24 November 2012

Suntikan imunisasi Pneumococcal

Assalamualaikum...

Hari ni kami bawa Fahmi ke klinik untuk dapatkan suntikan imunisasi Pneumococcal yg terakhir. Yg first masa umur 8bulan pada bulan Jun 2012 baru ni.. yg kedua masa umur 9bulan tapi tak gi amik pun..huhuhu. Dan yg ketiga masa umur setahun tapi sebab last month amik suntikan yg wajib jadi yg untuk Pneumococcal amik skrg ni setahun sebulan. Asyik terlewat je kan.. Yg penting buat..

Sebenarnya suntikan imunisasi Pneumococcal ni suntikan tambahan. Tidak diwajibkan tapi diharuskan. Dan biasanya klinik-klinik swasta aje yg menawarkannya. Kos nye kena bayar sendirilah. Untuk Fahmi ni dalam RM215 sekali amik. Papa cakap takpelah bayar lebih untuk skrg..duit boleh dicari tapi nyawa anak...mana nak cari... Pada yg mampu, disarankan amik...pada yg kurang mampu boleh diusahakan..

Jangan pula kita bandingkan zaman dulu dgn skrg..zaman dulu xdepun amik suntikan mcm2 seperti skrg, anak2 sihat aje... Itu dulu, ini skrg..Persekitaran berbeza, pemakanan berbeza...mcm2 berbeza...Tepuk dahi, fikir-fikirkan sendiri. :-)

Di bawah ni, mama sertakan sedikit petikan dari artikel yg mama baca. Nak tau lebih boleh klik je link kat bawah yer. 

VAKSIN SELAMATKAN NYAWA

Dengan program imunisasi , banyak penyakit boleh dicegah atau dikurangkan dengan vaksin, yang dahulunya berleluasa dan meragut banyak nyawa, kata Pakar Perunding Pediatrik dan Neonatologi Dato’ Dr Musa Mohd Nordin. Kejayaan besar boleh dilihat daripada kesan program imunisasi cacar,
polio dan campak.


Imunisasi Jimatkan Kos
Imunisasi adalah cara yang sangat menjimatkan kos untuk melindungi daripada penyakit berjangkit yang boleh membawa maut. Kos merawat mangsa yang dijangkiti penyakit adalah jauh lebih besar daripada kos vaksin.


Malah, vaksin baru yang lebih mahal, seperti vaksin pneumokokus dan rotavirus, terbukti dapat mengurangkan kemasukan hospital. Ini boleh menjimatkan banyak kos untuk keluarga.


“Beban kewangan yang boleh dielakkan daripada rawatan dan kemasukan hospital sekiranya anak dijangkiti penyakit serius adalah amat besar jika dibandingkan dengan kos vaksin, termasuk vaksin gabungan yang lebih mahal. Masa yang terpaksa diluangkan oleh ibu bapa untuk menjaga anak yang
sakit boleh digunakan untuk tujuan yang lebih produktif.”
 

Manfaat yang diberikan oleh vaksin dalam memelihara kesihatan, menyelamatkan nyawa, dan mengurangkan bebanan ini adalah lebih daripada mencukupi untuk mewajarkan pemvaksinan anak-anak kita, jelas Dato’ Dr Musa.
 
Oklah...cukup buat hari ni...

Wassalam.

0 comments:



Heartbeat Heartbeat Heartbeat

Usia Perkahwinan Kami

Daisypath Anniversary tickers

Usia Anak Pertama Kami

Lilypie Kids Birthday tickers

Usia Anak Kedua Kami

Lilypie Kids Birthday tickers
 
Copyright @ KasihSelamanya-Hadina 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi