17 March 2011

farhah sebelum tido

alkisah mama nak bercerita pasal kerenah anak mama n papa ni sebelum tidur...
yg ni berlaku dua tiga mlm yg lepas...

nak dipendekkan cerita, farhah skrg ni dah "melekat" dgn laptop mama...setiap mlm mesti mengadap laptop...
bukan mlm aja, siang pun cmtu gak..semua citer kegemaran dia ada dlm tu (cnth: mickey mouse clubhouse, pooh, upin ipin, abc song, etc)

setiap mlm dia takkan miss semua tu...mama n papa tak tau dah nak wat cmner..tak bg tgk, dia nangis..huhuhu...kdg2 smpai kol 2-3 pg dia duk tgk je...dah sampai mama n papa tido pun..

ape yg mama n citer sebenarnya adalah kemanjaan farhah dgn papa..mlm tu, dia asyik mintak papa je layan dia..dia mintak papa tlg klik kan citer yg dia nak tgk..

bila papa pejam je mata, dia start panggil papa.."papa" "papa""papa"..kalu papa dia diam je...pastu dia kuatkan suara "pa" suara kecik dia tu wat mama gelak dgr coz comel sgt2 bila dia panggil papa...mama nk tlg dia tak nak..nak papa gak..

terpaksa lah papa layan dia...yer lah siang dah duk manja dgn mama..mlm giliran papa lah pulak...

mama tak sempat nak rakam suara farhah panggil papa dia..nnt bila sempat mama rakam...

anak-anak ni mcm2 kerenah dia tunjuk kan..kdg kala nak marah pun tak jadi bila tgk ragam dia... :)

sambungan N3 ..

assalamualaikum kawan-kawan semua...
hari ni, mama nak sambung kisah supplement yg mama coretkan baru-baru ni...

sebenarnya kan, supplement ni tuk seisi keluarga...tak kisah lah org tua ke org muda ke..bayi ke...coz mcm family mama, mama tak start mkn mase sekolah lagi...cuma kdg2 tu ada lah liat sikit..tp skrg tak nak liat2 lagi dah...farhah pulak yg mengalahkan mama, pantang nmpak pek sun chlorella pasti mintak..

serba sedikit info pasal SUN CHLORELLA A:

*Faktor Pertumbuhan Chlorella (CGF) menhasilkan penyembuhan yg cepat, memberi lebih tenaga varu, nmpak muda dan lanjut usia.

*Chlorella merupakan penyah toksin semulajadi yg terbaik. Ia mengandungi peratusan klorofil yg tinggi berbanding tumbuhan lain di dunia dan klorofil merupakan agen pembersih semulajadi yg terbaik kpd manusia.

*Chlorella boleh memperkuatkan sistem imin anda untuk menentang penyakit.

*Chlorella juga membantu menguatkan mucus membran anda untuk membantu mengeluarkan penghasilan organisma yg menyebabkan penyakit,

*Chlorella juga membantu menolak tahap kolestrol dan tekanan darah tinggi, yg mana membantu drpd mendapat penyakit jantung.

*Chlorella boleh memberikan harapan kd anda bila ubat dan pembedahan gagal.

Cara Pengambilan Sun Chlorella:

a) Untuk mengekalkan kesihatan     15 biji sehari
b) Untuk rawatan                            24 biji sehari
c) Dalam keadaan sakit                   30 ke 50 biji sehari
d) Untuk kanak-kanak ; Sebiji untuk pagi dan malam, jumlah bergantung kpd usia. (contoh : 2 biji untuk kanak-kanak berusia 2 tahun)

Untuk kesan yg lebih baik, pengambilan perlu diamsbil ketika perut kosong dan ia lebih baik diambil dlm beberapa kali dlm sehari. Yang penting, pengambilannya perlu diteruskan dlm tempoh sekurang-kurangnya 3 bulan untuk mendapat kesan sepenuhnya.

Krisis Penyembuhan:

Apabila anda mula mengambil produk Sun Chlorella, sesetengah individu akan menunjukkan kesan (contohnya, demam, cirit-birit, angin, letih. sakit bahu, pening dan sebagainya), ini dikenali sebagai "krisis penyembuhan" dan biasanya dialami dlm tempoh 3 ke 7 hari, tp ini  juga bergantung kpd gaya hidup, umur, sukatan yg diambil dan keadaan kesihatan bg setiap individu. walau bagaimanapun, bg sesetengah individu tidak menempuhinya.

Salah satu cara nak mempertingkatkan kesihatan kanak-kanak adalah dgn Chlorella. Cara yg terbaik adalah untuk ibu mengandung mengambil chlorella sebagai mknn tambahan setiap hari dan terus menggunakan semasa penyusuan anak. Ini akan memastikan bayi mendapat kebaikan dari alga chlorella.

Kalau nak tau lanjut pasal air klorofil klik sini yer...ni N3 lalu yg mama citer pasal air hijau...

oklah..s u soon...

15 March 2011

simpanan dan perlindungan

Sudahkah kawan-kawan membuat simpanan dan perlindungan untuk diri,pasangan dan anak2?
Bukannya apa..ianya untuk keperluan di masa hadapan jugak...
kita tak tau apa yg bakal berlaku...lebih baik "sediakan payung sebelum hujan"

Mama sebelum berkahwin dgn papa dah buat simpanan sikit-sikit...masa tu mama kerja n ada duit lebih pandai-pandailah simpan tuk masa depan...selain tu mama pun turut wat simpanan n perlindungan dlm Prudential. yg ni housemate mama yg cadangkan...lepas dia bgtau semua perkara, mama pun berminat n buatlah...

Dan skrg bila dah kahwin, slowly mama ajak papa turut sama buat simpanan n perlindungan dkt Prudential...tak lama selepas papa join, kami bercadang buat tuk farhah jugak..dan insya-Allah nnt bila farhah nak dapat adik, adik dia pun akan ada jugak akaun kat Prudential...

Semalam sebelum tidur, mama ada berbual-bual dgn papa pasal simpanan n perlindungan Prudential ni...mama bersyukur sgt2 coz kami join ni awal lah jugak...bukan nnt sakit baru nak cari insuran..mcm kawan2 tmpt keje papa, bila dah sakit baru nak cari insuran...masa tu, pihak insuran dah reject lah...papa beruntung coz masuk awal...tu pun mama yg pujuk papa..mama tny papa, kalu mama tak ajak join..papa join ke...papa ckp mayb tak kot...tp sebab mama bgtau yg Prudential ni ada simpanan n boleh amik kelak..jadi papa berminat lah join...

Syukur kepadaNya kerana dibukakan hati kami untuk menyimpan dan melabur untuk kemudian hari...maklum lah sekarang ni kan mcm2 penyakit melanda...bencana pun cmtu gak...kita hanya merancang bukan menetapkannya...sekurang-kurang ada tempat yg boleh kami dapatkan bantuan bila diperlukan...

Selain dari tu, macam farhah...kami pun ada buka akaun SSPN untuk dia..dan setiap bulan papa buat simpanan..ini pun untuk masa depan farhah..sekurang-kurangnya dia ada bekalan kewangan kelak untuk digunakan bila belajar nnt..

Kawan-kawan..pada yg belum buat preparation,buatlah sekarang jgn tunggu bila dah ditimpa masalah baru nak cari tempat mengadu...lihatlah skrg ni, ramai org yg perlukan bantuan kewangan untuk pembedahan...kos bukannya sikit..berpuluh2 ribu...mana nak cari dlm masa terdekat...at least , kita yg mampu ni...buatlah persediaan awal yer...beringat sebelum kena...

ok lah semua...renung-renung kan dan selamat berjuang... :)

23months

hari ni anak dara mama n papa dah mencecah umur 23bulan...lagi sebulan genap lah 2tahun...
pejam celik pejam celik dah nak masuk 2 tahun..kejap kan masa berlalu...
kalu kira tiap-tiap hari mmg lambat..tp kalu wat dek je, kejap je lah...

farhah sekarang ni semakin manja dgn mama n papa..asyik nak dukung je..
even dlm umah nak dukung..mama nak g dapur nak ikut tp kena dukung..
kalau tak, merajuk,baring atas lantai lah n nangis...
farhah bagaikan nak perhatian sgt2...mayb dia dapat rase kot...hehehehe

nnt bila papa dah keje cm biasa n dapt cuti kita gi jln2 yer...skrg ni kena wait dulu lah yer sayang...

sebut pasal wait ni...perkataan "wait" dah lancar je kat bibir farhah...
kalu dia nak amik brg @ something kat lain, dia akan ckp "wait" "wait" sambil tngan pun tunjuk tunggu...

siap suruh org wait lagi tu...perkataan tu muncul gara-gara, bila buka laptop kan lmbat sikit nak keluar..jadi mama @ papa akan ckp "wait" from there she learns it..

ok lah mama nk rehat dulu ah...nnt mama citer lagi yer..

13 March 2011

kesihatan anakanda tersayang

alkisah, mama nak bercerita pendek je...citer pasal anak kesayangan mama n papa, sape lagi kalau bukan NURUL FARHAH....nak dipendekkan citer, farhah jarang demam...rasenye boleh dikira berapa kali je dia demam..tu pun demam sebab nak tumbuh gigi.mama ingat lagi yg first dia demam..sampai mama pun demam n papa terpaksa amik cuti gara-gara nak jaga kami berdua..

waktu tu boleh katakan tinggu jugak suhu farhah...papa as usual, dia mmg terperinci bab2 cmni...everthing dia monitor..mama mmg tabik lah kat papa..papa seorang papa n husband yg betul2 particular bab safety..hehehe.berbalik pada citer farhah ni, lepas bbrp hari gak lah dia kembali ceria lepas asyik nangis je coz demam kan..dan dan lepas tu, mama nmpak ada perubahan dlm mulut dia..rupa-rupanye farhah nak tumbuh gigi...lepas tu, dah xde dah demam yg teruk...kalu nak tumbuh gigi lagi, dia cm ala-ala nak demam..mama kasi dia makan n minum supplement...
 
dan sampai skrg farhah still makan n minum supplement tu...pada mama dgn izin Allah, farhah until now kesihatan dia baik aje...dah nak masuk 2tahun, dia mempunyai kesihatan yg baik..tak sakit @ demam...dan salah satu sebab dia sihat, penyusuan susu ibu..farhah mmg reject minum susu tp kdg2 dia nak makan je susu tu..mcm zaman mama kecik2 dulu suka mkan milo n horlick cmtu je..hehehe

nak tau ape yg farhah makan n minum tu...
hah, ni dia....






hah, itulah citer serba sedikit pemakanan farhah...kalau nak tau lanjut boleh g kat website dia..mama dah link kan kat situ..ktorg satu family makan n minum...cuma mama n papa ni je liat sikit kdg2 nak makan / minum..tp farhah nak sokmo..pantang nmpak, mesti mintak..

oklah..dah lewat ni...lmbat sikit siap assignment ni coz gi tgk tv td citer kat TV3..

c u all soon.

12 March 2011

lamanya tinggal tanpa N3

huh dah lama benor mama tak bersua blog dgn kawan-kawan kan...
bukannya apa...ada beberapa reason mama menyepi...

salah satu mama tak sempat coz selalu balik kg tgk mak, then tak larat / sempat nak berblog..
kalu sempat buka laptop, farhah pulak nak guna...nak dgr lagu2 dn citer kesukaan dia..
byk jugaklah, smapi terpaksa download dr utube...

lately ni pun mama kurang sihat sikit...maklum je lah bila tak sihat ni, penyakit mim alif lam sin  pun datang...hehehe

kalau nak diikutkan macam2 citer nak dikongsi tapi cmtulah...ada aje alasan kan..
nnt kalau mama rajin, mama citer satu persatu...citer best pun ada...nak tau apa dia...tungguuuuuuuuuu!!!

yg best tu next month mama citer...kasi surprise sikit..tu pun kalau mama boleh tunggu...

oklah...kite jumpe semula nnt yer...

02 March 2011

rezeki dari Nya datang lagi...

alhamdulillah, syukur pada Nya atas nikmat yg dikurniakan...
setiap apa yg Dia kurniakan pasti ada hikmah di sebaliknya...
kita sebagai hamba Nya harus menerima setiap pemberiannya dengan hati yg terbuka...
hanya Dia yg Maha Mengetahui akan segala-galanya...

27 February 2011

pregnant ke tak ek..

comel je tajuk entry hari ni yer...mesti ada yg fikir, eh ina pregnant ke...ooooooooooooooooooooooooops, jgn silap tau...entry kali ni buat tatapan semua yg masih ragu2 samada dia pregnant @ pun tidak..kadang kala kita terkena false alarm daaaaaaaa...ingatkan dah lekat dah tp tak...

macam mama jugak lah, byk kali jugak terkena false alarm ni...perkara yg selalu terjadi, loya n nak muntah..dgn missed period..yg dua ni mmg tak lari lah..bila tgu dulu, rupa2nya takde pape..@ esoknya tiba2period lah pulak..hehehe..tu yg kdg2 malas nak gi beli pregnancy test kit tu..sebab result tak seperti yg diinginkan..

kat bawah ni mama senaraikan antara simpton-simpton di awal kehamilan..tapi mayb hanya sesetengah akan ada dlm list masing2 dan ada yg kesemuanya...lain org lain rasanya...artikel kat bawah ni, mama dapat dari sumber ini tau.


1. Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari

Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

7. Rasa loya dan muntah

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

9. Missed period

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.
Dan akhirnya..

10. Ujian air kencing yang positif

Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian.


dan setelah berjumpa doktor ...keputusannya positif, maka ucapan TAHNIAH mama ucapkan... 

dan mama pulak hehehe....nnt bila dah sampai masanya, dan ada penambahan ahli keluarga, mama akan bgtau...doa-doakan lah yer...

21 February 2011

berdua berangkat ke kay tee

hari ni mama n farhah akan balik ke kay tee, berdua sahaja...papa cm biasa keje...

skrg ni packing dah siap, cuma tunggu anak manja bangun tido dulu...kalu balik dgn papa,takpe lah tak yah kejut, just dukung je..tp kalu balik berdua, kena makesure dia bgun dulu, bimbang dlm perjalanan meragam lak..kan susah tu...nak kena berhenti pulak..

mama mayb balik dlm 5-6hari jugak lah...cm mama bgtau dulu, berulang alik balik paka-kay tee-paka.
nnt bila papa dah keje normal semula kami balik bertiga lah...

ok lah kalian semua...doakan mama selamat dlm perjalanan yer...

gonna miss my lovely hubby...
papa, mama caaaaayaaaaaaaang papa!!! mmmmuh
kite jumpe semula nnt yer...

20 February 2011

watermark yg chomel :)

baru baru ni, takdelah baru sgt mama ada tempah watermark percuma dari syamila design. chomel2 tau watermark yg dia buat free tu..

awal2 dulu mama tempah tuk kasih selamanya..dan terkini untuk hadina online store & contest sana sini.
mama puas hati dgn hasil kerja syamila design ni..

kalu ade sesiapa yg kat luar tu teringin nak watermark percuma, boleh lah lawat website syamila yer..mama dah link kan kat nama dia, just klik je..

nak tgk watermark mama punya...

tadaaaaaaaaaaaaaaa

***hadina online store***

***kasih selamanya***

***contest sana sini***

19 February 2011

farhah suka ajuk

dah lama bebenor tak update perkembangan permata hati mama n papa kan...farhah skrg ni dah pandai n pintar...setiap parent pasti memuji anak masing masing kan..sape lagi nak puji kalau buka parent dia kan..hehehe
yg paling mama n papa tak tahan bila farhah ajuk ckp mama n papa..setiap word yg kita ckp, dia ckp balik..

satu hari, mama marah (marah2 sayang) farhah, "cubit kan.."
farhah pun jawab, "bit..bit"
mama ckp, "duduk, nnt jatuh"
farhah jawab lagi, "tuh, tuh"

nak marah pun jadi tak marah..oh farhah comel ni..kadang2 bila farhah buat selerak umah, mama tny lah, "sape buat ni..kemas balik"...farhah dgn nada yg tidak bersalah,"wat..lik" sambil tunjuk tempat dia selerak barang mainan dia..

kat umah ni banyak lah jugak majalah pa&ma etc..farhah suka belek setiap page..kan byk gmbar kat dlm tu, dia suka lah..setiap inci muka surat tu dia tgk...satu hari tu, farhah belek lah majalah cm biasa...tiba2 dia kuar pegi dkt brg mainan dia dan amik botol bedak yg empty...(mama tak buang pun)hehehe..then dia letak kat page yg dia buka td..dia pun tunjuk sambil sebut, "dak..dak.." mama pun intai lah kat mana..tak nampak pun..rupa2nya..gmbar tu kecik aje..terletak di bahagian bawah hujung page..mama panggil papa, n kami senyum je..."tajam sungguh penglihatan anak mama n papa ni yer..n ingatan dia pun kuat".

setiap gmbar yg dia tengok, pasti ada bersama ingatan dia...kalu nmpak pic mainan, "ainan, ainan", botol susu "otol", air kotak Dutch Lady "lak, lak".. kalu brg tu ada dlm umah dia kan tny, "ner,ner".

itulah antara perkembangan farhah yg mama dpt coretkan kali ini..sebenarnya byk, cuma one by one lah yer..

ok..sehingga ketemu lagi..

18 February 2011

mood berblog

ntah kenapa sejak kebelakangan ni mood berblog kejap ada kejap takde, cm biskut chipsmore lak ye...
 
ntah kat mana silapnye...

baru-baru ni mama n farhah balik kay tee dan skrg kami dah balik paka semula..insya-Allah, hari Ahad @ Isnin balik kay tee semula...dlm masa sebulan ni cmni lah aktiviti mama n farhah..berulang alik dari paka- k.trg- paka.

nak ajak papa balik sama, dia sibuk turnaround (TA) kat kilang, 6 hari keje 1 hari off...penat tu...tak sampai hati nak minta balik sama2..jadi biar mama n farhah je lah balik..tu pun dgn keizinan suami tercinta jugak.. :)

my mom masih sama seperti dulu gak...kejap nampak surut dah bengkak kat muka tu, kejap nampak semakin bengkak.. tp yg pasti bengkak tu masih taknak hilang...sudah pelbagai cara n ubat kami usahakan...cuma belum ketemu yg serasi.. mungkin kami perlu mencari lagi..papehal pun semuanya berlaku dengan izin Dia jugak kan..kalu Dia kata baik, maka baik lah..kalu Dia masih ingin menduga dan menguji kita, kita kenalah sabar n redha atas ujian itu..

semoga kami sekeluarga sabar n tabah menghadapi ujian ini.


***SETIAP APA YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAH DI SEBALIKNYA***

13 February 2011

oh my blog..

sudah sekian lama mama tak update blog kan...nape ek...hermmm, ntah lah. tak tau nape...

hari ni mama kembali bersiaran...bersiaran dari umah parent kat kuala terengganu..mama balik kay tee dgn farhah pagi tadi..papa tak balik tp dia izinkan mama balik dgn farhah..papa skrg sibuk dgn keje..nnt start TA(turnaround) pulak...bila TA mmg lagi sibuk..sebulan jugak TA tu..

mama bercadang nak ulang alik balik paka-kay tee....n papa izinkan coz memandangkan my mom belum sihat lagi..kalu nak tgu papa mayb lmbat lah sikit..papa ckp better cmtu lah..bukan ulang alik tiap-tiap hari tp minggu...

mama drive kete kancil je...nasib baik ada dr takde..keta kancil ni lah mama guna waktu keje kay el dulu n belajar..hehehe

oklah takde ayat nak tulis lah...kite tgu siaran lain lak yer..

29 January 2011

batuk batuk

sakit tekak mama bila batuk tak berhenti...kadang kala sampai sakit kepala bila batuk..aduhhhhhh..



dan skrg ni pun tengah batuk...bila saat gatal tekak ni, ohhhhhh batuk pun tak berhenti...mlm mlm pun batuk...rase cian lak ke papa n baby nak tido..cm ganggu diaorg tido je..ntah ntah diorang tak dgr pun mama batuk...hehehehe

esok nak balik kay tee...hari selasa, my mom wat penbedahan ..moga2 segalanya berjalan lancar...mama akan stay sana lama lah sikit...papa akan blik paka tuk keje lak...

nak citer pnjang pun tak larat je...nafas kdg2 ikut mulut, dah hidung ni berair sgt...dan mama rase cm org sesak nafas pulak..bila tarik nafas rase cm sangkut je..tp ok lagi..

byknya dugaan yg Engkau berikan pada hambaMu ini...
moga daku tabah menghadapinya...

Misteri piano di pantai Miami selesai


PIANO misteri yang terdapat di beting pasir di Teluk Biscayne, Miami pada Rabu lalu.


MIAMI, Amerika Syarikat – Misteri sebuah piano yang muncul di beting pasir di Teluk Biscayne, Miami yang menarik perhatian dunia akhirnya dapat diselesaikan.

Seorang remaja, Nicholas Harrington memberitahu akhbar Miami Herald bahawa dia melakukan kerja itu dengan bantuan bapanya bagi menghasilkan satu klip video untuk membolehkannya memasuki sebuah sekolah seni di Manhattan.

“Kami memikirkan tentangsatu produksi yang besar. Satu muzik video epik,” kata Harrington yang berusia 16 tahun. Piano itu adalah sebahagian daripada siri set televisyen yang direka oleh bapanya dan disimpan di dalam garaj selama bertahun-tahun.

Para pegawai hidupan liar Florida mahu piano itu dibuang dalam tempoh 24 jam.

Jika piano itu tidak dibuang, Harrington dan bapanya akan dikenakan dakwaan membuang sampah merata-rata. – AFP

***sumber dari Kosmo Online***


28 January 2011

PERMOHONAN PERTUKARAN KOS PENTABIRAN DARI 3% KEPADA 1% (UJRAH)

Akhir tahun lepas, mama telah isi permohonan PTPTN pertukaran kos pentadbiran dari 3% kpd 1% (ujrah). Dan baru-baru ni dah dapat keputusannya..
inilah keputusan yg pihak PTPTN email.


dan sesudah dapt resultnya mama pun try lah untuk login semula kat PTPTN. mama login cm biasa kat e-fes dan guna kata laluan yg dia kasi. malangnya dia ckp no pin tak sah..pelik jugak..setahu mama e-fes tempat semak penyata.. rase tension coz try try tak dpt jugak...

2-3 hari lepas baru mama berpeluang call PTPTN...pastu tny lah yg password tu nak login mane sebenarnya...dgn baik hati dia pun bgtau, login kat permohonan online. rupa-rupanya kat situ..


klik kat no 02 Permohonan Online


 lepas tu isi no kad pengenalan n kata laluan yg PTPTN kasi kat dlm email.isi kat anak panah merah tu.



dan inilah hasilnya...tapi korang tak dapt lihat pape lah coz selagi tak hntar surat tawaran , maklumat kat dlm ni kosong je lah..

skrg ni mama tgh fikir samada nak isi @ tak...sebab baru-baru ni confius, ada yg mengatakan sistem baru ni tak menguntungkan peminjam tapi sebaliknya...

setelah buat kira-kira sendiri dgn papa, mama fikir nak proceed coz beza yg skrg 3% dgn 1% dlm seribu lebih gak..kiranya mama boleh jimat RM1000++

mama akan isi asap..tp tak leh lah lewat sgt smpai 90hari @ 3bulan dr surat twran..hehehehe..

kawan-kawan kat luar sana cmner?dah isi permohonan @ belum dan dah fikir masak-masak?

PILIHAN DI TANGAN ANDA !!!

26 January 2011

Demam selsema

Mama tak sihat kebelakangan ni..hari ni dah masuk hari ketiga mama demam...panas dah kurang tp selsema masih belum hilang..papa ckp kalu selsema amik masa gak, dlm seminggu baru reda...

mmg tak suka coz tak selesa..hidung lak asyik berair je...minggu dpn nak balik kay tee lagi...kali ni my mom akan wat pembedahan...tp bukan kt hospital...kat kg je...secara tradisional @ batin..eh yer ke, ayat mama ni...

baru ni dah pegi,kat jerteh....pergi amik no giliran n check..kami pergi awal sehari n stay kat AGRO RESORT SETIU... best lah jugak tmpt tu...nk citer pnjg2 tak larat lagi..hehehe..next time lah yer...

bye...

20 January 2011

Heartbeat heartbeat heartbeat

Perkataan heartbeat skrg ni makin bertambah-tambah dlm blog...buka sini heartbeat buka sana heartbeat.. mama pun tak ketinggalan lah join jugak..hehehehe...try untuk menambah tabung mama :) tabung mama kecik aje..

rasenya semua org dah tau ape tu heartbeat kan...tak perlu lah mama explain kan..."rajin nye mama yer" hahahaha.. ikut ape yg mama check kat blog kawan-kawan yg lain, heartbeat ni dah kisah kalu kita dah ada nuffnang pun...jom lah pakat join sama...

klik je kat HEARTBEAT mama tu yer..kat atas ada, kat tepi pun ada...

kalu nak tau cmner nak letak HEARTBEAT ni, korang boleh lah terjah blog kakyong ek...hehehe..."kakyong, mohon dibenarkan yer"...tak susah pun nak join HEARTBEAT ni...

andai kata tak nak join pun takpe lah...tp kalu nak something yg special @ nak cari hadiah ke @ nak yg kelainan terjah lah kat HEARTBEAT yer..klik je kat atas atau tepi tu...janji puas hati lah tgk koleksi dia...

 
ni antara koleksi yg ada di HEARTBEAT..comel kan..request je nak yg cmne...gerenti dapatnye..jgn lupe terjah kat HEARTBEAT tau..

belajar mlm hari

hari ni pada yg bercuti selamat bercuti lah yer...pada yg tak bercuti jgn sedih-sedih, nnt akan tiba giliran kite bercuti pulak.. :) hari ni papa kerja setelah ber"off" 4 hari...

farhah pun seronok lah sepanjang hari tu dpt main dgn papa dia...sampai mlm pun tak sudah lagi..hehehe

skrg ni, farhah ada satu perkara baru yg dia akan buat bila time nak tidur...sebelum masuk bilik, dia pasti mintak buku n pen @ pensel...pastu masuk bilik naik katil..nak tau dia buat ape..

dia mintak papa @ mama ajar ABCD....kami pun tulis lah sambil baca...farhah akan ikut baca sama..padahal siang td @ before masuk bilik dah belajar...isk isk isk...

takpe lah papa kate..dia nak belajar..:)


dan ini adalah salah satu song yg farhah suka...jenuh gak mama nak pilih yg mane...mama cari kat u-tube..
farhah suka mayb sebab rancak n comel tgk hamsters tu..

layan je lah video tu yer...

jumpe lagi..

19 January 2011

Mood bercelaru

Ntah nape hari ni mood mama tak menentu dan bercelaru...byk diam je hari ni...bila dgn farhah, kena ckp lah...maklumlah budak dah mula tumjuk minat kat sesuatu...kena layan kalu tak, nangis lah dia...

tapi kalu mama tak layan jugak, papa dia lah yg tlg layan kan..tapi skrg mama dah ok sikit...dah senyum dah ckp2..boleh gurau dah..

kalu ikut papa, tu tanda mama nak dtg period.hehehehe...papa mmg tak kan layan sgt lah dgn perangai mama mase ni, papa tau...mood tak menentu tu pasti mama nak "cuti"... suami yg memahami isteri...how about mama? mama memahami papa tak...hehehe...isteri mana tak sayang suami...cuma kdg2 terbawa2 perangai kebudak-budakan sikit..

syukur, papa adalah jodoh mama. papa melengkapi mama...mane yg mama kurang papa tambah..mane yg papa kurang mama lak yg tambah...suami isteri saling melngkapi antara satu sama lain...

oklah kawan-kawan, sehingga ketemu lagi..

Heartbeat Heartbeat Heartbeat

Usia Perkahwinan Kami

Daisypath Anniversary tickers

Usia Anak Pertama Kami

Lilypie Kids Birthday tickers

Usia Anak Kedua Kami

Lilypie Kids Birthday tickers
 
Copyright @ KasihSelamanya-Hadina 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi