02 December 2013

Sumbangan anda amat bernilai

Assalamualaikum...

Sekali lagi mama tergerak hati untuk kongsi bersama teman-teman bloggers  untuk bersama meringankan dan seterusnya memudahkan perjalanan membantu mereka yg memerlukan.

Volunteers KL adalah sebuah kumpulan sukarelawan yang digerakkan oleh sekumpulan anak muda yang berusaha menyantuni keperluan golongan yang memerlukan.

Dan ini adalah projek terbaru mereka. 



Rasanya kalau kite semua dapat menyumbang, insya-Allah semua projek yg mereka rancangkan dapat berjalan dengan lancar. Tak rugi kalau kita dapat membantu mereka.. 

Insya-Allah dengan niat yg ikhlas utk membantu mereka akan dibalas oleh Allah swt dengan balasan yg baik..Seperti janji Allah dalam Al-Quran:

"Sesiapa meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan mengembalikannya berlipat ganda untuknya, dan baginya pahala yang mulia". 
(Al-Hadid 57:11)

Perhatikan dengan cermat. Allah berjanji akan membalasnya berlipat ganda dan ditambah juga balasan pahala. Buat satu dapat dua! Dapat balasan berlipat ganda ditambah lagi dengan pahala yang mulia. Masya-Allah, Pemurahnya Allah kepada hamba Nya.

Jadi jom sama-sama kita fikirkan sejenak dan bantulah mereka yg memerlukan bantuan kita.

Wassalam.

2 comments:

miz ruha said...

cantiknya blog k.long...
bile tukar...??

hadina said...

baru je lagi :-)



Heartbeat Heartbeat Heartbeat

Usia Perkahwinan Kami

Daisypath Anniversary tickers

Usia Anak Pertama Kami

Lilypie Kids Birthday tickers

Usia Anak Kedua Kami

Lilypie Kids Birthday tickers
 
Copyright @ KasihSelamanya-Hadina 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi