27 March 2011

Berita baik buat pengunjung bertuah

Hari ni tiba-tiba rasa baik hati pulak...hehehe
baik hati nape yer...?
baik hati sebab nak bagi keahlian percuma buat pengunjung setia...tak kira lah pengunjung kasih selamanya @ hadina online store...
tapi keahlian percuma ni hanya untuk dua org sahaja...

ULANGAN!!!
HANYA UNTUK DUA ORANG SAHAJA...

sesiapa yg berkenaan boleh lah pilih salah satu jenama / produk di bawah:

  1. SUN CHLORELLA A
  2. K-LINK
  3. TUPPERWARE
  4. HPA
  5. STORMREADERS
hah...mesti anda semua tertanya-tanya cmner proses pemilihan ek...
senang aje...2 org pertama yg komen kat sini dpt lah...mudah je kan...
dan kena bgtau nak jadi ahli yg mana..
1 produk satu ahli je...
2 produk je dulu untuk kali ini...next time kalu ada rezeki lagi...akan ada lagi berita baik ni...

18 March 2011

sakit dan penyakit...

Sakit dan Penyakit..dua perkataan ni mmg takleh lari mesti bersama..bila sakit mesti ada penyakitnya...

bila baca kisah org yg sakit ni, mama rasa sedih pulak...tak sanggup mama nak dgr kesakitan yg dia tanggung... mungkin ini juga salah satu dugaan yg Allah turunkan buat dia dan keluarga..Dia ingin menguji tahap kesabaran kita menghadapi ujian Nya..samada kita cepat melatah @ sabar n redha @ berusaha mencari penawarnya.

mama kdg2 ingin mencuba menyarankan apa-apa yg boleh disarankan..tetapi mama khuatir kerana tak semua org ingin mendengarnya..setiap penyakit yg Allah ciptakan ada penawarnya..cuma kita yg harus mencari dimana.

Pabila dah ketemu dgn penawarnya , kita gunakan lah ia...insya-Allah dgn izin Nya maka sembuh lah ia.Tetapi andai tidak berjaya, jgn menyalah kan ubat itu, mungkin ianya tidak serasi dgn kita dan mungkin Dia ingin kita berusaha lagi. Tetapi kebanyakkan org, akan menyalahkan ubat itu..maka terkeluarlah kata-kata yg kurang enak didengar, "ubat ape ni, makan pun tak jadi ape..buat rugi je beli"...padahal makan baru je sekali dua @ sekejap dah nak baik..sekurang-kurangnya bersabar n makan dgn konsisten dulu..dan jgn lupa minta pada Nya supaya sakit itu pulih..

Mama pun mengalami situasi yg sama di mana ibu mama pun sakit skrg ni...dah byk tempat jugak kami pergi...tapi mungkin tak serasi dgn ibu mama..mungkin ini juga dugaan buat keluarga kami...hanya pada Nya kami bermohon agar sakit ibu kan bertemu dgn penawarnya kelak..mama berharap agar ibu mama tabah dan kuat semangat dlm menghadapi ujian ini.

Mesti ada yg tertanya-tanya..mama kan ada publishkan N3 pasal supplement. Ya mmg betul...ibu mama ada juga mengambilnya skrg ni....tp kuasa penyembuhan bukan di tangan kita @ ubat itu..tp kuasa Allah..kita hanya berusaha..

"MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT" selagi kita mampu mencegah, kita cegah sebelum melarat..

N3 ini hanyalah luahan hati mama...andai kata ada yg terguris, mama mohon ampun dan maaf..

17 March 2011

Gi tmn mainan

Ptg td lepas gi pos brg...singgah jap kat tmn mainan mini kat pusat niaga Paka.masa tu dlm kol 4ptg,tak panas pun...farhah asyik sebut "ainan..ainan'...dah alang-alang lalu ikut situ singgah lah kejap..

Masa sampai tu takde budak-budak lain lagi yg dtg..farhah main gelongsor...farhah kalu takde org dia nak main ah..tp bila ada org dia prefer tgk je..mayb dia tak nak berebut kot...

Tp ada satu situasi yg mama tak suka tgk..ada lah sorang budak lelaki ni...dia dtg dgn kakak dia kot...dari segi lagaknya lah :) mama tgk cm dia nak menunjuk-nunjuk je kehebatannya...nak tunjuk hebat tp tak kena cara...

nak tau apa yg dia tunjuk sgt...biasanya budak-budak kalau nak main gelongsor naik tangga yg disediakan sampai ke atas..tp budak ni, naik ikut gelongsor...gelongsor yg bulat...bukan ikut dlm tp ikut luar..dah lah tinggi...aduh..naik seriau mama tgk...kalau jatuh kan susah..ntah mana parent diaorg pun tak tau...

lagi satu, mama tgk muka dia cm bangga je...kononnya naik cepat ah kat atas tu...Ya Allah..mengucap panjang mama tgk gaya dia...mama bimbang jatuh je...kalu jatuh mau seliuh @ patah mana2 tulang tu..minta jauh lah..mama tak nak tgk lama, jadi ajak farhah balik, farhah susah gak nak balik tu, mama umpan ckp nk tgk micky mouse...dia pun ok je..

tmn mainan sepatutnya jadi tempat main yg selamat gak..tp kalau dah guna salah cara tak selamat jugak...

pada parent kat luar sana, kalau biar anak-anak main kat tmn tu...perhatikan lah jugak yer..jgn biar ikut suka hati dia je...nnt kan ada org ckp "parent mane lah yg biar anak main cmtu...jatuh nnt susah kan.."

oklah..nota hari ni...selalu awasi anak-anak walau di taman permainan sekalipun... :)

farhah sebelum tido

alkisah mama nak bercerita pasal kerenah anak mama n papa ni sebelum tidur...
yg ni berlaku dua tiga mlm yg lepas...

nak dipendekkan cerita, farhah skrg ni dah "melekat" dgn laptop mama...setiap mlm mesti mengadap laptop...
bukan mlm aja, siang pun cmtu gak..semua citer kegemaran dia ada dlm tu (cnth: mickey mouse clubhouse, pooh, upin ipin, abc song, etc)

setiap mlm dia takkan miss semua tu...mama n papa tak tau dah nak wat cmner..tak bg tgk, dia nangis..huhuhu...kdg2 smpai kol 2-3 pg dia duk tgk je...dah sampai mama n papa tido pun..

ape yg mama n citer sebenarnya adalah kemanjaan farhah dgn papa..mlm tu, dia asyik mintak papa je layan dia..dia mintak papa tlg klik kan citer yg dia nak tgk..

bila papa pejam je mata, dia start panggil papa.."papa" "papa""papa"..kalu papa dia diam je...pastu dia kuatkan suara "pa" suara kecik dia tu wat mama gelak dgr coz comel sgt2 bila dia panggil papa...mama nk tlg dia tak nak..nak papa gak..

terpaksa lah papa layan dia...yer lah siang dah duk manja dgn mama..mlm giliran papa lah pulak...

mama tak sempat nak rakam suara farhah panggil papa dia..nnt bila sempat mama rakam...

anak-anak ni mcm2 kerenah dia tunjuk kan..kdg kala nak marah pun tak jadi bila tgk ragam dia... :)

sambungan N3 ..

assalamualaikum kawan-kawan semua...
hari ni, mama nak sambung kisah supplement yg mama coretkan baru-baru ni...

sebenarnya kan, supplement ni tuk seisi keluarga...tak kisah lah org tua ke org muda ke..bayi ke...coz mcm family mama, mama tak start mkn mase sekolah lagi...cuma kdg2 tu ada lah liat sikit..tp skrg tak nak liat2 lagi dah...farhah pulak yg mengalahkan mama, pantang nmpak pek sun chlorella pasti mintak..

serba sedikit info pasal SUN CHLORELLA A:

*Faktor Pertumbuhan Chlorella (CGF) menhasilkan penyembuhan yg cepat, memberi lebih tenaga varu, nmpak muda dan lanjut usia.

*Chlorella merupakan penyah toksin semulajadi yg terbaik. Ia mengandungi peratusan klorofil yg tinggi berbanding tumbuhan lain di dunia dan klorofil merupakan agen pembersih semulajadi yg terbaik kpd manusia.

*Chlorella boleh memperkuatkan sistem imin anda untuk menentang penyakit.

*Chlorella juga membantu menguatkan mucus membran anda untuk membantu mengeluarkan penghasilan organisma yg menyebabkan penyakit,

*Chlorella juga membantu menolak tahap kolestrol dan tekanan darah tinggi, yg mana membantu drpd mendapat penyakit jantung.

*Chlorella boleh memberikan harapan kd anda bila ubat dan pembedahan gagal.

Cara Pengambilan Sun Chlorella:

a) Untuk mengekalkan kesihatan     15 biji sehari
b) Untuk rawatan                            24 biji sehari
c) Dalam keadaan sakit                   30 ke 50 biji sehari
d) Untuk kanak-kanak ; Sebiji untuk pagi dan malam, jumlah bergantung kpd usia. (contoh : 2 biji untuk kanak-kanak berusia 2 tahun)

Untuk kesan yg lebih baik, pengambilan perlu diamsbil ketika perut kosong dan ia lebih baik diambil dlm beberapa kali dlm sehari. Yang penting, pengambilannya perlu diteruskan dlm tempoh sekurang-kurangnya 3 bulan untuk mendapat kesan sepenuhnya.

Krisis Penyembuhan:

Apabila anda mula mengambil produk Sun Chlorella, sesetengah individu akan menunjukkan kesan (contohnya, demam, cirit-birit, angin, letih. sakit bahu, pening dan sebagainya), ini dikenali sebagai "krisis penyembuhan" dan biasanya dialami dlm tempoh 3 ke 7 hari, tp ini  juga bergantung kpd gaya hidup, umur, sukatan yg diambil dan keadaan kesihatan bg setiap individu. walau bagaimanapun, bg sesetengah individu tidak menempuhinya.

Salah satu cara nak mempertingkatkan kesihatan kanak-kanak adalah dgn Chlorella. Cara yg terbaik adalah untuk ibu mengandung mengambil chlorella sebagai mknn tambahan setiap hari dan terus menggunakan semasa penyusuan anak. Ini akan memastikan bayi mendapat kebaikan dari alga chlorella.

Kalau nak tau lanjut pasal air klorofil klik sini yer...ni N3 lalu yg mama citer pasal air hijau...

oklah..s u soon...

15 March 2011

simpanan dan perlindungan

Sudahkah kawan-kawan membuat simpanan dan perlindungan untuk diri,pasangan dan anak2?
Bukannya apa..ianya untuk keperluan di masa hadapan jugak...
kita tak tau apa yg bakal berlaku...lebih baik "sediakan payung sebelum hujan"

Mama sebelum berkahwin dgn papa dah buat simpanan sikit-sikit...masa tu mama kerja n ada duit lebih pandai-pandailah simpan tuk masa depan...selain tu mama pun turut wat simpanan n perlindungan dlm Prudential. yg ni housemate mama yg cadangkan...lepas dia bgtau semua perkara, mama pun berminat n buatlah...

Dan skrg bila dah kahwin, slowly mama ajak papa turut sama buat simpanan n perlindungan dkt Prudential...tak lama selepas papa join, kami bercadang buat tuk farhah jugak..dan insya-Allah nnt bila farhah nak dapat adik, adik dia pun akan ada jugak akaun kat Prudential...

Semalam sebelum tidur, mama ada berbual-bual dgn papa pasal simpanan n perlindungan Prudential ni...mama bersyukur sgt2 coz kami join ni awal lah jugak...bukan nnt sakit baru nak cari insuran..mcm kawan2 tmpt keje papa, bila dah sakit baru nak cari insuran...masa tu, pihak insuran dah reject lah...papa beruntung coz masuk awal...tu pun mama yg pujuk papa..mama tny papa, kalu mama tak ajak join..papa join ke...papa ckp mayb tak kot...tp sebab mama bgtau yg Prudential ni ada simpanan n boleh amik kelak..jadi papa berminat lah join...

Syukur kepadaNya kerana dibukakan hati kami untuk menyimpan dan melabur untuk kemudian hari...maklum lah sekarang ni kan mcm2 penyakit melanda...bencana pun cmtu gak...kita hanya merancang bukan menetapkannya...sekurang-kurang ada tempat yg boleh kami dapatkan bantuan bila diperlukan...

Selain dari tu, macam farhah...kami pun ada buka akaun SSPN untuk dia..dan setiap bulan papa buat simpanan..ini pun untuk masa depan farhah..sekurang-kurangnya dia ada bekalan kewangan kelak untuk digunakan bila belajar nnt..

Kawan-kawan..pada yg belum buat preparation,buatlah sekarang jgn tunggu bila dah ditimpa masalah baru nak cari tempat mengadu...lihatlah skrg ni, ramai org yg perlukan bantuan kewangan untuk pembedahan...kos bukannya sikit..berpuluh2 ribu...mana nak cari dlm masa terdekat...at least , kita yg mampu ni...buatlah persediaan awal yer...beringat sebelum kena...

ok lah semua...renung-renung kan dan selamat berjuang... :)

23months

hari ni anak dara mama n papa dah mencecah umur 23bulan...lagi sebulan genap lah 2tahun...
pejam celik pejam celik dah nak masuk 2 tahun..kejap kan masa berlalu...
kalu kira tiap-tiap hari mmg lambat..tp kalu wat dek je, kejap je lah...

farhah sekarang ni semakin manja dgn mama n papa..asyik nak dukung je..
even dlm umah nak dukung..mama nak g dapur nak ikut tp kena dukung..
kalau tak, merajuk,baring atas lantai lah n nangis...
farhah bagaikan nak perhatian sgt2...mayb dia dapat rase kot...hehehehe

nnt bila papa dah keje cm biasa n dapt cuti kita gi jln2 yer...skrg ni kena wait dulu lah yer sayang...

sebut pasal wait ni...perkataan "wait" dah lancar je kat bibir farhah...
kalu dia nak amik brg @ something kat lain, dia akan ckp "wait" "wait" sambil tngan pun tunjuk tunggu...

siap suruh org wait lagi tu...perkataan tu muncul gara-gara, bila buka laptop kan lmbat sikit nak keluar..jadi mama @ papa akan ckp "wait" from there she learns it..

ok lah mama nk rehat dulu ah...nnt mama citer lagi yer..

13 March 2011

kesihatan anakanda tersayang

alkisah, mama nak bercerita pendek je...citer pasal anak kesayangan mama n papa, sape lagi kalau bukan NURUL FARHAH....nak dipendekkan citer, farhah jarang demam...rasenye boleh dikira berapa kali je dia demam..tu pun demam sebab nak tumbuh gigi.mama ingat lagi yg first dia demam..sampai mama pun demam n papa terpaksa amik cuti gara-gara nak jaga kami berdua..

waktu tu boleh katakan tinggu jugak suhu farhah...papa as usual, dia mmg terperinci bab2 cmni...everthing dia monitor..mama mmg tabik lah kat papa..papa seorang papa n husband yg betul2 particular bab safety..hehehe.berbalik pada citer farhah ni, lepas bbrp hari gak lah dia kembali ceria lepas asyik nangis je coz demam kan..dan dan lepas tu, mama nmpak ada perubahan dlm mulut dia..rupa-rupanye farhah nak tumbuh gigi...lepas tu, dah xde dah demam yg teruk...kalu nak tumbuh gigi lagi, dia cm ala-ala nak demam..mama kasi dia makan n minum supplement...
 
dan sampai skrg farhah still makan n minum supplement tu...pada mama dgn izin Allah, farhah until now kesihatan dia baik aje...dah nak masuk 2tahun, dia mempunyai kesihatan yg baik..tak sakit @ demam...dan salah satu sebab dia sihat, penyusuan susu ibu..farhah mmg reject minum susu tp kdg2 dia nak makan je susu tu..mcm zaman mama kecik2 dulu suka mkan milo n horlick cmtu je..hehehe

nak tau ape yg farhah makan n minum tu...
hah, ni dia....






hah, itulah citer serba sedikit pemakanan farhah...kalau nak tau lanjut boleh g kat website dia..mama dah link kan kat situ..ktorg satu family makan n minum...cuma mama n papa ni je liat sikit kdg2 nak makan / minum..tp farhah nak sokmo..pantang nmpak, mesti mintak..

oklah..dah lewat ni...lmbat sikit siap assignment ni coz gi tgk tv td citer kat TV3..

c u all soon.

12 March 2011

lamanya tinggal tanpa N3

huh dah lama benor mama tak bersua blog dgn kawan-kawan kan...
bukannya apa...ada beberapa reason mama menyepi...

salah satu mama tak sempat coz selalu balik kg tgk mak, then tak larat / sempat nak berblog..
kalu sempat buka laptop, farhah pulak nak guna...nak dgr lagu2 dn citer kesukaan dia..
byk jugaklah, smapi terpaksa download dr utube...

lately ni pun mama kurang sihat sikit...maklum je lah bila tak sihat ni, penyakit mim alif lam sin  pun datang...hehehe

kalau nak diikutkan macam2 citer nak dikongsi tapi cmtulah...ada aje alasan kan..
nnt kalau mama rajin, mama citer satu persatu...citer best pun ada...nak tau apa dia...tungguuuuuuuuuu!!!

yg best tu next month mama citer...kasi surprise sikit..tu pun kalau mama boleh tunggu...

oklah...kite jumpe semula nnt yer...

02 March 2011

rezeki dari Nya datang lagi...

alhamdulillah, syukur pada Nya atas nikmat yg dikurniakan...
setiap apa yg Dia kurniakan pasti ada hikmah di sebaliknya...
kita sebagai hamba Nya harus menerima setiap pemberiannya dengan hati yg terbuka...
hanya Dia yg Maha Mengetahui akan segala-galanya...

Heartbeat Heartbeat Heartbeat

Usia Perkahwinan Kami

Daisypath Anniversary tickers

Usia Anak Pertama Kami

Lilypie Kids Birthday tickers

Usia Anak Kedua Kami

Lilypie Kids Birthday tickers
 
Copyright @ KasihSelamanya-Hadina 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi