07 March 2013

Puding Roti Marble Coklat

Assalamualaikum...

Selamat petang semua...dah mkn tengahari? Kami mkn simple2 je..kakak tak nak mkn nasi,biasalah anak dara sorang ni..:-)

Tadi tghari lepas gi Pejabat Pos mengepos barang, singgah gerai jual kuih muih..beli sikit mknn cm apam polkadot, mee kari, roti john. pastu minta sikit kerapah / kerak hasil goreng pisang. yg itu Farhah suka bebenor makan nya.

Berbalik pada tajuk post hari ni, semalam ada lah buat sikit puding roti ni. sebelum tu buat kek coklat kukus..walaupun kurang menyerlah tp habis jugak dimakan.hehehe.

Puding roti ni, kalau mkn sejuk-sejuk sedap sgt. Kalau dlm bekas jelly tupperware tu, dah lah ada 6 biji..3 biji boleh mama mkn sorang2..yummy sgt2.

Nak tgk gmbar ke????????huhuhu. .gmbr tak jadi nk amik..tapi takpelah kan..



Nak resepi???????? boleh, tgk bawah yer. Resepi ni mama amik kat blog Kak Nor. Mama mmg suka terjah blog dia tgk resepi2 terkini. Terima kasih Kak Nor sebab sudi berkongsi resepi.

PUDING ROTI MARBLE COKLAT
resipi : Hanamemories.blogspot.com
sumber : K.Nor@SecubitGaram



Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
10gram serbuk agar2 @ sepeket
1/2 cawan gula - bleh kurangkan
2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
31/2 cawan air = hana gune cwn biasa 230ml
2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco- hana campur coklat Hersheys ~ k.nor guna 1/2 sk choc emulco

Cara-cara
Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak/manis, kurangkan sukatan susu pekat.



Selamat mencuba :-)

0 comments:



Heartbeat Heartbeat Heartbeat

Usia Perkahwinan Kami

Daisypath Anniversary tickers

Usia Anak Pertama Kami

Lilypie Kids Birthday tickers

Usia Anak Kedua Kami

Lilypie Kids Birthday tickers
 
Copyright @ KasihSelamanya-Hadina 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi