29 June 2013

Rak IKEA

Assalamualaikum...

Baru-baru ni kami sekeluarga pergi ke Bangi, ada lah dlm 4hari je..pergi hari rabu hari ahad balik..asal nak stay sehari lagi tp papa pula ada kerja yg perlu disiapkan.

Kami bukannya pergi bercuti sangat pun, pergi nak lihat anak buah yg baru...mama pernah cerita dlm entry sebelum ni...yg namay Daryn Imanina.

Masa stay kat rumah abg, mama tiba-tiba berkenan dgn rak kat dapur dia..nmpak comel. Dari jangkaan mama, mesti beli kat IKEA. Nk tnye, tak tnye...hehehe. Mama ni kalu pergi rumah abg, mesti ada something yg mama berkenan..tak kisahlah, susun atur rumah ke, hiasan rumah ke, alatan dlm rumah ke..mesti ada yg sangkut di hati. :-)

Akhirnya sebelum balik ke Trg, kami singgah ke IKEA. Intai punye intai jumpa lah..so beli lah satu buat balik rumah. Suka lah hati ni...

Inilah gmbar asalnya:

nak tau details klik je gambar ni.
Kalau nak diikutkan, org guna letak buku ke kat living room..tapi kami letak kat dapur...kita pelbagaikan kegunaannya. Tak salah pun.

Terasa mcm nak tmbah satu lagi je..hahahaha.

Next time pergi K.L lagi kita cari yg lain pula. Buat masa skrg kita layan dulu yg ini.

Wassalam.


Stok Tupperware (clearance)

Assalamualaikum...

Mama ingin mewar-warkan HOS ada buat clearance untuk stok Tupperware.
Sesiapa yg berminat boleh lawat page FB HOS.
Stok yg ada terhad.
Siapa yang order dulu, dia lah empunya barang itu :-)

Antara koleksi stok TupperWare yg nak di "clear" kan.
Lain-lain boleh refer album.
Harga ada di dlm album.(abaikan harga asal )
Harga tidak termasuk kos penghantaran.
Kos penghantaran ditanggung sepenuhnya oleh pembeli.

PLS PM HERE:
https://www.facebook.com/messages/zarinazahari






Selebihnya refer album HOS.



27 June 2013

Syok sendiri

Assalamualaikum....

Firstly I want to ask you...apa perasaan korang apabila lihat kereta yg di park tepi jlan sampai boleh ganggu laluan keluar masuk org lain..then ape pula reaksi korang bila bawa kereta tak tau nak jarakkan kereta dgn kereta kat depan...

Alkisah nye, semalam pegi pasar malam..on the way nak balik tu....ada kereta nak kuar dari parking, so kita bagi dia kuar dulu dan jarak nye ok lah mmg dia boleh kuar..lepas tu ada kereta dari arah bertentangan nak masuk parking tu...masa tu kami dah ke depan...so mmg takleh buat apa..yg kereta kat blkg kami pulak langsung tak jarak kan kereta diaorg...bukan saat tu je, sebelum tu pun dia mmg dah duk dekat..kereta yg nk parking tu takleh masuk lah.. satu hal lagi kami pun sangkut takleh ke depan coz ada pulak yg parking kereta tepi selekoh..nak ke tengah sikit pun tak dpt coz ada kereta sedang beratur sebelah tunggu kereta nak parking..last sekali kereta yg nak parking terpaksa cancel nak parking kat situ coz tak nak masuk parking tak dapat, dan hampir mengganggu laluan lain..



Moral of the story kat sini..buat semua pemandu kenderaan sila lah jarakkan kenderaan anda dengan kenderaan di hadapan anda...ini bagi memudahkan proses-proses seperti tadi lah..kalau terjadi apa-apa senang nk undur balik..bukan rugi pun kan.. Tapi most of the time mama selalu jumpa yg syok sendiri ni...bila terkena batang hidung sendiri mulalah nak salahkan org lain...

Kepada mereka yg mengamalkan cara yg sihat teruskan nilai-nilai murni itu. Pada yg syok sendiri, fikirlah untuk kepentingan bersama.

Wassalam.

26 June 2013

Harga EMAS turun...

Assalamualaikum...

Harga Emas GCP turun bermula 20hb Jun baru ni dan ...

Hari ini adalah hari terakhir PROMOSI HARGA RUNTUH EMAS GCP.

Pada yang layak dan mampu jom lock harga sekarang sebelum pukul 4ptg..selepas itu, harga akan berubah.

Harga sekarang mmg jauh beza dgn bbrp hari yg lepas..



Kalau nk dapatkan harga sekarang cepat2 lock tau, tp kalau tak tau cmner, telefon mama segera 019-2654520. Mama akan lock kan untuk anda. Lock shj tak best lah, kena lock dgn bayaran emas tu lah yer..

GCP menawarkan harga emas tanpa kos upah dan tanpa kos penghantaran. BEST kan...tak yah susah2 gi kedai emas..order shj n tunggu posmen hantar bungkusan emas yg diorder.


 
Tetapkan target kita, ke mana arah tuju kita untuk simpanan emas di masa depan???
Ingin buat rumah, beli rumah, pergi haji, pergi umrah, pelajaran anak-anak...
Semuanya insya-Allah dapat dilaksanakan...

Mulakan sekarang...

Boleh klik di link ni utk survey harga emas dan barang kemas yg lain
http://www.gcp.com.my/daftar.php?id=AD4610
dan daftar sbg free member .
 
Bila dah daftar, boleh buat order sendiri... :-) mudah kan..

18 June 2013

Kerepek Nangka

Assalamualaikum...

Hari ni parcel yg mama order telah sampai..2 parcel sekali gus sampai.
Satu parcel sampul raya GCP dan 2 parcel kerepek nangka.
Abg posmen siap tanye lagi ape ni, kerepek ke? mcm dah pecah je...
Mama ckp mmg kerepek pun tp tak pecah, buka jenis yg nipis mudah pecah.
Padahal ni lah first time nak makan...berdasarkan gmbr mmg tak mudah pecah cm kerepek2 yg lain yg nipis.

Kerepek Nangka ni special tau..sekali makan rasa nak makan lagi..




Istimewa kerepek nangka ni:
*tidak digoreng
*tidak berminyak
*BEBAS kolestrol
*Tiada bahan pengawet/pewarna
*nutrien terpelihara
*snek berkhasiat seperti makan nangka yang sebenar,dihasilkan menggunakan teknologi canggih pengeringan vakum-terbukti berjaya hilangkan ketagihan kpd fastfood.

Mesti cuba, bila dah cuba pasti nak lagi.

Sekarang ni pun ada depan mata, sambil taip sambil makan, hehehehe.

Kalau sesiapa yg duduk sekitar Paka, kalau nak order bgtau je lah mama. Mmg order lebih pun...hehehe..telefon je mama 0192654520 yer...

Wassalam.

Gwiyomi

Assalamualaikum...

Apa tu "Gwiyomi"? mama pun tak tau..sedar2 dpt tau dah heboh satu dunia...mama still tak tau ape2...buka you tube, intai-intai lah pasal ni..hanya ada satu je yg mama berkenan.

Nak tau, jom layan video kat bawah:



Selamat menonton :-) dan cuba manfaatkan apa yg didengar..

Wassalam.

17 June 2013

Muhasabah diri

Assalamualaikum....

Tiba-tiba terfikir, hari ini apa yg mama telah buat..adakah elok @ kurang elok..
 Marilah kita muhasabah diri kita sebelum melelapkan mata...
semoga hari ini lebih baik dari semalam
semoga hari esok lebih baik dari hari ini.

Fikir-fikirkan lah.

Wassalam.

"Seminar Penyusuan Susu Ibu dan Persediaan menghadapi Ramadan"

Assalamualaikum....

Tengahari ni, mama ingin mewar-warkan satu berita penting buat semua ibu bapa yang hebat :-)



Seminar Penyusuan Susu Ibu dan Persediaan menghadapi Ramadan
-------------------------------------------------------------------
Jom daftar sekarang, tempat adalah terhad.

Kepada ibu bapa baru yang menanti saat kelahiran bayi baru, serta ingin menambahkan ilmu tentang penyusuan susu ibu, jangan lepaskan peluang ini untuk datang bersama-sama mendengar penerangan daripada Puan Siti Nur Suraya, IBCLC yang merupakan seorang Natural Parenting Practitioner. Maklumat sesi adalah seperti berikut:

Tarikh : 22 Jun 2013
Masa: 10.30pagi - 3.30petang (5 Jam)
Tempat: Bilik Seminar, Tingkat 1, Lunatots Bandar Sri Permaisuri, Cheras.
Yuran Asal : RM150 (suami dan isteri)
Promosi : RM99 sahaja (Suami dan isteri)
Topik: - Breastfeeding Preparation while Pregnant
- Pumping and storing Expressed Breastmilk (EBM)
- EBM Delivery for Babysitter
- EBM Handling for Parents
- Food to be taken during lactating
- Breastfeeding Accessories
- Do & Don’t While Breastfeeding
- Extended Breastfeeding
- Medication during Breastfeeding

Daftar tempat anda melalui emel event@lunatots.com (tajuk emel Breastfeeding Class 22 Jun 2013) dengan membuat bayaran RM99 kepada Maybank Lunaworks Sdn Bhd 564753106172. Sertakan bersama Nama, No IC, Alamat, No telefon, Emel, Nama Bayi, Umur Bayi, Tarikh Bersalin(jika ada), Nama Suami, No IC Suami, No Telefon Suami dan bukti pembayaran setelah bayaran dibuat.

Jangan tunggu lagi, daftar sekarang. Tempat adalah terhad.

Kepada mereka yg berada di sekitar kawasan bolehlah mendaftar untuk seminar ini.
Insya-Allah anda pasti berpuas hati.

Wassalam.

"Sedikit tetapi Banyak"

Assalamualaikum...

boleh klik gambar untuk lebih maklumat.

Di sini mama ingin menyeru pada kawan-kawan semua...seandainya mampu, hulurkan lah sedikit pertolongan atau bantuan buat mereka yang memerlukan. Sesungguhnya, bantuan yang dihulurkan dapat mengembirakan, menceriakan kehidupan mereka sepanjang Ramadhan ini.

Sekurang-kurangnya bantuan ini dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka sekeluarga. Semoga mereka juga dapat merasa sedikit kebahagian seperti yang kita rasa.

Mama mungkin tak pandai sangat nak buat ayat...tapi apa yg mama pasti bantuan yg kita hulurkan akan menceriakan mereka.

Hanya Allah yg dapat membalas kebaikan yg kita kerjakan.

Wallahu a’lam

Wassalam.

15 June 2013

Cute Storage Rack




Pening Kepala Mainan anak BERSELERAK? Anak tidak ada motivasi untuk mengemas mainan?
Ya! Panda & Giraffe Storage Rack dapat membantu masalah anda

Storage rack membantu

✔ Anak Mengemas Mainan Sendiri
✔Anak seronok menyimpan mainan dalam box menarik pelbagai warna
✔ Menjadikan ruang kediaman lebih kemas & teratur

Storage Terdiri daripada

Panda Storage Rack (+ 9 storage box)
Ukuran Rak : 60 x40 x 60cm
Ukuran Storage Box : 13 x 15 x 24cm
Est Weight: 10 kg

Giraffe Storage Rack (+ 8 storage basket)
Shelves Measurement : 80 x 34 x 85cm
Storage box measurement: 13 x 15 x 24cm
Est Weight: 10 kg


Kepada sesiapa yang berminat untuk memilikinya, silalah berkunjung ke FB page Hadina Online Store..atau hubungi / sms di talian 0192654520.

Jom masuk terowong...

Assalamualaikum...

Jom layan gambar budak kecil masuk terowong....ni gambar setahun yg lalu. sori lah gmbr tak brp comel. guna handphone biasa je.







Ni lah terowong tu..terowong bawah meja. Siap dengan kakak sekali join adik.

Imaginasi anak-anak...ntah ape yg difikirkan waktu tu.

Mama sayang anak-anak mama :-)

Wassalam.

Ramadhan ...

Assalamualaikum....

Malam ni nak share satu check-list untuk kita semua sebelum ketibaan Ramadhan yang mulia.
Sama-sama lah kita baca dan buat check-list semampu yg kita mampu.

kredit to Islam For Kids

Pre-Ramadan Checklist

1) Prepare Eid Clothes (so you don't waste time in Ramadan shopping for them)

2) Prayer Clothes (Buy/ make new ones or wash, iron and perfume existing ones)

3) Prayer Place (Dedicate a space in your home for your daily worship - clean, tahhir and 'attar it, and stock it up with all you need for your ibadah) For sisters in particular!

4) Menu! (Plan meals, whose turn it is to cook, and who you will be doing iftar for on different days)

5) Ibadah schedule/ targets (plan your qada, your daily schedule - plan how to fit it in, so that you will fit it in)

6) Du’a List (make a list of who you need to make du’a for during the month so during those busy days you don’t forget any one)

7) Donation preparation - prepare the stuff you will donate

8) Ta’zil ie/ Super-Spring Cleaning (clean, tahhir and gut out your rooms/house before the month to make it welcoming and comfortable for the angels )

9. Plan your invitations (family, friends, inlaws) and send out the invites. Do it in the first two thirds - preferably when you don't have prayer and make it clear that you will not be accepting any invitations the last third.

10. If you are working on a khatm of the qur'an finish quickly so you can start afresh in Ramadan.

11. Tie up loose ends socially. Make up with those you are not speaking to. Get on the good side of parents, in laws and husband.

12. Start cutting down on coffee if you are a heavy drinker.

13. Prepare children, discuss Ramadan routine with family, discuss excitement and looking forward to Ramadan with those younger people you see.



Selamat beramal :-)

Wassalam.


05 June 2013

NF kesayangan

Assalamualaikum..

Jom kita layan gambar terkini NF kesayangan mama & papa.
Buat tatapan nenek & atok di Kuantan :-)
Adik Chik, jgn lupa share dengan ummi dan abah yer..





2 beradik yg takleh berjauhan....mesti nak bersama sokmo.

Wassalam.

Emas bekalan masa depan

Assalamualaikum...

Hari ni terasa nk tulis pasal emas. Pernah tak terfikir untuk beli emas, tak kisahlah emas perhiasan di badan ke, jongkong emas ke, dinar ke...maklum lah sekarang ni dan sebelum ni heboh pasal emas...

Mama ni kategori susah lah jugak nak pakai perhiasan emas di badan. Waktu kanak-kanak dulu pun, arwah Ma selalu suruh pakai bila time raya. Pagi raya sebelum gerak gi rumah saudara, Ma mesti panggil utk pakaikan rantai, gelang & cincin. Hari raya je lah pakai..takdelah nmpak kosong sgt.

Sehinggalah suatu hari, ketika tolong aboh angkat n susun tong gas atas lori:
"Kakok, bakpe kosong ngat tu?"
Mama terpinga-pinga. "Kosong apenye?"
"Pakai gok gelang ke, rantai ke"....
huhuhu, lepas pada tu, mama pun bgtau Ma. Ma pun bg lah rantai, gelang & cincin serba satu.
 Bermula hari tu lah, mama start pakai barang kemas.

Mama pun tak tau apa sebenarnya maksud di sebalik pertanyaan aboh tu coz sebelum tu ok je. May be aboh fikir dia mampu, tapi anak dara dia yg sorang ni kosong je tanpa satu pun perhiasan diri.

Itu kisah 10-12tahun yg lalu.

Kini, mama mcm ni lah.hehehehe

Bila difikirkan emas adalah sesuatu yg amat bernilai. Kalau dibandingkan duit yg kita ada dgn seketul emas. Nilai duit akan tetap sama di masa depan tapi emas sudah berbeza. Nilainya akan naik.Contoh, hari ini kita beli dgn harga RM188/gram mayb 5tahun lagi sudah berganda. Duit RM188 hari tetap sama RM188 pada 5tahun akan datang.

Oleh itu, pada yang berkemampuan..marilah kita sama-sama buat simpanan emas. Tak kisahlah jongkong emas ke,perhiasan ke , dinar ke..yg penting, kita ada simpanan. Mungkin suatu masa nnt, kita amat memerlukan duit. dan emas yg kita miliki mempunyai nilai yg tinggi yg mana mampu menampung keperluan kita waktu itu.

Jom kita sama-sama menabung emas.

Kalau terasa nak beli emas, boleh lah tny mama.hehehe
boleh check web GCP tgk mane berkenan, then lock harga bgtau mama.

Wassalam.



04 June 2013

Crepe oh Crepe

Assalamualaikum....

Hari ni mama try nak buat crepe , tp bukan crepe durian yer. Kita try buat crepe jagung.hehehe. Ntah jadi ke tidak tak tau lah..

Seperti biasa, resepi mama dapat dari FB bukuresepi.
Gambar kat bawah bukan mama punye tau...itu hasil dari empunya resepi.Nmpak sungguh menyelerakan..yummy.

kredit to FB bukuresepi

RESEPI DURIAN CREPE
Oleh: Eyna Haneyna

cc : www.facebook.com/bukuresepi

-20gm tpg gndum
-20gm tepung ubi
-10gm tpg kastard
-10gm tpg jagung
-1 biji telur
-1 sdk myk masak
-1 sdb gula halus
-40ml susu cair
-150ml air
-pwrna kuning
-perisa durian (tak letak coz buat yg lain)

-masuk sume bhn dlm mngkuk..sebatikan dgn whisk dan tapis..
kalau pekat just tmbh air sikit..(mama tak tmbh pun coz dah ok)
-boleh jugak blander..cuma sedikit berbuih..kene hilangkn buih2 tu..dulu
tuk elakkn crepe akan berlubang bila byk buih..
-ambil sesenduk kecil..tuang adunan dlm kuali yg dipegang..
-layangkan kuali agar adunan sekata..
-masak atas api kecil..
-masak hingga kering..angkt..tk perlu terbalikkn msa angkat tu
|
FILLING..
-150ML FRESH CREAM diputar hingga kental..(boleh mix sekali dgn 2sdb isi durian)
-isi durian..

-ltkkn fc ltk isi durian ..dan letak lagi fc di atasnya..
-lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah..
-siaapp.



Bagi mereka yg baru nak mencuba buat crepe, boleh try resepi ni coz adunan ni tak byk mana pun..mama buat boleh lah 5 keping. oklah tu, bagi budak baru belajar, kalau salah boleh buat sekali lagi.

Gmbr crepe tak leh amik lagi coz still dlm peti. Kita tunggu esok tgk hasilnya. 

Selamat mencuba.

Wassalam.

Toy Storage

Assalamualaikum...

Hari ini mama nak perkenalkan satu lagi produk di HOS.

"TOY STORAGE"

Namanya 'Toy storage' tapi kalau tak nak letak barang mainan, pakaian kotor pun boleh letak.
Kan nampak comel je..anak-anak mesti suka tengok bakul pakaian mereka comel, xdelah berselerak sangat kan..

"Abang/kakak/adik letak pakaian dalam bakul flower/ ball tu yer, nnt mama basuh"...dengan senang hati nye mereka buat...

Begitulah mama dengan anak-anak..bila diajak mandi, tanggalkan baju...serta merta diaorg dah tau mane nak letak baju masing2.. :-)

Neo Geo Kids - Football Round Hamper

Price: RM19.90

SIZE : 34D x 31H cm

Weight : 260g

Material : 600D Polyester

- Excellent for laundry, clothes, linens, diapers storage, toys

- Suitable for laundry room, bathroom, nursery, school, bedroom, Office, Traveling, In car

- Brightens up room, making it more fun & exciting

- Large top opening for easy access & strong carry handles

- Foldable when not in use. Packaging : Resealable Polybag

Neo Geo Kids - Butterfly Round Hamper

Price: RM19.90

SIZE : 34D x 31H cm

Weight : 260g

Material : 600D Polyester

- Excellent for laundry, clothes, linens, diapers storage, toys

- Suitable for laundry room, bathroom, nursery, school, bedroom, Office, Traveling, In car

- Brightens up room, making it more fun & exciting

- Large top opening for easy access & strong carry handles

- Foldable when not in use. Packaging : Resealable Polybag

Hanya 2 set shj yg tinggal. Kalau nak cepat order & bgtau mama..
Ok, kita jumpa di entry seterusnya.

Wassalam.

03 June 2013

Jom buat puding

Assalamualaikum...

Hari ni kita belajar buat puding yer..Kita buat "Puding Milo Lapis Oreo".

Resepi mama dapat kat FB Page Buku Resepi. Macam-macam resepi ada...just cari je.
Nk masak ape, ikan, ayam, seafood, western...semua ada. Nak dengan tak nak je..





PUDING MILO LAPIS OREO
Oleh:Suriani Osman
cc : www.facebook.com/bukuresepi

Bahan-bahan
10gram serbuk agar2
750ml air
150g gula
1 tin susu cair (400ml)
3/4cawan milo
satu bungkus oreo (135g) - patahkan dua2

Cara-cara
Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut. 

Masukkan gula dan masak hingga larut. 
Masukkan susu cair kacau sebati hingga mendidih.
Bahagikan 2 bhgn dan 1 bhgn dicampurkan milo dan kacau hingga sebati.
Bahagikan 1 bhgn milo kpd 2 bhgn. 

Masukkan 1 bhgn milo ke dlm acuan.
Apabila mengeras sedikit, tuangkan adunan putih tadi. taburkan biskut oreo.

Sejukkan sebentar sehingga mengeras sedikit kemudian tuangkan pula baki milo tadi. 
Sejukkan sekejap dgn suhu bilik kemudian masukkan peti sejuk. 
Potong dan Hidangkan.

Itulah resepi untuk hari ni. Simple je kan. Terima kasih bukuresepi kerana sudi kongsikan resepi ini bersama.
Papa ckp ok lah..kiranya menjadi lah jugak walaupun lapisan nye tak menjadi sgt,rasa tetap ada. :-)

Selamat mencuba.

Wassalam.

Sepupu sepapat

Assalamualaikum...

Baru-baru kami ada balik Kuala Terengganu, waktu tu papa kena gi training kat Johor. Jadi mama dengan anak-anak stay Bukit Payong je lah.

Sempat lah jugak layan anak-anak bergambar.



Umur diorang ni tak jauh beza pun..bermula dengan:

  • Farhah ---> 2009
  • Alisya ---> 2010
  • Fahmi ---> 2011
  • Ammar ---> 2012
  • Daryn ---> 2013 (yg ni xde dlm gambar lagi)


Insya-Allah raya tahun ni, meriah dgn suara kanak-kanak kat rumah Bukit Payong. Tapi papa tak dapat beraya bersama sebab kerja. Mama dgn anak-anak je lah balik beraya. huhuhuhuhu.

Bab raya, kita cerita kemudian...skrg nak masuk tidur.

Selamat malam.

Wassalam.



01 June 2013

Siapakah kita?




Baju SURI Nursing

Assalamualaikum....

Hadina Online Store ada menjual baju Suri Nursing. Kepada sesiapa yg berminat, boleh lah melayari FB page HOS untuk melihat sendiri warna dan jenis yg ada di sana.

Perkhidmatan COD disediakan hanya sekitar Paka, Kerteh dan Dungun.
Bagi kawasan Kuala Terengganu dan Kuantan, COD disediakan sekiranya admin balik kg. Yg ini tak boleh janji bila :-)

Antara koleksi: {stok terhad}

















Maklumat lanjut sila hubungi di talian 019-2654520 atau layari page Hadina Online Store.

Wassalam.

Udang besar...

Assalamualaikum...

Fuyooo besarnya udang...brp harga? RM18 seekor. Mak oi, boleh tahan harga.

Alkisahnya, ptg jumaat smlm pergi shopping kat TMC. Sebelum shopping, biasalah isi perut bagi kenyang dulu. Nnt kan tak pasal-pasal ada yg pengsan berjalan.

Mkanan kegemaran kami NASI KANDAR..mama, seperti biasa lauk cmpur dgn ayam goreng..papa pulak udang. besar lak jugak udang tu... papa ckp berbaloi lah dpt mkn udang ni walupun RM18.. isi banyak. kalau mkn ketam besar, isi tak semestinya banyak lagi.

Apa yg penting...perut kenyang...hehehehe.

Wassalam.

Heartbeat Heartbeat Heartbeat

Usia Perkahwinan Kami

Daisypath Anniversary tickers

Usia Anak Pertama Kami

Lilypie Kids Birthday tickers

Usia Anak Kedua Kami

Lilypie Kids Birthday tickers
 
Copyright @ KasihSelamanya-Hadina 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi