comel je tajuk entry hari ni yer...mesti ada yg fikir, eh ina pregnant ke...ooooooooooooooooooooooooops, jgn silap tau...entry kali ni buat tatapan semua yg masih ragu2 samada dia pregnant @ pun tidak..kadang kala kita terkena false alarm daaaaaaaa...ingatkan dah lekat dah tp tak...
macam mama jugak lah, byk kali jugak terkena false alarm ni...perkara yg selalu terjadi, loya n nak muntah..dgn missed period..yg dua ni mmg tak lari lah..bila tgu dulu, rupa2nya takde pape..@ esoknya tiba2period lah pulak..hehehe..tu yg kdg2 malas nak gi beli pregnancy test kit tu..sebab result tak seperti yg diinginkan..
kat bawah ni mama senaraikan antara simpton-simpton di awal kehamilan..tapi mayb hanya sesetengah akan ada dlm list masing2 dan ada yg kesemuanya...lain org lain rasanya...artikel kat bawah ni, mama dapat dari sumber ini tau.
1. Rasa lapar yang berpanjangan
Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.2. Perubahan pada warna di sekliling payudara
Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.3. Kerap membuang air kecil
Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.4. Merasa tidak bermaya
Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.5. Sakit dan tegang pada buah dada
Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari
Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.7. Rasa loya dan muntah
Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan
Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.9. Missed period
Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.Dan akhirnya..
10. Ujian air kencing yang positif
Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian.dan setelah berjumpa doktor ...keputusannya positif, maka ucapan TAHNIAH mama ucapkan...
dan mama pulak hehehe....nnt bila dah sampai masanya, dan ada penambahan ahli keluarga, mama akan bgtau...doa-doakan lah yer...
3 comments:
debar tgk title post :)
moga ada rezeki utk ina n family nnti nak tmbh ahli keluarga :)
mekasih huda...doa-doakan lah yer... :)
Thanks sharing info berguna nie..
Kadang ada rasa cam tanda2 kat atas tu tp false alarm.. :)