31 May 2013

Pujian buat anak...

Assalamualaikum...

Entry kali ni, hanya lah luahan hati dan perasaan mama terhadap kakak Farhah. Biar lah kalau orang nak kata lambat ke apa ke...yg penting mama tahu di mana kakak berpijak.

Sebenarnya, kakak dah almost free CD{umur: 4thn}. Cuma kadang kala dia minta pakaikan CD apabila nak poo poo. Jikalau mama tanya kakak nak poo poo ke, pasti jawapannya tak..tapi yg sebenarnya ya. Most of the time kakak memang tak pakai CD dah. Kalau nak pee pee, dia akan beritahu nak salin.

Malam tadi semasa mandi tiba-tiba kakak tunjuk kat toilet bowl, bila mama tanya nak poo poo ke. Terus dia angguk. Kiranya itulah pertama kali dia poo poo dalam toilet bowl.

Mama rasa senang dengan kakak dan boleh tarik nafas lega sebab dia dah pandai dan tahu apa yang harus dibuat. Mama pernah cakap slowly dengan kakak apa yg sepatutnya dia buat.. cuma masa je tak tahu bila. Dan kini dia sudah mengerti apa yg diperkatakan.

Pujian mama dan papa berikan pada kakak "Good girl lah kakak" "Kakak smart girl"..  Kakak senyum tanda malu dan gembira.

Moral of the story, anak-anak bila diajar dengan cara baik mereka pasti akan ikut. Ibu bapa pula jangan terlalu mendesak, ajari mereka dengan baik dan berhikmah. Biar masa menentukannya. Insya-Allah semuanya akan berhasil.

Wassalam.



30 May 2013

Aiskrim Kek

Assalamualaikum...


Mlm ni mama nak kongsi satu gambar yg menyelerakan...

kredit to Dila Paka

inilah kek 2 dalam 1..
ktorg pilih untuk buat 2 event dlm 1..
so inilah hasilnya..

sedap dan sgt berpuas hati..sebenarnya kek ni dah dimakan pada 21hb sebelum papa g training Johor keesokkannya.

Terima kasih pada yg membuatnya, Dila Paka. Pada asalnya dia dah close tempahan untuk bulan 5, tp pada hari tu mama just bertanya harga kek berkenaan dan dila bgtau ada kek aiskrim yg lebih..dia baru cdg nk offer kat FB dia..tup tap mama dah tnya n grab je lah..suka sgt2 hari tu..pastu sedih coz papa ckp kena gi training JB 22hb. Tu yg celebrated awal..

Yg penting, kek dah selamat dimakan oleh kami...

Selamat mencuci mata yer..

Wassalam.

Lipan

Assalamualaikum....

"Aduh, sakitnya..sakit lah semut ni gigit. Abg, semut kat dapur tu mari mane ek, sakit gok dia gigit". Mama berckp dgn papa sambil makan chesecake. Mama baru sudah masukkan CD anak-anak dlm mesin basuh kat dapur, lepas tu duduk kat kerusi sambil mkn kek yg baru beli.

Kemudian rasa cm tak puas hati je..selak lah seluar kat celah peha. "Abg!!!! Lipan lah...." Terkejut mama apabila tiba-tiba lipan jatuh. Ntah cmner dia boleh ada kat celah peha ni..langsung tak sedar dia naik n masuk dlm seluar.

Lipan tu ada lah panjang jari telunjuk mama. Papa terus amik spray dan spray kt lipan n buang kat luar rumah.

Papa tnya, sakit tak ke bengkak tak..mama jawap ntah lah..tak tau nk bgtau..lepas tu sapu gamat je. So far, sampai skrg xde lah pula kesan2 yg teruk ke..rasa biasa je. Hopefully ok je lepas ni..May be kena kulit luar je kot.

Mama rasa lipan tu dari bilik air..bilik air kan lembap dan basah.

So lepas ni kena lebih hati-hati dan rumah serta persekitaran kena bersih semula.

Papa, esok lusa kita mulakan operasi bersih rumah..hari ni, mama akan kemas apa yg patut dulu.

ok lah..nak g salin CD adik pula ni, asyik pegang seluar je..

Wassalam.

"Selamat Ulangtahun..."

Assalamualaikum...

Tanggal 22 Mei 1982 jam 6.20pagi maka lahirlah seorang puteri dalam keluarga En Mohamad @ Zahari dan pasangan Che Maimon. Puteri itu diberi nama Zarina.
Kini puteri itu sudah 31tahun. Dia juga sudah berumahtangga dan memiliki sepasang cahayamata bersama suami tercinta, Muhammad Hadiaziam.
Anakandanya diberi nama Nurul Farhah dan Nazmi Fahmi. (masih mengekalkan NF)

Mei 2007 - bertunang
Mei 2008 - berkahwin
April 2009 - cahayamata sulung, Nurul Farhah
Okt 2011 - cahayamata kedua, Nazmi Fahmi

Begitu pantas masa berlalu meninggalkan kita tanpa kita sedari.

Selamat hari lahir buat diriku..
Semoga mama sentiasa tabah dan sabar mengharungi liku-liku hidup di dunia ini,
Semoga menjadi isteri yg taat dan patuh pada suami,
menjadi ibu yg dapat mendidik anak-anak dgn baik, sabar dgn kerenah anak-anak,
menjadi anak yg solehah buat ibubapa yg tersayang,
semoga menjadi hamba yg taat pada perintah Mu, Ya Allah.


SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN 
YANG KE-31.


Tanggal 30 Mei 2008 bersamaan 24 Jamadil Awal 1429H ,telah berlangsungnya akad nikah di mana mama telah sah menjadi isteri kepada papa, Muhammad Hadiaziam.
Kini pernikahan kami sudah mencapai usia 5tahun.
Pelbagai dugaan dan cabaran kami tempuhi bersama.
Terima kasih papa, kerana melengkapkan hidup mama.
Semoga perhubungan kita ini sentiasa di rahmati oleh Nya.

kredit to FB : Keharmonian Rumahtangga Dan Keluarga Muslim
 SELAMAT ULANGTAHUN PERNIKAHAN
YANG KE-5.


Wassalam.

29 May 2013

Belajar bersama

Assalamualaikum...

Sekarang ini kedengaram kakak menyanyi lagu ABC....dan sayup sayup kedengaran suara Fahmi ikut menyanyi ABC....dua-dua sedang asyik dgn I-pad dan tab...sorang dapat satu..

Dah tak larat dengar asyik berebut je nak main tab, akhirnya papa pun beli lah satu i-pad. Tu pun masih berebut jugak.

Adik kdg kala tak leh tgk kakak dia main..dia nak ape yg kakak dia sedang main.

Sometimes biar je diorg berebut. Lepas tu elok je baik semula. Adik beradik kan..lama mane sgt bergaduhnya, lebih2 lagi budak kecil.

Ok lah, nak kuar jap ni..nak gi pasar malam jap.

Wassalam.



28 May 2013

Selamat Datang

Assalamualaikum...

Semalam mama ada post yg mengatakan kakak ipar dah selamat melahirkan baby girl. Baby girl yg ditunggu-tunggu selama ini oleh mereka sekeluarga. Sungguh comel seperti mama dan papa dia juga.

Gambar takde lah ....sorry byk2 yer..next time mama post gmbr baby girl ni.

Nama dia sungguh cantik.. nak tau nama ape...

DARYN IMANINA BINTI ZAINAL ABIDIN

kredit to here

comel kan nama tu...

Ni buat rasa nak tambah lagi sorang ni,hehehehe. Takde lah. Gurau je tu. Kena tunggu Fahmi besar dulu sikit. Lagipun mama kan operate dulu...dua-dua anak mama kena operate "kuar ikut tingkap" org kata..hahaha. Yg penting semua sihat.

Oklah..cukup untuk mlm ni. Kita jumpa lagi.

Wassalam.




27 May 2013

"Fikiran Cemerlang"


notes: dimanakah kita???

SPECIAL DAY :-)

Assalamualaikum....

Hari ini merupakan hari yg istimewa buat keluarga abg mama.
Hari ini merupakan hari lahir anakanda sulung mereka, Iman Rifqy yg ke 12.
Dan hari ini juga bakal lahir anakanda ketiga mereka.
Insya-Allah , dalam pukul 3ptg nnt my sister in law akan masuk bilik bedah ditemani suaminya aka abg mama.
Kakak ipar mama kena bedah because kedua-dua anak lelaki mereka juga lahir melalui penbedahan.
Bukan sengaja nak, tp sebab emergency.
So, yg ketiga ni juga kena bedah.
Diaorg satu family excited sgt2 coz nak dapat baby girl.
Mcm mama dgn adik mama, ktorg dapat sepasang...jadi kalau boleh diaorg nak juga merasa ada anak perempuan. Anak lelaki dah 2 dan skrg anak perempuan.
Nnt kakak Farhah dgn kakak Alisya ada kawan baru lah.. :-)

Semoga akak selamat melahirkan anak perempuan akak denagn selamat dan lancar.



Buat Iman, selamat hari lahir.
Be a good brother and good son.
Semoga Iman berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat kelak.




Wassalam.

25 May 2013

Iklas dari hati

Assalamualaikum...

Apa khabar teman-teman semua? Diharapkan sihat semuanya yer..mana yg kurang sihat tu, banyakkan berehat n makan ubat ikut nasihat doktor. Mana yg sihat, amalkan gaya hidup yg sihat. Sediakan payung sebelum hujan. Nak cari supplement, boleh cari mama. (promote sikit aje)

Ok, back to our topic.

Hidup kita tak selalunya senang. Ada kala kita senang ada kala kita susah. Di kala kita senang, jangan kita lupa pada yg memerlukan pertolongan kita. Kita tolong sekadar yg kita mampu, mungkin dgn wang ringgit, pakaian, secara fizikal, atau last sekali doa. Tapi ingat, jangan sampai adanya perasaan riak dlm diri yer.. :-)

Di sini mama ingin kongsikan sesuatu buat semua, andai ada yg mampu..hulurkan lah bantuan. Semoga apa yg kita hulurkan menjadi saham akhirat yg bernilai kelak buat kita di sana.


Untuk maklumat lanjut boleh layari FB page Volunteers KL - Together We Care

Selamat beramal.

Wassalam.

21 May 2013

"JUS SIHAT"

Assalamualaikum...

Sejak kebelakangan ni, mama suka benar buat jus. Pagi-pagi mama buat jus epal + saderi.

Kebetulan pula baru ni terjumpa satu artikel kat FB (bukuresepi) pasal jus yang sihat. Selepas ini, mama mmg akan buat mana-mana yg berkaitan.

Jom pakat buat jus...

kredit to FB bukuresepi


♥♥ HOT TIPS & INFO ♥♥ JUS SIHAT

✪ Carrot + Ginger + Apple ➟ Tingkatkan dan membersihkan sistem kita.

✪ Apple + Timun + saderi ➟ Mencegah kanser, mengurangkan kolesterol, dan menghapuskan sakit perut dan sakit kepala.

✪ Tomato + + Carrot Apple ➟ Meningkatkan komplikasi kulit dan menghapuskan nafas berbau.

✪ peria + Apple + Milk ➟ Elakkan nafas berbau dan mengurangkan haba dalaman badan.

✪ Orange + Halia + Timun ➟ Meningkatkan tekstur kulit dan kelembapan dan mengurangkan haba badan.

✪ Nanas + Apple + Tembikai ➟ Untuk menghilangkan garam yang berlebihan, menyuburkan pundi kencing dan buah pinggang.

✪ Apple + Timun + Kiwi ➟ Untuk meningkatkan warna kulit.

✪ Pear & Banana ➟ mengawal kandungan gula.

✪ Carrot + Apple + Pear + Mangga ➟ menurunkan suhu badan, melawan keracunan, menurunkan tekanan darah dan melawan pengoksidaan.

✪ Honeydew + Anggur + Tembikai + Susu ➟ Kaya dengan vitamin C + Vitamin B2 yang meningkatkan aktiviti sel dan kekuatan imuniti badan.

✪ Betik + Nanas + Susu ➟ Kaya dengan vitamin C, E, Besi. Meningkatkan warna kulit dan metabolisme.

✪ Pisang + Nanas + Susu ➟ Kaya dengan vitamin dengan berkhasiat dan mengelakkan sembelit



Selamat mencuba!!!

Wassalam.

"Tangga Kejayaan"




18 May 2013

Detoks Untuk Kesihatan dan Kesegaran

Assalamualaikum...

Tghari ni, mama nak kongsi sesuatu buat semua mengenai produk Mayfirst.

Boleh rujuk gambar bawah tu yer.


Mama paling suka guna sabun ni bila mandi..rasa gatal pun hilang :-)

Sesiapa yg nak cuba pakej ni, bgtau lah yer. Nnt mama bagitau cara-cara pembelian.

Dengan izin Nya, semua jadi mudah...

Wassalam.

Nak atau tak nak...

Assalamualaikum...

Just short entry for this morning..

Bila orang berjaya kita pun nak berjaya
Bila orang dapat lebih kita pun nak lebih juga
Bila orang boleh melancong sana sini kita pun teringin juga
TAPI
setakat mana kah usaha kita untuk merealisasikan impian itu.

KUNCI SESEBUAH KEJAYAAN ADA PADA KITA...

nak atau tak...itu persoalannya.


Wassalam.

17 May 2013

Epal hijau

Assalamualaikum...

Pagi ini mama nk kongsi tips pasal epal hijau.
Tips ni mama dapat kat FB page Power Boost.



"Amalkan makan sebiji epal hijau setiap hari.
 
Epal hijau boleh membantu mencegah:

1. Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
3. Membantu kesihatan membran paru-paru.
4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
6. Membantu mengekalkan berat badan.
7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.
8. Mengurangkan risiko barah.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

Selamat Mencuba!!!"
 
 
Sekarang, stok epal hijau selalu ada kat rumah.
Pagi sebelum sarapan buat jus epal sahaja atau campur saleri. Tadi mama dah cuba buat, ok je rasanya. Jus pun rasa sejuk mcm letak ais, may be sebab eapal dgn saleri baru kuar dari peti sejuk kot..
 
Ok, sekali lagi....SELAMAT MENCUBA!!!
 
 
 
 

16 May 2013

SELAMAT HARI GURU

Assalamualaikum...

 1982-1987 - Home Sweet Home Bukit Payong
1988 - Taski Bukit Payong
1989-1994 - SK Bukit Payong
1995-1999 - SMKA Durian Guling
2000-2002 - MC IIUM
2002-2006 - IIUM Gombak
2006-2008 - Colgate Palmolive Sdn Bhd
2008-now - Home Sweet Home Paka

Di atas adalah tempat mama menerima didikan samada formal ataupun tidak formal.
Pendidikan awal adalah di rumah
kemudian di sekolah, universiti
kemudian di tempat kerja
dan kini di rumah ditemani suami sebagai guru dlm mendidik isteri menjadi isteri yg solehah.
Insan-insan di sekeliling juga memainkan peranan sebagai guru dalam tak sedar, 
kerana kita sentiasa belajar tentang kehidupan.

Selamat hari GURU 
buat semua.


comelkan cupcakes hari guru...

15 May 2013

Tips Suami Isteri





Tips Jika Anda Bertengkar dengan Suami/Isteri

Ada waktu di mana pasangan suami isteri diuji dengan ketidaksefahaman satu sama lainnya dalam suatu perkara. Sebagai wanita solehah, hendaklah selalu menjaga adab serta kesopanan dalam berbicara.

“Kehormatan suami sebagai pimpinan keluarga tetap dijunjung tinggi. Rasulullah saw bersabda, “Isteri yang mahu menerima sifat pemarah suaminya, akan diberi ganjaran oleh Allah dengan ganjaran yang sama seperti yang diberikan kepada Asiah binti Muzhahim (isteri Firaun).” ( Kitab Biharul Anwar, 247).

Rasulullah SAW bersabda, “Bila dua orang muslim tidak saling berbicara selama dua hari, maka keduanya telah keluar dari Islam, dan tidak akan ada persahabatan yang tersisa pada mereka. Dan salah seorang dari mereka yang mempunyai niat untuk berbaik kembali akan masuk syurga lebih cepat daripada yang lainnya pada hari Hisab.” ( Biharul Anwar, 103).

Juga sebagai seorang wanita solehah hendaknya memahami aturan Allah dalam hal berselisih di antara suami isteri. Jika perselisihan ini disebabkan nusyuz-nya isteri, maka Allah memerintahkan beberapa jalan yang harus ditempuh oleh suami dalam memperbaikinya. Iaitu dengan cara;

1. Memberi nasihat
2. Berpisah tempat tidur
3. Pukulan (yang tidak menyakitkan).

Peraturan ini telah diungkapkan oleh Allah dalam firman-Nya: “Wanita-wanita yang kamu khuatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka dari tempat tidur, dan pukulah mereka. ” (An-Nisa: 34) .

Tentu sebagai wanita solehah, bila terjadi perselisihan, dan kesalahan di pihak kita, maka cukup dengan nasihat. Lalu segera memperbaiki diri, bertaubat dan beristighfar kepada Allah. Hendaklah jangan sekali-kali terlontar ucapan kotor dan menyakitkan suami dari mulut kita.

Diriwayatkan bahwa Laqit bin Shabirah ra. bertanya kepada Nabi saw, “Ya Rasulullah, aku mempunyai isteri yang lisannya suka mengeluarkan kata-kata yang tidak baik.” Sabda baginda, “Ceraikanlah dia.” Aku berkata, “Aku mempunyai anak darinya dan aku telah hidup bersamanya lama sekali.” Sabda baginda, “Nasihatilah dia, jika dia mahu menerima nasihat, maka terimalah. Dan jangan kamu memukul isterimu sebagaimana kamu memukul hamba-hambamu.” (Abu Dawud).

"Semoga Allah SWT sentiasa memberikan rahmat, keharmonian, perlindungan di dalam rumahtangga kita .. Semoga Allhah melimpahkan sejuta kasih sayang yang tidak bersempadan di antara suami isteri dan anak-anak yang telah dianugerahkan.
Aminn ... "

Heartbeat Heartbeat Heartbeat

Usia Perkahwinan Kami

Daisypath Anniversary tickers

Usia Anak Pertama Kami

Lilypie Kids Birthday tickers

Usia Anak Kedua Kami

Lilypie Kids Birthday tickers
 
Copyright @ KasihSelamanya-Hadina 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi