20 February 2013

PELEPASAN PTPTN

Assalamualaikum...

Di sini dengan rasminya mama mengumumkan yang mama telah selesai menjelaskan hutang pinjaman PTPTN pada 18 Februari 2013 di Kuantan. :-) Syukur alhamdulillah, dengan izin-Nya maka mama dapat selesaikan hutang pinjaman PTPTN itu.

Fuhhh, lega rasanya hutang pinjaman PTPTN dah jelas. Sekarang dah tak perlu fikir pasal hutang pinjaman PTPTN dah, fikir pasal lain pulak. Untuk anak-anak, papa dah dartarkan SSPN utk mereka. Setiap bulan ada lah sikit simpan dlm tu. Nnt bila diaorg sambung belajar tinggi-tinggi, sekurang-kurangnya ada simpanan yg boleh digunakan untuk pembelajaran kelak. Maklumlah kos pada 20tahun akan dtg pasti dah tinggi dari skrg.

Papa, terima kasih sebab top up mana-mana yg perlu selama ini. Selepas ni kita fikirkan bersama bagaimana untuk uruskan kewangan yg baru.

Buat PTPTN, terima kasih sebab bagi pinjaman untuk mama belajar dulu.. :-)

Mama bukannya nak menunjuk-nunjuk yg mama dah habis byr, tapi sebagai galakan buat teman-teman yg sama-sama belajar dan sama-sama buat pinjaman untuk jelaskan hutang duit yg kita dah pun habis guna waktu belajar dulu. Arwah Ma pernah pesan, "bayarlah walaupun sikit, lama-lama habislah tu".

Ok, skrg hutang dgn bank dan PTPTN dan settle..yg tinggal hutang dgn papa je..hutang ape yer..hehehehe, adalah tu. Yang itu mama akan settle kan dgn papa slow n steady.

Selepas ni, mama nak kena fikirkan macam mana nak jana pendapatan keluarga untuk masa depan dan anak-anak..pasti ada sesuatu yg boleh dilakukan, cuma bagaimana nak laksanakannya yer.

Semoga Allah pemudahkan segala urusan kami sekeluarga di dunia dan di akhirat kelak..

Kita sambung lagi nnt yer.

Wassalam.

0 comments:



Heartbeat Heartbeat Heartbeat

Usia Perkahwinan Kami

Daisypath Anniversary tickers

Usia Anak Pertama Kami

Lilypie Kids Birthday tickers

Usia Anak Kedua Kami

Lilypie Kids Birthday tickers
 
Copyright @ KasihSelamanya-Hadina 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi