KFC dan dpt set for colouring..tapi sikit je lah warna nye..sebab tu papa belikan set baru...

Just enjoy the show :-)

Mama, kakak kaler.. :-)

Kakak warna ape tu?

Kakak kaler star, flower, fish...hehehe

Baldi dijadikan kerusi dahhhhhhhhhhhhhh..



22 November 2012

Hanyut.................

Assalamualaikum...

Pagi ni kepala terasa hanyut je...pastu pening-pening...huhuhuhu..papa lak keje hari ni.

amik dr Mr Google


Mana taknye pening, kalau dah pukul 3-4pg terjaga...alkisahnye adik terkejut tidur pastu nangis, minum tak nak, dukung tak nak..last last nak salin rupanya...dah tak selesa CD dia basah. banyak sgt pee pee ni.. :)

Lepas tukar CD baru, adik tak nak tidur pulak...mata layu je, tp tak nak tidur...minum sikit bangun...pastu main..pastu minum...mama pun tidur tak tidur je..papa bangun subuh tadi, Fahmi mmg dah bangun..papa nk g keje pun nak ikut.nasib baik mama sedar, tgk pintu bilik terbuka n adik ada kat pintu tunggu papa..

Skrg ni rasa nak sambung tidur kejap, bg rasa pening & hanyut tu kurang..lagipun byk keje menanti kat rumah ni..huhuhu.

OK.

Wassalam.

17 November 2012

Sakit lah sayang....

Assalamualaikum..

Tiba-tiba jari jemari ni jadi kaku untuk menaip.. Ntah dari mana nak mula pun tak tau..

Bila baca tajuk entry hari ni mesti tertanya-tanya, siapa yg sakit dan sakit kat mana...huhuhu

Al-kisahnya , anakanda Nazmi Fahmi dah menampakkan gigi nya yg baru..dulu 4 batang..dan sekarang dah jadi 6 batang..2 batang bawah dan 4 batang kat atas...

Yg sakitnya Mama ni...setiap kali Fahmi nak minum susu..oklah kan mama kasi lah..yg tak tahan bila dia gigit...sakitnye....setiap kali nak bg dia minum mesti naik seriau...pedih tuuuuu...nak tak nak kena tahan lah jugak...inilah antara kenangan bila BF anak-anak sendiri...

Anak-anak Mama tak minum susu formula..dua-dua BF..cuma waktu bersalin je dia minum susu formula kat hospital. tu pun sekejap je..balik umah continue BF sampai skrg...

amik dari Mr Google.
  
Ok lah...kita jumpa next entry pula yer..

Wassalam.

15 November 2012

SALAM MAAL HIJRAH

Assalamualaikum..

Salam Maal Hijrah buat semua Muslimin dan Muslimat. Semoga kedatangan tahun baru ini kita sambut dengan penuh kesyukuran kerana masih diberi kesempatan untuk terus memperbaiki diri kita supaya menjadi insan yg sebenar-benarnya. Dan semestinya seorang hamba yang taat pada perintah Nya.

Di dalam kepala ni, dah ada macam-macam perkara yg nak dibuat dan diperbaiki. Semoga diberi kesempatan, kesungguhan untuk melaksanakannya. 

Wassalam.

08 November 2012

Papa, nak ikot.........

Assalamualaikum...

Entry di malam hari....anak-anak dah masuk tidur, bilik pulak penuh dgn brg mainan masing-masing. Bila tgk je, huh rasa..ntah tak tau apa yg dirasa...just kemas je lah. Tapi dgn slow n steady lah, bimbang adik terkejut pulak.

Ptg tadi waktu papa nak g keje, kakak dgn adik pakat nak ikut papa belaka. ah sudah, 2 beradik ni dah pandai nak ikut papa. Asal buka pintu je mesti nak ikut. Kakak bila diajak masuk tak nak, Adik boleh lah mama dukung..last last papa bawa jugak lah naik kereta pusing sekejap..huhuhu. Lepas tu, ok je masuk rumah. Begitulah ragam anak-anak yg aktif  :-)  dan rapat dgn papa. Nak jalan cari papa lah, nak susu cari mama..hehehe.

Ok lah tak nak pnjng2 sgt N3, nnt anak jaga tak sempat nak habiskan..

Wassalam.



06 November 2012

Fahmi dah boleh jalan...

Assalamualaikum...

N3 yg pendek shj...

Anakanda Nazmi Fahmi dah boleh jalan di usia mencecah 1 tahun...same mcm kakak dia juga..
dan secara kebetulan dua beradik ni boleh jalan sewaktu Family Day company papa...hehehe

OK.

Wassalam.

22 September 2012

Kemalangan akibat kecuaian

Assalamualaikum...

Kemalangan tidak mengira tempat, masa, siapa dan di mana. Ianya boleh jadi serius dan boleh jadi sekecil-kecilnya. Kdg kala kemalangan berlaku akibat kecuaian dan kelalaian kita sendiri..kdg-kala kita merasakan ianya sesuatu yg remeh tapi yg remeh itulah punca kepada kemalangan yg serius.

Tak nak bebel pnjang2, just tgk je lah picture ni.

lihatlah pada kesan gelembung di kiri dan kanan jari.

Nak tau cmner terjadi?????????

Waktu tu, mama tgh masak bubur nasi sambil kacau-kacau bg nmpak halus sikit..memandangkan waktu tu jugak air semakin sikit jadi ia pun menggelegak lalu terkena jari tangan kanan. terkejut sakit terus gi basuh bawah air paip...awal-awal tak nmpk sgt kesannya..mlm tu baru naik gelembung air..skrg ni pun still bergelembung. Papa ckp jgn pulak picit @ cucuk dgn jarum, biar mcmtu biar dia pecah sendiri..huhuhuhu..mama ni bkn boleh tgk gelembung mcm tu, rase nak picit aje..papa ckp kalau picit n teruk, jgn salahkan papa tak nasihat...huhuhuhu...sabar je lah..

Pengajaran dari sini:

> jgn ambil mudah @ sambil lewa akan sesuatu pekerjaan.
> selalu siapkan diri in case perkara sebegini terjadi.
> pastikan first aid kit kat rumah mencukupi dan lengkap.

Wassalam.



21 September 2012

New Member of Hadina's family

Assalamualaikum...

Hari Selasa baru-baru ni 18hb September 2012, keluarga kami Hadina telah menerima ahli baru secara rasminya setelah hampir 3bulan menunggu.Ketibaannya disambut dgn hujan yg lebat tak berapa lebat jugak..hehehe..

Kami sekeluarga sungguh gembira dgn kehadirannya dlm keluarga ini. Dgn ini maka bertambahlah lagi ahli Hadina Sdn Bhd.. (nama je gempak). Korang mesti tertanya-tanya , siapakah ahli baru itu...

Jeng jeng jeng....surprise!!!!!!!!!!!!!!

Tak leh bgtau skrg...kena teka lah dulu..bg surprise sikit.

Selalunya bila ada pertambahan ni, perbelanjaan pun bertambah...tapi takpe..jgn pula kita menyesal dgn apa yg dtg..kita ambil sbgai cabaran hidup. Kdg2 di sebalik gmbaran kesusahan itu ada kesenangan..

Insya-Allah, pasti ada jalannya... :-)

Wassalam.


20 September 2012

Cooking Cooking Cooking

Assalamualaikum...

Di ptg 20 September 2012 jam 3.09ptg, mama dgn jayanya cuba menyiapkan N3 terbaru untuk kali ini. Al-maklumlah selalu je N3 terbengkalai..nak tulis tiba2 kena kacau dgn anak-anak terus stop n lupa dah nak tulis ape...

Dan skrg ni, memandangkan adik tgh tidur, kakak pula tgk Magic English...mama pun dah makan bubur nasi tadi dgn bebola ayam goreng...simple but nice...kakak pulak makan wedges..masing2 dah kenyang lah ni...

Back to our topic "cooking cooking cooking"..apa yg istimewa sgt yer dgn tajuk ni..herm, actually mama ni bukan lah pandai masak sgt...masak cikai2 tu boleh lah...nak mkn untuk family sendiri ok lagi..kalau biggggggggggggggg family tu payah sikit..hahahaha.

Lately ni mama ada jugak beli buku masakan..buku cara nak buat cupcakes, kek kukus, 1 hari 1 resepi..majalah rasa...niat di hati tu nak buat semua jenis masakan dlm buku tu..tp baru dpt buat sikit je baru..slow n stedy lah....org baru nk belajar lah katakan...

Awal minggu baru ni mama buat puding sagu...ikut resepi dlm buku 1 hari 1 resepi..ni first time buat. mula2 tu..terkedu jap, sagu ni cmner nak tau masak tak masak..google punye google baru lah tau, kena masak smpai biji putih dah tak nmpak...then kena tapis bwh air bagi hilang kanji dia...last sekali jadi lah jgk puding sagu tu..papa ckp pun ok dah ni..dia punye kuah mama guna susu cair dgn air gula merah..sstgh org guma santan tp ikut resepi ni susu cair..lagipun elok gantikan santan tu sekali sekala dgn susu cair...

Gmbar tak snap pun..lagipun semua dah masuk perut...hehehee...

Korang semua cmner pulak bab masak memasak ni...confirm pandai kan...yg mcm mama ni ada ke...better late than never kan..belajar memasak bukannya susah sgt..yg susah tu kita...nak tak nak aje...bila selalu practice, masak pun ok lah...

ok lah..kakak dah minta minta ni...jumpe lagi...

wassalam.

06 September 2012

Puasa lagi...

Assalamualaikum...

Hari ni 19 Syawal 1433H bersamaan 6 September 2012. Mama dgn papa hari ni puasa tuk hari yg ke 5 dlm bulan Syawal. Hari tu dah puasa 3hari berturut-turut. Lepas tu stop kejap, hehehe biasa lah kan...dan sekarang sambung kembali. Semalam dah puasa, insya-Allah esok puasa lagi untuk cukupkan puasa 6 hari di bulan Syawal :)

Takkan 6 hari je , pastu tak puasa dh??????? Takdelah mcm tu, mama dah berbincang dgn papa nak puasa lagi lepas ni... Dulu-dulu zaman single mama selalu gak puasa 6 dan puasa sunat Isnin Khamis. Tapi bila dah kahwin ni dah lama tak buat.. isk isk isk alasan je tu...kalau nak puasa boleh aje kan..minta je izin suami, boleh je..hehehe

So skrg ni kembali ingin berpuasa mcm dulu2. bila puasa ada teman ni rase semangat dia lain sikit..hahaha...ada ada je mama ni kan...

Teman-teman ayuh kita semarakkan amalan berpuasa 6 di bulan Syawal yg mana masih sempat lagi ni nak cukupkan 6 hari bg yg belum start :) bagi yg dah start bagus  dan teruskan dgn amalan mulia ini. Lepas habis Syawal kita teruskan pula dgn berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis... bagus utk kesihatan bersama juga.

Smlm lauk berbuka dgn bersahur beli je kat pasar malam. hari ni nak masak pulak. masak yg simple2 aje asalkan enak dimakan :). cadangan asal nak masak nasi putih, sup sayur mcm2 ada, ayam goreng dan telur dadar. masakan yg simple ini juga kesukaan anak dara mama. last time buat suka je tgk dia makan. Dan nnt masakan ni jadi bekalan papa buat pergi keje. jimat duit papa hari ni..hehehe

ok lah, kita jumpe di lain nukilan pula yer..

Wassalam.

04 September 2012

Gigi sudah tumbuh........

Assalamualaikum...

Dengan susah payahnya, mama tadi cuba try snap gmbar gigi adik. maklumlah dah ada 4 batang. :) baru je nak amik gmbar, adik terjah..adik nak main dgn kamera jugak..bila posisi dah ok, adik tutup mulut pulak. isk isk isk..

So, inilah hasil yg mama dpt ambil. tu pun satu je picture nye..nak ambil lagi, tp asyik kena serbu je..kiranya 4btg gigi ni di usia 10bulan.


puas suruh senyum & tunjuk gigi 






01 September 2012

X jadi....x sihat...x sanggup

Assalamualaikum....

Hari ni segalanya serba x jadi..sepatutnya pagi ini kitaorg gerak balik Marang umah saudara belah papa coz ada wedding. Akan tetapi semunya terpaksa dibatalkan atas sebab2 kesihatan.

Al-kisahnya mlm smlm papa rasa x sihat badan. tidur pun awal. papa ckp badan rasa panas smcm je bukan dua mcm ke tiga mcm ek..hehehehe. nasi pun tak nak mkn, papa suruh mama buat bubur nasi je..bubur nasi kosong as per request. tak nak mcm2 just kosong je...maklumlah perut tak selesa jugak kan.

Pagi ni, panas tu dah kurang tapi kepala still ada rase hanyut sikit2...so papa pun xberani nak drive SDN BHD. nak harapkan mama drive, alamaknye Fahmi asyik nangis je lah minta mama pegangkan. bukan tak nak drive, sebab tak pernah terjadi byk kali. bila mama drive n letak fahmi dlm seat kat sebelah, awal2 ok lagi lps dia bosan dia nangis sambil tarik lengan baju mama lah sampai mama angkat dia..

Jadi untuk keselamatan bersama, mama takleh drive jauh2 dgn fahmi disebelah. pernah gak mama kuar kejap tinggalkn fahmi dgn papa..tu pun papa bw lari fahmi masuk bilik supaya dia tak tau yg mama kuar..

Next entry nnt mama akan ceritakan pula kisah @ perkembangan terkini anak2 mama.

C U soon!!!

30 August 2012

Pagi yg sunyi...

Assalamualaikum...

Pagi ni suasana sunyi je...anak-anak masih tidur dan papa pun dah tidur. eh eh eh..jgn salah sangka lak yg papa tak bangun pagi lagi tau..sebenarnya papa keje shif mlm smlm, jadi balik pagi, kena tidur lah...kan tak pasal-pasal ada yg pengsan asyik berjaga tak tidur langsung..sapa yg susah, mama jugak..so mama biar je lah papa tidur rehatkan diri dulu..ptg nnt baru plan nak buat apa.

Bila sunyi cmni, kdg2 best jugak....bolehlah mama buat pape yg patut..hehehhe. berblog pun kira jadilah..ni ada lagi keje nk kena buat ni, baju anak2 tak berlipat lagi..semlm dah beres satu round, hari ni 2-3 round lagi..hahahaha...kena tingkatkan tahap kerajinan diri ni...

oh nooooooooooo black out di siang hari!!!!!!!!!!! {betul ke penggunaan ayat ni}hahaha.. kena jugak dlm 2jam [ dari jam 10pg-12tghr lebih kurang lah]...ni sambung tulis semula :-)

tgh2 xde elektrik tadi sempat lah jugak lipat pakaian yg tersadai kat bilik serbaguna :) time tu jugak lah anakanda yg bongsu terjaga dari tidur..mayb panas kot... dan skrg ni semua dah bangun dari mimpi masing2.

lar ni bercdg nak kuar lepas zohor, so kena prepare siap2 lah..mane yg belum mandi nak kena mandi n bla bla bla...:)

ok..jumpe lagi nnt..





26 August 2012

manakan ku cari ganti

Assalamualaikum...

Baru ni lepas balik beraya di Kuantan, kami sekeluarga balik ke Kuala Terengganu pula. Tapi tak de org dah lah..cuma aboh dgn adik je ada. adik ipar masih di rumah bondanya, maklumlah baru habis pantang..tak sempat nak jumpe raya kami pula balik Paka.huhuhu. duit raya pun tak sempat nak kasi anak sedara lagi..tunggu cik ngah balik lagi sekali, nnt cik ngah bagi duit raya kat alisya dgn ammar ek.

kebetulan balik pun tak lama, jadi ingat nak masak lah sikit tuk aboh tersayang. nak jadi citer daging raya masih ada sikit lagi so terfikir nak buat singgang daging. hehehe. sebenarnya sebelum bertolak balik dari kuantan ummi ada buat singgang daging, jadi tekak ni masih terasa nak mkn so ape lagi buat je lah..cari bahan2 biar cukup then buat.

hari jumaat tu, bermulalah operasi buat singgang daging..rasa hepi je nak masak utk aboh..lepas solat jumaat, kami pun mkn sama2..selesai makan, tny lah aboh cmner rasa nye..

Aboh: tak jadi ni..

Mama: (senyap kejap) tak jadi katne?

Aboh: tak sama cm Ma masak..Ma letak ni, letak itu (dan ada lagi lah)

Mama: eh yer ke..kena letak ke semua tu??????

Aboh: Ma letak baru rasa sedap..takpe lah, kalau ada lagi simpan lah aboh nak buat sahur nnt. esok nak puasa.

Masa odw balik Paka petang tu, mama ada berckp dgn papa pasal masakan mama tghr tadi..perihal aboh yg selalu bandingkan masakan Ma dgn mama. papa ckp , "Ma tetap dihati Aboh". Mama terus senyap..mmg betul Aboh mmg tak brp gemar makan kat luar masa Arwah Ma masih ada. Aboh suka mkn kat rumah..air tangan isteri lagi best berbanding kat luar.

Mama sedih coz mama tak dpat nak masak macam arwah Ma masak.. mama tak dapat nak sediakan masakan yg sama macam arwah Ma masak.. Aboh selalu tny, "akok pandai dok masak (lauk) mcm ma masak?" mama hny mampu tersenyum sambil jwb "masak boleh tapi tak sama mcm ma masak".

Di kala ini, air mata mama berguguran.. antara rindu kat ma dan sedih sebab tak mampu nak sediakan masakan yg setanding arwah ma untuk aboh.

DIMANA KAN KU CARI GANTI SERUPA DENGANMU........


25 August 2012

Salam Lebaran

Assalamualaikum.....

Dah terlalu lama blog ni tak ber"update"..sian pulak tgk kat dia..mane lah empunye blog ni menghilang..sebenarnya bukan hilang kemana pun..ada je sini, cuma jadi silent reader sahaja...

Hari ni dah 7 Syawal 1433H bersamaan 25 ogos 2012. sedar tak sedar dah 7 hari kita berada dlm bulan Syawal..kejap je kan..

Harapnye masih tak terlewat untuk kami sekeluarga mengucapkan SALAM LEBARAN buat semua bloggers di luar sana. Ampun dan maaf dipinta andai ada tersalah kata tersalah tulis tersalah faham dan byk lagi ter yg tak tersengaja. Semoga lebaran kali ini disambut dgn penuh keinsafan dan ketaqwaan.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
DARI KAMI SEKELUARGA
(HADI, INA, FARHAH & FAHMI)

08 May 2012

Puri keledek tuk Fahmi

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Moga-moga semua sihat yer...bagi yg tak sihat, byk bersabar yer. Itu tandanya Allah nak menguji kita. Di samping tu jgn lupa mkan ubat tau... Yang sihat tu, jaga kesihatan elok-elok.

Kali ni mama nak buat N3 yg simple aje, hehehe. Memandangkan usia Fahmi dah 6bulan, maka si comel mama ni dah boleh makan lah. Pada mulanya kami ada beli nestum (beras+soya) tuk Fahmi. Tapi bila first time bg dia makan, keliling mulut dia jadi merah. So kami beranggapan yg Fahmi alah dgn soya. Lepas ada bg lagi untuk kepastian, perkara yg sama terjadi. So skrg stop dah bg nestum tu..jawab nye nnt mama kena guna lah tuk buat pape yg patut (banyak lagi tuuuu).

Sekarang ni mama cadang just nak buat sendiri aje mknn tuk Fahmi..hehehe. Budget rajin lah ni...First yg mama buat adalah puri epal..Fahmi suka sgt mkn, walaupun kdg2 buat muka coz ada rasa masam sikit kot..hehehe

Dan yg terbaru mama buat puri keledek. Ubi keledek beli kat pasar malam. 1kg RM4 tp makcik tu bagi RM3 je..papa tolong pilihkan dan bila timbang kenalah dlm RM2. Cukup lah dulu.

Senang aje nak buat puri keledek ni..(tu pun cari gak kat internet) :) nak kepastian aje.

* ubi keledek dikupas, dibasuh dan dipotong kecil.
* rebus sehingga lembut. 
* kisar keledek sehingga halus, boleh ditambah sedikit air bagi mendapatkan puri yg lembut dan halus.
* dah siap :)
* lepas tu bolehlah simpan dlm peti sejuk.

Untuk puri epal pun lebih kurang cmtu jugak, kupas, potong, kukus sampai lembut dan kisar. Siap. Yg epal mama tak tmbah air pun coz bila kisar nmpak dah elok lembut n halus mulus :).

Oklah semua..selamat mencuba bagi yg nak try. Buat sendiri lagi puas hati dan bila anak mkn sampai habis lagi terasa kepuasan hati yg tidak terhingga...itu lah yg mama rasa bila Fahmi mkn sampai licin.

Wassalam.

01 May 2012

Anak-anak kesayangan






just layan je lah gambar anak-anak mama ni yer... sorang dah 6 bulan dan sorang lagi dah 3 tahun..

19 April 2012

Koleksi puzzle Farhah

PUZZLE PUZZLE PUZZLE.....
Farhah mmg suka dgn puzzle...kalau pergi Mesra Mall, n lalu depan ToysRus tak sah kalau tak masuk..dan bila dah masuk dlm kedai tu, mula lah dia mencari-cari mainan yg dia nak..Kalau kitaorg wat tak tau aje lalu depan kedai tu, terus pergi kat lain, siap lah nnt..muncung tak sudah n nangis lah dia..

Kdg2 bimbang jugak kalau dia pilih yg mahal2..pokai poket papa nnt kan..huhuhu. kdg2 dia pegang aje yg mahal2 tu, last2 ckp tak nak..senyum aje lah..

Nak tau ape yg dia pilih skrg ni kalu masuk ToysRus...puzzle... puzzle tu tak lah mahal pun...tp nice lah..

Inilah antara koleksi puzzle NURUL FARHAH.

Puzzle 24pcs (beli kat ToysRus)
 Puzzle yg ni comel je duk dlm box dia..ada 24pcs..kiranya senang lah nak bw ke mana-mana.letak dlm poket papa pun boleh.. :)

Puzzle RM1 (beli kat kedai majalah)
  Puzzle yg RM1 ni mmg padan lah dgn harga...bekas takde..pastu puzzle dia tak dileraikan habis..sampai tercarik jugak lah masa nak cabut tu...tp boleh dibawa main..akan tetapi kalu ganazzzzzzz sgt main, tak disarankan lah..nasib baik Farhah pandai jugak lah main..dia jaga lah jugak mainan dia ni...

Ada lagi puzzle yg besar, cm dlm N3 yg lalu. klik sini yer kalau nak tgk.

ok..setakat tu dulu ttg puzzle..next time kita citer lain pulak.

15 April 2012

Selamat Hari Lahir

SELAMAT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN
BUAT ANAKANDA TERCINTA
NURUL FARHAH
YANG KE-3

Hari ni maka genaplah umur anak kesayangan mama & papa, Nurul Farhah 3 tahun. Dah besar yer kakak skrg ni...rasa sebak pulak..maklumlah dialah penyeri pertama mama & papa 3tahun yg lalu..skrg dah meningkat remaja opsss dah bukan baby kecil lagi..tapi papehal pun kakak tetap baby kecil mama & papa..

Mama masih ingat lagi sewaktu kelahiran kakak...arwah tok bimbang sekali bila dpt tau yg mama kena masuk bilik bedah untuk keluarkan kakak...papa bgtau, serta merta arwah tok minta jiran hntar ke hospital. Bila mama sedar dlm tak sedar, mama nmpak arwah tok, dia menangis. Mayb terkejut mama kena bedah n gembira mama n kakak dah selamat..masa tu mama masih mamai n arwah tok suruh mama rehat aje, jgn byk ckp.

Bila balik rumah kedai, nenek pun turut sama bermalam nak jaga kakak. Almaklumlah cucu sulung :) ...masa tu rumah kedai tok bilik tak cukup..kami tidur ikut selera masing2....hanya yg tau, tahu bagaimana situasi n rasenya..papa sempatlah merasa tido atas kerusi pnjang mlm2...hehehe.

Satu perkara yg mama tak lupa adalah bila nak mandikan kakak, masing2 nenek dgn arwah tok dah lama tak mandikan baby..semua kekok. Tapi sebab kakak, masing2 cuba mandikan jugak..lucu pulak masa tu mama tengok..papa pun terpaksa belaja gak coz mama masih belum pulih sepenuhnya lagi..mama tukang tengok aje..

Itulah serba sedikit kisah kakak di awal kelahiran nya.

MAMA & PAPA MENDOAKAN AGAR
KAKAK MENJADI ANAK YG SOLEHAH
TAAT PADA PERINTAH ALLAH
SENTIASA MENJADI KAKAK YG BAIK UNTUK ADIK
PANJANG UMUR
MURAH REZEKI
DAN
BERJAYA DALAM HIDUP DI DUNIA WAL AKHIRAT

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG MAMA & PAPA
MMMMMMUAH



nnt kita sambut birthday sama2 yer sayang...bukan skrg coz papa too bz with his work.. :)
papa dah janji nak celebrate 3 in 1...
papa...kami tunggu tau...

01 April 2012

Lori langgar lori

 Semalam waktu on de way balik ke Paka dari Kuantan, perjalanan kami yg pada mulanya berjalan lancar tanpa sebarang halangan dan kesesakan..tiba-tiba terbantut dek kesesakan yg ntah di mana puncanya.

 Kami beranggapan ada road block @ pembaikian jalan...mmg panjang gilersssssssssssss lah kena Q...tp mujurlah kami yg terkandas ni antara yg awal/ middle age :)  jugak lah. sbb cuma amik masa dlm 30minit je untuk lepas dari kawasan tu..

 Bila dah sampai dekat barulah kami tau ada kemalangan..lori langgar lori..dan kemalangan itu berlaku atas jambatan dekat dgn cherating...tak sempat nak snap picture coz fahmi buat hal..papa lak tgh drive takleh amik gmbr lori tu..

On de way balik ke Paka dari Kuantan, eksiden atas jambatan sblm sampai simpang ke Pantai Cherating. Jem dua belah. Lori langgar lori lain depan dia. Dia punya connection between prime mover ngan load dia patah. Nasib baik ada jejaka yg tlg kawal trafic sbb polis trafik xsampai lagi.
 Kalau korang nmpak dlm gmbr tu, ada sipi-sipi gmbar lori warna kuning..hah tu lah lorinya..

 Tapi kan ada satu perkara yg mama n papa tak fhm dgn pemandu2 Malaysia ni..sape yg mkn cili dia yg terasa kan..boleh ke, tgh org lain menunggu giliran, tiba2 ada yg memotong ikut sebelah kanan....buatnya waktu tu, laluan untuk kenderaan sebelah sana dibuka tak keharunya dibuat..mula lah nak masuk lorong org lain..huhuhu...sabarje lah...org lain boleh tunggu, apa salahnya tunggu jugak..lain lah ada reason yg munasabah..

 Waktu papa post gmbr kat FB (malam), rupa-rupanya masih ada lagi org yg terkandas kat sana..ada yg bgtau dah dkt 2jam duk tunggu situ..uhuhu...letih oiiiiiii...

 Nasib baiklah kami gerak awal sikit balik smlm..kalu tak, mmg jenuh gak lah menunggu dgn anak-anak yg buat hal lagi..cubaan betul lah kan...

oklah, itu lah cerita serba sedikit pasal smlm..sampai ketemu lagi...

 ;-)

26 March 2012

Fahmi di usia 5bulan

Assalamualaikum....

Anakanda Fahmi kini di usia 5 bulan...lagi sebulan boleh lah mama suapkan makanan yer...skrg tak sabar-sabar bila tgk org lain mkn..tgk mcm nak mkn jugak...tak berkelip minta disuapkan kot..huhuhu..
sabar yer sayang..nnt bila dah cukup bulan mama sediakan mknn untuk Fahmi yer...mama try buat yg sedap2 gitu..hehehe (mampukah mama??????????)boleh boleh

Smlm gi klinik untuk suntikan imunisasi 5bulan...lepas papa balik keje, mama siapkan diri n anak2 then pergilah rombongan kami ke klinik. ramai jugak lah org kat sana..sebelum turn kami adalah dlm 3-4org yg menunggu..

Tengah syok menunggu, tiba-tiba Fahmi buat hal..tak selesa duduk dah..kakak nye pun dah lain mcm dah..tak disangka2 Fahmi menangis, mak oiiiiii kuat suara dia..ni mesti nak minum ni...nasib baik pakai jubah menyusu...just selak je lah..dan kebetulan mama duduk kat kerusi paling blkg so tak kisah lah sgt kat org dlm klinik tu..tp si kecil Fahmi dah tak sabar, menangis kuat2...last2 dptlah jugak minum..si kakak pulak tertido dlm dakapan papa dia..bila tiba giliran masuk je lah dlm bilik doktor...

Bgtau doktor, "takpe ke anak tido nak cucuk ni?" doktor ckp takpe..sebelum cucuk, timbang dulu..8.4kg..tak naik byk pun..tp oklah coz still dlm lingkungan carta dia. sampai masa nak cucuk tu, Fahmi pun nangis..tp kejap je..terus mata cerah..tak tido dah..

Lepas g klinik, kami pergi mkn kat kopitiam Paka...kakak ditinggalkan dlm kereta coz tido...papa tak matikan enjin kereta pun..tingkap kereta bg buka sikit..masa papa mkn mama sempatlah pergi ke kedai pakaian sebelah, cari baju menyusu..kebetulan ada sale oklah kan..mama bukan selalu beli pakaian skrg ni..boleh bilang dgn jari setahun berapa helai mama beli..huhuhu

Lps selesai mkn ajak papa pergi semula kedai tu, dah bgtau ada baju yg berkenan n papa ckp ok nnt kita beli..so "big boss" byarkan...mekasih yer sayang...

oklah untuk hari ini..nnt sambung lagi...

Wassalam.

25 March 2012

Kembar lain tahun :)

Kembar lain tahun :)

Pasangan adik beradik yg dilahirkan oleh ibu yg sama dan darah yg mengalir dlm bdan mereka adalah darah yg sama dari parent yg sama iaitu mama & papa...hehehehe
Kembar sepasang ni dilahirkan pada tahun yg berlainan, sorang 15April 2009 dan yg sorang lagi 23Oktober 2011
Lihatlah baju yg dikenakan pun baju yg sama tp dipakai tahun yg berlainan..hehehehe
Mama Papa sayang korang berdua walaupun selalu buat hal....pening pening kepala kami tau..tp takpe lah...itukan lumrah anak-anak yg masih kecil...kami marah2 sayang je tu...

Dikurniakan sepasang cahayamata membuatkan mama papa bersyukur sangat2...nak tmbah lagi pun boleh tapi bukan dlm masa terdekat..mama kena betul2 rehat dulu...bg perut ni relax dulu..hehehe...nntikan ada yg jeling marah2 mama n papa pulak...hehehe

Cubalah teka yg mana kakak dan yg mana adik. :)

20 March 2012

Dimana anak-anak anda di waktu ini??????????

Mana yer anak-anak mama skrg ni, buat apa kalian skrg ni...

hah, yg ni yg bongsu sedang tido..mengamuk mengamuk, akhirnya tido..

mana pula si kakak nya...

hah, tgh main air sabun..aka mandi. kalau masuk bilik air, tak main air sabun tak sah..

anak-anak anda pula di mana...????????????
sentiasalah awasi anak-anak skrg ni...saban hari begitu byk cerita / berita kita dgr pasal anak-anak...sampai tak sanggup nak mendengarnya lagi..

Ya Allah..lindungilah anak-anak kami dari segala bahaya yg melanda dunia masa kini.. amin.

02 February 2012

Puzzle buat anakanda tercinta...

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Hari ni dah masuk hari kedua bulan Februari 2012...dah sebulan berlalu dlm tahun baru 2012. sekejap je kan...hehehe. dan begitu juga dgn usia kita yg semakin hari semakin meningkat...

Hari ini, mama nak bercerita alkisah anakanda mama & papa, Farhah tentang minat dia...kini Puzzle adalah pilihan hatinya..kalu buka je PC pasti dicari puzzle n puzzle...bila bermulanya minat ini yer...

Last year, adik mama ada bawakan jigsaw puzzle kegemaran kami adik beradik dr rumah lama kami...puzzle tu sesuailah untuk org yg dah besar..tp bila ternampak oleh Cik Farhah ni, dia terus minat nak susun sama...dah lah byk, bila takleh nak susun dia marah 2pulak..then suruh mama n papa susunkan. Oklah kami tlg susunkan..yg geramnya, bila dah siap susun farhah selerakkn kembali n minta susun semula..sekali dua ok lagi..bila berkali2 geram  jugak lah...

Lepas tu, mama n papa bercadang nak cari puzzle yg sesuai dgn umurnya...cari punya cari mostly puzzle untuk 3+ years... kami tak kisahlah, n beli aje..baru 2-3hari beli n main, farhah dah boleh selesaikan puzzle tu sendirian berhad..ktorg rase wow!!!! pandai lah jugak anak mama n papa ni ye...hehehe

Dan baru2 ni kami ada belikan puzzle yg besar sikit dlm 50pcs...lepas 2-3 hari main, sekali lagi dia selesaikan sendiri dgn jayanya...mama bangga dgn anak mama...sape lagi nak puji anak sendiri kalu bukan kita as her parent kan...

Dan yg terkini, Farhah main puzzle kat internet...kami just buka web puzzle tu n let her choose. n then dia main lah sorang2..bila dia bosan dia pun panggil mama @ papa untuk susun sama..bila berjaya, Farhah said " yes, well done! yes. good job" hehehe..speaking bebenor Cik Farhah ni...

Kalu sesape nak tgk puzzle cmner yg Farhah main, boleh lah pergi ke puzzlepuzzle.com
mmg sesuai untuk kanak-kanak...ada byk puzzle cartoon kat situ.

inilah contoh puzzle yg Farhah selalu main..kat internet

 dgn jayanya sedang menyusun puzzle

 tak sempat2..bangun tido ingat puzzle dia aje..

nmpak tu 50pcs n 3+...

Dari pemerhatian mama n papa, ingatan Farhah sgt kuat...baru 2-3hari beli n main dah boleh selesaikan puzzle tu sendiri...dan kalau kami buat sekiranya buat salah (sengaja buat salah) Farhah akan perbetulkan..She said " no no, here here, pusing pusing" nak tergelak pun ada dgn cara dia perbetulkan kesilapan kami...siap ajar kat org tu cara yg betul...hehehe..anak oh anak..

begitulah kisah untuk hari ni...sampai ketemu lagi di lain nukilan ye :)

kasih selamanya with love :*

23 January 2012

Baby junior di usia 3 bulan

 Hari ni genaplah Fahmi berusia 3bulan...ape perkembangan Fahmi skrg ni yer....
herm, paling ketara adalah Fahmi suka bangun awal2 pagi..pukul 4-5 pg dah bangun n tak nak tido..yg mama dia ni pulak dah tak cukup tido...mata sepet aje...huhuhu. Kalau hari papa tak keje, mama akan kejut papa untuk jaga Fahmi pula..hehehe..adil kan.

Fahmi also tak suka baring, perangai cm org besar. nak didukung n bw dia jln2..kalau duduk dia mesti marah..so kena jln2 lah dlm rumah...smlm mama n papa perasan cm Fahmi dah nak start meniarap..tapi biasalh..awal2 ni mmg sukar bg dia nak meniarap..tangan tersangkut lah..tersembam lah..jadi mama n papa kena alert selalu supaya dia ok..

Lain halnye dgn kakak Fahmi, Farhah. segala milik adik dia adalah milik dia..ayat yg biasa digunakan, "kakak punye..kakak punye.." kdg2 tu berebut dgn mama. stroller yg suatu ketika Farhah pernah guna, skrg Fahmi lah yg guna..pun nak berebut jugak..she claimed that it belongs to her..kakak punye..tapi lama2 dia bg jugak..cuma first dia amik dulu, bila puas baru bg adik..huhuhu...anak oh anak.

ok lah..sambung semula nnt..nk g tonton tv lak... :)

20 January 2012

Fahmi berwajah baru


   Assalamualaikum....


   Apa khabar semua? Semoga sihat-sihat belaka.. Kami sekeluarga alhamdulillah sihat juga. Mama suka selitkan doa di atas, supaya kita sentiasa ingat dan berdoa untuk ibubapa kita walau dimana kita berada. Ingatlah tanpa mereka siapa lah kita skrg ni...

   Back to our topic, "Fahmi berwajah baru"...sesungguhnya Fahmi anak teruna kami telah berjaya dibotakkan..dicukur sampai licin kepala tu...hehehe. Hari ni genaplah seminggu Fahmi dicukur kepalanya. Atok dgn nenek ckp, Fahmi ni nnt lebat rambutnya..tgk kepala dia, hitam kawasan rambut yg dicukur tu.. :)

   Nak tgk rupa Fahmi sebelum dan selepas??????????
   Ini dia..........

   sebelum                                               selepas

   Alahai seksi lah pulak anak mama ni...hihihi semakin bambam Fahmi skrg ni. Kalau gi shopping, jenuh bertukar giliran dukung dgn papa..almaklum, bila bershopping bukannya sekejap, lama juga tu..dukung sorang-sorang boleh lenguh tangan dibuatnya.huhuhu.

   Oklah,kita stop dulu buat masa ini..nnt kita sambung lagi dgn topik lain pula ye :)

   Wassalam.

02 January 2012

Hukum Isteri Meleteri Suami

Hukum Isteri Meleteri Suami ……..
"Bang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca suratkhabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu.

Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga.Sekurang-kurangnya buatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun.

Tukarkan lampin anak ke, ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti... pot.. pet.. pot.. pet..... " leter Ina kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing.

Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri,sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu.

Lebih-lebih lagi, sekiranya Intan menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupun penat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.

Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.

Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalanzaman.

Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif.

Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat.

Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya." Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumah tangga.

Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikraj kelangit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.

Ali Karramallahu Wajhah berkata: "Aku masuk ke rumah Nabi beserta Fatimah,aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan. Aku bertanya, "YaRasulullah, apa yang  membuat anda menangis?" Baginda menjawab, "YaAli, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat."

MENGHERDIK

Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya,sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah menyakiti dan menyumpah-nyumpah suaminya.

Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupa set sofa dan TV rata 29inci yang menjadi trend semasa.

Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan dirinya.

Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaan Allah.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya."

Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.

Islam juga mengajar isteri agar melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak,membasuh, mengasuh anak-anak, melayani kehendak suami dan sebagainya dengan penuh rela dan tabah hati.

Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja,namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringan dan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.

Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s. a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorang suri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w. dan meminta jasabaik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembanturumah.

Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milikbaginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.

Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.

Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.

Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: "Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satupemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yangkamu minta siang hari tadi?"

Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak33 kali setiap kali sebelum tidurnya.

Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya.

Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walauseberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi isteri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami,walau setinggi mana sekalipun darjatnya.

Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja.

Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya. Bukankah Rasulullah s. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada isteri mereka.Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: "Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku."

** Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga, marilah kita sama-sama belajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita.

Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua... insya'Allah..

SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOCIAL MUSLIM sekarang. Ia dilakukan kerana berfikir bahawa SUAMI mesti buat seperti ISTERI dalam RUMAHTANGGA.

Dengan berbuat begitu, ISTERI berkenaan mengabaikan SUAMI yang berfungsi sebagai PEMEGANG AMANAH(nikah-isteri) yang disandang sejak AQAD-NIKAH yang telah diijab WALI-NIKAH(Atok, Bapak dsb)

'Islam juga mengajar isteri agar melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak,membasuh, mengasuh anak-anak, melayani kehendak suami dan sebagainya dengan penuh rela dan tabah hati.'

Saya fikir TABIAT-ISTERI suka meleteri suami mistilah dihentikan demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT. 




(Ini adalah salah satu email yg pernah mama terima suatu ketika dulu, boleh teka tak siapa yg bg kat mama..hehehe..sudah tentu suami tercinta, papa...sebenarnya tadi mama tengah buat "house keeping" email mama lalu terbaca yg ini...mama rasa ada baiknya mama share sama2 dgn teman2 maya mama yg lain..
biasalah kadang2 kita sebagai isteri mesti terlepas pandang sesuatu yg remeh cmnikan..kdg2 kita ingat perkara tu biasa2 je, tp kita tak tau samada suami kita terasa @ tak..lelaki sesetengahnya tak tunjuk yg dia marah @ terasa..jadi si isteri pandai2 lah menjaga hati mereka yer..
peringatan ini mama tujukan buat semua isteri2, bakal isteri di luar sana dan juga buat mama sendiri..jika kita tersilap pohon lah maaf dari suami kita..insya-Allah suami akan lembut hati mendengarnya..pohon dari NYA agar rumah tangga yg terbina mendapat rahmat dan dilindungi selalu, Amin.)


ABG, AYG MOHON MAAF DARI ABG ANDAI ADA TERSALAH KATA, TERGURIS HATI OLEH KATA-KATA AYG YG AYG SENDIRI TAK SEDAR KESILAPAN YG DIBUAT..DIDIK LAH AYG, BIMBING LAH AYG MENJADI ISTERI YG PATUH PADA SUAMINYA...SEMOGA BAHTERA YG DIBINA AKAN BERKEKALAN DAN SENTIASA DI BAWAH PAYUNG RAHMAT-NYA..AMIN.

Heartbeat Heartbeat Heartbeat

Usia Perkahwinan Kami

Daisypath Anniversary tickers

Usia Anak Pertama Kami

Lilypie Kids Birthday tickers

Usia Anak Kedua Kami

Lilypie Kids Birthday tickers
 
Copyright @ KasihSelamanya-Hadina 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi