14 September 2014

Motivasi Pagi...

Assalamualaikum...
Selamat pagi semua :-)



13 September 2014

Nk Lelong


Assalamualaikum...

Nk lelong murah dari harga biasa..

Sesiapa yg nk, boleh sms/whatsapp 0192654520.

OCEON BLUE
*SQ EcoBottle 1L
*Disney Canister
*Textured Canister 1.1L
*Textured Canister 1.7L

Retail: RM87.30
Offer HOS: RM70.00
(postage RM7 -SM, RM10-SS)


RED MODULAR
*MM Round II 440ml (2)
*MM Mini Rectangular II 1.9L
*MM Rectangular II 4.3L

Retail: RM104.50
Offer HOS: RM88.00
(postage RM7 -SM, RM10-SS)

GRAPE PURPLE
*Textured Canister 1.1L
*Textured Canister 2.4L
*Rectangular Shelf Saver 2L(2)

Retail: RM122.40
Offer HOS: RM87.00
(postage RM7 -SM, RM10-SS)

KIDS LUNCH SET
*Cutlery set-rich custard
*Deluxe Bento Box
*Back to school bag
*Eco bottle -Orange 500ml

Retail: RM58.50
Offer: RM45.00
(postage RM7 -SM, RM10-SS)

MUMMY LUNCH SET
*SQ Ecobottle 1L
*Tapau Set

Retail: RM123.90
Offer: RM100
(postage RM7 -SM, RM10-SS)



RED in the house Textured canister (3)
* 2.4 L
* 1.7L
* 1.1L

Total RM55 (SM) RM60 (SS)



Dan setiap pembelian akan mendapat sebuah buku MINI Menjemput Rezeki.

COD di sekitar Paka, Dungun, Kerteh.

Wassalam.

11 September 2014

Kata-kata semangat :-)





Spaghetti bebola ayam...




Assalamualaikum...

Menu tengahari tadi
"Spaghetti Bebola Ayam"

Menu anak-anak
"Spaghetti Carbonara"

Kenapa buat dua jenis?
Sebab anakanda ni tak makan kuah merah...dia dah biasa dgn kuah putih.
Dah pernah buat dulu sekali yg kuah merah, dia langsung xnk mkn.

Mlm nnt sambung lagi mkn spaghetti ni..almaklumlah kami kat rumah ni hanya 2org dewasa..

09 September 2014

Kereta Bau Wangi


Assalamualaikum..

Kereta Exora kami dah lama tak pakai perfume..Papa ckp dah mcm2 bau ada..hehehe
Sekarang tidak lagi... masuk je kereta bau wangi je.
Kami telah menggunakan 
 
ORGANIC PERFUME KERETA PERTAMA MALAYSIA by KASTURI EMAS

Wangi bukan sebarang wangi tau..
Wangi yang
  • 100% Organik - Ekstrak Tulen Bungaan, Herba & Tumbuhan
  • Tiada bahan kimia

Memang elok lah untuk kita guna...
Dan lagi satu pewangi kereta ni insya-Allah
  • Mampu Menghilangkan Mengantuk
  • Mampu Mengurangkan Sinus dan Kesukaran Bernafas


 
Dan lagi satu, pada mereka yang selalu pening dgn wangian kereta, boleh lah bertukar kepada 
MediCar Organic Perfume
Insya-Allah tiada lagi pening-pening.
 
Jom lah pakat cuba belaka. Gantung dalam kereta kat cermin pandang belakang.

Harga sebotol RM25 (10ml)
Kalau nk pos, tambah
  • RM6(semenanjung) 
  • RM10(sabah/sarawak)

Setakat ni ada 2 jenis...insya-Allah bakal menyusul 3 jenis lagi.
  • Wangian Apple (FRESH)
  • Wangian Lemon (FRESH)  
 
 Sesiapa yang nk order, bolehlah
  • SMS/WhatsApp 019.265.4520
  • COD Paka, Dungun, Kerteh
Wassalam.

05 September 2014

Salam Jumaat




Assalamualaikum...

Salam Jumaat buat semua..

Jgn lupa amalkan sunnah di hari Jumaat ye :-)



04 September 2014

Crepe Durian / Durian Crepe



Assalamualaikum...

Durian crepe atau crepe durian...
Petang semalam pergi pasar malam, pastu ternampak akan si kuning comel ini.
Apa lagi rembat lah sebekas.
Terima kasih lah yg sudi menjualnya semalam.
Terasa nyaman sekali tekakku ini :-) 
kena pula makan sejuk2 gitu..
jgn mare...


Nasi Arab Mandhy


Assalamualaikum...

Bercerita pasal nasi arab ni...buat rasa terliur je. Kesedapan nya bagaikan terasa di saat ini..hehehe.
Walaupun dah pernah pergi ke beberapa tempat restoran nasi arab..setiap restoran tu ada rasa tersendiri..tak leh nk samakan antara satu sama lain. Tapi yg pasti kesemuanya sedap.

Baru-baru ni adalah balik Kuantan sempena merdeka..kebetulan pula adik beradik ada yg balik juga dari kay el, so teringin lah nk buat nasi arab. Bukan susah sgt pun, resepi semua dah ada cuma cari bahan utama dan sampingan sikit.

So inilah hasilnya.....

Nasi Arab Mandhy


Menu sampingan sup, ayam, sambal dan salatah.

Set hidangan yg kami buat ni bolehlah utk 5-7 org mkn. Masa masak nmpk cm byk, tapi bila dah start mkn cm tak cukup...kiranya mmg elok2 utk kami sekeluarga mkn.

Kalau mkn kat luar utk sekeluarga ni byk juga kena kuar fulus, tapi guna set rempah ni ok lah. jimat lah juga, rasa pun best jugak. Siap tmbh lagi masa mkn tu...hehehe

Kami guna Rempah Ustazah Nasi Arab Mandhy. Dlm tu dah ada beras basmathi dan perencah dia. Nk masak just follow resepi kat belakang kotak. Mudah dan simple.


Lagi satu, masa masak tu harum semerbak bau...tu belum makan lagi...bila makan fuhhh sedap, kena pula masak sendiri.

Oklah...begitulah kisah nasi arab mandhy. next time boleh buat lagi :-)

Wassalam.

p/s: kalau ada yg tinggal sekitar Paka, Dungun dan nak cuba rempah ni boleh hubungi saya 0192654520. Sekotak RM17. (beras dan rempah disediakan- untuk 5-7 org mkn)


14 August 2014

Mereka Mendoakan Kita!



Performance Drink

Assalamualaikum...

Hari ni mama Ina nk bercerita pasal minuman bertenaga iaitu "PERFORMANCE DRINK".


Performance Drink
>satu hidangan yang lazat untuk diminum pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
>enak diminum begitu sahaja atau dicampur bersama minuman lain.

Testimoni pengguna PERFORMANCE DRINK (PD) selepas raya:
Masalah cirit birit, jamuan raya makan sana sini.
Gejala asyik keluar masuk tandas sampai dehidrasi, tak larat, kehilangan air dalam badan.
Solusi minum PD dan lebih kurang setengah jam badan kembali bertenaga dan tak perlu ke tandas berulang alik lagi.


 
Setiap rumah kalau boleh ada satu canister PD ni...tak rugi pun.
Buat satu bekas, simpan dalam peti sejuk..pastu minum sejuk..nyaman nye tekak.

1canister PD berharga RM82.50

Yg mane berminat boleh lah sms/whatsapp ke 019.2654520
COD di sekitar Paka, Dungun, Kerteh

Jom dapatkan satu untuk seisi keluarga.

11 August 2014

Jom swimming pool

Assalamualaikum...

Hari ni, setelah berhari-hari minta nak main swimming pool..akhirnya anakanda berdua dapatlah jugak main kt swimming pool. Punya lah suka diaorg main, setelah lama asyik duk tgk je swimming pool dlm rumah.

Hari ni puas hati masing-masing dapat main. Ingtkan petang lps asar nk ajak main, tapi asyik duk minta aje..main lah awal sikit...seronok sungguh 2 beradik duk main dlm swimming pool tu.

Nk main swimming pool tak yah g jauh-jauh, main kat halaman rumah pun ok dah...jimat masa jimat tenaga...hehehe. nak main tiap-tiap minggu pun xpe.

ni lah contoh swimming pool yg anakanda main

swimming pool ni cukup lah utk diaorg berdua main, kalau cousin dioarg 3org masuk pun boleh lagi.

kalau terlalu ramai xsesuai lah pulak kan..tapi yg gambar bawah boleh.

yg ni mak ayah nak masuk pun boleh :-)

begitulah kisah swimming pool anak-anak.

kalau ada yg berminat nk swimming pool cmni, bolehlah lawati FB Hadina Online Store.

Wassalam.

SELAMAT HARI RAYA

Assalamualaikum...



Walaupun kedengaran seperti agak terlewat, kami sekeluarga ingin mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA
AIDILFITRI
MAAF ZAHIR &BATIN

sekiranya ada tersalah, tersilap harap dimaafkan...
kosong kosong :-)

Wassalam.


13 July 2014

Projek Kasih Ramadhan 2014 - VKL


Assalamualaikum...


Setakat semalam 12/07/2014 seramai 1284 daripada 4000 keluarga telah ditaja.

Info lanjut boleh layari facebook

Volunteers Kl - Together We Care


Semoga usaha / sumbangan kecil kita ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang memerlukan.

Wassalam.

12 July 2014

Rindu bertandang...


Assalamualaikum...

Pabila rindu bertandang, hanya doa anakanda kirimkan...
Setiap hari, hati ini rindu....
Dah 3tahun Ma pergi dijemput Ilahi..Ma pergi 7 Ramadhan, abg pula pergi 3hari sebelum Ramadhan..
Sebak bila mengenangkan semua...terasa sesuatu tersangkut di kerongkong bila menahan sebak.
Semoga Ma, Abg tenang di sana.

Wassalam.



08 July 2014

Masalah Bau Badan?


Assalamualaikum...

ANDA ADA MASALAH BAU BADAN?

Tidak Kira Lelaki Atau Wanita,Terutama yang telah Berkahwin,Jangan Siksa Pasangan Anda!!!

Amalkan Memakai wangian Platinum Edition KASTURI EMAS.
Ianya Pati Bunga Yang menghasilkan Bau ekslusif Lembut,Sedap Segar serta Tahan sangat Lama Tanpa Alkohol,Boleh dipakai Lelaki dan Perempuan.




(MONEY BACK GUARANTEE)
Ingat...Jangan Siksa Batin Pasangan Anda.
Ingat....Jangan Biarkan Pasangan Anda Lari Lari dari Anda.

MILIKINYA SEKARANG.

‪#‎kasturiemas‬
‪#‎apaitukasturi‬?

***************************************************
Promosi Ramadhan
3botol RM100 free postage
=================================
Berniat mahu mencuba dan mendapatkan wangian kasturi emas?
Sila hubungi:
Pengedar Kasturi Emas Paka, Dungun
Zarina Mohamad 0192654520
Hadi Mamat 0199493148
www.kasturiemas.com.my
=================================
Sunnah Satu Kebanggaan.
Tak Mampu Semua, Jangan Tinggal Semua.

Trust in Allah


Assalamualaikum...




Wassalam.

07 July 2014

Baik dan buruk...


Assalamualaikum...

Setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita pasti ada hikmah di sebaliknya.

Kadang kala kita terlalu cepat membuat keputusan dan kata-kata tanpa berfikir dahulu. Bila dah buat baru fikir baik buruk sesuatu tu..

Seeloknya sebelum kita membuat sesuatu keputusan tu, minta petunjuk dari Nya.

"Sekiranya apa yg bakal dipilih ni membawa kebaikan maka dekatkan lah dan moga dipermudahkan segala urusan akan tetapi sekiranya pilihan ini membawa kemudaratan maka jauhkan lah."

Pohon pada Nya... Minta pada Nya.

Jangan pernah mengeluh.. Jangan pernah berputus asa.

Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Wassalam.



01 July 2014

KOSONG


Assalamualaikum...

Bila diteliti diamati dihendap, rupa-rupanya dah setengah tahun blog kasih selamanya tak ber"update"..kosong.

Huh, lama sungguh..cm tak caye je. thn lepas boleh tahan lah jugak kerajinan nk update blog. tahun ni, baru nk start jogging.

takpe, biar lambat asal ber"update". suku kata baru... :-)

oklah tu update status sikit...skrg masa utk beradu. esok nak bangun sahur awal..tidur lewat sgt kan bmbang tak terbangun lak.

Selamat bersahur dan berpuasa esok hari...ingat, puasa bukan sahaja menahan lapar dan dahaga tapi juga semuanya..

Selamat malam.


Heartbeat Heartbeat Heartbeat

Usia Perkahwinan Kami

Daisypath Anniversary tickers

Usia Anak Pertama Kami

Lilypie Kids Birthday tickers

Usia Anak Kedua Kami

Lilypie Kids Birthday tickers
 
Copyright @ KasihSelamanya-Hadina 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi