17 May 2013

Epal hijau

Assalamualaikum...

Pagi ini mama nk kongsi tips pasal epal hijau.
Tips ni mama dapat kat FB page Power Boost.



"Amalkan makan sebiji epal hijau setiap hari.
 
Epal hijau boleh membantu mencegah:

1. Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
3. Membantu kesihatan membran paru-paru.
4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
6. Membantu mengekalkan berat badan.
7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.
8. Mengurangkan risiko barah.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

Selamat Mencuba!!!"
 
 
Sekarang, stok epal hijau selalu ada kat rumah.
Pagi sebelum sarapan buat jus epal sahaja atau campur saleri. Tadi mama dah cuba buat, ok je rasanya. Jus pun rasa sejuk mcm letak ais, may be sebab eapal dgn saleri baru kuar dari peti sejuk kot..
 
Ok, sekali lagi....SELAMAT MENCUBA!!!
 
 
 
 

0 comments:



Heartbeat Heartbeat Heartbeat

Usia Perkahwinan Kami

Daisypath Anniversary tickers

Usia Anak Pertama Kami

Lilypie Kids Birthday tickers

Usia Anak Kedua Kami

Lilypie Kids Birthday tickers
 
Copyright @ KasihSelamanya-Hadina 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi