21 February 2013

Shopping sakan...

Assalamualaikum..

Baru-baru ni kan mama satu family balik Kuantan, selesaikan apa-apa yg patut..macam PTPTN, tinted kereta Exora, dan shopping :-)

Tempat yg biasa kami shopping adalah The Store Kuantan kat Kuantan Parade..Kalau nak shopping pakaian anak-anak dan papa mmg kami selalu ke situ. Bagi mama n papa, pakaian kat The Store Kuantan byk pilihan, tu yg buat jadi favourite place tu. :-)

Mula-mula kami naik atas bahagian lelaki cari seluar papa..cari punya cari jumpa lah yg berkenan di hati..pastu mama pulak berkenan dengan sehelai baju ni...pujuk lah papa try test baju tu..akhirnya papa akur n boleh beli..hehehe..kebetulan tengah sale kan..bila salesgirl tu nak buat bill, dia minta the store card member, bgtau yg papa punya dah expired.dia bgtau kalau ada card dpt separuh harga, if not harga asal lah..nak tak nak, papa turun semula renew card dia..

Sambil papa renew card, mama n anak-anak pergi bahagian kanak-kanak...tunggu papa sambil pilih baju untuk Farhah & Fahmi...takdelah byk sgt mama pilih, tp boleh tahan lah..sempat jugak beli cadar kartun saiz super single 2 set..harga boleh tahan tp disebabkan sale, dpt lah murah..kan bagus shopping time sale..

Sampai masa nak byr, mulanya takde org beratur pun..tup tap, time ktorg nak byr ramailah pulak beratur. dah lah kami byk jugak pakaian nya, terpaksa lah diorg tunggu. Yg nak tergelaknya, sekejap sekejap ada lah dua tiga org yg beratur duk tengok2 kat kami. Mayb diorg tgk banyak nye org ni shopping yer..mmg boleh nmpak pun amout yg kena byr.. hehehe..brp????????biarlah rahsia..

Kalau tak silap perkiraan mama dgn papa, kami shopping pakaian anak-anak adalah 1-2x setahun je..sebab tu nmpak byk bila sekali shopping.. lagipun kami tak berbelanja beli dispo diapers @ pun susu formula untuk anak-anak. Anak-anak mama n papa semuanya pakai Cloth diapers n minum susu badan..breastmilk. fresh lagi tu..hehehe. jadi tak hairanlah kalau duit yg asalnya untuk beli dispo diaper & susu formula kami gunakan untuk pakaian anak-anak. Inilah salah satu kelebihan bila anak-anak BF dan pakai Cloth Diapers.

Begitulah kisah shopping kami di Kuantan..

Sehingga berjumpa lagi, wassalam.


2 comments:

Huda said...

bestnye shopping sakan :) ala tunjukla hasil tankapan :) huda pun suka shopping time sale x kisahla bukan new arrival pun xpe..yg penting kita suka dan selesa :)

hadina said...

hasil tangkapan??????????hahaha, nnt ada masa ina snap pic



Heartbeat Heartbeat Heartbeat

Usia Perkahwinan Kami

Daisypath Anniversary tickers

Usia Anak Pertama Kami

Lilypie Kids Birthday tickers

Usia Anak Kedua Kami

Lilypie Kids Birthday tickers
 
Copyright @ KasihSelamanya-Hadina 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi