Entry kali ni, hanya lah luahan hati dan perasaan mama terhadap kakak Farhah. Biar lah kalau orang nak kata lambat ke apa ke...yg penting mama tahu di mana kakak berpijak.
Sebenarnya, kakak dah almost free CD{umur: 4thn}. Cuma kadang kala dia minta pakaikan CD apabila nak poo poo. Jikalau mama tanya kakak nak poo poo ke, pasti jawapannya tak..tapi yg sebenarnya ya. Most of the time kakak memang tak pakai CD dah. Kalau nak pee pee, dia akan beritahu nak salin.
Malam tadi semasa mandi tiba-tiba kakak tunjuk kat toilet bowl, bila mama tanya nak poo poo ke. Terus dia angguk. Kiranya itulah pertama kali dia poo poo dalam toilet bowl.
Mama rasa senang dengan kakak dan boleh tarik nafas lega sebab dia dah pandai dan tahu apa yang harus dibuat. Mama pernah cakap slowly dengan kakak apa yg sepatutnya dia buat.. cuma masa je tak tahu bila. Dan kini dia sudah mengerti apa yg diperkatakan.
Pujian mama dan papa berikan pada kakak "Good girl lah kakak" "Kakak smart girl".. Kakak senyum tanda malu dan gembira.
Moral of the story, anak-anak bila diajar dengan cara baik mereka pasti akan ikut. Ibu bapa pula jangan terlalu mendesak, ajari mereka dengan baik dan berhikmah. Biar masa menentukannya. Insya-Allah semuanya akan berhasil.
Wassalam.
0 comments: