26 August 2012

manakan ku cari ganti

Assalamualaikum...

Baru ni lepas balik beraya di Kuantan, kami sekeluarga balik ke Kuala Terengganu pula. Tapi tak de org dah lah..cuma aboh dgn adik je ada. adik ipar masih di rumah bondanya, maklumlah baru habis pantang..tak sempat nak jumpe raya kami pula balik Paka.huhuhu. duit raya pun tak sempat nak kasi anak sedara lagi..tunggu cik ngah balik lagi sekali, nnt cik ngah bagi duit raya kat alisya dgn ammar ek.

kebetulan balik pun tak lama, jadi ingat nak masak lah sikit tuk aboh tersayang. nak jadi citer daging raya masih ada sikit lagi so terfikir nak buat singgang daging. hehehe. sebenarnya sebelum bertolak balik dari kuantan ummi ada buat singgang daging, jadi tekak ni masih terasa nak mkn so ape lagi buat je lah..cari bahan2 biar cukup then buat.

hari jumaat tu, bermulalah operasi buat singgang daging..rasa hepi je nak masak utk aboh..lepas solat jumaat, kami pun mkn sama2..selesai makan, tny lah aboh cmner rasa nye..

Aboh: tak jadi ni..

Mama: (senyap kejap) tak jadi katne?

Aboh: tak sama cm Ma masak..Ma letak ni, letak itu (dan ada lagi lah)

Mama: eh yer ke..kena letak ke semua tu??????

Aboh: Ma letak baru rasa sedap..takpe lah, kalau ada lagi simpan lah aboh nak buat sahur nnt. esok nak puasa.

Masa odw balik Paka petang tu, mama ada berckp dgn papa pasal masakan mama tghr tadi..perihal aboh yg selalu bandingkan masakan Ma dgn mama. papa ckp , "Ma tetap dihati Aboh". Mama terus senyap..mmg betul Aboh mmg tak brp gemar makan kat luar masa Arwah Ma masih ada. Aboh suka mkn kat rumah..air tangan isteri lagi best berbanding kat luar.

Mama sedih coz mama tak dpat nak masak macam arwah Ma masak.. mama tak dapat nak sediakan masakan yg sama macam arwah Ma masak.. Aboh selalu tny, "akok pandai dok masak (lauk) mcm ma masak?" mama hny mampu tersenyum sambil jwb "masak boleh tapi tak sama mcm ma masak".

Di kala ini, air mata mama berguguran.. antara rindu kat ma dan sedih sebab tak mampu nak sediakan masakan yg setanding arwah ma untuk aboh.

DIMANA KAN KU CARI GANTI SERUPA DENGANMU........


0 comments:



Heartbeat Heartbeat Heartbeat

Usia Perkahwinan Kami

Daisypath Anniversary tickers

Usia Anak Pertama Kami

Lilypie Kids Birthday tickers

Usia Anak Kedua Kami

Lilypie Kids Birthday tickers
 
Copyright @ KasihSelamanya-Hadina 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi